Rabu, 28 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isu Surau Salihiah: Tanya UMCO, Siapa Roboh Surau Bujal & Berembang?

Posted: 28 Dec 2011 07:03 AM PST


Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara.

"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana.

"Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Namun ujarnya pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen.

Beliau melihat isu tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion.

"Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.

"Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada," katanya lagi.

Perobohan Surau Salihiah untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.

Azizan juga berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.

Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS. 


Berkaitan:
Siapa yang ROBOH SURAU dan MASJID?

Umno Kedah menuduh kerajaan PAS Kedah hendak merobohkan surau di Kedah. Maka berduyun-duyunlah pimpinan Umno Kedah turun padang dan berlakon kononnya mereka juara Islam mahu mempertahankan surau Islahiah tersebut.

Sejak bila pula Umno pandai membela Surau dan Masjid sedangkan sebelum ini mereka pakar dalam meroboh dan menutup surau. Bahkan bukan surau sahaja mereka robohkan kuil pun mereka robohkan juga.

Sekarang ini (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim menjadi juara mempertahankan surau.

Tetapi ketika Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya dan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana pimpinan Umno termasuk Umno Kedah sunyi sepi.

Inilah sikap double standard dan talam dua muka Umno. Mereka mempertahankan surau bukan kerana agama tetapi kerana politik. Sedangkan Fatwa Majlis Agama Islam Kedah yang dikeluarkan membenarkan surau tersebut dirobohkan dan diganti dengan dengan kawasan baru dan surau baru. -mutaligat


Surau Berembang Dirobohkan UMNO

Surau Bujal Dirobohkan UMNO
Kredit: GB

Cubaan Remaja Belasan Tahun "Ehem-ehem" di Tandas Masjid Terbantut

Posted: 28 Dec 2011 05:30 AM PST


Saya petik:

[SH] KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.

Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.

Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.

"Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.

"Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap," katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

"Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut," katanya.

Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.

Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.

Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.


P/s: Sudah tidak kira tempat! Silap-silap, lepas ini ada remaja yang kantoi ehem-ehem di dalam masjid!

Yang lawaknya, blog pro-UMCO menggunakan kes ini untuk memburuk-burukkan pentadbiran TG Nik Aziz di Kelantan. Kalau mahu menyerang Kelantan pun, tolonglah cari modal lain yang lebih berfakta dan konkrit kerana soal keruntuhan moral pelajar ini melanda di setiap pelosok negara. 

Cubalah tanya Muhyiddin sebab moral pelajar sekolah hari ini teruk sangat. Nasihat Muhyiddin supaya menitikberatkan soal moral dan akhlak pelajar bukan hanya sibuk tentang hal obesiti dalam kalangan pelajar.  Kementeriannya dan kerajaan pimpinannya harus melakukan sesuatu agar remaja di negara ini tidak berlumba-lumba memecahkan dara dan teruna sebelum bernikah secara sah!


[Kemas Kini] Jamil Sanggup Bersumpah Nafi Dakwaan Guna Wang Zakat Ubah Suai Rumah, Namun MEMBISU Isu Guna Wang Zakat Dahulukan Yuran Guaman. Mengapa?

Posted: 28 Dec 2011 04:17 AM PST


Isu ini sudah meletup sejak minggu lalu. Banyak blog dan portal berita yang membicarakan isu ini. Ada portal berita yang mengaitkan rumah mewah Jamil Khir dengan tindakan Jamil Khir menggunakan wang zakat untuk mendahulukan bayaran yuran guamannya. 

Mengapa Jamil Khir membisu?

Jawapannya mudah kerana hal ini disahkan oleh Laporan Audit Negara 2010. Laporan itu mengesahkan sebanyak RM63 650 dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman Jamil Khir. Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain sebagai responden.

Malah ada blog yang menyiarkan beberapa dokumen yang mengaitkan Jamil Khir dengan penyalahgunaan wang zakat tersebut. Misalnya:

Dokumen lain boleh dilihat di sini.

Walaupun dinyatakan bahawa wang zakat itu diganti dengan geran kerajaan, namun jelas duit rakyat tetap hangus digunakan untuk membayar kos guaman. Mengapa Jamil Khir bertindak atas kapasiti kerajaan tidak menggunakan peguam kerajaan?

Satu lagi perkara yang agak melucukan apabila terkenang betapa pantas dan tegasnya Jamil Khir menjawab dakwaan yang dibuat yang mengaitkan penggunaan wang zakat untuk pengubahsuaian rumah mewahnya. Anda ingat apa yang diungkap oleh Jamil Khir di media? Kata Jamil Khir ketika menjawab isu ini:

"Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.

"Saya berani bersumpah kalau mereka berani."

Waktu itu, Jamil Khir sanggup bersumpah!!!Sekarang, mengapa dia membisu?? -DCM



P/s: Ha ha ha ha!
Cuba baca pula pandangan orang yang pandai undang-undang di bawah ini:

Dalam satu e-mel yang dikirimkan kepada Ketua Polis Negara, bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim menegaskan "Pembayaran semula setiap sen wang zakat yang telah disalahgunakan tidak boleh dijadikan alasan untuk membersihkan sesiapapun daripada rekod salah laku atau mengecualikan seseorang daripada tindakan undang-undang.


Oleh itu, beliau menggesa supaya Jamil Khir dan dua lagi pihak yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang kerana telah menyalahgunakan wang zakat untuk membayar yuran guaman mereka.

Menurut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang berkaitan menyalahgunakan harta dengan curang, memperuntukkan bahawa 'Barangsiapa dengan curangnya menyalahgunakan atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan apa-apa harta hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda. Kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang tidak perlu diambil daripada pemilikan mangsa, cukup sekadar harta itu telah disalahgunakan dengan curang oleh penjenayah.

Oleh itu, perbuatan menyalahgunakan harta dengan curang merujuk kepada perlakuan menggunakan harta yang bukan harta kepunyaan sendiri malah harta orang lain untuk faedah dan kegunaan sendiri.

Perkataan 'harta' di sini menurut Akta Intrepetasi mencakupi harta alih dan juga harta tidak alih.- ASD


******************************************

Mat Zain: Charge Jamil, two others for alleged zakat abuse

[TMI] KUALA LUMPUR, Dec 27 — Former senior police officer Datuk Mat Zain Ibrahim charged today that Umno minister Datuk Seri Jamil Khir Baharom and two others should face legal action for wrongfully using zakat funds to settle their personal legal fees last year.

In an email to Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar here, Mat Zain said there was proof enough that the trio had committed the alleged misdeeds when the matter was recorded in the pages of the Auditor-General's report for 2010.

According to the report, Jamil, the minister in the Prime Minister's Department in charge of Islamic affairs; Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) director Datuk Che Mat Che Ali; and MAIWP chief prosecutor Shamsudin Hussain had withdrawn RM63,650 from the council's zakat fund to settle their legal costs. The costs were incurred when Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim named the trio as respondents in his qazaf application.

However, the A-G's report also confirmed that the sum was repaid to the fund after the council obtained a RM700,00 grant in June last year as part of its general resources allocation from the government.

But, citing legal provisions, Mat Zain insisted in his email that the trio had committed misappropriation of property under Section 403 of the Penal Code and should be punished accordingly.

Section 403 states: "Whoever dishonestly misappropriates or converts to his own use, or causes any other person to dispose of, any property, shall be punished with imprisonment for a term which shall not be less than six months and not more than five years and with whipping and shall also be liable to fine".
"In short, this means the misappropriation of property for temporary personal use, whether for just a day, is considered wrong according to this Section," said Mat Zain.

He also pointed to Section 409A of the Penal Code, which states that: "It is no defence for any offence prescribed in sections 403... to show that the property was openly appropriated or that the appropriation was duly recorded and entered into the books and accounts of any company or association or body of person whether incorporated or not".

"In short, it means the moment the use of the zakat funds was made openly and recorded in any account or official records of the MAIWP, it remains a wrongdoing and the record cannot be use as defence.

"Instead, it is that record that becomes strong evidence to show the offence took place," said Mat Zain, adding that the A-G's report was sufficient to prove a prima facie case against the trio.

"The repayment of every single sen misused cannot be used as an excuse to clean anyone's record from wrongdoing or to exempt the person from legal action," he said.

Mat Zain also cited Section 409B of the Penal Code, which states that if any offence prescribed in Section 403 and 404 is proven, "it shall be presumed that he had acted dishonestly until the contrary is proved".

"With the above explanation, I have no doubt that Jamil, Che Mat and Shamsuddin committed offences under Section 403 of the Penal Code and, if convicted, will be liable for action under the same section.
"At the same time, there is no authority that can indemnify them," he said.

Mat Zain also stressed that the trio's use of zakat monies for personal reasons was wrongful according to Islamic laws, chastising Jamil for doing so just months after he was sworn into his ministerial post.

He then repeated an earlier allegation against Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for dropping the "Mohd" or "Muhammad" from his name when taking an oath on two affidavits signed on September 21 and 23 this year.

"What lies before the people today is a prime minister and a minister for religion who purposefully exposed themselves to criminal charges which could see them jailed, just so they could hide something.

"But the most important question is why, in order to protect the National Feedlot Centre project, the government was willing to spend RM250 million, and for cosmetic improvements to the country and PM's image, the government paid APCO and FBC more than RM150 million... but when it comes to religious matters, the minister for religion... [appropriated] zakat funds... money for the poor and the orphaned?

"Is this what PM Najib meant by championing Islamic teachings?" Mat Zain said.


P/s: Apabila membaca berita ini, rasa-rasanya, algi bertambah beratlah mulut Jamil Khir untuk menjawab isu ini.




Artis Nafi Sambut Krismas, Namun di FB Tulis "“since rafa likes xmas so much.. we got a small one and celebrated with our lil prince.”

Posted: 28 Dec 2011 01:30 AM PST

Sumber gambar di sini.

Penafiannya boleh anda baca di MStar atau klik di sini.


P/s: Kalau terbuat, mohon keampunan daripada Allah.


Ku Li RAMAL BN Kalah Lagi dalam PRU 13

Posted: 28 Dec 2011 01:06 AM PST


Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo.

Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.


Basikal "Buruk" Boleh Dijual Sehingga RM300 000

Posted: 28 Dec 2011 12:26 AM PST

 
Basikal antik di atas ialah jenis India Camelback 1906, salah satu daripada basikal bermotor pertama di dunia dan model ini merupakan barangan impian individu yang mengumpul koleksi barangan antik.

Menurut fakta, hanya 1 698 model basikal ini dikeluarkan sekitar 105 tahun yang lalu. Dalam keadaan tidak dibaik pulih seperti ditunjukkan dalam gambar di atas, harga lelongan basikal ini boleh mencecah hingga £50 000.

Dengan kelajuan maksimum 30 batu sejam dan enjin satu silinder dengan kekuatan 2.25 kuasa kuda, sudah tentu pembida tidak akan membelinya jika berpandukan kemampuannya di jalan raya. Namun, nilai antik dan jumlahnya yang mungkin hanya tinggal kurang daripada 10 mendorong pengumpul menghabiskan wang untuk memilikinya.

 

Sesiapa yang membeli basikal ini sudah pasti akan membaik pulih basikal ini seminimum yang boleh kerana kerja-kerja pemulihan yang maksimum seperti penggantian bahagian tertentu pada basikal itu akan mengurangkan nilainya.

Sambung baca di sini.


 P/s: Kalau ada barang lama, jangan terus dibuang!




Lelaki Gila Berahi, Ceroboh Rumah dan Ajak Jiran "Ehem-ehem"

Posted: 27 Dec 2011 10:55 PM PST


Saya petik:

[HM] KUALA KUBU BHARU: Gila seks. Itulah perkataan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang lelaki yang menceroboh masuk rumah jirannya dan meminta untuk melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 28 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis selepas wanita berusia 37 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa bersendirian dalam rumahnya di Kerling, di sini, manakala suaminya seorang pekerja ladang keluar bekerja.

"Mangsa yang baru saja pulang dari bekerja masuk ke dalam bilik untuk berehat dengan pintu belakang rumahnya dalam keadaan terbuka.

"Ketika di dalam biliknya, dia menyedari kehadiran jirannya yang sedang berbual melalui telefon bimbit di bahagian belakang rumah," katanya.

Sumber berkata, suspek terbabit kemudiannya menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa dan menghampiri mangsa yang sedang tidur.

"Suspek kemudiannya mengajak mangsa melakukan hubungan seks dengannya. Mangsa yang terkejut dengan ajakan berkenaan bertindak memarahinya supaya keluar dari rumah berkenaan.

"Namun, suspek dikatakan tidak mengendahkan amaran mangsa sebaliknya terus mengajak melakukan perbuatan terkutuk itu. Mangsa yang ketakutan terpaksa berlari keluar," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa pergi ke rumah salah seorang jiran meminta pertolongan jiran berkenaan dan menghubungi suaminya memaklumkan kejadian itu.

Katanya, suspek kemudian bertindak melarikan diri sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Kerling membuat laporan berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy berkata, suspek berjaya ditahan polis di rumahnya yang terletak berhampiran.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.


 P/s: Macam-macam gila orang sekarang!



Orang Minyak Mengganas di Kampung Laksamana

Posted: 27 Dec 2011 08:26 PM PST


Saya petik:

[SH] GOMBAK – Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu. 
 
Mangsa, Kamal Bahari Satar, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas keluarga diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.
 
"Adik ipar yang datang ke sini tidak tahan selepas diganggu oleh orang minyak yang muncul beberapa kali di dalam dan luar rumah," katanya ketika ditemui semalam.
 
Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.
 
Menurutnya, kejadian kemuncak berlaku awal pagi Sabtu lalu apabila orang minyak tersebut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarganya berada di dalam rumah.
 
"Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri," katanya.
 
Menurutnya, turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.
 
Kamal Bahari berkata, adik iparnya yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu.
 
"Syukur adik ipar saya kini sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut, namun keluarga masih trauma dengan keadaan itu terutama adik perempuan saya yang berumur 22 tahun," katanya.
 
 

Ahli Politik Berusia 35 Tahun Kantoi Khalwat? Siapa?

Posted: 27 Dec 2011 07:39 PM PST


Saya petik:
[SH] KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
 
Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
 
Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
 
Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
 
"Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
 
"Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing," katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
 
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
 
"Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
 
"Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid," katanya.
 
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
 
 

Tiada ulasan: