Khamis, 29 Disember 2011

.

.


Menjelang Maghrib

Posted: 29 Dec 2011 03:07 AM PST

Hasan Jangan Pedulikan Harakah,
Harakah Jangan Pedulikan Hasan


Dr Hasan Ali nampaknya belum mengunci mulut sepenuhnya apabila apabila masih bersuara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap laporan protal Pas, Harakahdialy yang melaporkan beliau ke Kota Bharu berjumpa dengan Nik Aziz untuk memohon maaf.

Hasan Ali menyifatkan protal berita itu memutar belitkan fakta. Fakta yang dimaksudkan Hasan ialah mengenai beliau memohon maaf seperti mana dipetik wartawannya terhadap penjelasan Nik Aziz ketik membuat lawatan di Bachok.

Hasan tidak bersetuju perkataan 'dia pergi memohon maaf' dan ayat itu sebagai salah fakta oleh protal berita berkenaan. Apabila Hasan terus membuka mulut, maka bunyi pertelagahan itu berterusan. Jiwa yang tenang selepas berlangsung pertemuan itu berkocak semula apabila Hasan membuka mulut, menafikan laporan Harakahdialy.

Sepatutnya Hasan tidak perlu memberi reaksi kepada laporan protal berkenaan. Dia sendiri sudah tahu sikap protal berkenaan yang tidak berpihak kepadanya. Hasan tidak perlu menjelaskan apa yang sudah jelas dan menjadi buah mulut umum. Buah apa merayu kepada yang tidak ada kesian belas?

Apabila Hasan bersuara cuba menafikan laporan protal itu, hari ini protal berkenaan mempertahankan laporannya yang memetik penjelasan Nik Aziz. Protal itu telah menyertakan transkrip dan video klik Nik Aziz. Saya juga tidak faham kenapa begitu sekali Harakahdialy hendak mempertahankan laporannya. Lagak Harakahdialy itu Hasan seperti pemimpin Umno.

Protal berita itu juga seperti Hasan Ali tidak dapat diam dari terus melaporkan berita mengenai kunjungan Hasan itu. Pada saya dalam hal ini portal berita itu yang silap atau tidak berhati-hati apabila menulis perkataan yang menyinggung Hasan Ali. Wartawan atau penyunting boleh menyunting berita itu agar menjadi positif kepada semua pihak.

Sepatutnya portal itu lapor pertemuan itu saja tidak payah mendalami dengan butir percakapan dan isi kandunganya. Kerana sikap terlalu profesional itu mungkin di sini orang beranggapan portal berita itu ada masalah dengan Hasan.

Mungkin perlu juga diadakan majlis mahabbah di antara Hasan dengan portal berita itu dan Harakah cetak sekali. Selagi tidak ada majlis mahabbah itu maka persepsi tidak baik itu akan berterusan. Molek juga selepas diadakan majlis mahhabbah adakan majlis kenduri. Rasanya saya juga sedia untuk mengoder dua tiga ekor kambing panggang untuk majlis mahabbah itu.

Saya telah membaca transkrip seperti mana disiarkan oleh Harakahdialy. Walaupun Nik Aziz ada menyatakan yang Hasan memohon maaf dan menarik balik kenyataanya - berhubung Negara Berkebajikan, tetapi ia tidak perlu ditimbulkan sangat.

Lain kali bila berhadapan dengan isu-isu dan kemelut sebegitu protal itu hendaklah berhati-hati. Jangan pula berita yang dilaporkan dengan mudah dipetik oleh pihak lain untuk terus mengecerkan masalah dalam Pas. Ikhlaslah dalam tugas dan tanggungjawab dan buatlah sesutau yang baik untuk semua.

Selepas ini sebaiknya Harakahdialy dan Harakah cetak jangan sentuh langsung Hasan kalau berita itu tidak bersifat memuji dan mengagungkannya. Baik sunyikan terus berita mengenai Hasan kerana bimbang akan berlaku salah anggap kemudian polimek yang memalukan parti itu sendiri.

Begitu juga dengan Hasan selepas berlangsung majlis mahbban itu, janganlah membuat apa-apa kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi baru. Kalau pun ada buat-buat tulikan telinga. Selagi berita atau laporan itu tidak menjejaskan maruah terus maafkan sahaja. Itulah bijaksana. [wm.kl.7:19 pm 29/12/11]

Susupan Petang

Posted: 29 Dec 2011 02:04 AM PST

Perkas(m) Jangan Jadi Kaldai Perut Lebuh

HARI ini Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia [Perkasa(m)] teah membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah yang meminta orang ramai berhimpun di perkarangan mahkamah pada 9 Januri nanti hari di mana hukuman ke atas Anwar berhubung kes liwat dijangka akan diputuskan.

Perkasa(m) meminta polis menyiasat pihak yang mengerah orang ramai berhimpun. Dakwa NGO itu juga himpunan itu menganggu ketenteraman awam dan menganggu proses perundangan di negara ini.

Kenapa begitu busuk dan prejudis sekali hati pimpinan pertubuhan berkenaan. Kalaupun diadakan perhimpunan oleh penyokong Anwar Ibrahim ia tidak sampai akan menganggui orang lain. Himpunan itu kalau berlaku nanti adalah perkara biasa. Penyokong PKR rasanya jauh lebih berakhlak berbanding dengan ahli NGO berkenaan.

Apakah Perkasa(m) mengharap hari penentuan Anwar itu sama dengan hari penentuan Khir Toyo Edokromo yang hanya dihadiri 48 orang? Anwar dan Khir Toyo jauh bezanya. Kena faham ini. Bukan bererti Khir tidak mahu orang ramai datang ke mahkamah tetapi tidak ada siapa yang mahu memberi sokongan moral kepadanya. Jenis kebanyakan orang Umno kesetiaan mereka hanya ketika pemimpin yang mereka sanjung ada kuasa dan ringgit saja.

Perkasa(m) juga perlu tahu Anwar orang yang diidolakan untuk menjadi perana menteri manakala Khir Toyo usahkan PM, untuk kembali MB Selangor semua pun tidak lagi. Saya fikir kalau presiden NGO itu kena tangkap dan kena dakwa di mahkamah yang akan hadir memberi semangat dan sokongan moral hanya ibu dan adik beradiknya saja.

Sebagai tokoh yang diidola sebegitu rupa tentu Anwar mempunyai ramai penyokongnya. Tidak salah kalau penyokong datang untuk memberi sokongan moral. Mungkin mereka datang untuk memberi penghormatan terakhir atau lambaian tangan terakhir kepada Anwar. Tidak mustahil selepas ini Anwar akan terjeruk di penjara menyebabkan mereka tidak akan dapat menatap wajah pemimpin yang mereka kasihi lagi.

Anggapan perhimpunan itu menganggu ketenteraman awam juga tidak masuk akal. Himpunan itu diadakan di perkarangan kompleks mahkamah yang dikawal ketat bukan oleh lapan orang polis tetapi ratusan. Sebelum ini sudah berapa kali penyokong berhimpun di situ semasa mengikuti perbicaraan Anwar. Tidak ada pun setitik darah yang tumpah disebabkan penyokong Anwar dan tiada apa-apa pun kerosakan harta awam berlaku hatta tong sampah.

Lainlah kalau pihak keselamatan sendiri mengambil bahagian untuk bertempur dengan penyokong Anwar. Atau mereka bertindak kasar menepeleng orang ramai, pukul dengan cotal atau pun sembur dengan water cannon untuk menimbulkan keributan. Kalau itu berlaku mungkin himpunan itu akan jadi kelam kabut sedikit.

Himpunan itu akan jadi lebih buruk kalau Perkasa(m) menghantar para samseng tahi minyaknya ke perkarangan mahkamah untuk tujuan menganggu. Sebenarnya apabila NGO itu buat tohmahan jahat dan laporan polis, dari awal lagi pasukan keselamatan sudah dapat mengawal keadaan. Yang perlu ditangkap bukan orang yang menyebarkan rislah minta berhimpun tetapi NGO itu yang ada niat jahat untuk melihat perhimpunan itu menjadi tegang.

Apapun polis hendaklah tidak begitu mengikut kehendak NGO yang berniat jahat dan cuba mencetuskan huruhara itu. Polis harus bijak di dalam hal ini dan hendaknya polis tidak menjadi tali barut NGo itu dalam menimbulkan kekacauan dan keributan.

Saya tidak fikir kalau pun Anwar dipenjara para penyokongnya akan mengamuk dan membakar mahkamah. Para penyokong PKR dan Pakatan Rakyat masih lagi waras dan tahu menilai mana yang baik dan buruk. Mereka juga tahu menghormati undang-undang kerana mereka bukan dari keturunan lembu gemuk.

Kalau mahkamah sudah memutuskan Anwar dipenjara, apa yang mereka boleh lakukan. Mereka tidak boleh menyekat polis dari membawa Anwar ke penjara. Mereka tidak boleh bakar land rover untuk membawa Anwar. Dan mereka tidak boleh merobohkan tembok penjara Sungai Buloh. Apa yang mereka boleh lakukan paling-paling menjerit menyumpah dan menyesalkan kepada keputusan atau bergelepar sanmpai pangsan di tangga mahkamah.

Dalam pada itu kalau penyokong Anwar datang pada 9 Januari ini, mereka bukan datang untuk memberontak dan melawan polis dan menentang proses undang-undang. Mereka yang akan datang bukan dengan satu kemungkinan, tetapi dengan dua harapan. Salah satu ialah mengharapkan hakim akan membuat keputusan Anwar dibebaskan. Itu yang mereka harapkan.

Jadi kalau itu berlaku mereka datang untuk merai kemenangan. Mereka datang untuk menyatakan syukur kepada Allah s.w.t. atas keputusan mahkamah yang mereka merasakan adil dan berpihak kepada mereka. Tidak ada salahnya kalau mereka datang mengendung niat itu.

Oleh kerana itu Perkasa(m) jangan prejudis dan busuk hati untuk memburukan himpunan itu nanti. Jangan buat macam-macam andaian. Sebenarnya orang yang suka menuduh orang lain jahat, khianat, babuk, gila dan sebagainya... sebenarnya merekalah yang jahat, babuk dan gila.

Kepada Perkasa(m) kalau pun anda telah bersedia untuk menjadi kaldai kepada Umno jadilah, tetapi janganlah sampai anda menjadi keladi perut labuh di mana perut meleret ke bumi kerana terlalu banyak beban atas belakang. Kesetiaan sehingga memudaratkan kita sesungguh adalah satu kebodohan. [wm.kl.6:18 pm 29/12/11]

Menganyam Malam

Posted: 28 Dec 2011 07:05 AM PST

Kalau Tanya Saya, Aziz Elok Tidak Sertai Parti

EKORAN Abdul Aziz Bari, 53 sudah 'mentalaqkan' UIAM, (entah talaq berapa) ramai orang cuba merisik pensyarah itu supaya menyertai parti politik. Barangkali bagi ahli politik adalah jalan terbaik bagi Aziz Bari mendapat ruang baru setelah jodohnya tiada lagi dengan UIAM bagi beliau meneruskan perjuangannya.

Dua orang Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar mengalu-alukan sekiranya Aziz berniat untuk menyertai parti politik. Sallahuddin dan Mahfuz memberi reaksi pelawaan langsung Naib Ketua Pemuda Pas Raja Ahmad al-Hiis yang mengundangkan Aziz menyertai Pas.

Sallahuddin dan Mahfuz mengira kalau Aziz menyertai Pas ia akan menjadi nilai tambah kepada Pas. Dengan populariti yang ada kepada Aziz sebagai seorang akademis yang kritis tentu ia boleh menambahkan sokongan kepada Pas khasnya dan Pakatan Rakyat amanya.

Dalam pada itu dengan memasuki gelanggang politik Aziz akan mempunyai ruang lebih luas untuk perjuangan menegakkan keadilan atau pun memberi penjelasan dan kefahaman tentang perlembagaan negara ini yang sering menjadi persoalan dan dikelirukan. Aziz adalah pakar perlembagaan yang mampu bercakap secara jujur dan praktikal.

Sebelum Mahfuz dan Sallahuddin bersuara, khabarnya ada seorang pemimpin Pas dari Kelantan yang sudah merisik lebih awal. Malahan pemimpin berkenaan telah mencadangkan agar Aziz Bari bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu. Begitu sekali nampaknya tergila-gila dan yakin pemimpin itu kepada aura Aziz sehinggakan Aziz mahu diletak di Kota Bharu. Apakah pemimpin itu sudah bertanya kepada batang tubuh penakhta kerusi Kota Bharu, Wan Rahim Wan Abdullah?

Atau pun cadangan untuk meletakkan Aziz Bari di Kota Bharu sebagai tindakan atau strategi mahu membunuh dua ekor burung dengan sebutir batu? Cadangan itu juga saya lihat sebagai berani dan menentang arus diketika orang Pas Kelantan hendak menghalau orang luar bertanding di Kelantan pemimpin berkenaan mengemukakan cadangan untuk membawa Aziz ke Kota Bharu.

Tetapi biarlah kita terima cadangan itu sebagai pembelaan terhadap Aziz Bari setelah beliau mengambil pendirian untuk bercerai dengan UIAM. Dari sisi lain tawaran itu wajar menandakan nasib Aziz dipedulikan setelah beliau dianiayakan oleh institusi menara gading itu. Kenapa saya berkata begitu kerana sudah 22 tahun Aziz bersamanya, tidak sepatutnya berlaku anti klimek kepada seorang tokoh pendidikan sehebat Aziz.

Anwar lebih dulu ajak Aziz

Mengenai risik merisik atau pelawaan untuk Aziz ini ia bukan baru dan Pas bukan parti terawal cuba meminang Aziz. PKR sendiri khasnya Anwar sudah mengorat lebih dulu. Sebelum Aziz berdepan dengan isu 'surat tunjuk sebab dan penggantungan', Anwar sudah pun merisik Aziz dan bercakap dari hati ke hati. Saya yakin kalau Aziz berminat dengan politik beliau tidak akan menyertai Pas tetapi menyertai PKR. Pemikiran Aziz juga dalam tilikan saya lebih sesuai dengan PKR berbanding dengan Pas. Begitu juga dengan perasaan simpati Aziz lebih tinggi kepada Anwar Ibrahim berbanding dengan partinya.

Semasa Anwar dan Aziz berceramah di stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu mengenai isu hudud, Anwar dan Aziz berkereta bersama dari Kota Bharu menerusi Terengganu ke Kuala Lumpur. Mulanya Aziz bercadang untuk menaiki kereta bersama saya. Tetapi Anwar meminta Aziz menaiki bersamanya. Mereka berada dalam kereta selama lebih dari lapan jam. Dalam tempoh itu berbagai perkara dibincangkan, dan salah satu ialah mengenai tawaran Anwar supaya Aziz menyertai politik dan bertanding atas tikit PKR.

Permintaan Anwar itu tidak dijawab. Aziz tidak memberi jawaban ya atau tidak kepada Anwar. Tetapi di masa lain Aziz ada menceritakan dia masih ada dua tahun lagi perkhidmatannya dengan UIAM. Dia harus menghabiskan tempoh itu untuk memboleh dia menerima beberapa fasalitis selepas pencen. Sekiranya dia berhenti dia kena membayar apa-apa bayaran diperlukan dan dia akan kehilangan beberapa fasalitis lain. Aziz juga ada bertanya apakah jaminan mengenai masa depannya kalau dia tidak di UIAM lagi?

Tidak pula diketahui apakah Anwar sedia untuk mengarahkan partinya memberi jaminan bagi membela dan membantu Aziz. Apa hendak diceritakan di sini, bahawa sebelum Pas merisik, Anwar sudah pun 'berkhalwat' dengan Aziz.

Hari ini Aziz sudah muktamad meninggalkkan UIAM. Apakah jaminan yang beliau kehendaki itu sudah diperolehi atau tidak? Aziz mengambil keputusan untuk tidak terus berkhidmnat dengan UIAM dengan alasan setelah dia diberi tunjuk sebab sebanyak tiga kali yang dianggap sebagai perlanggaran ke atas hak asasinya menjadikan dia sudah sukar untuk bersama UIAM lagi. Ertinya kalau benar Aziz berhenti ia bukan kerana pinangan Anwar tadi atas kesedarannya sendiri.

Iya keputusan sama ada Aziz akan berhenti dan menyertai parti politik adalah hak beliau. Pelawaan Pas dan PKR itu juga sesuatu yang baik dan peluang terbuka untuk Aziz mencipta nama kalau beliau ingin mencipta nama dalam dunia siasah. Dengan populariti yang ada Aziz boleh menang kalau dia bertanding atas parti mana sekali pun.

Namun di sini saya ada sedikit pandangan buat Aziz sekiranya dia berhajat untuk menyertai parti politik. Saya tidak fikir kalau Aziz masuk politik dia bukan seperti kebanyakan pemimpin lain yang ingin memburu kerusi dan mengejar gelaran Yang Berhormat. Saya rasa tidak begitu dengan Aziz. Kerusi atau title bukan sebabnya. Kalau Aziz masuk politik dia ingin menerokai ruang baru dan menjadikan politik sebagai medium dia melepaskan suara kritis dan kebenarannya.

Terus terang kalau tanya saya, elok Aziz tidak sertai mana-mana parti politik. Aziz perlu kekal dengan posisinya hari ini menjadi juara dalam bidang akademik. Aziz sendiri tahu beza padang politik dengan padang akademik. Bezanya seperti bumi dengan langit. Dunia politik memerlukan orang cerdik, orang berani tetapi dunia politik tidak memerlukan seorang yang praktikal, berprinsip, berwibawa dan menjadi benar sepanjang masa. Dunia politik adalah dunia orang-orang bertikam lidah, menukar prinsip dan meleburkan maruah serta sanggup menjadi chameleon. Apakah Aziz sedia untuk menjadi persis Salentia?

Aziz yang sudah diajar sekian lama dengan 'prinsipalis', 'praktikalis', 'faktalis' berkata benar walaupun pahit tidak mudah untuk mengubah diri menjadi orang politik yang penuh kerencaman itu. Maka kalau Aziz menyertai politik ia menyusah dan menyakitkan diri dan jiwanya sendiri. Saya percaya orang seperti Aziz akan menderita dalam deram politik.

Contoh sudah ada yang perlu Aziz kaji dan teliti mendalam. Apa yang berlaku ke atas Chandra Muzzafar boleh dijadikan iktibar. Sejak awal penyertaaan secara aktif Chandra dalam parti Keadilan dengan menjadi Timbalan Presiden saya sudah meragui dan bertanya apakah dia betah dan dapat menuruti lenggang lengguk politik? Saya mengagak sejujur mana dunia politik Chandra tidak dapat menemui kejujuran akademik didalamnya. Nah ternyata benar apa yang saya telahkan, akhirnya Chandra bukan saja terseksa fizikal sepanjang berjuang dalam Keadilan (politik) tetapi batinnya juga luka dan cedera. Akhirnya apa jadi, Chandra terpaksa meralat dengan membaham dan mengkritik Anwar semula.

Selain dari Chandra, Aziz juga boleh lihat kepada beberapa orang akademis lain yang dipinjamkan untuk menjadi ahli politik hingga ke peringkat menteri dan timbalan menteri. Musa Mohammad, Dr Shafei Salleh, Mahadzir Khir keduanya menjadi menteri dan timbalan menteri pendidikan, tidak dapat menuruti aluran politik. Mereka tidak dapat bermunafik berpanjang akhirnya mereka mengalu kalah.

Tegasnya adalah elok kalau Aziz berdiri seperti mana hari ini, tidak menyertai mana-mana parti politik. Kekal menjadi pengkritik dan penganalisa politik dengan kepakaran yang beliau ada. Aziz boleh ambil sikap dan berperanan seperti bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang cenderong menyokong pembangkang tetapi sokong berdasarkan fakta dan figure.

Dan sekiranya PKR atau Pas ingin memanfaat tenaganya (baik Aziz maupun Asri) selepas berjaya menumbang kerajaan nanti fikirlah jalan terbaik bagaimana caranya, tetapi bukan dengan meletakkan mereka (Aziz dan orang seperti Asri) di pentas politik. Rasa hormat dan kagum kepada Aziz akan kekal seperti hari ini kalau dia tidak menyertai parti. [wm.kl. 11:55 pm 28/12/11]

Tiada ulasan: