Era Pasca |
- PRU 13 sudah boleh diadakan..??
- Guan Eng Akan Dermakan RM200,000 Daripada Utusan Kepada Badan Amal
- Ni Dia "Beza PAS Dengan Umno"..!!
- Scandal Fidlot : Utusan mula menyerang Shahrizat?
- Apalah BODOH Sangat Dua Orang ni..??
- Mari Kenali Kaki Fitnah UmnoApco Yang Telah Disaman..!!
- Panas!!! DAP Inginkan Kerusi MB Selangor..??
- Politik Shahrizat Politik Tidak Beradab..!!
- Fitnah Liwat: Anwar Ibrahim Mesti Dibebaskan!!!
PRU 13 sudah boleh diadakan..?? Posted: 16 Dec 2011 01:20 AM PST DR. ABU Hassan Hasbullah, tuan punya badan kaji selidik Zentrum tidak pernah kata sebelumnya pengundi muda cenderung kepada BN. Kini katanya, pengundi muda sudah cenderung kepada BN. Dr. Mahathir tidak pernah menggalakkan Perdana Menteri Najib mengadakan PRU 13 segera. Tunggu dulu. Kini katanya, sudah tiba waktu terbaik bagi BN mengadakan pilihan raya. Ertinya PRU 13 sudah boleh diadakan dan inilah masa terbaiknya untuk menang semula. Ia mengingatkan saya perkembangan semasa saya berada di London pertengahan 1970. Ramalan semua akhbar ialah masa itu waktu terbaik bagi Perdana Menteri Edward Heath dari Parti Konservatif mengadakan pilihan raya. Sebulan kemudian saya singgah lagi di London dalam perjalanan pulang dari Amerika. England sedang sibuk kempen. Bila balik ke Malaysia, berita yang saya baca menyebut, parti Perdana Menteri Edward Heath kalah. Itulah hakikat nujum ada yang tepat, ada yang tidak. Nujum yang tepat ialah yang meramalkan kelahiran laki-laki yang akan membinasa kuasa Raja Namrud dan satu lagi bayi laki-laki akan menghancurkan regim Firaun, raja segala kezaliman. Kata nujum, sekarang adalah waktu terbaik bagi kerajaan Najib untuk menang semula. Dua bulan lagi, Februari dan Mac mungkin berubah. PAS dan sekutu Pakatan Rakyatnya sudah bersedia, seperti gendang perang Badar sudah dipalu atau seperti tentera Islam menghadapi perang Hunain. PAS dengan perjuangan sucinya menghadapi pilihan raya dengan semangat peperangan Nabi SAW dalam jihadnya. Tetapi PRU 13 itu dihadapi PAS bersama yang 98 peratus bukan Islam dan 50 peratus PKR bukan Islam. Macam mana PAS mahu menyamakannya dengan perang Rasulullah SAW? Memang perang Badar disertai sepenuhnya oleh mujahiddin. Perang Uhud pula mulanya diikuti oleh munafiqin pimpinan Abdullah bin Ubai. Rasulullah tidak menghalang penyertaan mereka. Menjelang medan perang mereka cabut lari. Selepas pembebasan kota Makkah baginda memimpin perang Hunain. Ia diikuti sama oleh ribuan penduduk Makkah yang belum Islam. Penyertaan mereka tidak dilarang baginda. Kafir Arab Makkah itu tidak menyertainya kerana jihad dan Islam, tetapi mahu mengelakkan musuh Islam menyerang Nabi SAW di Makkah. Jika musuh itu masuk Makkah, mereka, keluarga dan harta benda mereka akan diserang. Maka mereka menyertai tentera Islam menujui Hunain. Dalam PRU 13 ini, PAS menyetainya dengan perjuangan Islam yang suci. DAP dengan semangat anti rasuah dan membela golongan yang tertindas, manakala PKR pula menegakkan keadilan dan membasmi penyelewengan. Kalau jihad Rasulullah SAW dalam perang Hunain tidak cacat dengan penyertaan kafir Makkah, maka tiada apa kurangnya bagi perjuangan suci PAS itu dijalankan bersama dengan DAP dan bukan Melayu dalam PKR. Dengan semangat itulah PAS menghadapi PRU 13 itu dengan DAP dan PKR untuk mara ke Putrajaya. Pakatan Rakyat telah lama menunggu. Memang Pakatan Rakyat tidak menduga PM Najib menunggu hingga akhir penggal untuk mengadakan pilihan raya. Kalau boleh dia mahu secepat mungkin menampatkan penggal yang ditinggalkan oleh Tun Abdullah Badawi. Dia mahu mandatnya sendiri dan mahu membersihkan kerajaannya dari saki baki orang lama. Setengah dari orang Mahathir dan orang Abdullah seperti Syed Hamid Albar, Azalina Osman, Idris Haron sudah digugurkan, tetapi orang-orang itu masih ada di Parlimen. Tetapi Najib bukanlah orang yang berani sangat. Dia tidak berani mengadakan pilihan raya di Perak yang dirampaskan dari Pakatan Rakyat. Dia cuba dapatkan Selangor dengan cara dia mengambil Perak. Dia cuba dapatkan majoriti dua pertiga Parlimen dengan menaja MP Pakatan menjadi MP Bebas. Tetap dia tidak berani mengadakan segera PRU 13. Sekali pun ramai pembangkang sudah dibeli – dalam dan luar Parlimen – sehingga orang keliru dengan keupayaan Pakatan Rakyat, tetapi Najib tidak berani mengadakan pilihan raya segera. Memang Mahahir pun melarangnya. Lompat beberapa orang MP dan ADUN tidak menjanjikan suasana selesa baginya. Hanya sekarang sudah baik mengikut nujum Mahathir. Tetapi belum tentu Mac dan April nanti keadaan baik lagi. Pengalaman Edward Heath di Britain ahun 1970 itu adalah satu pelajaran. Ramalan hanya satu harapan tetapi bukan satu jaminan. |
Guan Eng Akan Dermakan RM200,000 Daripada Utusan Kepada Badan Amal Posted: 16 Dec 2011 12:05 AM PST Ambil iktibar saman Guan Eng terhadap Utusan PULAU PINANG 15 Dis: Media arus perdana disaran mengambil iktibar kemenangan kes saman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Utusan Malaysia, kata Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam satu kenyataan. Ini kerana katanya, antara keputusan penting dalam kes itu ialah Utusan jelas melanggar etika kewartawanan dalam laporannya. "Kami kesal dan kecewa melihat media massa arus perdana yang dikuasai sekutu Umno sering diperalat untuk memecah-belahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia. "Kami berharap Utusan dan media arus perdana lain mengambil iktibar daripada keputusan Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan bertanggungjawab penting kepada sistem demokratik di Malaysia," kenyataan itu dipetik. Keputusan itu juga katanya, membuktikan Pakatan Rakyat, Guan Eng dan kerajaan Pulau Pinang tidak rasis dan jauh sekali anti Melayu sebagai mana didakwa akhbar Umno itu. "Hakim juga memutuskan Utusan Malaysia mengamalkan "selective vendetta" atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan memfitnahkan mereka secara tidak adil," katanya. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14 Disember lalu mendapati akhbar milik Umno itu bersalah kerana memfitnah Guan Eng berhubung berita bertajuk 'Kebiadaban Guan Eng' dan diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu. Sehubungan itu, Utusan diarah membayar pampasan RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos. Sementara itu, Guan Eng berkata, beliau akan mendermakan RM200,000 itu kepada badan-badan amal. Mahkamah Tinggi Buktikan Kerajaan Pulau Pinang Adil Kepada Semua Kaum |
Ni Dia "Beza PAS Dengan Umno"..!! Posted: 15 Dec 2011 09:55 PM PST MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno? Semua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011. HARAKAH: Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno? TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah. Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi 'road tax' (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua. Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah? Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia. Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah. Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan "liya'budun" (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana? Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru? Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung. Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam, Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno. PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya. Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru? Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain? Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja? Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, 'the way of life'. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna. Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri. Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA. Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar. Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno. Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno? Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada. Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa. Sumber : Harakahdaily |
Scandal Fidlot : Utusan mula menyerang Shahrizat? Posted: 15 Dec 2011 08:45 PM PST Melalui penulisannya Pengarang kanan Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia , Datuk Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit' pada 14 Jan 2011, telah meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak. "Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela. "Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'. Nampak macam ikhlas penulisannya tapi sebenarnya tiada bezanya dengan khabar angin yang dibawa oleh para pencacai UMNO diperingkat akar umbi kononnya Shahrizat akan meletak jawatan ekoran dari Scandal NFC. Shahrizat dikhabarkan oleh mereka akan meletakkan jawatan kerana menurut para pencacai yang membawa khabar angin UMNO tidak memerlukan pemimpin yang sebegitu perangainya.. yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan keluarga kononnya… Kononnya lagi jika Shahrizat tidak meletakkan jawatan Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi akan mendesak beliau untuk meletakkan jawatan.. Tujuan sebenar hanyalah untuk menipu demi mengembalikan keyakinan Makcik-Makcik dan juga Pakcik-Pakcik di kampung-kampung dan juga di Felda yang mula membuka mata dan meragui pimpinan UMNO ekoran pendedahan Ketua Audit Negara mengenai kepincangan dalam pengurusan NFC. ******************************************* Pemimpin kontroversi Umno diminta berundur Akhbar Utusan Malaysia milik Umno, hari ini meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak. "Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela. "Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'. "Sebagai pemimpin yang bernaung di bawah seorang presiden parti, hormatilah dan percayalah beliau. Janganlah buat lagi kenyataan dalam akhbar; 'saya serahkan nasib kepada PM'. "Keputusan di tangan tuan-tuan YB sekalian. Buatlah sendiri keputusan. Jangan letak tekanan itu kepada Presiden," katanya. Meskipun Zaini tidak menamakan sebarang pemimpin, mesejnya dilihat menjadikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebagai sasaran. Ini kerana Shahrizat terbabit dengan kontroversi yang menyelubungi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan syarikat milik suaminya. Pada perhimpunan agung Umno dua minggu lalu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau akan menyerahkan soal pencalonannya di tangan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Dalam ruangannya itu yang bertajuk 'PRU13: Menanti siapakah YB-YB sukarela mahu berundur...', Zaini melahirkan kekecewaannya kerana tidak ada wakil rakyat Umno yang mahu memberi laluan kepada muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang. "Sehingga kini tiada mana-mana YB yang sanggup menyahut seruan presiden mereka supaya berundur diri secara sukarela bagi memudahkan beliau membuat keputusan. "Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat. Masing-masing merasa bimbang yang teramat sangat kedudukan mereka yang sudah berakar umbi itu akan terlucut atau tumbang dilanda taufan," tulisnya. Najib pada hari akhir perhimpunan itu berkata, sebagai orang Umno mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya. Malaysiakini |
Apalah BODOH Sangat Dua Orang ni..?? Posted: 15 Dec 2011 06:46 PM PST Rasulullah S.A.W pernah berpesan dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama, yang membawa maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Atau dalam lain ayat.. sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama contohnya korang bacalah di bawah.. SU Agung PAS: Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu. Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti. "Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS "Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini. Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti. Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia. Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti. Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno. Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras. Mustafa berkata, kenyataan Hasan turut menggambarkan beliau seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP. "Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya. Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik. Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura. "Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya. Bagaimanapun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu. "Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu. "PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya. The Malaysian Insider |
Mari Kenali Kaki Fitnah UmnoApco Yang Telah Disaman..!! Posted: 15 Dec 2011 05:42 PM PST Tulis seorang sahabat yang kini telah menjadi celebrity, lelaki di dalam gambar di atas adalah Blogger Pro UMNO iaitu pemilik Blog RBF Online, Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi yang kini sedang berhadapan dengan saman dari Husam Musa kerana fitnah. Untuk pengetahuan, pemilik Blog RBF Online (Ruang Bicara Faisal) telah disaman oleh Husam Musa kerana menulis dan menyiarkan satu artikel berbentuk fitnah terhadap Husam dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 bertajuk bertajuk "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta." Perbicaraan sedang berlangsung kini. Semalam Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi telah menafikan bahawa beliau adalah pemilik Blog tersebut .. biasalah pencacai UMNO.. dah berak tengah jalan mana nak mengaku punya.. Sahabat atau Celebriti tersebut telah menjawab artikel dari Blog Pro UMNO yang bertajuk "Husam Dayus". Blog Pro UMNO menyifatkan Datuk Husam Musa yang juga Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan, Dalam kes berkenaan, Pendakwa (Husam) menggunakan khidmat 2 orang peguam iaitu Hisham Fauzi dan juga Zainal Abidin, jadi tidak timbul isu "Husam mohon untuk menukar peguam" semasa perbicaraan berlangsung seperti yang dilapor portal pro UMNO/BN tersebut menurut celebrity itu - sepenuhnya sila klik di link diakhir entry. Dalam perbicaraan tersebut juga, pihak Pendakwa tidak ada dan tidak pernah memohon untuk menukar peguam, jauh sekali membuat permohonan untuk menangguhkan kes. Berbalik kepada gambar di atas.. besar-besar rupa-rupanya Blogger Belaan UMNO ni.. selain dari RBF ini, Ikon Arak 1Malaysia si Parpukari dan BigDog juga besar saiz badannya… kenapa agaknya? Baca laporan atau jawapan Celebrity tersebut di ( SINI ) Kenapa aku panggil beliau sebagai Celebrity sila lihat di ( SINI ) |
Panas!!! DAP Inginkan Kerusi MB Selangor..?? Posted: 15 Dec 2011 04:40 PM PST Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub? Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 Juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang! DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di'kenakan' imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di'kena'kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya. Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu. Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN. Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA. Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul. PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja. Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai. Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam. Selagimana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati. Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB. Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul. Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri. Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
Politik Shahrizat Politik Tidak Beradab..!! Posted: 15 Dec 2011 07:20 AM PST SEREMBAN: "Budaya politik yang dibawa oleh Ketua Wanita Umno, Dato' Shahrizat Abdul Jalil mirip budaya 'politik sundal' dan jalang. "Itulah istilah yang sesuai dilabelkan kepada Shah rizat merujuk kepa da ucapan selak kain Shahrizat ketika Perhimpunan Wanita Umno ming gu lepas," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Zul kefly Mohamad Omar. "Sebagai seorang wanita dan ibu, beliau tidak seharusnya menutur kata- kata lucah seperti itu. Apa tah lagi beliau juga me rupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Tanyalah sesiapa apakah maknanya dalam budaya orang Melayu jika seorang wanita berkata ten tang selak kain. "Kenyataan sedemikian dikhuatiri akan menjadi ikutan orang ramai ter utama generasi muda. Sebagai wanita dan menjaga kementerian yang ada kaitan dengan wanita, keluarga dan masyarakat, beliau tidak sepatutnya berkata demikian. "Ini bukan satu contoh yang baik kepada anakanak kita," tegas Zulkefly yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat. Zulkefly berkata sepatutnya Shahrizat menjelaskan isu NFC yang membabitkan wang rakyat dan bu kannya mencerca pemimpin Pakatan Rakyat dan mengeluarkan katakata kesat seperti singsing lengan dan selak kain. |
Fitnah Liwat: Anwar Ibrahim Mesti Dibebaskan!!! Posted: 15 Dec 2011 04:46 AM PST "Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan," kata beliau kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini, di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini. Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui. Anwar (gambar), bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004. Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan. "Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?" katanya. Tarikh 9 Januari 2012 bakal menyaksikan detik penting kepada negara termasuk masa depan karier politik pejuang rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan kes liwat II yang turut membabitkan Saiful Bukhari Azlan. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menetapkan tarikh tersebut sebagai sebutan keputusan bersabit kes liwat II yang telah bermula sejak tahun 2009. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui di luar mahkamah tetap dengan keyakinan adalah tidak munasabah sekiranya keputusan tidak memihak kepadanya. "Saya tidak fikir hakim ada pilihan selain menghormati prinsip undang-undang untuk membebaskan saya. Dan saya ulang seperti dari awal, pendakwaan itu tidak sepatutnya berlaku jika tidak ada campurtangan politik. "Kedua sudah pun ada pendakwaan tidak sepatutnya ada ruang untuk panggil saya membela diri "Sekarang kita sudah memberi keterangan dengan hujah-hujah pakar yang bukan sahaja menjelaskan beberapa pertuduhan yang tidak munasabah termasuk spesimen dan sebagainya. "Saya tidak fikir hakim ada pilihan selain untuk tunduk kepada undang-undang dan fakta," katanya. Ujar anwar lagi, beliau mungkin terpaksa membatalkan jemputan Rajamohan Ghandi, cucu kepada Mathma Ghandi untuk hadir melancarkan rencana demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat dan bebas daripada rasuah di Bombay memandangkan majlis tersebut berlangsung hampir pada tarikh sebutan keputusan kes. Anwar turut menjangkakan pilihanraya umum semakin hampir seperti yang dinantikan oleh semua pihak. "Pada 1999 saya di penjara, kita mendapat sokongan yang tinggi daripada rakyat. "Jika mereka rasakan ini kerja politik untuk melemahkan pembangkang, saya yakin selepas 9 Januari pembangkang akan teruh kukuh tidak kira Anwar di dalam atau di luar penjara. "Kami tetap perjuangkan untuk menegakkan keadilan dan reformasi di negara ini," katanya. Sementara itu, Ketua Peguambela, Karpal Singh dalam reaksinya berkata, keterangan Doktor Pusrawi, Dr Oman perlu diambilkira memandangkan beliau merupakan saksi pendakwaan. Bagi peguambela, Sankara Nair memaklumkan, pasukan pembelaan selesai menjawab semua hujah beserta fakta selain membawa pakar-pakar dari luar negara untuk prosiding kali ini. Katanya, kini terpulang kepada hakim untuk membuat keputusan. "Kami memang konfiden, hujah dan persiapan sempurna. Kami akan bagi ulasan lepas keputusan. Kami akan merayu jika keputusan tidak memihak kepada kami," katanya. Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 dan dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan