Era Pasca |
- Sanggupkah Dr Hasan Ali diperalat oleh Umno?
- PANAS!! UMNO NAK BERKOPIAH PUTIH..!! KAH! KAH! KAH!
- Bukti Umno-APCO Sudah Takut Kebangkitan Mahasiswa!!
- Biadab !!! Kartun Utusan Hina Dan Perlekeh Tok Guru Nik Aziz
- PANAS!! Bendera Najib diturunkan dari PWTC..!!
- UMNO BN Sesak Nafas: Belum Tamat Isu Lembu, "Interlok" Pula Muncul.
Sanggupkah Dr Hasan Ali diperalat oleh Umno? Posted: 18 Dec 2011 12:13 AM PST Antara Islam Pas dan Islam Umno di mana Hasan Ali?Puak-puak Umno terutama blogger-blogger pro Umno, Utusan Meloya, Berita Hairan, RTM dan TV3suku memang sejak dulu sampai lah bila-bila,,. mereka sentiasa berusaha untuk menghancurkan parti pembangkang terutama PAS. Politik kotor seperti memfitnah dan melaga-laga sudah menjadi permainan mereka! Bila mereka tak mampu melagakan PAS dengan PKR, atau PAS dengan DAP akhirnya mereka cuba melagakan ahli-ahli dikalangan PAS sendiri, namun setakat ini belum berhasil lagi ! Ternyata tarbiah yang diterima oleh ahli-ahli PAS masih memberi impak yang baik.! Semangat ukhwah mereka terbukti begitu kukuh dan kental ! Ada suara nakal mengatakan bahawa Dr.Hasan Ali terpinggir ? Sedarkah Dr Hasan bahawa Umno sedang memperalat dan memerangkapnya?Sebagai seorang ahli politik yang sudah cukup dewasa dan matang tentu Dr.Hasan sedar tentang sepak terajang politik di Malaysia, terutama politik kotor yang sering dimainkan oleh Umno! Terbaru, kononnya Dr Hasan Ali telah dipinggirkan oleh PAS. Beliau kononnya bakal tidak dicalunkan lagi dalam PRU ke-13 nanti. Beliau juga dikatakan akhir-akhir ini condong kepada Umno! Beliau dicanang oleh Umno, kononnya beliau adalah perintis atau penyatu kepada perpaduan Umno PAS, hakikatnya kepimpinan PAS diperingkat tertinggi awal-awal lagi dan tak putus-putus menyatakan bahawa pintu kerjasama PAS Umno sudah lama tertutup rapat !Tajuk berita tentang Dr Hasan Ali yang terpinggir hari-hari dimainkan oleh akhbar arus perdana dan blogger-blogger pro Umno. Berbagai andaian dan spekulasi dibuat terhadap masa depan Dr Hasan dalam PAS. Malah ada yang berkata Dr Hasan adalah bakal menteri besar Selangor andainya UmnoBn memerintah Selangor. Wah, wah ! wah !! begitulah hebatnya mereka memanipulasi isu Dr.Hasan. Moga-moga Dr Hasan Ali tidak melatah atau terlebih perasan !!Persoalan pokoknya, benarkah Dr Hasan Ali sudah condong kepada Umno? Ayuh Dr ! kalau ye, katakan ye, kalau tidak katakan tidak! Antara perjuangan Islam, perjuangan PAS dan perjuangan Umno di mana anda sebenarnya? Apakah anda merasakan PAS tidak berpegang kepada Islam lagi? Atau ada parti lain yang lebih Islam dari PAS?Bukankah anda cukup kuat dengan pegangan dan prinsip Islam anda? Mustahil anda mahu beralih angin! Mustahil anda memilih Umno untuk dijadikan pentas politik anda! Harap-harap biarlah spekulasi yang dimainkan oleh Umno ini hanya spekulasi !. Semoga Umno akan lena tidur bermain dengan spekulasi mereka.Kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS diharap jangan mudah melatah. Anggaplah ini mainan politik kotor Umno. Menurut kata Setiausaha Agong PAS Dato' Mustapha Ali mereka (Umno) sentiasa mencari-cari peluang !,. mereka sedang memasang perangkap dan sekarang Dr.Hasan Ali seolah-olah sudah terperangkap ! tetapi selagi kita dalam keadaan sedar kita takperlu risau !Kepada Dr Hasan Ali diharap lebih bersabar dan bertenang. Serahkan masa depan Dr kepada Majlis Syura yang berkuasa membuat apa-apa keputusan, termasuk soal calun PRU ke-13.. Persetankan cakap-cakap yang keluar dari mulut induvidu atau mana-mana pihak didalam PAS. Ketokohan Dr Hasan Ali sebenarnya masih diperlukan dalam PAS tak kiralah sama ada anda terus dipilih sebagai calun atau tidak. Kalau pun Dr ingin menunjukkan rasa protes tak perlulah sampai sanggup menjadi ahli Umno ! Kalau nak beralih angin pun carilah mana-mana parti ABU (Asal Bukan Umno)Oleh : rahimothman |
PANAS!! UMNO NAK BERKOPIAH PUTIH..!! KAH! KAH! KAH! Posted: 17 Dec 2011 11:02 PM PST KLIK PADA GAMBAQ UNTUK BESAQKAN DEY MACHA!!! HANGPA TENGOK LA OTAK UMPORNO NI SEMATA-MATA NAK TARIK SOKONGAN DEPA NAK BERKOPIAH PUTIH PULAK KAH! KAH! KAH! PERJUANGAN BANGSA NAK BERKOPIAH PUTIH KHEKKKK PTUIH!!!! PUNYA IDEA KAH! KAH! KAH! KALAU ORANG DAH MELUAT TUKAQLA LOGO UMNO JADI KALER HIJAU PUN ORANG TETAP MELUAT JUGAK KAH! KAH! KAH! ORANG BUKAN PANDANG PADA PENAMPILAN ORANG PANDANG PADA PERJUANGAN UMNO BERJUANG MENEGAKKAN ROSWAH PAS BERJUANG MENEGAKKAN ISLAM MANA SAMA WOO... KAH! KAH! KAH! |
Bukti Umno-APCO Sudah Takut Kebangkitan Mahasiswa!! Posted: 17 Dec 2011 09:45 PM PST Anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini. Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik". Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan "hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara. Peserta demonstrasi tersebut dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan. "Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)", dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, "aku pun bayar cukai, suka hati lah". Dalam demonstrasi terbabit, kumpulan ini turut menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Md Sha'ani Abdullah. Dalam kenyataannya kepada media, Md Sha'ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan. "Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas," katanya selepas sesi penyerahan memorandum. Menurutnya, memorandum tersebut akan diteliti dan ada perkara tertakluk di bawah hak asasi manusia sejagat. "Suhakam akan meneliti memorandum yang diserahkan, dan kami percaya pernyataan ketidak puasan hati boleh melalui pelbagai bentuk, sama seperti berdemonstrasi demi untuk menarik perhatian golongan tertentu apabila medium lain seperti surat dan sebagainya tidak mendapat respon yang sewajarnya," jelasnya. Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno. |
Biadab !!! Kartun Utusan Hina Dan Perlekeh Tok Guru Nik Aziz Posted: 17 Dec 2011 07:15 PM PST Kartun Utusan Malaysia yang secara jelas menghina dan memperlekeh Tok Guru Nik Aziz UTUSAN Malaysia sekali lagi cuba mencari masalah apabila media milik UMNO ini menyiarkan kartun yang secara jelas menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai orang tua yang sudah terlalu uzur tapi masih mahu bertanding dalam pilihanraya akan datang. Penghinaan ini adalah lanjutan dari desakan sama yang dibahaskan perwakilan UMNO dalam perhimpunan mereka beberapa minggu lepas. Menyandarkan kepada polemik semasa di dalam PAS yang memperlihatkan pertelagahan beberapa pihak dengan kumpulan yang pro Datuk Dr. Hasan Ali berhubung pencalonannya dalam pilihanraya akan datang. Utusan mengambil peluang untuk menangguk di air yang keruh dengan menghinakan Tuan Guru pula,Sedangkan apa salah Tuan Guru? Beliau secara jelasnya tidak berpihak dalam isu ini sebaliknya mengarahkan pemimpin yang mempunyai masalah sesama mereka agar merujukan masalah tersebut kepada Pesuruhjaya Negeri masing-masing untuk mencari jalan penyelesaian. Seperti yang telah disebut, soal pencalonan Tuan Guru dalam piliharaya datang, bukan sama sekali masalah mana-mana pihak. Ia adalah keputusan yang dibuat dan ditentukan sepenuh oleh Majlis Syura Ulama dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu yang ditubuhkan di dalam PAS. Ketika ini memang kesihatan Tuan Guru sedikit terganggu, ini adalah lumrah kepada orang yang berusia 80 tahun sepertinya. Tapi itu sama sekali tidak menghalang Tuan Guru dari menjalankan tugas hakikinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan ADUN Chempaka dalam masa yang sama.Tuan Guru masih lagi sihat dan aktif walaupun pergerakannya sedikit terbatas akibat dari keuzuran. Penulis juga melihat apabila Utusan menggambarkan Tuan Guru seperti seorang tua bongkok, pada penulis itu adalah satu bentuk penghinaan bukan sahaja kepada Tuan Guru dan PAS, malah juga semua ulama secara keseluruhannya. Menjadi seorang ulama itu sendiri tidak ada tempoh luput melainkan maut, selagi mampu, dakwah perlu diteruskan walaupun terpaksa menongkat dagu. Perkara inilah yang tidak mudah difahami UMNO yang terdidik dengan fahaman sekular dan nasionalis sejak dari penubuhannya lebih 60 tahun dulu. Idea dan buah fikiran seorang ulamak dan umarak dalam masa yang sama seperti Tuan Guru Nik Aziz tidak terganggu dek kemorosotan usia, melainkan dibuktikan sebaliknya. Keadaan Tuan Guru sekarang adalah jauh berbeza daripada banyak desakan untuk bekas Perdana Menteri melepaskan jawatannya satu ketika dahulu. Tuan Guru tidak sama sekali pernah berada dalam keadaaan yang dialami Tun Mahathir dan UMNO/BN pimpinannya yang hilang sokongan majoriti besar rakyat seperti dibuktikan dalam pilihanraya 1999. Lagipun Tuan Guru tidak pernah terbabit memfitnah sesiapa, tidak seperti Tun Mahathir pada satu ketika dulu. Jadi sekarang kita bercakap mengenai 2 keadaan yang jelas berbeza. Tidak bolehlah pencacai UMNO menyamakan keadaan dengan Mahathir dahulu dengan Tuan Guru sekarang. Sekali lagi penulis nak ingatkan kepada UMNO dan Utusan Malaysia, Tuan Guru adalah aset PAS, keputusan untuk mencalonkan Tuan Guru adalah ditentukan oleh PAS dan PAS tidak memerlukan pihak luar untuk masuk campur dan menentukan apa yang patut dan tidak patut dibuat.UMNO sendiri ada banyak masalah yang perlu diselesaikan daripada menyibuk dalam hal rumah tangga orang lain. |
PANAS!! Bendera Najib diturunkan dari PWTC..!! Posted: 17 Dec 2011 06:00 PM PST Pertama kali dalam sejarah Malaysia kerana didorong perasaan benci dan marah bendera seorang Pemimpin UMNO yang menjadi Perdana Menteri diturunkan oleh sekumpulan anak muda.. Hari ini sekumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dilaporkan telah bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) . Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno. Apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.. Polis 'mesra', bantu mahasiswa demonstrasi protes AUKU KUALA LUMPUR, 17 Dis — Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai 'flash mob' di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan 'kelainan' apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini. Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik". Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan "hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara. Peserta demonstrasi tersebut dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan. "Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)", dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, "aku pun bayar cukai, suka hati lah". Dalam demonstrasi terbabit, kumpulan ini turut menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Md Sha'ani Abdullah. Dalam kenyataannya kepada media, Md Sha'ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan. "Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas," katanya selepas sesi penyerahan memorandum. Menurutnya, memorandum tersebut akan diteliti dan ada perkara tertakluk di bawah hak asasi manusia sejagat. "Suhakam akan meneliti memorandum yang diserahkan, dan kami percaya pernyataan ketidak puasan hati boleh melalui pelbagai bentuk, sama seperti berdemonstrasi demi untuk menarik perhatian golongan tertentu apabila medium lain seperti surat dan sebagainya tidak mendapat respon yang sewajarnya," jelasnya. Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno. Samada The Malaysian Insider nmahupun Malaysiakini.. mereka tidak melapurkan satu insiden yang memalukan ini.. lihat gambar di bawah.. |
UMNO BN Sesak Nafas: Belum Tamat Isu Lembu, "Interlok" Pula Muncul. Posted: 17 Dec 2011 04:51 PM PST Perkasa: Melayu akan tolak calon MIC di PRU-13 bantah Kabinet gugur Interlok KUALA LUMPUR— Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel "Interlok" sebagai teks sastera. Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera. "Perkasa yakin pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada calon-calon MIC atau calon-calon India yang anti-Melayu dan mungkin ada calon Bebas yang akan bertanding di kawasan calon MIC bertanding di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan. Syed Hassan menambah, kumpulan pendesak hak orang Melayu itu amat kecewa dan kesal dengan keputusan kerajaan menarik balik novel kontroversi itu sebagai buku teks sastera. "Kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala. "Perkasa sangat marah dan kesal atas pengumuman yang dibuat oleh Presiden MIC bahawa novel 'Interlok' digugurkan dari silibus," kata beliau lagi. Katanya, Perkasa sedar keputusan itu adalah kehendak MIC demi menagih undi kaum India menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina. Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel "Interlok" yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat. Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini. "Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya di Air Keroh, Melaka. Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan. Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah. Syed Hassan berkata, apa yang tertera dalam novel tersebut, yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta. "Bukan niat menghina. Yang menghina adalah mereka yang berada di kasta atas, ke atas kasta bawah yang dipanggil paria. Bukan penulis Melayu itu. "Dan ia masih berlaku dalam masyarakat India di tanah besar India sendiri. Filem-filem mereka yang terbaru masih banyak menceritakan kisah kasta-kasta kaum India. Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala," katanya lagi. -TMI PERKASA: K'jaan lemah pada tekanan si 'besar kepala' |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan