Ahad, 18 Disember 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Blogger Penjilat Ini Badan Besar Tapi Telor Kecut..

Posted: 17 Dec 2011 04:27 PM PST

"Husam Dayus": Blogger rbf online "Anak Jantan"

Muhammad Faisal bin Rohban ketika keluar dari bilik Mahkamah pada perbicaraan hari pertama (12hb. Disember, 2011)


Blogger yang dikatakan "Anak Jantan" tu pulak sebenarnya Dayus, tak padan dengan badan besar macam gerabak keretapi. Masa terima writ saman pun dah nampak penakutnya. Tukang hantar surat saman cuma sorang, badan sama besar dengan badan gua je, Blogger "Anak Jantan" pulak dengan badan besar terpaksa call kawan-kawan dan Pihak Polis untuk "Back-up" masa terima writ saman.

Lepas tu pulak tak pasal-pasal pergi padam Artikel-Artikel berkaitan dalam blog sendiri lepas terima writ saman. kalau "Anak Jantan", buat apa nak padam Artikel-Artikel berkenaan dalam blog..? Biar je lah terpapar dekat situ sebab lu kan "Anak Jantan".

Apa kelas "Anak Jantan" melalak dalam blog lepas tu padam balik Artikel..? Masuk dalam mahkamah mengaku pulak "itu bukan blog saya".

Dalam perbicaraan berkenaan jugak, selepas Peguam Pendakwa dan Peguam Pembela berunding, "Anak Jantan" yang cakap "Husam Dayus" ni jugaklah yang sebenarnya mohon untuk tunda kes dengan alasan "Anak Jantan nak bawak Mama ke Mekah bulan Februari nanti" padahal pihak Pendakwa secara jelas memohon dalam Mahkamah supaya perbicaraan seterusnya dipercepatkan dan mahu kes tersebut selesai selewat-lewatnya pada bulan Februari.


Baca selanjutnya di sini

Ketua AMK 'Kaki Menempel'

Posted: 17 Dec 2011 03:41 PM PST

Blogger Tukar Tiub (TT) yang sebelum ini memperlihatkan sikap meragui kemampuan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam mengepalai agenda perubahan anak muda baru-baru ini telah melontarkan cabaran terbarunya kepada Shamsul.

Blog Tukar Tiub (TT) yang dikendalikan oleh aktivis bebas terkenal, Hishamuddin Rais merupakan antara blog yang menduduki carta teratas selama beberapa tahun dalam kedudukan blog yang mempunyai capaian tertinggi.

Selain itu, blog tersebut dikatakan mempunyai pengaruh kuat dalam membangkitkan semangat melawan anak muda bagi menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya penuh dengan ketidakadilan.


Adakah Shamsul mampu membuktikan bahawa beliau sebagai Ketua AMK yang memiliki aura kekuatan dan pengaruh terhadap anak-anak muda khususnya mereka yang berada di dalam AMK?

Kemampuan pesaing beliau dalam perebutan jawatan Ketua AMK sebelum ini kerap kali terbukti akan kemampuannya menarik sokongan anak muda dari akar umbi dan orang ramai dalam rapat-rapat umum termasuk demonstrasi dan program-program mendekati anak muda yang tersusun.

Kemampuan beliau itu bukanlah hanya terletak kepada aura atau kekuatan pengaruhnya, tetapi yang lebih penting kemampuan beliau mengatur susun gerak kerja, strategi dan menggerakkan jentera untuk memobilisasi anak-anak muda.

Kini, mampukah Shamsul membuktikan bahawa beliau adalah pemimpin anak muda dalam AMK yang mempunyai aura, kebijaksanaan mengatur strategi dan gerak kerja yang tersusun?

Adakah Shamsul mampu mempamirkan kekuatan AMK untuk menggempur musuh agar digeruni lawan dan memilik pengaruh terhadap anak-anak muda khususnya terhadap golongan akar umbi dalam AMK sendiri?

Kikis persepsi 'kaki menempel'

Shamsul harus mengikis persepsi bahawa beliau bukanlah seorang anak muda 'kaki menempel' pemimpin tertinggi PKR mahu pun anak manja dalam parti itu dengan menunjukkan daya usaha beliau sendiri menggerakkan anak muda tanpa mengharap aura pemimpin tertinggi parti.

Menggerakkan beberapa kerat penyokong yang terdiri dari orang-orang kanannya dalam AMK adalah tidak memadai dan tidak membawa apa-apa makna kepada anak-anak muda di peringkat akar umbi.

Umumnya tentu setuju bahawa perkara ini tidak wajar dianggap sebagai satu pertandingan atau perbandingan antara Shamsul dengan bekas pesaingnya itu.

Bagaimanapun, Shamsul bertanggungjawab untuk meneruskan imej yang telah menjadi tradisi AMK selama ini yang dipandang sebagai kumpulan 'hard core' anak muda yang sama-sama berhujan, berpanas dan berlumpur dengan anak-anak muda di akar umbi.

Sikap suka 'menempel' kepada pemimpin tertinggi PKR akan hanya menyebabkan ketua AMK dipandang berada dalam golongan elit parti itu.

Shamsul harus membuktikan AMK di bawah pimpinannya mampu mengekalkan perbezaan antara AMK dengan anak muda dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pergerakan Pemuda Umno dan pergerakan pemuda lain-lain organisasi.

Jesteru itu, lontaran cabaran TT itu memang tepat pada masanya dan Shamsul tidak harus mempunyai rasa ragu-ragu kemampuan diri untuk menyambut cabaran tersebut.

Pada 9 Januari nanti, satu lagi peluang untuk Shamsul membuktikan bahawa beliau mempunyai keupayaan menarik ribuan anak muda dari akar umbi yang tentunya keupayaan beliau diyakini ramai.

Jika semalam hampir seribu mak cik-mak cik Felda yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad turun berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat Felda walau dengan apa cara sekalipun, bagaimana pula kemampuan Shamsul sebagai ketua AMK yang dianggap sebagai golongan 'hard core'?

-freemalaysiatoday-

Saifuddin mahu maklumat perinci insiden turun gambar Najib di PWTC

Posted: 17 Dec 2011 03:31 PM PST

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mahu mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak-pihak terbabit berhubung dakwaan bahawa gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC diturunkan oleh peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) petang tadi.

"Insiden turun naik bendera gambar DSN (Datuk Seri Najib Razak) di PWTC petang tadi. Saya telah hubungi penganjur minta keterangan. Saya juga hubungi pihak PWTC," kata Saifuddin, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menerusi mesej Twitter malam ini.

ASPIRASI mengecam tindakan yang tidak matang dan memalukan oleh kumpulan pelampau mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai BEBAS.


Berarak dan berhimpun menganggu kententetaman awam. Menjatuhkan maruah dan keintelekualan seluruh mahasiswa.

Sekitar 100 mahasiswa universiti awam tempatan mengadakan demonstrasi di ibu negara kira-kira 2 petang dan menyerahkan memorandum kepada Suhakam.

Kemudian kumpulan itu menuju ke PWTC yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn untuk menyerahkan memorandum kepada wakil parti teras BN itu.

Dalam pada itu, akaun Twitter @MahasiswaMsia dengan merujuk kepada isu Himpunan Bebas berkata, "sejarah tercipta! Demonstrasi hingga ke bangunan Umno di PWTC dan sejarah itu dicipta oleh Mahasiswa! Bangkit Mahasiswa!"

Mesej susulannya berbunyi, "17 Disember '11 — hari bersejarah negara."

Katanya, mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTC dengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik.

Bagaiamanpun mesej akaun seterusnya memaklumkan Saifuddin bahawa kejadian itu memang bukan sesuatu yang dirancang.

"Insiden ini bukan perancangan kami, di luar kawalan.

"Isu turun bendera gambar DS @NajibRazak Ia di luar kawalan penganjur. Koalasi Bebas pandang serius dan akan bincang perkara ini," kata dua mesej yang menyusul sekitar 9 malam tadi.

Maklumat yang diperoleh dari akaun yang sama memaklumkan Saifuddin bahawa "ketua demo (demonstrasi petang) tadi Safwan Anang, kami akan bincangkn isu turun gambar DSN (Najib)ini secara serius malam ini juga."

Sementara itu Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin menerusi mesej Twitternya membalas @MahasiswaMsia menulis, "Terus bangkit!"

Bagaimanapun tindakan mereka mendapat bantahan dan dikecam ahli-ahli dan pemimpin Umno. Bekas ketua sayap muda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, yang juga pemimpin Pemuda Umno PJ Utara, dalam kenyataan yang dikongsi berkata,

Aspirasi mengecam tindakan yang tidak matang dan memalukan oleh kumpulan pelampau mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai Bebas.

"Berarak dan berhimpun mengganggu kententetaman awam. Menjatuhkan maruah dan keintelekualan seluruh mahasiswa.

Apa yang menyedihkan lagi, kerenah pelampau ini dilayan oleh YB Datuk Saifudin Abdullah, umpama mereka ini diiktiraf!

"Pihak kerajaan mesti berhati-hati dalam tindakan sebegini.

Aspirasi kecewa apabila mahasiswa ini tidak mengenang budi sehingga sanggup menurunkan bendera YAB PM dan mendesak YAB Dato Seri Mohd Najib letak jawatan!" kata kenyataan itu.

Aspirasi merupakan antara beberapa kumpulan pelajar berpengaruh di pusat pengajian tinggi awam tempatan.

Safwan ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat malam berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pagi esok untuk membincangkan isu terbaru ini.

"Kami akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat esok," katanya lagi.

Dr. M cabar Anwar bersumpah

Posted: 17 Dec 2011 03:21 PM PST

Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Multaqa Wedatul Ummah Ketiga anjuran Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yang ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Aliran wang haram RM150 bilion: Kerajaan cuba sembunyikan sesuatu

Posted: 17 Dec 2011 05:20 AM PST

KUALA LUMPUR 16 Dis : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa Kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu ekoran keengganan Perdana Menteri menyiasat laporan yang dikeluarkan Global Financial Integrity (GFI) mengenai aliran wang haram.

Azan ketika dihubungi berkata, Datuk Seri Najib Razak berjanji di Parlimen Mac lalu untuk menyiasat laporan pertama yang dikeluarkan GFI, namun sehingga kini tiada sebarang siasatan dibuat.

"Timbalan Menteri Kewangan pernah memberi janji akan siasat. PM juga beri jaminan untuk menyiasat dan meminta tempoh dua bulan. Kerajaan sebenarnya cuba sembunyikan sesuatu dan tahu apa yang berlaku," kata Azan.


Menurut Azan, pengaliran wang haram berpunca dari gejala seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai.

Malah katanya, isu itu juga dikaitkan dengan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan kepada kerajaan, menyebabkan gejala tersebut semakin berleluasa.

"Kerajaan perlu mengambil serius tentang hal ini. Sebagai contohnya, rasuah, pemerdagangan manusia, sindiket dadah yang melibatkan jutaan ringgit jelas terbukti telah lama berlaku di dalam negara," kata beliau.

Azan turut bimbang, jumlah aliran wang haram yang mengatasi belanjawan negara, mengakibatkan keadaaan ekonomi negara menjadi semakin buruk.

"Pada 2009 sahaja sudah mencecah RM150 bilion, dan kemungkinan jumlah lebih besar lagi pada 2010 iaitu mencecah RM200 bilion, dan jumlah itu hampir sama dengan belanjawan 2012 iaitu RM232.8 bilion," ujarnya.

Katanya lagi. kerajaan tidak sepatutnya bertindak memberi kenyataan yang menyedapkan hati dan menipu rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) di mana lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).

GFI baru-baru ini melaporkan sebanyak RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.

Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24456

Polis ‘mesra’, bantu mahasiswa demonstrasi protes AUKU

Posted: 17 Dec 2011 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai 'flash mob' di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan 'kelainan' apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini.


Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik". Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform. Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan "hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Peserta demonstrasi tersebut dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan. "Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)", dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, "aku pun bayar cukai, suka hati lah". Dalam demonstrasi terbabit, kumpulan ini turut menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Md Sha'ani Abdullah. Dalam kenyataannya kepada media, Md Sha'ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan. "Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas," katanya selepas sesi penyerahan memorandum. Menurutnya, memorandum tersebut akan diteliti dan ada perkara tertakluk di bawah hak asasi manusia sejagat. "Suhakam akan meneliti memorandum yang diserahkan, dan kami percaya pernyataan ketidak puasan hati boleh melalui pelbagai bentuk, sama seperti berdemonstrasi demi untuk menarik perhatian golongan tertentu apabila medium lain seperti surat dan sebagainya tidak mendapat respon yang sewajarnya," jelasnya.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Tiada ulasan: