Khamis, 22 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tiada Tapisan Filem Mulai 2012

Posted: 22 Dec 2011 03:40 AM PST

Menurut laporan Sinar Harian, berkuat kuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Gila!

Hal ini dijelaskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam yang mendakwa langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Walau bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit tentang sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.

Wah!

Sebelum polisi bodoh ini, filem yang disiarkan, walaupun ditapis masih lagi mengandungi unsur berahi dan ganas yang banyak mempengaruhi minda dan perlakuan anak muda. Jangan sanggah kerana kajian dan akal logik membuktikan bahawa filem/drama mempunyai pengaruh besar kepada penonton.

Dengan terlaksananya polisi bodoh ini, maka berebut-rebutlah sesetengah penerbit dan pengarah filem memaparkan kreativiti mereka melalui aksi ganas dan berahi mahupun tahyul untuk mengaut untung tanpa mengira impaknya kepada masyarakat.



P/s: TM teringat beberapa filem yang menaikkan berahi di Indonesia. Selepas ini, filem Malaysia mungkin dapat menandingi filem seberang dari segi berahi dan tahyulnya.

Universiti tidak mahu dibebaskan, filem pula dibebaskan!






[Gambar] Mahasiswa Hanya Turunkan Bendera Najib, Pencacai UMCO KENCING Gambar Pemimpin PAS

Posted: 22 Dec 2011 01:15 AM PST



 Gambar di atas memaparkan tiga ekor anjing sedang kencing pada poster TG Hadi Awang dan TG Nik Aziz Nik Mat. Kalau tidak silap gambar ini dirakam sekitar awal September 2009. Kalau tidak silap, ketika kempen PRK Bagan Pinang, Terengganu sedang rancak dijalankan. 

Manakala gambar di bawah ini menunjukkan mahasiswa menurunkan sekejap bendera Najib sebagai tanda protes kerana kegagalan kerajaan Najib memansuhkan AUKU. Untuk makluman, bendera Najib tidak diludah, dicampak jauh sekali dikencing. Bendera itu dinaikkan semula beberapa minit kemudian.

Ketika gambar pemimpin PAS dikencing oleh tiga ekor anjing, tiada sesiapa pun mempertikaikannya!

"Hasan Ali, We know what you did last puasa"

Posted: 21 Dec 2011 10:35 PM PST


Saya petik:

[HD] Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos.

Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi.

"Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita.

Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah".

Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu.


P/s: Kah kah kah. Macam filem pula!

TG Nik Aziz NAFI SOKONG Hassan Ali

Posted: 21 Dec 2011 10:13 PM PST


Saya petik:

[HD] KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali.

"Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali.

"Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat.

"Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am.

Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital.

"Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011.

"Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu.



Main "TUT", Tetapi Mengaku Masih Islam dan Iman Tidak Bergoncang!

Posted: 21 Dec 2011 06:20 PM PST


Bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD) Ariff Alfian Rosli yang dilaporkan hilang baru-baru ini, memberitahu bahawa dia selamat dan kini menetap di Dublin sepetrti yang dilaporkan di Utusan. Menurut Ariff Alfian, dia juga masih beragama Islam dan tidak hilang sebagaimana dilaporkan.

''Saya tidak menganut agama lain seperti yang dilaporkan. Saya dilahirkan sebagai Islam, saya masih seorang Islam dan akan kekal Islam sehingga saya meninggal dunia.

''Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya," katanya yang dipetik dalam portal berita http://www.irishtimes.com .


P/s: Seperti biasa, sebagai umat Islam saya mengharapkan dia bertaubat. Namun dalam masa yang sama, bukan saya, malah orang lain juga berasa pelik dengan pengakuan gay Melayu ini. Berdasarkan gambar yang tersebar di internet, dia dikatakan berkahwin sesama jantina, yang umum tahu bahawa perbuatan itu sangat-sangat dilaknati Allah. Namun, gay Melayu ini mengaku masih Islam dan imannya tidak bergoncang. Cuba tanya gay Melayu ini, adakah dia faham sefaham-fahamnya maksud "iman" atau apa-apa yang diperkatakannya? 



Tiada ulasan: