Era Pasca |
- SAHRIZAT AKAN BERUNDUR DEMI MUHYIDDIN?
- Fakta tentang DAP yang Umno takut orang melayu tau..!!
- ANAK MUDA AKAN TENDANG UMNO/APCO-BN..!!
- Apa Beza Ulamak kat Malaysia dengan Ulamak kat Pakistan.. Inilah jawapannya...!!!
- Panas!! Terbukti Utusan Kaki Fitnah Terulung..!!
- Amaran!!! Kepada Najib!!! - Kes Fitnah2 DSAI
- KHAIRY PENAKUT UMNO BACUL!!! Lengahkan debat isu NFC
SAHRIZAT AKAN BERUNDUR DEMI MUHYIDDIN? Posted: 15 Dec 2011 12:09 AM PST Akhbar Utusan Malaysia milik Umno, hari ini meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak. "Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela. "Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'. "Sebagai pemimpin yang bernaung di bawah seorang presiden parti, hormatilah dan percayalah beliau. Janganlah buat lagi kenyataan dalam akhbar; 'saya serahkan nasib kepada PM'. "Keputusan di tangan tuan-tuan YB sekalian. Buatlah sendiri keputusan. Jangan letak tekanan itu kepada Presiden," katanya. Meskipun Zaini tidak menamakan sebarang pemimpin, mesejnya dilihat menjadikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebagai sasaran. Ini kerana Shahrizat terbabit dengan kontroversi yang menyelubungi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan syarikat milik suaminya. Pada perhimpunan agung Umno dua minggu lalu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau akan menyerahkan soal pencalonannya di tangan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Dalam ruangannya itu yang bertajuk 'PRU13: Menanti siapakah YB-YB sukarela mahu berundur...', Zaini melahirkan kekecewaannya kerana tidak ada wakil rakyat Umno yang mahu memberi laluan kepada muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang. "Sehingga kini tiada mana-mana YB yang sanggup menyahut seruan presiden mereka supaya berundur diri secara sukarela bagi memudahkan beliau membuat keputusan. "Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat. Masing-masing merasa bimbang yang teramat sangat kedudukan mereka yang sudah berakar umbi itu akan terlucut atau tumbang dilanda taufan," tulisnya. Najib pada hari akhir perhimpunan itu berkata, sebagai orang Umno mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya. |
Fakta tentang DAP yang Umno takut orang melayu tau..!! Posted: 14 Dec 2011 10:00 PM PST Harakahdaily melaporkan: SHAH ALAM: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor.Fakta macam ni la yang Umno takmau orang melayu tau. Kalau orang melayu tau Umno BN akan hilang peluru berharga depa untuk kempen PRU. Kalau nak diikutkan lebih sesuai kalau Umno nak main isu DAP membudhakan orang melayu dari nak mengkristiankan orang melayu pasai Umno dok kata DAP tu parti Chauvanis Cina dan kebanyakkan orang cina beragama budha. Tapi Umno tak boleh spin kut situ pasai hampir tak pernah dengar orang budha punya kerjabuat nak kembangkan agama budha. Masalahnya majoriti orang melayu memang malas membaca, nak cari fakta lagi la malas. Kalau yang peka sikit pun kebanyakkannya terlalu bergantung kepada media penchachai Umno BN. Walaupun dah banyak tindakan dan keputusan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Penang yang banyak bagi peruntukan dan bantuan kepada kebaikan Islam tapi tak ramai yang tau fakta tu. Tak ramai yang tau berapa Guan Eng bagi peruntukan kepada majlis Agama Islam berbanding yang dibagi masa BN pegang Penang. Tak ramai yang tau fakta Guan Eng bagi saguhati kepada para Huffaz yang tak pernah sapa pun bagi sebelum ni. Tak ramai yang tau berapa peruntukan yang Guan Eng bagi kepada SAR yang sebelum ni Umno BN tarik balik bantuan. Kalau ada yang tau sikit-sikit pun pasai fakta tu, ramai yang fikir tu cuma helah politik DAP, depa yakin DAP cuma berpura-pura tunjuk baik sedangkan DAP depa kata bercita-cita nak hancurkan orang melayu. Memang aku pun boleh setuju dengan adaian tu. Kita memang taktau apa sebenar dalam hati Guan Eng, sama juga kita taktau apa yang sebenarnya ada dalam hati Najib yang menselogankan 1Malaysia tapi dalam masa yang sama mengiktiraf kerjabuat PEKIDA. Paling kurang pun tindakan dan kerjabuat Guan Eng menunjukkan yang dia bukan rasis dan bukan anti Islam. Apa yang ada dalam hati dia mana kita tau tapi yang jelasnya tindakan dia tak merugikan Islam, jauh sekali untuk nak hancurkan Islam malah banyak bagi kelebihan kepada orang Islam. Sekurang-kurangnya setakat hari ni takdak lagi. Berbanding dengan Umno yang mengaku pejuang Islam dan pejuang melayu, kerja buat Najib Rosmah dan para pemimpin Umno majoritinya tak menggambarkan sebagai pejuang Islam dam melayu. Dah 50 tahun langsung tak nampak Umno bercita-cita nak jalankan hukum Islam. Bukan setakat tak mau buat malah yang mempermain-mainkan pulak. Macam tu jugak, berapa banyak tanah rizab melayu yang terlepas ke tangan bangsa lain. Walaupun dah lebih 50 tahun merdeka sasaran 30% kuasa ekonomi pun tak boleh nak capai sedangkan orang melayu lebih 60%, patutnya sebagai 'tuan' kuasa ekonomi orang melayu tak boleh kurang dari 60%. Macam tu jugak ramai yang taktau fakta bila Penang buat sistem tender terbuka, lebih ramai kontraktor melayu yang dapat projek. Sebelum ni masa BN memerintah Penang memang kebanyakkan kontrek dapat kat kontraktor melayu tapi fakta sebenarnya yang dapat tu bukan genuine kontraktor, lebih kepada 'kontraktor air liur' akhirnya yang buat kontrak tu kontraktor cina jugak. Banyak lagi fakta yang Umno sembunyikan dari pengetahuan majoriti orang melayu. Kalau semua fakta-fakta tu orang melayu faham, dah lama orang melayu tolak Umno BN. Kena pulak dengan tabiat orang melayu yang malas membaca, kerja Umno BN nak sorok fakta-fakta tu jadi sangat mudah. Apa pun, aku harap berita macam kat bawah ni dapat buka mata lebih ramai orang melayu untuk mula berfikir keluar dari tempurung Umno. Tambah pulak dengan perkembangan pesat media baru aku yakin semakin ramai orang melayu terutamanya golongan muda yang celik politik dan nampak kerja CELAKA penchachai Umno BN. Harakahdaily melaporkan: PULAU PINANG, 14 Dis: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan memfitnah Lim Guan Eng dan diarahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta mendapati |
ANAK MUDA AKAN TENDANG UMNO/APCO-BN..!! Posted: 14 Dec 2011 08:56 PM PST ALHAMDULILLAH!!! Orang mudalah yang akan turut bersama dengan rakyat Malaysia yang lain untuk menumbangkan Kerajaan UMNO/APCO-BN yang korup, salah guna kuasa, tiris, seleweng, dan menganiaya Melayu... Rakyat Malaysia akan lebih bahagia dan menikmati keadilan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat... Hal ini telah dibuktikan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Rakyat tidak akan lupa tentang kerakusan UMNO/APCO-BN merampas Perak melalui jalan belakang dan kemudian memperlembukan mahkamah untuk terus berkuasa. Rakyat Perak terutamanya masih terbayang peristiwa Speaker Sivakumar diusung keluar secara paksa bersama-sama kerusinya. Mahkamah kata mereka tiada kuasa campur tangan dalam hal ehwal Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila Sivakumar membuat tuntutan. Merampas DUN melalui pintu belakang boleh pulak. Yalah itu bukan DUN punya hal. Itu UMNO/APCO-BN punya hal. UMNO/APCO-BN semua boleh. Pakatan Rakyat bersidang di bawah pokok tak valid. Amalan double standardyang diamalkan oleh UMNO/APCO-BN itu akan diberi titik noktah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) nanti. KITA LAWAN SAMPAI UMNO/APCO-BN KALAH!!! SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT. |
Apa Beza Ulamak kat Malaysia dengan Ulamak kat Pakistan.. Inilah jawapannya...!!! Posted: 14 Dec 2011 06:45 PM PST Ulama UMNO.....tolong tiru Ulama Pakistan....ada berani??? Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH Berita gempaq... Aktrees Pakistan, Veena Malik telah dikecam oleh ulama-ulama Pakistan atas kebiadapannya beraksi bogel menghiasa cover majalah FHM baru-baru ini. Ulama-ulama Pakistan mengecam dan menggesa agar beliau diambil tindakan dan sewajarnya dihukum bunuh kerana memalukan agama dan negara Pakistan sendiri. SM teruja dengan keberanian ulama-ulama Pakistan sanggup bertindak mempertahanakan kesucian agama apabila seorang wanita Islam kelahiran Pakistan melakukan keaiban yg tidak sewajarnya dilakukan oleh wanita Islam. Berbalik di Malaysia tanah airku tercinta....kita lihat sekarang ini, artis-artis Malaysia semakin berani berpakaian menjolok mata..memperagakan tubuh semata-mata mencari publisiti murahan. Mereka melagangkan kecantian tubuh badan mereka untuk meraih populariti dan sanggup membelakangkan adab, nilai dan hukum agama. Bagi mereka seolah-olah hukum agama sudah tidak relavan dan sesuai untuk mereka lagi. Atau mungkin merasakan mereka tidak termasuk di dalam golongan manusia yang diperintahkan Allah untuk melakukannya. Mungkin atas nama kejahilan...atau mungkin sengaja buat-buat jahil..Tapi yang SM hairan..ulama-ulama di Malaysia terutama ulama kerajaan ini seolah-olah merestui tindakan artis-artis wanita ini..SM tak dengar pun suara-suara Ulama mengecam tindakan mereka, memberi amaran dan peringatan atau pun paling tidak menasihati. Entahlah kut..kalau-kalau mereka mengambil pendekatan selemah-lemah iman, membenci dalam hati. Ulama ini telah dikatakan dalam Hadis Baginda Nabi Muhammad SAW..."Ulama itu pewaris para nabi". Jadi ulama harus bangun merealisasikan peranan membenteras kemungkaran yang sengaja dibenarkan berleluasa di Malaysia ini. Bukan ulama membiarkan diri mereka diperkuda oleh UMNO Haprak untuk membenarkan atau menyokong apa sahaja tindakan mereka dan seterusnya menjadi kuda kayu UMNO Haprak menentang perjuangan Islam. Ulama perlu ada integriti sendiri. Ulama golongan berilmu, alim, warak dan berakhlak tetapi jangan cemarkan kelebihan yang diberi oleh Allah itu untuk mencari habuah dunia..kemewahan dunia, populariti, publisiti,pangkat, darjat....atau jangan kerana menjaga periuk nasi...agama digadaikan. Ulama..Umarak...saling bergandingan...jadilan ulama yang membetulkan umarak...bukan ulama yang diperkuda umarak... SM : sangat-sangat menyanjungi ulama, lebih-lebih lagi yang berada didalam perjuangan Islam dan berani mengatakan kebenaran... |
Panas!! Terbukti Utusan Kaki Fitnah Terulung..!! Posted: 14 Dec 2011 05:41 PM PST KUALA LUMPUR– Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar mengenai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan mengarahkan agar akhbar milik Umno itu membayar beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000 . Dalam keputusannya Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang bertajuk "Kebiadapan Guan Eng" telah memfitnah Lim, sekali gus menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam. "Hakim memutuskan bahawa defendan telah memperlihatkan vendeta selektif terhadap DAP dan plantif," kata peguam Lim Jagdeep Singh Deo kepada The Malaysian Insider. Awal Januari lalu, Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memutuskan untuk menyaman Utusan setelah akhbar harian itu menyiarkan sebuah artikel pada Disember 2010 yang mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan mahu parti berkenaan diharamkan. Sebelum itu, Lim mengutuskan sepucuk surat tuntutan meminta Utusan menarik balik beberapa perkataan yang didakwa memfitnahnya dalam beritanya. Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat 2010. Lim dalam notis tuntutanya menafikan dakwaan berkenaan dan memohon akhbar itu menyiarkan permohonan maaf dan pampasan daripada Utusan kerana memfitnahnya. |
Amaran!!! Kepada Najib!!! - Kes Fitnah2 DSAI Posted: 14 Dec 2011 04:37 PM PST Guardian UK ramal Anwar akan didapati bersalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi. Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib. Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya. Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu". "Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ... "Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?" Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan". "Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya. MalaysiaKini Komen Seorang Hamba Allah Aku adalah pejuang negara sejak bertugas dan setelah ake bersara hingga kini. Ramai sahabat-sahabat aku yang putus anggota malah tak kurang yang putus nyawa..... Memanag pertuduhan gila, fitnah gila, dakwaan gila, saksi gila, maka hukuman yang dikenakan terhadap Dato' Seri Anwar dan jika didapati bsersalah adalah penghakiman gila, jangan jadikan rakyat yang siuman menjadi gila, susah kerajaan nanti jika rakyat sudah gila. Jika negara arab telah berlaku Arab Spring,, jangan nanti berlaku pula MALAY SPRING. |
KHAIRY PENAKUT UMNO BACUL!!! Lengahkan debat isu NFC Posted: 14 Dec 2011 04:33 AM PST Perdebatan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih lagi tidak mendapat kata putus dari Ketua Pemuda Umno dalam penetapan tarikh. Justeru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyelar tindakan Khairy Jamaluddin yang melengahkan masa sebaliknya hanya mampu menggunakan orang bawahannya untuk menyerang beliau di laman sosial Twitter. "Bila Khairy tidak berani debat, dia hantar kaki maki hamun anak-anak buah untuk alih perhatian. 'Typical' Pemuda Umno," sindirnya di Twitter semalam. Rafizi pada 18 November lalu mencadangkan agar debat tersebut dibuat semalam dan telah memberi masa sebulan untuk Khairy menjawabnya namun ia terpaksa dibatalkan. Ini berikutan, wakil Khairy telah menghantar surat balas melalui email mengatakan Khairy tidak dapat menghadiri debat pada tarikh tersebut dan kononnya ingin bertemu bagi menetapkan tarikh dan masa yang dipersetujui bersama. Justeru Rafizi membalas surat tersebut dan mencadangkan agar debat skandal NFC itu diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno. Rafizi dalam satu surat dihantar kepada Khairy meminta agar beliau memberikan satu tarikh menjelang 12 Disember sebelum jam 12.00 tengahari dan sehingga kini tiada respon. "Jelas Khairy tidak berminat untuk mempertahankan NFC, komennya sebelum ini hanya cakap kosong," kata Rafizi di Twitter semalam. "Dah pukul 12.30 tengahari, saya masih belum dapat jawapan dari Khairy. Maknanya tarikh dah tamat, saudara tak berani dan tak berminat," kata Rafizi. Khairy di Twitter sebaliknya hanya menjawab dan mempersoalkan tarikh debat dan mengatakan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan debat tersebut. Bagaimanapun, Rafizi tetap akan meneruskan debat rakyat yang bakal berlangsung 19 Disember ini yang turut menjemput ahli Umno untuk berdebat berkenaan isu ini. "Oleh kerana Khairy tidak berani debat (Skandal NFC) lembu, kita akan teruskan debat rakyat, tempat akan diumumkan kemudian," jelas Rafizi. Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut. NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah. Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya. |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan