Jumaat, 30 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Kemas Kini] Prof Dr Aziz Bari: Saya Ditawarkan Bertanding BUKAN Tawar Diri Sebagai CALON Pakatan Rakyat dalam PRU 13

Posted: 30 Dec 2011 03:20 AM PST

Saya petik:

[Antarapos] SHAH ALAM, 30 DIS : Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari hari ini membayangkan beliau akan menerima perlawaan parti komponen Pakatan Rakyat untuk bertanding kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu menegaskan beliau tidak mahu berkecimpung dalam politik untuk mengejar jawatan dalam parti, sebaiknya bertekad memainkan peranan berkesan di Parlimen.

Aziz berkata beliau bersedia membantu memartabatkan sistem dua parti di negara ini, khususnya dalam proses penggubalan dan perbahasan undang-undang di Dewan Rakyat.

" Saya nak sebut, saya hendak masuk (menjadi calon) apabila sudah hampir Pilihan Raya Umum. Saya bukan masuk politik sebab nak jadi Ketua Cabang, Ketua Bahagian atau Ketua Kawasan, saya bukan hendak masuk politik dalam konteks itu.

" Saya kalau hendak masuk (politik) pun, saya hendak bertanding sahaja dan itu tidak semestinya (dengan menjadi) orang parti. Cuma kalau parti terima saya dan mereka mempromosikan saya sebagai seorang calon, saya sanggup.

" (Saya masuk) dalam konteks untuk mencari perubahan, tapi bukan dalam konteks untuk menjadi laksamana. Jadi, bahasa masuk politik itu kena faham lah. Bukan maksud saya hendak berebut macam orang parti, hendak tubuh cawangan, bawa pengundi hantu, bukan macam itu,"tegas beliau.

Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik beliau sebagai menawarkan diri bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat.

" Saya tidak tawar diri, saya ditawarkan," jelas Aziz kepada antarapos.com.

" Kalau menawarkan, saya pun tidak mahu. Kalau bergaduh untuk dapatkan kerusi, buat apa. Tak ada kerja," ujarnya.

Aziz berkata beliau mendokong perjuangan Pakatan Rakyat tetapi menegaskan beliau tidak mahu terjebak dalam politik dalaman mana-mana parti.

Pemuda Pas sebelum ini mengundang Aziz secara terbuka untuk menyertai parti itu dan kenyataan beliau hari ini mengesahkan dirinya juga dipancing oleh Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

" Saya komited kepada idea untuk memperkasakan sistem dua parti dan yang keduanya, saya setuju dengan komitmen Pakatan Rakyat kepada Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kepada apa yang mereka tawarkan dalam Buku Jingga," kata beliau.

Laporan di blog-blog menyebut Aziz kini aktif "berkempen" di kawasan Sabak Bernam, Selangor.

Ditanya mengenai kesahihan berita itu, Aziz berkata,"saya percaya kepada politik dan di dalam politik, kita kena balik ke akar umbi, jadi lebih baik kembali ke kawasan asal kita,"katanya.  Beliau berasal daripada kawasan itu.

Parti Keadilan Rakyat dipercayai akan sekali lagi bertanding kerusi itu pada pilihanraya umum akan datang.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin daripada PKR  yang mendapat 10,720 undi.

Aziz mencetus kontroversi apabila mengulas tindakan Sultan Selangor bersabit  pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas bangunan milik Gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang sering muncul di pentas pembangkang digantung tugas sebagai pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum  mengambil keputusan untuk meletak jawatan yang berkuat kuasa esok.

Aziz berkata persekitaran kampus dan keadaan politik semasa mengekang beliau untuk sebagai pensyarah dalam memberikan pandangan secara bebas dan berilmiah mengenai isu-isu penting.

Pengkritik beliau, menyifatkan Aziz sebagai menaruh cita-cita politik dan lantang menggesa beliau supaya terus menjadi ahli politik sepenuh masa.


* Artikel asal saya petik daripada Mstar dengan tajuk Aziz Bari Tawar Diri Jadi Calon PR. Berdasarkan kenyataan Dr Aziz, artikel di atas lebih tepat.


P/s: Pilihan yang tepat!



WiFi PERCUMA untuk Rakyat Selangor Mulai 2012

Posted: 30 Dec 2011 12:21 AM PST


 
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 30 Dis : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat.

"Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya.

"Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei kepada Suara Keadilan.

Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung.

"Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat.

"Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya.

Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga.

"Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri.

Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan komputer riba atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik.


P/s: Mahu Wifi percuma? Pangkah PR!!









Pegawai PTD Didakwa Memukul Suami dengan Fail Pejabat

Posted: 29 Dec 2011 07:37 PM PST


Saya petik:
[BH] SEPANG: Akibat memukul suaminya dengan menggunakan fail pejabat dalam satu perselisihan faham, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sebuah kementerian di Putrajaya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang di sini, semalam.

Tertuduh, Kamaliah Basir, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zuhrina Mohamed Nor yang bertindak sebagai Majistret. 

Kamaliah dituduh mencederakan suaminya, Zaihan Md Lani, 49, ketika menaiki sebuah kereta di Simpang 3, Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya pada 3 Mac lalu.

Kamaliah yang memakai baju kurung kelabu dan bertudung gelap serta tidak diwakili peguam membuat pengakuan tidak bersalah selepas jurubahasa membaca pertuduhan terhadapnya.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Zuhrina menetapkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes serta membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Aqeeb Lizalman Zamery.  


P/s: Tidak bolehkah mereka menyelesaikan hal ini di dalam kelambu?

Selepas Menangis Kerana Adam Adli, Jurublog Pro-UMCO Dedah Maklumat yang Didakwa Milik "Ameno World"

Posted: 29 Dec 2011 06:43 PM PST

Sumber gambar di sini.


Gambar dan maklumat peribadi seperti nombor telefon dan alamat yang didakwa milik jurublog dan Facebooker PR didedahkan oleh blog pro-UMCO. Gambar di atas ini saya peroleh daripada blog milik penyokong tegar UMCO yang sebelum ini merah mata menangis kerana Adam Adli. Mengapa dia menangis? Sila baca di sini.

Saya pun tidak kenal jurublog dan Facebooker yang didedahkan. Jika maklumat dan paparan gambar itu salah, orang yang berkenaan bolehlah mengambil tindakan dengan melaporkan hal itu kepada pihak polis.


P/s: Ameno World, gambar kau ka?


Bapa Rantai Anak di dalam Tandas

Posted: 29 Dec 2011 06:21 PM PST




Saya petik:
[Kosmo] BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.

Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.

Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.
 
 
 

Tiada ulasan: