Jumaat, 9 Disember 2011

Era Pasca

Era Pasca


TAIB MAHMUD LAGI KAYA DARI RATU KOMONWEL... SORY AGUNG TAK TERSENARAI

Posted: 09 Dec 2011 12:28 AM PST


Kerana telah marahkan laporan-laporan kami Sean (Hisham) Murray, iaitu suami kepada Jamilah Taib telah mencabar kami. Laporan itu telah diterbitkan sebelum Yayasan Bruno Manser menerbitkan senarai hitam nama syarikat-syarikat keluarga Taib Mahmud. Kini senarai nama syarikat-syarikat keluarganya masih boleh diperolehi di laman-laman web.

Dalam laporan "Hentikan Rasuah Dari Pembalakan" yang diterbitkan oleh BMF, ianya ada mendedahkan keterangan mengenai kegiatan perniagaan keluarga Taib di Sarawak, Malaysia dan di tempat-tempat lain. BMF mengatakan bahawa keluarga memiliki saham-saham dalam tidak kurang dari 330 syarikat di seluruh Malaysia sahaja. Selain di Malaysia keluarga Taib juga mempunyai tidak kurang dari 80 buah syarikat di 25 negara di seluruh dunia termasuk Australia, UK, US, Kanada, New Zealand, Jersey, Hong Kong, British Virgin Islands, Fiji, Cayman Islands, Indonesia, India, Saudi Arabia, Labuan, Cambodia, Brunei, China, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, United Arab Emirates dan Vietnam!

BMF hanya mengakui bahawa siasatan itu berdasarkan keterangan yang diperolehi dari Pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat di Malaysia dan juga dari pejabat pendaftar syarikat-syarikat di luar negara.

Hasil dari Kegiatan Rasuah

Adalah jelas bahawa syarikat-syarikat milik keluarga Taib memperolehi keuntungan dan habuan mereka menerusi pemberian kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri Sarawak. Adalah sukar juga untuk menafikan bahawa kekayaan Taib adalah hasil dari kegiatan haram rasuah ketika beliau menjawat jawatan Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Sumber Asli Sarawak!

Kekayaan Taib dan keluarganya sememangnya dari kekayaan sumber asli negeri Sarawak, milik orang Sarawak, yang telah ditipu oleh Ketua Menteri mereka sendiri. Sarawak juga mempunyai simpanan minyak yang banyak yang tetap dirahsiakan oleh parti BN di Malaysia!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diarahkan untuk menyiasat dan mendakwa Taib Mahmud, tetapi suruhanjaya itu juga dihalang untuk menggugat parti BN yang 100% menguasai undi kerajaan pusat di negeri Sarawak.

Kini parti BN telah selesai dengan kelulusan rang undang-undang untuk menghalang sebarang perhimpunan melebihi 3 orang di tempat umum tanpa kebenaran! Hakikat seperti ini amat memalukan kerajaan Malaysia sendiri apatah lagi setelah kebangkitan perhimpunan secara aman kelolaan Bersih 2 yang lalu.

Bangkitlah, rakyat Sarawak! Kini tiba masanya Abdul Taib Mahmud menjadi tanggungjawab anda, dan jangan biarkan parti BN dari semenanjung menjadikan anda bagaikan budak kecil. Jom! Kita berkas Taib Mahmud!

Lebih Kaya dari Permaisuri! Disiarkan di TV Terkemuka di Kanada, Sementara Kekayaan Taib didedahkan

sumber


EKSKLUSIF: Saya Takkan Ampunkan Mereka Dunia Akhirat!

Posted: 08 Dec 2011 07:32 PM PST

EKSKLUSIF: Walau Menang Saman, Saya Takkan Ampunkan Mereka Dunia Akhirat!
Oleh SYAHRIL A. KADIR
" Saya dituduh sebagai pelacur, saya dituduh macam-macam tanpa disertakan bukti, saya difitnah dan semalam Alhamdulillah kebenaran akhirnya terbukti. Walaupun kemenangan di pihak saya, namun saya tidak akan memaafkan mereka yang memfitnah saya itu di dunia dan akhirat!,".
Begitulah raksi Ummi Hafilda Ali yang menang dalam kes samannya di mahkamah semalam.
Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan Syarikat Prema membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada kerana memfitnah ahli perniagaan itu melalui rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah, 12 tahun lalu.
Dengan keputusan itu, sidang berkenaan mengurangkan separuh daripada jumlah asal ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Jun 2006.

Mengenai kemenangan beliau semalam, Ummi Hafilda mengatakan jumlah ganti rugi yang beliau dapat sebenarnya lebih daripada itu kerana ada beberapa pihak nampaknya gagal membuat rayuan.
" Saya tidak kisah beberapa banyak pun yang saya dapat tetapi percayalah, ia tidak mungkin dapat membeli maruah saya yang tercemar," katanya.

Ketika ditanya , tidakkah tuduhan yang dilemparkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan satu fitnah, Ummi Hafilda menafikannya sama sekali.
" Apa yang saya kata tentang Anwar (Ibrahim) bukan fitnah kerana saya ada bukti, kalau betul saya fitnah mana-mana pihak, saya juga bersedia untuk disaman," tegasnya.

Kisah Sebenar! 16 September… yang ramai tak tahu

Posted: 08 Dec 2011 06:34 PM PST


Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2009 menyaksikan kekalahan BN yang
paling teruk dalam sejarah Malaysia.  Lima negeri dan 1 Wilayah Persekutuan tumbang di tangan Pakatan Rakyat.  Akibat kekalahan yang memalukan, Abdullah Badawi meletak jawatan dan diambilalih oleh Najib Razak.


Najib segera merangka strategi jahat untuk mengembalikan keyakinan penyokong BN yang terjejas teruk akibat kekalahan yang memalukan mereka.  Dalam mesyuarat sulit Najib bersama unit pakar strategi dan think tank beliau pada April 2008, Najib membuat perancangan jahat dengan 'apa cara sekalipun' merampas semula negeri-negeri yang telah tumbang.  Dan mereka menumpukan strategi mereka  untuk Perak dan Selangor.


Tetapi sudah pasti Anwar Ibrahim dapat mengetahui perancangan mereka melalui maklumat risikan oleh SB Polis dan MIO Tentera.  Bagaimana SB dan MIO boleh beri maklumat kepada Anwar Ibrahim…? Sebenarnya, itulah hakikat yang berlaku sekarang.  


Malah mesyuarat Kabinet, mesyuarat MKT Umno, maklumat risikan lain juga dengan senang Anwar boleh perolehi…. Sebab apa…?  Sebab lebih separuh ahli UMNO, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai risikan adalah orang Anwar Ibrahim!


Najib merancang… Anwar juga mengatur strategi berdasarkan maklumat yang diberi.  Pada 23 April 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sudah cukup Ahli-Ahli Parlimen dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, dan tarikhnya adalah 16 September 2008, iaitu Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia.


Dalam aturan tindakannya itu, Anwar Ibrahim menggunakan segala peruntukan perlembagaan dan tidak satupun tindakan beliau yang melanggar perlembagaan dalam usaha strategi beliau untuk membentuk kerajaan baru.  Termasuklah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi di Parlimen, dan juga memohon untuk mendapatkan persetujuan dari YDP Agong.


SEBAB UTAMA ANWAR IBRAHIM RANCANG 16 SEPTEMBER


Tujuan dan matlamat utama perancangan '16 September' adalah untuk mengalih perhatian Najib dan rejimnya daripada merampas Selangor yang merupakan aset yang tidak ternilai di Negara ini.  


("Anda mesti mencari cara yang bijak untuk mengalihkan perhatian musuh anda semasa anda membuat langkah strategik"  -  Buku The Art Of War – Shun Zu)


Dengan pengumuman '16 September', maka kelam kabut lah pimpinan Najib, sehinggakan pada 8 September 2008 beliau terpaksa melarikan 49 ahli Parlimen ke Taiwan bagi tujuan kononnya "lawatan sambil belajar".  Padahal ketakutan yang amat sangat, apabila ramai ahli parlimen BN yang berbisik kepada Anwar, " Please.. count..me..in ". 


Tetapi itu BUKAN matlamat utama Anwar iaitu menarik ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat. Matlamat utama Anwar Ibrahim adalah untuk menyelamatkan Selangor dari dirampas oleh Najib.


Dalam tempoh Najib dan konco-konconya kelam kabut menyelamatkan ahli-ahli parlimen mereka, masa pun berlalu… selama hampir setahun.


Anwar Ibrahim berjaya merancang strategi untuk mengurustadbir kerajaan Selangor dengan lebih stabil dan menyediakan benteng yang kukuh dari serangan Najib dan konco-konconya.  


Bayangkan jika Anwar Ibrahim tidak mengumumkan '16 September'.  Najib dan rejimnya akan mempunyai banyak masa untuk memikirkan strategi untuk merampas Selangor. 

Selepas isu '16 September' berakhir, pada Februari 2009 Najib dan rejimnya berjaya merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan rakusnya mengheret Speaker DUN dan mengunci beliau semasa ucapan perasmian sidang DUN oleh Raja Muda Perak.  Tetapi, Selangor tidak semudah itu untuk dirampas, kerana bilangan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Selangor adalah jauh lebih banyak dari Perak.


Akibat ketidakpuasan hati Najib dan rejimnya, mereka masih mencuba untuk hancurkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dengan memperkudakan SPRM sehingga kita menyaksikan kematian Teoh Beng Hock atas sebab dakwaan pembelian bendera Malaysia yang bernilai RM2 ribu sahaja.


Jika Teoh Beng Hock mengaku "kesalahan" tersebut, adakah akan ada tangkapan secara besar-besaran ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, dan menumbangkan Kerajaan Selangor ???


konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu, kerana isu azan.  Dan kemudian, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa penyelenggaraan kereta sendiri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor.


Isu kecil sebegini pun mereka gunakan sehingga menyebabkan kematian, tangkapan ISA dan dakwaan terhadap Menteri Besar.


Apa-apa pun Najib gagal ke atas Selangor…, dan sebab utama adalah Anwar Ibrahim berjaya memperkukuhkan kerajaan Selangor dengan senjata '16 September'.  


Sebab itulah sehingga sekarang ini Najib dan BN masih berterusan membangkitkan isu '16 September' yang kononnya "gagal", sedangkan yang sebenarnya Najib dan BN telah kalah di dalam perancangan mereka dan tidak puashati akibat diperangkap oleh Anwar Ibrahim di negeri Selangor...

Selepas puas main tahi lembu main tahi manusia pula

Posted: 08 Dec 2011 04:32 PM PST

Tahi manusia jenis mana tak tahu, jenis melayu ka, jenis mamak ka. Yang pasti tahi yang busuk ini keluar dari perut yang busuk cap UMNO. Tak kan pencacai ini amik tahi, tadah tahi dari orang Pakatan.

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan 'NAJIS manusia' sempena harijadi Lim Guan Eng hari ini yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: