Khamis, 29 Disember 2011

Era Pasca

Era Pasca


Konspirasi Jahat Hancurkan PKR oleh blogger UMNO

Posted: 28 Dec 2011 03:23 AM PST


Konspirasi Menjatuhkan Azmin Ali, Blogger Pro Umno Dan Zaid Ibrahim Berpakat?




KONSPIRASI menjatuhkan Azmin Ali yang dimainkan oleh oleh blogger pro Umno Anuar Mohd Nor dalam blog umno-reform2.com dan Zaid Ibrahim dalam media portalnya adalah usaha terdesak untuk mengekang kebangkitan menjelang 9 Januari 2012.

Dalam kenyataan blogger itu yang turut disiarkan oleh Free Malaysia Today, sebuah media pro Zaid Ibrahim menyebut bahawa penguasaan Parti Keadilan Rakyat akan terjejas sekiranya Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dipilih memimpin parti itu pasca era Anwar Ibrahim.

Blogger itu turut menyalahkan Azmin Ali tentang beberapa kelemahan PKR yang didakwa bermula akibat penguasaan menyeluruh beliau dalam hierarki dan keputusan parti. Kekalahan Badrul Hisham Shaharin dan kelemahan sayap Angkatan Muda turut dikaitkan dengan Azmin.

Menarik untuk dikupas, kenapa kerajaan dan Umno, kenapa begitu risau tentang kejatuhan seteru kuat seperti PKR sedangkan kejatuhan itu boleh memberi impak positif pada Umno yang semakin lemah?

Atau adakah ini reverse psychology yang harus dibaca, Umno dan Barisan Nasional melihat gelombang rakyat akan terus mantap sekiranya PKR dipimpin oleh Azmin Ali berbanding pemimpin parti yang lain?

Dan apakah keterlibatan Zaid Ibrahim dalam isu ini, kerana kebelakangan ini terlihat unsur-unsur yang jelas minat bekas pesaing Azmin Ali itu untuk bertanding atas platform PKR di Parlimen Petaling Jaya Selatan dan wujud usaha untuk membawa beliau kembali ke dalam parti.

Umum mengetahui bahawa Zaid Ibrahim merajuk apabila tewas di tangan Azmin Ali dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 dan keluar untuk membentuk parti KITA yang bolehlah diibaratkan tidak menyengat seperti hidup segan mati tak mahu.





Tiada ulasan: