DIALOG RAKYAT |
- Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin
- Aziz Bari tawar diri sebagai calon Pakatan
- Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu pengerusi NFC
- ‘Imej maya’ dalam MyKad baru dapat elak kad dipalsu, kata JPN
- Jamil Khir Perlu Jawab, Bukan Pegawai Kerajaan
- Jalan Rosak Di Teluk Gong, Pusat Jangan Lepas Tangan
- Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor
- Pakatan sedia berdepan dengan Zahid Hamidi, tuntut penjelasan kos kapal melambung RM3 bilion
- Rakyat Selangor dapat jalur lebar percuma tahun depan
- Seleweng zakat: KEADILAN lapor polis minggu depan
- Dakwat kekal: Belum jamin PRU telus – Anwar
- Perkasa(m) Jangan Jadi Keldai Perut Labuh
- Pakatan lebih pandai perintah dari BN
- NFC: Muslimat PAS ulangi gesaan dakwa Muhyiddin
- Turun bendera Najib: Isu remeh diangkat seolah-olah jenayah besar
- IDEAS: SBPA mesti tidak menjadi beban baru
- 2011 tahun kejayaan sektor ICT negara
- Umno takut berdepan gelombang kebangkitan mahasiswa
Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin Posted: 30 Dec 2011 03:16 PM PST SELATAN ONLINE Pada tahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar "Kerajaan Langit" atau "Sky Kingdom" yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin. Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaran agama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" kepada segala agama. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yang disebarkannya. Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapa struktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan mamayungi umat manusia. Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara. Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu. Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu. Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik. Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga "scan" setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah. Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu. Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau "road block" bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut. Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu. Setelah membuat tinjauan atau "quick survey" di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini. Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu. Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu. Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut. Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu. Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal Alamin.Hj. Lokman | ||
Aziz Bari tawar diri sebagai calon Pakatan Posted: 30 Dec 2011 02:47 AM PST KUALA LUMPUR — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat. Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau "tidak ghairah" tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus. "Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka," katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel. Beliau mengesahkan menerima tawaran "tidak rasmi" dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata "masih terlalu awal untuk membuat keputusan" parti mana yang akan ditandinginya. Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan "semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti." Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai "stamina" melakukannya. "Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti. "Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun," tambahnya. Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu. Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor. Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. | ||
Ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu pengerusi NFC Posted: 30 Dec 2011 02:44 AM PST Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat. Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah. Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur. Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya. Kes ini akan disebut semula pada 21 Januari. Shamsubahrain sebelum ini ditahan reman oleh polis kerana dikatakan cuba memberi rasuah kepada tiga hingga empat pegawai kanan CCID yang menyiasat skandal NFCorp. Polis menyiasat NFCorp atas kesalahan pecah amanah berikutan dakwaan PKR bahawa syarikat itu menyalahgunakan dana jutaan ringgit yang diberikan kepada NFC. Shamsubahrain, yang memiliki syarikat khidmat perunding dan syarikat teksi premium kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Agensi anti-rasuah itu telah mengumumkan akan menyiasat dakwaan terhadap NFCorp walaupun sebelum ini mengatakan tidak akan berbuat demikian. SPRM turut merampas sebuah komputer dan beberapa dokumen semasa melakukan serbuan di ibu pejabat NFCorp di Solaris Mont Kiara. PKR membangkitkan perkara itu selepas projek ternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai kerajaan — diuruskan Mohamad Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil — gagal mencapai sasaran pengeluaran dalam Laporan Ketua Audit Negara. Parti pembangkang juga turut membuat beberapa pendedahan berkaitan dengan skandal itu termasuk pembelian dua unit kondominium oleh NFC di Bangsar dan mendakwa syarikat itu menggunakan dana projek untuk perbelanjaan peribadi dan ke luar negara. Ia juga mendakwa berlaku perpindahan wang ke syarikat yang tidak berkaitan dengan NFCorp di Singapura serta pembelian Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dia lot tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363,507. Pendedahan terbaru dibuat PKR Selasa lalu, menuduh sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk pembelian seunit kondominium di Singapura untuk keluarga Shahrizat. Shahrizat cuba mengelak daripada dituduh terlibar dengan mengatakan hanya beliau "satu-satunya isteri" pengerusi NFC dan tiada apa-apa kaitan dengan NFC. Beliau turut berdepan dengan gesaan agar meletakkan jawatan sebagai menteri termasuk dari pemimpin Umno serta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. | ||
‘Imej maya’ dalam MyKad baru dapat elak kad dipalsu, kata JPN Posted: 30 Dec 2011 02:42 AM PST PUTRAJAYA — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan "MyKad dengan strukur baru" pada 3 Januari yang dipertingkatkan ciri keselamatan dan dapat menangani pemalsuan kad itu. Ketua Pengarahnya Datuk Jariah Moh Said berkata agensi itu menggunakan "teknologi laser terbaru" untuk mencetak MyKad baru yang mempunyai "imej maya" pemegang kad yang tidak boleh dibuang. "Biasanya mereka akan mengubah warna foto. Tetapi jika anda mencuba untuk ubah imej maya ia akan memusnahkan keseluruhan kad," katanya kepada pemberita sambil menambah imej itu akan dicetak di bawah lapisan permukaan kad. Wakil rakyat pembangkang telah mendakwa Barisan Nasional (BN) telah memberi MyKad kepada sekurang-kurangnya 1,600 warga asing antara Mac hingga Jun untuk mengundi pemerintah pada pilihan raya umum akan datang. Pakatan Rakyhat juga mendakwa pada Ogos lalu seramai 1,108 pemastautin tetap di Lembah Klang telah diberikan status kewarganegaraan dalam satu hari sahaja. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk mengkaji transformasi pilihan raya negara. Jariah juga berkata kad baru itu dibuat daripada polikarbonat yang lebih kuat dan dilengkapi mikrocip berkualiti tinggi yang boleh mencapai kapasiti 80 kilobait (kb) berbanding 64 kb yang digunakan sekarang. Beliau menambah langkah itu diambil berikutan aduan-aduan yang dikemukakan terhadap MyKad yang mula dikeluarkan pada 2000 tidak tahan lama dan mikrocip sering tidak boleh dibaca mesin pengimbas. Walaupun enggan mendedahkan jumlah aduan yang dikemukakan kepada JPN namun beliau berkata kos untuk mengeluarkan setiap MyKad hanya RM24.50 berbanding RM27.20 sebelum ini. Semasa dilancarkan, MyKad asal dikatakan berkebolehan mencapai fungsi tambahan seperti maklumat lesen memandu dan perdagangan elektronik. Tetapi kebanyakan fungsi-fungsi itu tidak berjaya disebbakan kekurangan sambutan pasaran dan kad pintar tidak boleh dikesan. MyKad baru yang akan diperkenalkan di Shah Alam dan Putrajaya pada 3 Januari ini akan dikeluarkan di seluruh negara dalam tempoh enam minggu selepas itu. | ||
Jamil Khir Perlu Jawab, Bukan Pegawai Kerajaan Posted: 30 Dec 2011 02:41 AM PST Oleh TV Selangor SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Parkti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad kesal dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Muhamad Yamin Ismail yang mendakwa pembangkang sengaja mencipta tomahan kononnya wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman Katanya, penyelewengan ini berdasarkan laporan yang didedah sendiri oleh Ketua Audit Negara pada November 2011 namun malangnya Yamin sendiri tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat. Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka. "Berikutan kenyataan saya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan. "Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," katanya. Pada Jun 2011 juga Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman ini. Beliau berharap Jamil Khir sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan bagi menjawab isu ini dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan Pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar. "Sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan. "Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau? Yang nyatanya Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010," ujar beliau lagi. Tegas Nik Nazmi, amalan dwi-standard tidak perlu wujud dalam kes ini sedangkan sebelum ini terdapat kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini. | ||
Jalan Rosak Di Teluk Gong, Pusat Jangan Lepas Tangan Posted: 30 Dec 2011 02:37 AM PST Oleh Mohd Ezli Mashut KLANG : Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kerja Raya digesa untuk menaiktaraf jalan-jalan di sekitar Teluk Gong khususnya di kawasan perkilangan dan perindustrian yang rosak teruk dan tidak diselenggara baik sejak 15 tahun yang lalu. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata adalah dianggarkan kos sebanyak RM24 juta diperlukan bagi naiktaraf jalan tersebut ekoran ia digunakan hampir 10,000 kenderaan setiap hari termasuk kenderaan berat. " Kita tidak minta untuk RM24 juta itu diberikan sekaligus, tetapi ia boleh dilakukan secara berfasa sedikit demi sedikit, isu ini telah dibangkitkan beberapa kali kepada pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pihak JKR, berkaitan dengan bidang tugas kawasan tersebut, seperti jalan raya ini adalah di bawah JKR," kata Charles semasa sidang media di sini. Menurut Charles lagi, kawasan Teluk Gong adalah tapak perindustrian yang memerlukan perhatian daripada kerajaan bagi membantu menjana ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan sekitar. Beliau juga berkata, banyak aduan dan laporan sudah dikemukakan kepada pihak MPK kepada kerajaan pusat namun sehingga kini tiada perkembangan yang memberangsangkan bagi masalah tersebut dan dianggap tidak adil kepada warga industri di situ. " Apa yang kerajaan persekutuan perlu buat ialah menentukan dan memberi jaminan tidak ada masalah untuk pengusaha-pengusaha di mana-mana tempat termasuk di Teluk Gong, isu ini saya telah beberapa kali membawa ke Parlimen,di mana saya telah mengatakan jangan menganaktirikan mana-mana kawasan perindustrian yang memerlukan pertolongan," katanya. Tinjauan yang dilakukan oleh Selangor Kini/ TVSelangor mendapati Teluk Gong dan kawasan sebelahnya Pulau Indah merupakan tumpuan para pelabur dari dalam dan luar negara berikutan kedudukannya yang berdekatan dengan Pelabuhan Barat yang strategik. Malahan banyak syarikat-syarikat pengangkutan dan logistik membina bengkel, depoh dan pejabat urusan mereka di sekitar Teluk Gong dan Pulau Indah. Teluk Gong juga merupakan salah satu tumpuan peminat-peminat makanan laut dari seluruh Selangor di mana pada setiap hari minggu, restoran-restoran makanan laut di Teluk Gong pasti penuh dengan peminat-peminat makanan laut. Ahli Majlis Perbandaran Klang Allan M.Muniandy pula berkata beliau banyak menerima aduan daripada pekilang-pekilang disebabkan kerosakan jalan yang semakin teruk saban hari. "Saya meminta kerajaan Persekutuan sebab jalan-jalan di Teluk Gong ini bukan di bawah bidang kuasa MPK dan kerajaan negeri, dan ia terletak di bawah Kementerian Kerja Raya, jadi saya menyeru kerajaan pusat untuk menyediakan dana peruntukan untuk memperbaiki jalan di Teluk Gong," katanya. Menurut Presiden Persatuan Pekilang-Pekilang Teluk Gong S.S Wong, jalan yang rosak itu merupakan masalah berterusan sejak 15 tahun lepas justeru beliau menggesa agar masalah ini diselesaikan segera kerana jalan yang rosak itu mengancam keselamatan nyawa kepada pengguna motorsikal apabila hujan untuk mengelak jalan yang berlubang dan digenangi air. " Pekilang-pekilang di kawasan ini melahirkan rasa kurang senang kerana setiap tahun mereka membayar pelbagai cukai kepada pihak berkuasa, jalan yang rosak ini di bawah tanggungjawab JKR, maka kita menggesa JKR untuk melihat secara serius masalah ini," katanya. Wong juga berkata di kawasan sekitar Teluk Gong terdapat lebih daripada 100 buah kilang yang memerlukan sistem jalanraya dan perparitan yang terbaik bagi memastikan warga industri mempunyai kemudahan bagi menjalankan aktiviti ekonomi mereka. | ||
Mampukah Suapan RM2.71B Untuk Umno-BN Tawan Selangor Posted: 30 Dec 2011 02:33 AM PST Oleh Mat Zahari Ali Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor. Sehari selepas itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pula, Datuk Seri Noh Omar mengeluarkan kenyataan bahawa peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan Selangor lebih besar dari kerajaan negeri. Menurut Noh lagi, di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), sebanyak RM2.62 bilion disalurkan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan 628 projek di Selangor, dan sebanyak RM83.81 juta lagi disalurkan menerusi pelbagai agensi dan kementerian. Manakala peruntukan RM2.71 bilion yang di terima Umno/BN kali ini adalah amat besar jika dibandingkan peruntukan untuk lima tahun bagi RMK-10 tersebut. Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan belanjawan 2012 baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM1.9 bilion wang kerajaan negeri untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunannya. Susulan itu, Khalid menegaskan Najib dan Noh tidak perlu mendabik dada kononnya menyalurkan peruntukan yang besar untuk projek pembangunan di Selangor. Sementara itu, wang tersebut juga di ambil dari belanjawan defisit negara dan bukannya dari perolehan sumber belanjawan berimbang. Ini meletakkan peruntukan tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat seluruh negara. Menurut Khalid, penyaluran wang tersebut cuba 'dihalalkan' di atas nama pembangunan negeri Selangor sedangkan hakikatnya wang tersebut untuk disalur kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN melalui ganjaran dengan membuat projek-projek 'mee segera'. Projek-projek mee segera ini berupa projek-projek ringan seperti membina longkang, bilik gerakan pilihan raya dan sebagainya yang harganya berlipat kali ganda kerana selebihnya akan masuk ke saku pemimpin-pemimpin Umno bahagian serta kroni mereka. Baru-baru ini ketika mengadakan kempen keindahan kediaman dan mengecat rumah pangsa di Gombak, Khalid hanya menggunakan peruntukan RM400,000 untuk menjayakan program tersebut. Selang beberapa hari setelah pengumuman Najib, Umno Gombak pula mengumumkan peruntukan RM1.1 juta untuk tujuan yang sama. Bandingkanlah bagaimana 'pintarnya' pemimpin-pemimpin Umno mengurus tadbir wang dari dana rakyat tersebut. Ujar Khalid lagi, wang tersebut seharusnya di salur kepada kerajaan negeri sebagai pemerintah yang sah bagi membolehkan wang tersebut diurus secara berhemah dan terancang. "Ini adalah duit pembayar cukai dan bukan duit parti Barisan Nasional, wang RM2.71 bilion itu adalah pembangunan seluruh rakyat di Selangor dan bukan untuk kepentingan segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN," kata Khalid. Pakar perampas Najib telah melantik diri beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor selepas Dr Khir Toyo meletak jawatan ekoran kes rasuah berhubung memiliki banglo di atas dua tanah lot di Shah Alam. Perlantikan beliau tersebut memperjelaskan lagi bahawa Umno Selangor benar-benar ketiadaan calon berwibawa. Mungkin Najib sendiri tidak yakin dengan kemampuan Umno Selangor untuk merampas kembali negeri Jugra tersebut dari PR. Najib mempunyai alasan kukuh untuk mengetuai Umno Selangor. Sebagai menteri kewangan, beliau telah merasakan betapa perbendaharaan wang negara sedang berada dalam keadaan nazak. Manakala Selangor adalah negeri yang kaya. Lantaran itulah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan Umno akan bertindak merampas kembali Selangor walau dengan apa cara sekali pun. Najib mempunyai pengalaman merampas Perak pada 2009 ketika berlaku krisis perlembagaan di negeri bekas pengeluar bijih timah dunia itu. Najib juga di lantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak ketika usaha merampas Perak dari tangan PR. Tujuan Najib berada di posisi tersebut semata-mata bagi membolehkan wang yang diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di keluarkan untuk membeli mana-mana pemimpin PR yang ingin melompat parti. Dalam kehidupan peribadi beliau pun, tidak perlulah dipanjangkan susulannya kerana Najib lebih maklum bagaimana beliau membentuk keluarga yang dimilikinya sekarang. Dana rakyat Untuk Umno/BN Selama ini mana-mana perdana menteri pun tidak pernah memperuntukkan dana yang sebegitu besar untuk 'membela' pemimpin-pemimpin Umno bahagian. Ini disebabkan segala kontrak secara terus dapat di berikan kepada ketua-ketua bahagian tersebut. Dari projek klas A hingga kepada tender cuci longkang dan potong rumput, semua disapu oleh kroni-kroni ketua bahagian dan mereka yang rapat dengan pemimpin. Maka tidak hairanlah kebanyakkan ketua-ketua bahagian Umno mempunyai rumah banglo bagaikan istana hinggap. Apabila Selangor jatuh kepada PR, semua punca pendapatan ketua-ketua bahagian tersebut hilang. Dasar tender terbuka Khalid bagaikan menutup segala periuk nasi mereka. Disebabkan selama ini Umno menjadikan wang sebagai kuasa untuk mendapatkan sokongan maka budaya tersebut telah memakan diri apabila sumber kewangan mereka terputus. Kemelut ini tidak pernah di alami oleh Umno/BN kerana sebelum PRU 2008 lalu hanya Kelantan dikuasai pembangkang. Sebagai jalan pintas, Najib teleh memberikan peruntukan yang sebegitu besar dibawah JPM yang dikepalai beliau. Berdasarkan akta parlimen, peruntukan wang tersebut tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk pihak polis, mahkamah, Jabatan Audit Negera, SPRM atau pembangkang. Peruntukan tersebut merupakan dana eksklusif kepada perdana menteri. Melalui peruntukan tersebut wang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan diagih kepada Pejabat-Pejabat Daerah dan Ketua-Ketua Umno Bahagian. Ekonomi tenat, Pemimpin Umno kaya raya Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77 peratus dari KDNK. Manakala jumlah hutang keseluruhan dan defisit negara berjumlah RM417 bilion. Jumlah ini merangkumi hampir 14 tahun negara berada dalam keadaan defisit. Pada 7 Oktober lalu pula Najib baru sahaja membentangkan belanjawan 2012 bernilai RM232.8 bilion dengan RM181.58 bilion (78 peratus) perbelanjaan mengurus dan RM51.25 bilion ( 22 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus yang sebegitu tinggi membuktikan fokas kerajaan pimpinan Najib pada 2012 bukan lagi kepada pembangunan negara tetapi usaha untuk menyelamatkan Umno/BN dalam menghadapi PRU 13 nanti. Manakala perbelanjaan pembangunan pula bertujuan akan di beri fokus kepada projek-projek kroni yang akan membantu BN menghadapi pilihan raya nanti. Inilah amalan yang diamalkan oleh BN selama ini. Sementara itu, menurut Indeks Prestasi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat dari tangga 56 kepada angka 60. Angka ini memperjelaskan bagaimana amalan rasuah semakin berkembang biak dalam kerajaan dan Umno. Didalam Umno sendiri, Isu politik wang ketika pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno telah menjadi darah daging yang tidak mampu diselesai hingga saat ini. Lantaran itulah juga Najib tidak sanggup untuk di adakan pemilihan dalam Umno hampir tiga tahun disebabkan takut berlaku perpecahan dan sogokan wang yang akan dijadikan modal PR dalam PRU-13 nanti. Penyelewengan Wang Rakyat di Selangor Baru-baru ini bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo didapati bersalah disebabkan amalan rasuah ekoran pembelian dua lot tanah di Shah Alam. Manakala bekas menteri Besar Selangor sebelum itu, Tan Seri Muhamad Taib juga didapati bersalah kerana membawa masuk berjuta wang tunai ke Australia beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan kes Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar sebagimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit negara berhubung kehilangan RM110 juta dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani yang diterajui beliau. Ekoran itu petani dan pesawah di Selangor mengadakan tunjuk perasaan berhubung kehilangan dana yang di peruntukkan untuk subsidi peningkatan hasil petani di seluruh negara itu. Sehubungan itu, Najib sekali lagi meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta lagi untuk Noh membayar kepada para pesawah selepas seminggu demontrasi tersebut berlangsung. Persoalannya ke mana wang rakyat yang lesap dari kementerian Noh yang bernilai RM110 juta tersebut masih belum terjawab oleh beliau.
Ketika Sidang Dewan DUN Selangor November lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bagaimana syarikat milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menjual tanah di Cyberjaya yang berstatus milik orang Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera. Menurut Khalid, pendedahan terperinci berhubung kes pecah amanah melibatkan Satim akan didedahkan tidak lama lagi. Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 25 Disember lalu bahawa "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", membenarkan lagi bahawa rasuah dan sogokan melibatkan hampir kesemua pemimpin Umno di semua peringkat adalah suatu amalan yang telah lama berlaku. Sokongan Rakyat Dalam ucapan Setiausaha Agung PKR, ketika Kongres Tahunan ke-8 di Johor Bharu November lalu di Saifudin Nasution Ismail berkata berdasarkan bancian dalaman parti mendapati sokongan rakyat di Selangor amat memberangsangkan. Katanya, dari bancian tersebut PR memerlukan lebih dari 809,000 undi untuk memperoleh dua pertiga kerusi Dun bagi menguasai kerajaan negeri. Manakala perolehan setakat November lalu mendapati sokongan rakyat terhadap PR melebihi 815,000 pengundi. Berdasarkan pengalaman beberapa siri PRU lalu dan tindakan saat akhir yang dilakukan Umno/BN dalam pelbagai bentuk sogokan dan ugutan untuk meraih sokongan, PR memerlukan sekurang-kurang 15 peratus tambahan (lebih 100,000 undi) dari jumlah undi yang diperlukan bagi berada dalam keadaan selesa. Pelbagai isu penyelewengan wang rakyat dan amalan rasuah dan sogokan politik seperti isu NFC dan rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor memberi impak yang besar terhadap penolakan rakyat terhadap Umno/BN. Apatah lagi bagi pengundi di Selangor yang kebanyakkannya terdiri dari pengundi bandar dan separa bandar yang celik maklumat dan berpendidikan. Bagi Najib dan Noh, sekiranya Selangor tidak dikembalikan pada Umno/BN semula dalam PRU akan datang bermakna Kerajaan Pusat sekarang akan kekal sebagai pembangkang. Tanpa wang, rasuah dan sogokan telah lama Umno/BN berkubur. Ini disebabkan jentera BN hanya akan berfungsi apabila ada wang dan rasuah. Apabila pusat jatuh ke tangan PR bererti BN akan ketiadaan sumber kewangannya. Dengan yuran tahunan keahlian Umno sebanyak RM2.00 sebulan serta keahlian Umno berjumlah lebih kurang tiga juta apakah dengan RM6 juta tersebut mampu bagi parti tersebut beroperasi sebagimana sekarang. Semua rakyat mungkin merasa hairan bagaimana kerajaan menggunakan wang berjuta ringgit untuk kepentingan Umno/BN di seluruh negara sebagaimana peruntukan RM2.71 bilion yang diberikan kepada Umno/BN Selangor. Segala kehairanan ini setentunya akan terjawab apabila rakyat membuat keputusan meletakkan PR menerajui Putrajaya nanti. | ||
Pakatan sedia berdepan dengan Zahid Hamidi, tuntut penjelasan kos kapal melambung RM3 bilion Posted: 30 Dec 2011 02:26 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi telah memalukan dirinya sendiri kerana tidak tahu dari mana datangnya maklumat tentang enam kapal peronda pesisir pantai atau littoral combatant ships (frigate class) (LCS) yang melonjak kos daripada RM6 bilion kepada RM9 bilion. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, percubaan Zahid untuk mengalih isu itu gagal apabila beliau cuba mempersoalkan dari mana datangnya maklumat tersebut. Katanya, Zahid tidak sedar bahawa semua fakta datangnya daripada Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia mengenai anak syarikatnya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang mendapat kontrak membina kapal-kapal berkenaan. "Zahid sepatutnya lebih cekap dan berhenti dari bergantung kepada (pencacai siber UMNO) Papagomo sebagai penasihat perisikan beliau yang selalu memberi fakta separuh benar dan data-data mengarut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Zahid sepatutnya menjelaskan kepada rakyat kenapa kerajaan enggan menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Parlimen untuk mengkaji semula dan meluluskan perbelanjaan pertahanan. "Jika Kementerian (Pertahanan) tidak sanggup untuk dipantau di Parlimen, iaitu badan perundangan tertinggi negara, maka Zahid tidak mempunyai hak untuk bercakap tentang 'ketelusan'," katanya merujuk kepada kenyataan menteri itu sebelum ini yang mendakwa kementeriannya terbuka kepada ketelusan. Pua berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Zahid semalam yang menjemput para pemimpin Pakatan Rakyat untuk duduk semeja bagi membincangkan isu pembelian enam kapal peronda LCS itu. Katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Nurul Izzah Anwar dan Dr Dzulkefli Ahmad sentiasa bersedia untuk bertemu Zahid bagi mendapatkan penjelasan lanjut. "Zahid bukan sahaja patut memberikan penjelasan tentang kapal peronda melibatkan RM9 bilion itu tetapi juga mengenai 257 kenderaan berperisai (APV) bernilai RM7.55 bilion tahun ini. "Dalam jawapan Parlimen beliau kepada saya berhubung APV itu, beliau mendakwa bahawa beliau 'tidak tahu' berkaitan butir-butir kos itu," katanya. Sebelum ini, Zahid juga telah mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk mencuba kapal selam Malaysia bagi membuktikan ia boleh menyelam. Namun Guan Eng terpaksa menunggu selama 21 bulan sebelum Zahid menunaikan janjinya sendiri. | ||
Rakyat Selangor dapat jalur lebar percuma tahun depan Posted: 30 Dec 2011 02:24 AM PST Oleh : Norutul Ilham KUALA LUMPUR : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat. "Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya. "Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei kepada Suara Keadilan. Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung. "Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat. "Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya. Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga. "Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya. Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri. Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan komputer riba atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik. | ||
Seleweng zakat: KEADILAN lapor polis minggu depan Posted: 30 Dec 2011 02:17 AM PST Oleh : Masdar Wahid KUALA LUMPUR: KEADILAN akan membuat laporan polis terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom jika beliau masih enggan menjawab skandal penyelewengan wang zakat melibatkan dirinya, kata Nik Nazmi Nik Ahmad. Penjelasan itu kata Pengarah Komunikasi KEADILAN itu penting kerana kenyataan individu tertentu yang menjawab skandal tersebut bercanggah antara satu sama lain dan mengelirukan rakyat. "KEADILAN akan membuat laporan polis pada minggu depan jika tiada penjelasan munasabah (dari Jamil Khir) tentang percanggahan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Percanggahan itu kata beliau termasuklah dakwaan Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali kelmarin kononnya Pakatan Rakyat mempolitikan isu itu. Sementara Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail semalam memberi alasan agensi itu mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan bagi membayar yuran guaman melibatkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, Che Mat dan Jamil Khir bagi kes tuntutan qazaf. "Namun jawapan Che Mat dan Muhammad Yamin bercanggah dengan beberapa pihak yang tiada kaitan dengan Pakatan Rakyat." katanya. Nik Nazmi memberi contoh bagaimana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat pada 21 Jun lalu. "Pada 23 Jun lalu pula, peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman. "Manakala pada 21 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 kerana geran kerajaan gagal menampung pembayaran yuran guaman itu," katanya. Walau menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, katanya, pembayaran semula hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'. Beliau juga berharap Che Mat menjawab persoalan dibangkit Saifuddin Jun lalu mengenai kesahihan prosedur yang diguna kerana beliau yang memohon peruntukan kos guaman itu dan beliau juga selaku Setiausaha MAIWP yang meluluskannya. "Sewajarnya Jamil tampil menamatkan sebarang keraguan dan saya difahamkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sudah menasihatkan Jamil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi," katanya. | ||
Dakwat kekal: Belum jamin PRU telus – Anwar Posted: 30 Dec 2011 02:15 AM PST Oleh : Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR : Penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 nanti bukan jaminan proses pengendalian pilihan raya itu telus, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) semalam yang mengumumkan pindaan ke atas peraturan pilihan raya bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya menjelang 1 Februari 2012. "Perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya," kata Ketua Umum KEADILAN itu dalam satu kenyataan media hari ini. Ini kerana katanya, banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh PSC terutamanya melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih). "Agensi media awam seperti RTM dan Bernama sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara. "Tempoh masa kempen pilihan raya dilanjutkan dalam memastikan sebaran maklumat sepanjang tempoh berkempen dapat dicapai oleh segenap lapisan rakyat. Tempoh masa berkempen yang terlalu singkat (10 hari), sepertimana Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru sewajarnya tidak berulang," tegas Anwar. Menurut Anwar, pengawasan terhadap komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu dijamin menerusi pengukuhan badan kehakiman yang lebih bebas dan adil. "Justeru, Pakatan Rakyat komited dan menuntut supaya pihak PSC turut menumpukan penambahbaikan proses pilihan raya ini dengan mengkaji serta menimbang secara menyeluruh kesemua tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih dalam menjamin pilihan raya yang bebas, telus dan adil," katanya. Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor. PSC sebelum ini ditubuhkan bagi meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0. | ||
Perkasa(m) Jangan Jadi Keldai Perut Labuh Posted: 29 Dec 2011 04:00 PM PST MSO HARI ini Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia [Perkasa(m)] teah membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah yang meminta orang ramai berhimpun di perkarangan mahkamah pada 9 Januari nanti hari di mana hukuman ke atas Anwar berhubung kes liwat dijangka akan diputuskan. Perkasa(m) meminta polis menyiasat pihak yang mengerah orang ramai berhimpun. Dakwa NGO itu juga himpunan itu menganggu ketenteraman awam dan menganggu proses perundangan di negara ini. Kenapa begitu busuk dan prejudis sekali hati pimpinan pertubuhan berkenaan. Kalaupun diadakan perhimpunan oleh penyokong Anwar Ibrahim ia tidak sampai akan menganggui orang lain. Himpunan itu kalau berlaku nanti adalah perkara biasa. Penyokong PKR rasanya jauh lebih berakhlak berbanding dengan ahli NGO berkenaan. Apakah Perkasa(m) mengharap hari penentuan Anwar itu sama dengan hari penentuan Khir Toyo Edokromo yang hanya dihadiri 48 orang? Anwar dan Khir Toyo jauh bezanya. Kena faham ini. Bukan bererti Khir tidak mahu orang ramai datang ke mahkamah tetapi tidak ada siapa yang mahu memberi sokongan moral kepadanya. Jenis kebanyakan orang Umno kesetiaan mereka hanya ketika pemimpin yang mereka sanjung ada kuasa dan ringgit saja. Perkasa(m) juga perlu tahu Anwar orang yang diidolakan untuk menjadi perdana menteri manakala Khir Toyo usahkan PM, untuk kembali MB Selangor semula pun tidak lagi. Saya fikir kalau presiden NGO itu kena tangkap dan kena dakwa di mahkamah yang akan hadir memberi semangat dan sokongan moral hanya ibu dan adik beradiknya saja. Sebagai tokoh yang diidola sebegitu rupa tentu Anwar mempunyai ramai penyokongnya. Tidak salah kalau penyokong datang untuk memberi sokongan moral. Mungkin mereka datang untuk memberi penghormatan terakhir atau lambaian tangan terakhir kepada Anwar. Tidak mustahil selepas ini Anwar akan terjeruk di penjara menyebabkan mereka tidak akan dapat menatap wajah pemimpin yang mereka kasihi lagi. Anggapan perhimpunan itu menganggu ketenteraman awam juga tidak masuk akal. Himpunan itu diadakan di perkarangan kompleks mahkamah yang dikawal ketat bukan oleh lapan orang polis tetapi ratusan. Sebelum ini sudah berapa kali penyokong berhimpun di situ semasa mengikuti perbicaraan Anwar. Tidak ada pun setitik darah yang tumpah disebabkan penyokong Anwar dan tiada apa-apa pun kerosakan harta awam berlaku hatta tong sampah. Lainlah kalau pihak keselamatan sendiri mengambil bahagian untuk bertempur dengan penyokong Anwar. Atau mereka bertindak kasar menempeleng orang ramai, pukul dengan cota atau pun sembur dengan water cannon untuk menimbulkan keributan. Kalau itu berlaku mungkin himpunan itu akan jadi kelam kabut sedikit. Himpunan itu akan jadi lebih buruk kalau Perkasa(m) menghantar para samseng tahi minyaknya ke perkarangan mahkamah untuk tujuan menganggu. Sebenarnya apabila NGO itu buat tohmahan jahat dan laporan polis, dari awal lagi pasukan keselamatan sudah dapat mengawal keadaan. Yang perlu ditangkap bukan orang yang menyebarkan risalah minta berhimpun tetapi NGO itu yang ada niat jahat untuk melihat perhimpunan itu menjadi tegang. Apapun polis hendaklah tidak begitu mengikut kehendak NGO yang berniat jahat dan cuba mencetuskan huru-hara itu. Polis harus bijak di dalam hal ini dan hendaknya polis tidak menjadi tali barut NGO itu dalam menimbulkan kekacauan dan keributan. Saya tidak fikir kalau pun Anwar dipenjara para penyokongnya akan mengamuk dan membakar mahkamah. Para penyokong PKR dan Pakatan Rakyat masih lagi waras dan tahu menilai mana yang baik dan buruk. Mereka juga tahu menghormati undang-undang kerana mereka bukan dari keturunan lembu gemuk. Kalau mahkamah sudah memutuskan Anwar dipenjara, apa yang mereka boleh lakukan. Mereka tidak boleh menyekat polis dari membawa Anwar ke penjara. Mereka tidak boleh bakar land rover untuk membawa Anwar. Dan mereka tidak boleh merobohkan tembok penjara Sungai Buloh. Apa yang mereka boleh lakukan paling-paling menjerit menyumpah dan menyesalkan kepada keputusan atau bergelepar sampai pengsan di tangga mahkamah. Dalam pada itu kalau penyokong Anwar datang pada 9 Januari ini, mereka bukan datang untuk memberontak dan melawan polis dan menentang proses undang-undang. Mereka yang akan datang bukan dengan satu kemungkinan, tetapi dengan dua harapan. Salah satu ialah mengharapkan hakim akan membuat keputusan Anwar dibebaskan. Itu yang mereka harapkan. Jadi kalau itu berlaku mereka datang untuk merai kemenangan. Mereka datang untuk menyatakan syukur kepada Allah s.w.t. atas keputusan mahkamah yang mereka merasakan adil dan berpihak kepada mereka. Tidak ada salahnya kalau mereka datang mengendung niat itu. Oleh kerana itu Perkasa(m) jangan prejudis dan busuk hati untuk memburukan himpunan itu nanti. Jangan buat macam-macam andaian. Sebenarnya orang yang suka menuduh orang lain jahat, khianat, babuk, gila dan sebagainya... sebenarnya merekalah yang jahat, babuk dan gila. Kepada Perkasa(m) kalau pun anda telah bersedia untuk menjadi keldai kepada Umno jadilah, tetapi janganlah sampai anda menjadi keladi perut labuh di mana perut meleret ke bumi kerana terlalu banyak beban atas belakang. Kesetiaan sehingga memudaratkan kita sesungguh adalah satu kebodohan | ||
Pakatan lebih pandai perintah dari BN Posted: 29 Dec 2011 03:58 PM PST
| ||
NFC: Muslimat PAS ulangi gesaan dakwa Muhyiddin Posted: 29 Dec 2011 03:56 PM PST
| ||
Turun bendera Najib: Isu remeh diangkat seolah-olah jenayah besar Posted: 29 Dec 2011 03:55 PM PST Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono. | ||
IDEAS: SBPA mesti tidak menjadi beban baru Posted: 29 Dec 2011 03:51 PM PST Apa-apa perubahan dalam skim saraan penjawat awam haruslah melambangkan semangat liberalisasi ekonomi yang ada dalam Model Ekonomi Baru (NEM). Maka dengan itu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seharusnya bermatlamatkan mewujudkan perkhidmatan awam yang benar-benar sesuai dengan suasana ekonomi yang semakin liberal dan kompleks. | ||
2011 tahun kejayaan sektor ICT negara Posted: 29 Dec 2011 03:49 PM PST Kadar penembusan jalur lebar untuk isi rumah merekodkan 62 peratus atau empat juta daripada 6.5 juta isi rumah. KUALA LUMPUR: Tahun 2011 adalah tahun kejayaan bagi sektor teknologi komunikasi dan maklumat negara apabila kadar penembusan jalur lebar untuk isi rumah merekodkan 62 peratus atau empat juta daripada 6.5 juta isi rumah. Ini satu peningkatan berbanding 54 peratus tahun lepas, yang turut bermakna negara berada di landasan bagi mencapai sasaran 75 peratus menjelang 2015. Kerajaan menetapkan sasaran itu sebagai sebahagian inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkatkan kadar penembusan jalur lebar serta merapatkan jurang digital seluruh negara. Perkhidmatan jalur lebar yang bermutu akan memberi impak besar dalam merangsang ekonomi, menyerlahkan persaingan, memperkukuhkan keyakinan pelabur tempatan dan asing, meningkatkan minda kreatif dan berinovasi, serta sebagai saluran penyebaran maklumat dan pengetahuan kepada rakyat. Pelbagai faktor menyumbang kepada pencapaian itu termasuk pengagihan netbook 1Malaysia dan pelancaran fasiliti jalur lebar di kampung-kampung di seluruh negara. Kira-kira 472,900 unit komputer netbook 1Malaysia diagihkan kepada pelajar sekolah bagi fasa pertama dan kedua program. Sebanyak sejuta netbook diperuntukkan di bawah program itu dengan kos RM1 bilion dan inisiatif dijangka menyumbang 15 peratus kepada kadar penembusan jalur lebar di seluruh negara. Satu lagi usaha untuk merapatkan jurang digital antara bandar, luar bandar dan pedalaman ialah penubuhan kampung tanpa wayar (kampung WiFi), dan pada masa ini terdapat kira-kira 1,400 kampung WiFi dengan kebanyakannya di Perlis, Sabah dan Sarawak. Kampung berkenaan dilengkapi sistem perkomputeran biasa dengan kemudahan jalur lebar yang percuma bagi tiga bulan pertama, dan bayaran minimum RM10 sebulan selepas itu. Kerajaan juga akan meningkatkan usaha membangunkan pelbagai infrastruktur bagi membolehkan negeri seperti Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak menyaingi negeri-negeri lain, sekali gus mencapai sasaran penembusan 75 peratus itu. Pada masa ini, kadar penembusan di negeri terbabit ialah di bawah 50 peratus kerana bilangan penduduk yang memiliki komputer masih rendah berbanding jumlah rakyatnya. Di sebalik kejayaan itu, Malaysia juga berdepan isu keselamatan siber dan dijangka kerugian RM2.73 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang jika isu tersebut tidak ditangani dengan baik. Sebanyak 7,404 kes keselamatan siber dikendalikan pusat khidmat bantuan CyberSecurity Malaysia, Cyber999, bagi separuh pertama 2011, iaitu peningkatan 147 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Kes meliputi emel spam dan penipuan, pencurian identiti, phishing, kandungan lucah, malware serta pelbagai lagi termasuk penghendap dan pembuli siber. Negara juga dikejutkan dengan serangan penggodam ke atas beberapa laman sesawang rasmi kerajaan beberapa bulan lepas. Serangan penggodam itu menunjukkan tenaga kerja bahagian Teknologi Maklumat mesti sentiasa peka dengan perkembangan teknologi serta sentiasa meningkatkan kemahiran mereka. Berdasarkan peningkatan ancaman siber itu, lebih banyak langkah proaktif perlu diambil bagi mencegah pengguna internet menjadi mangsa jenayah siber, dan ini memerlukan lebih daripada sekadar meningkatkan undang-undang keselamatan siber sedia ada. Penubuhan Global Cyber Security Alliance (GSCA) akan membantu menangani ancaman siber menerusi platform antarabangsa bagi meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara. Selain itu, GSCA juga akan membantu membangunkan langkah pencegahan bagi membantu negara bersedia menghadapi ancaman penggodam antarabangsa, serta meningkatkan kerjasama antarabangsa menerusi sektor swasta dalam menangani keselamatan siber | ||
Umno takut berdepan gelombang kebangkitan mahasiswa Posted: 29 Dec 2011 03:44 PM PST Komitmen pentadbiran Najib, kononnya mahu meminda Seksyen 15, AUKU dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno menzahirkan ketakutannya dalam menghadapi gelombang kebangkitan mahasiswa dengan mengenakan berbagai bentuk tekanan. "Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti) sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. "Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono," katanya dalam satu kenyataan media. Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, komitmen pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, AUKU dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. "Selain Adam Adli, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus," katanya. Menurutnya, insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan. Ujar Anwar, "tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa. "Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak. "Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan