Khamis, 22 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Hasan tak kisah jika digugur sebagai exco, calon

Posted: 21 Dec 2011 04:22 PM PST

MALAYSIA KINI
Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

azlanPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja."

"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A Talib yang disiarkan malam tadi.

Menyentuh mengenai PAS, ADUN Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulama yang kini hanya 35 peratus.

Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulama sebagai barisan kepimpinan parti.

Ini adalah kerana golongan ulama dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata:

"Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi Raja. Bernama

Pemimpin Pas Bertelagah Patut Masuk Ke Dalam Dram Terima Pengakuan Nasharudin Mat Isa

Posted: 21 Dec 2011 04:21 PM PST

MSO


PERNYATAAN Nasharudin Mat Isa hari ini bahawa beliau tidak mempunyai niat sebesar zaharah pun untuk meninggalkan Pas hendaklah diterima dengan penuh keikhlasan oleh semua ahli dan penyokong Pas. Hendaknya pernyataan itu bukan saja menjawab tanggapan Mustapa Ali kepada Nasharudin bahawa bekas timbalan presiden Pas itu terperangkap dalam jerat Umno, tetapi pernyataan untuk semua orang juga.

Hari ini Nasharudin dalam kenyataan akhbar bagi menjawab tanggapan Mustapa Ali berkata dia tetap bersama Pas untuk menyampaikan risalah Islam. Rasanya semua orang lega penjelasan Nasharudin itu. Sebenarnya bila Nasharudin membuat kenyataan berasingan dengan Hasan Ali berhubung kemelut dan tuduh menuduh yang berlaku sekarang ini, menunjukkan bekas setiausaha agung Pas di era Mohd Fadzil Nor (Allahyarham) itu masih sayangkan Pas.

Mana-mana pemimpin Pas yang terbuku hati dengan sikap Nasharudin sebelum ini kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat dan menerima perlantikan ketua lujnah antarabangsa hendaklah terima seadanya dan janganlah membuat pelbagai tuduhan lain lagi.

Anggapan ketidakhadiran Nasharudin pada mesyuarat jawatankuasa agung Pas itu sebagai satu keterkejutan beliau kerana kalah dalam perlawanan yang dijangka akan mudah dimenang olehnya.

Tentulah sebagai pemimpin muda yang sebelum ini menang menjulang, kemudian kalah dihina, merasa terkejut monyet bila tewas dalam perlawanan apa lagi lawannya orang yang dianggap canggung dengan perjuangan Pas yang berlandaskan Islam. Silap tanggap Nasharudin dan juga para penasihatnya telah meletakkan Nasharudin dalam keadaan serba salah. Nasharudin dalam hal ini kurang faham mengenai sepak terang politik. Di dalam politik sering saya katakan orang bodoh memerintah orang cerdik, begitu juga dalam konteks politik Pas sebab Pas juga menerima sistem yang sama dengan Umno.

Dengan pernyataan Nasharudin itu juga selepas ini jangan ada sesiapa yang 'cepelak' mulut lagi. Yang nyatanya Nasharudin masih ahli Pas dan setia dengan Pas. Pengakuan itu anggaplah bai'ah beliau. Dalam konteks yang berlaku sekarang ini tidak boleh menyamakan sikap, pendirian dan pembelaan diri Hasan Ali adalah sama dengan dirinya. Nasharudin lebih bersikap tawakus dan merendah diri dan jangan pakejkan Nasharudin dengan Hasan Ali walaupun mereka berkawan baik.

Apabila beliau menjawab terhadap tohmahan ke atas Mustapa Ali itu anggaplah itu adalah hak asasinya. Adalah tidak elok kalau dalam keadaan sekarang di mana Pas sedia untuk mengganti Umno tiba-tiba wujud kecelaruan dalam Pas. Pas dalam hal ini harus malu kepada DAP. Ironisnya apabila PKR selesai bertetak sesama sendiri Pas pula hendak 'berkelewang' sesama sendiri. Aduh... sakitnya.

Kepada Nasharudin secara peribadi saya mengucapkan terima kasih kerana masih tetap dapat mengeluarkan kenyataan yang lunak, sedarhana dan tetap menggambarkan seorang pemimpin dari jemaah Islam. Semoga beliau akan istiqamah dan tenang menghadapi apa-apa juga celaan dan ingatlah sabar itu separuh daripada iman. Kekuatan dan keulitan seseorang pejuang ialah apabila ia dapat menghadapi tribulasi ke atas dirinya oleh kawan sendiri dan bukan musuh.

Apa yang akan berlaku selepas ini jangan dibuat spekulasi yang sehinggakan akan dieksploitasikan oleh musuh. Pengakhiran babak yang berlaku dalam Pas kini hendaklah ditunggu bagaimana pengakhirannya pada saat dewan dibubar nanti. Saya yakin emosi orang-orang Pas termasuk yang bertelagah akan berubah bila parlimen dibubarkan.

Sebaik-baik untuk menenangkan kemelut yang berlaku sekarang ini, Pas Bachok di mana Nasharudin menjadi ahli Parlimen di situ patut mengambil inisiatif melegakan keadaan membuat pernyataan mereka masih mahukan Nasharudin mewakili mereka. Saya percaya kalau ada sikap dan sifat berkorban seperti ini segalanya akan dapat diatasi. Tentu ramai orang Kelantan yang tidak setuju dengan cadangan itu, tetapi bagi saya itulah sebaik- baiknya kalau kita ikhlas dan jujur hendak mengatasi masalah yang berlaku.

Apakah Pas Bachok mampu dan sanggup berbuat demikian. Sekali saya katakan hanya orang berjiwa besar dan berjiwa hamba kepada perjuangan sahaja boleh melakukan demikian. Bagi saya tidak ada sebab untuk Pas Bachok atau Pas Kelantan mahu menukarkan kerusi Bachok kepada orang lain. Saya tetap berkeyakinan dalam keadaan Awang Adek sedang diputar isu SPRM, Nasharudin mampu mengatasinya, dengan syarat Nasharudin akan terus berlunak selepas ini. Nasharudin juga perlu kembali kepada pangkuan para sahabat dan tidak menyisihkan diri kerana berbuat begitu menyebabkan syaitan banyak akan mencelah.

Adapun sdr Hasan Ali yang saya lihat sudah terlebih syok untuk mengadakan sidang akhbar sudah agak terlajak jauh. Betul yang tergelecah dari ril perjuangan ialah Pas, tetapi beliau dalam hendak membetulkan Pas itu terlajak jauh kerana lebih lajak dari laju. Hasan juga harus membuang sifat mazmumah yang merasakan dia hebat, bijak dan kaya dengan idea politik.

Sepatah sahaja saya nak kata di sini kalau Hasan ikhlas dan jujur hendak perbaiki Pas dengan keadaan yang ada hari ini dia harus tahu teknik yang betul untuk membaikinya.

Saya lihat hari ini - merujuk kepada isu Hasan, Saari Sungib dan Mustapa Ali itu Pas sebenarnya kemek di bahagian luar sahaja bukan dari bahagian dalam. Kalau ibarat dram ia kemek di luar. Jadi kalau ia kemek di luar cara membaikinya ialah masuk ke dalam dram dan ketuk dari dalam. Seberapa kuat nak ketuk dari dalam nah lakukanlan kerana ia tidak akan membingitkan ahli di luar.

Dengan apa yang Hasan buat mengetuk dram kemek dari luar ia tidak boleh menyempurnakan keadaan tetapi menambahkan lagi kekemekan dram berkenaan, dan yang 'rewelnya' juga ia menganggu ketenteraman orang lain.

Berdoalah semoga selepas ini kita semua insaf, tidak saling berbalas tembak lagi. Janganlah memberi modal kepada media penjilat buntut. Lepas ini jangan ada lagi kenyataan akhbar dari mana-mana pihak. Khabarnya besok setiausaha agung akan membuat kenyataan akhbar, elok berhentilah kalau kenyataan itu untuk membalas kenyataan Hasan, melainkan kalau untuk mendamaikan keadaan.

Dalam hal ini juga saya tertanya-tanya ke mana perginya sang presiden? Apakah kemelut yang berlaku kini tidak terlantas di telinganya. Kenapalah presiden diam membisu seolah apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan urusan dan tanggungjawabnya. Saya tenguk sikap presiden dalam hal ini tak ubah seperti badak tuli yang tidur tepi lebuhraya!

Sepatut sebagai presiden beliau harus bersuara dan memanggil pihak bertelagah duduk semeja dan selesaikan kekusutan yang berlaku. Mungkin Abdul Hadi juga perlu bermahasabah sejauh mana relevansi beliau menjadi seorang presiden parti politik yang sudah mulai hilang punca untuk berdamai dan kabur untuk mencari hadith-hadith persaudaraan.

Ingat pesan saya, kalau hendak baiki dram yang kemek di luar masuk ke dalam dan ketuk dari dalam. Bukan saja Mustapa, Hasan, Saari dan yang lain-lain Abdul Hadi juga kena masuk dan ketuklah dari dalam. Berdegung berdegang berdegung berdegang... tak mengapa. Belum sah tetapi ada berita mengatakan Ahmad Maslan tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya akan datang

Umno seleweng fakta solat Jumaat dua Imam, dua masjid

Posted: 21 Dec 2011 04:09 PM PST

Wartawan Buletin

[Kemaskini] - Ahmad Said cuba menutup kelemahan pentadbirannya


KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasonal Terengganu tidak bercakap benar dan menyelewengkan fakta tentang soal solat dua imam dan dua masjid.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, berlakunya solat dua Jumaat dalam satu qaryah adalah berpunca oleh tindakan kerajaan Umno/BN.

"cakap soal dua imam dua masjd, saya nak beritahu pelawok (bercakap tidak benar) Umno ni , yang terbaru (dalam siding DUN), dia kata kita (PAS) yang tukang pecah belah, tukang buat masjid, tukang buat dua imam, sembahyang dua imam, dia kata,

" kita bangun nak jawab, nak bagi fakta (tetap) Yang Dipertua Dewan tak benarkan,"katanya ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu-isu Sidang DUN di Seberang Takir dekat sini, pada Khamis 15 Disember.

Beliau menegaskan, apa yang berlaku pada tahun 2009 di Masjid Tebing Tembah, Paka adalah disebabkan oleh tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

Katanya, JHEAT berpakat dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Majis tersebut tanpa mengadakan mesyuarat dengan orang kampong.

"Pada tahun 2009, masjid Tebing Tembah Paka , masjid ni masjid mukim, buat (solat) Jumaat sejak zaman berzaman dah, tiba-tiba nak lantik Jawatankuasa masjid, dia (pejabat agama) berpakat dengan JKKK beri nama, orang kampung tak terima,

"sebab orang kampung kata kita kena buat muesyuarat lepas Jumaat , lepas sembahyang Jumaat kita pilih, taka apa siapa-siapa pun jadi jawatankuasa (yang akan dipilih),"jelasnya.

Menurut Wan Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Dungun, setelah orang-orang kampung menolak Jawatankuasa yang dilantik, tiba-tiba kerajaan Umno/BN Terengganu membina sebuah masjid baru.

Beliau yang dihubungi oleh Buletinonline hari ini berkata, ia adalah kegagalan pihak kerajaan Umno/BN menguruskan hal ehwal agama rakyat dan adalah sesuatu yang tidak wajar Umno menuduh pihak lain.

Oleh itu, beliau menafikan kenyataan Menteri Besar yang mengaitkan PAS dengan masalah ini.

Bahkan katanya, Ahmad Said dann Umno/BN berniat jahat kerana memainkan isu yang berkait dengan isu-isu senstif, demi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

LIHAT VIDEO

PASTI mendapat pengiktirafan antarabangsa

Posted: 21 Dec 2011 03:56 PM PST

EditorBuletin

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah menerima kunjungan hormat daripada Gerakan Islam Sri Langka dan Pakistan yang lebih dikenali dengan nama Jama'ath-e-Islami.

Kunjungan hormat daripada gerakan Islam itu ke pejabat rasmi DPPM yang bertempat di Jalan Raja Laut petang tadi disambut oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre selaku Penolong Setiausaha 2 DPPM dan turut menemai beliau adalah Ustaz Mohd Khairul selaku Setiausaha Kerja PAS Pusat.


Kunjungan tersebut nyata bukanlah satu kunjungan yang kosong apabila pihak daripada Jama'ath-e-Islami ingin berkongsi idea dengan pihak DPPM Asuhan Tunas Islam [PASTI] yang merupakan institusi pendidikan awal PAS.

(Gambar - Logo smbutan Jubli Perak, PASTI yang telah berusia lebih 25 tahun, anak-anak pertama PASTI kini sudah berusia lebih 30 tahun)

PASTI ini mendapat perhatian daripada gerakan Islam yang lain apabila pihak mereka berminat untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai pengalaman DPPM sepanjang mengurus dan menyelia institusi ini.mengenai pengurusan sistem pendidikan yang diselia oleh pihak Pemuda PAS selama ini.

Pertemuan yang singkat itu tadi nyata tidak berakhir di pejabat DPPM sahaja apabila tetamu daripada Jama'ath-e-Islami ingin membuat kunjungan kepada ibu pejabat PASTI yang berpusat di Gombak.

Pertubuhan Jama'ath-e-Islami itu diwakili oleh Syed Waqas Jafri daripada Ghazali Education Trust, Shahid Warsi daripada Association for Academic Quality dan Y.I Mohamed Haneez Assistant General Security, Sri Lanka Jama'ath-e-Islami.

Kakitangan Hospital Kerajaan Cuai

Posted: 21 Dec 2011 03:40 PM PST

WATRA KERAJAAN RAKYAT



SALAH UBAT: Nurqistina menunjukkan ubat telinga yang diberi bagi merawat matanya, yang diberi farmasi dari Hospital Pulau Pinang.


BALIK PULAU (Pulau Pinang): Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas Hospital Pulau Pinang (HPP) didakwa tersilap memberinya ubat sakit telinga untuk dititiskan di matanya.

Nurqistina Qalysha Azmi, yang mengalami radang pada kedua-dua matanya, menggelupur kesakitan selepas ubat berkenaan dititiskan ke mata kanannya, baru-baru ini.

Ibunya, Cik Noorliza Abd Razak, 34 tahun, berkata anaknya mengalami radang mata sejak enam bulan lalu dan beberapa kali mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun penyakitnya berlanjutan.

Beliau kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan di Bayan Baru dan doktor di situ meminta mereka merujuknya kepada doktor pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP).

'Kami diberi surat rujukan meminta anak saya dirawat doktor pakar tetapi apabila tiba ke HPP, Nurqistina hanya menerima rawatan pesakit luar.

'Anak saya kemudian diberi ubat titis dikenali 'Enclor' di kaunter farmasi dan keesokan harinya, saya menitiskan ubat itu ke matanya. Secara tiba-tiba, anak saya menggelupur kesakitan serta mengadu matanya seperti dibakar.

'Saya ke HPP semula dan merujuk perkara itu kepada petugas di farmasi yang memaklumkan Enclor bukan ubat sakit mata tetapi bagi merawat sakit telinga.

'Bimbang dengan nasib anak, saya membawanya berjumpa seorang lagi doktor HPP dan terkejut apabila diberitahu bahawa label ubat itu mungkin salah dilekatkan dan tidak sepatutnya diberi kepada Nurqistina,' dakwanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Bharu, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman, ketika dihubungi berkata pengadu perlu membuat aduan di HPP dan membawa ubat diberikan doktor terbabit bagi memudahkan siasatan. -- BHM.

Menyanggah dakyah PAS ketepi perjuangan kerana DAP

Posted: 21 Dec 2011 03:36 PM PST

malaysiadaily Meskipun Umno menjadikan DAP sebagai sasaran utamanya dalam perhimpunan agung Umno 2011, target sebenarnya adalah untuk melemahkan PAS atau sekurang-kurangnya terus meletakkan parti Islam itu dilihat sebagai komponen terkecil dalam Pakatan Rakyat.

Ia bagi memudahkan Umno memainkan emosi dan sentimen pengundi Melayu, serta menyuntik keraguan tentang keupayaan PAS untuk "menggantikan Umno" sebagai teras dalam kerajaan baru nanti.

Melalui kolum ini, agak kerap juga saya mengingatkan bahawa seteru politik Umno yang utama, daripada dahulu hingga sekarang, tetap sama, iaitu PAS. Justeru, walaupun ada suara pemimpin tertinggi Umno untuk mengajak PAS mengadakan persefahaman politik, seperti pada 1999 dan 2008 -- setiap kali sebaik saja keputusan pilihan raya yang menjejaskan Umno -- ia lebih kepada usaha terdesak parti itu bagi mengekalkan kuasa.

(Menjelang pilihan raya 1990, yang menyaksikan persefahaman politik pembangkang yang menggusarkan Dr Mahathir Mohamad, PAS juga didekati dengan motif menggagalkan barisan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, yang diketuai tengku Razaleigh Hamzah).

Demi survival kuasa, Umno bersedia melakukan apa jua, termasuk menyembah dan mengemis individu atau parti yang dimusuhinya sejak lama. Pada 1999, Dr Mahathir beberapa kali beria-ia memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor, untuk membincangkan isu-isu "perpaduan ummah".

Ya, kita tidak boleh bayangkan bagaimana wajah Umno tanpa singgahsana kuasa. Benar, Umno tewas beberapa kali, di beberapa negeri, tetapi ia tetap dapat berpaut erat dengan kuasa kerajaan persekutuan, yang masih menjanjikan pelbagai "keasyikan". Kekayaan, prestij dan pengaruh terus terpelihara.


Apabila kedudukan Umno yang tergugat teruk dalam pilihan raya 1999, sehingga mencalarkan imejnya sebagai parti terbesar orang Melayu, telah dapat dipulihkan dalam pilihan raya 2004, maka tawaran atas nama "perpaduan ummah" itu tidak timbul lagi. PAS kembali digasak dan diasak. Pelbagai istilah dan label negatif yang dilemparkan sebelum itu timbul kembali. Aktivisnya seolah-olah menjadi warganegara kelas kedua, ditekan dan ditindas jika ada peluang berbuat demikian.

Sebaik saja kuasa Umno kembali terancam, seperti berlaku pada 2008, maka kedengaran kembali suara-suara merintih dan merayu untuk menjalin kerjasama dan muafakat, atas nama kepentingan bangsa dan memartabatkan agama. Seolah-olah selama ini Umno begitu prihatin dengan degup jantung penderitaan umat ... Didengungkan bahawa Melayu akan kehilangan kuasa politik sedangkan yang panik menanti saat-saat kejatuhan adalah Umno.

Namun, selepas ajakan atau pelawaan ditolak, secara tiba-tiba PAS akan dituduh sudah terpesong jauh, serta menyeleweng daripada prinsip dan perjuangannya yang asal, walhal selama ini Umno tidak pernah pula menghormati dasar Islam yang diasaskan sejak penubuhan PAS 60 tahun lalu itu.

Oleh kerana imej buruk DAP di kalangan masyarakat Melayu-Islam dikira masih belum dapat dibersihkan, maka wajah PAS akan dihodohkan dengan bermacam-macam dakwaan dan tohmahan seperti "PAS alat DAP", "PAS menjadi biro agama DAP", "PAS diperkudakan DAP". Segala perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS -- sesuatu yang lazim bagi mana-mana parti politik yang dinamik -- akan dikaitkan dengan "ketamakan untuk berkuasa" dan "keghairahan untuk mendakap Putrajaya".

Kebetulan pula dalam PRU12, DAP menunjukkan prestasi paling cemerlang berbanding PAS dan KeADILan. Dalam masa sama, politik sering dikaitkan dengan bilangan atau nombor. Meskipun diakui bahawa dalam Pakatan Rakyat, tiada mana-mana parti, walaupun mempunyai kerusi lebih banyak, boleh memaksa kehendaknya kepada pihak lain, sepertimana Umno sering bertindak kepada komponen BN, namun real politik harus diambil kira.

Apa pun, tohmahan Umno tidak akan berhenti di situ. Misalnya, apabila PAS melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan baru-baru ini, susulan daripada tema muktamar tahunan Jun lalu, strategis Umno terus menuduh bahawa DAP menjadi faktor utama PAS beralih daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Dalam berita Bernama TV, malam Jumaat lalu, Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi melemparkan tuduhan sama. Katanya, perubahan dasar dalam PAS ditentukan oleh taukeh politiknya, DAP. Sedangkan tema Negara Berkebajikan ini bukan perkara baru. Model negara yang diiktibarkan daripada al-Quran dan Sunnah ini terakam sejak penubuhan PAS lagi, dengan ungkapan "Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur", bermaksud "Negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan Yang Maha Pengampun".

Malah, tema manifesto PAS dalam pilihan raya 2008, yang dilancarkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 2008 adalah "Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih: Menuju Negara Berkebajikan". Harus diingat bahawa ketika itu belum lagi ditubuhkan Pakatan Rakyat, dan PAS juga tidak mengadakan kerjasama politik secara langsung dengan DAP, selepas parti itu keluar daripada Barisan Alternatif sebelum pilihan raya 2004.

Dalam ucapan pelancaran manifesto itu, Ustaz Hadio berkata, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state'. "Walaupun sebahagiannya dilaksana oleh negara-negara Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas. Bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah, adil dan bersih," katanya.

Ternyata Umno bertungkus-lumus berusaha menyambung talian hayatnya di atas siri pembohongan dan penipuan ....-Ahmad Lutfi Othman

Dari 1Malaysia Ke Zaman Batu

Posted: 21 Dec 2011 03:26 PM PST

malaysiadaily


JIKA rakyat terpaksa menuntut jalanraya melalui pilihanraya, apakah masih bermaruah Kerajaan Barisan Nasional yang melaungkan cogankata, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan'; sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan menagih undi untuk menubuhkan sebuah kerajaan di atas penderitaan rakyat yang tidak berdosa!

Bagi yang tidak mempunyai kesempatan untuk menyaksikan Videoklip, berikut jalinan cerita yang menjadi kerangka Videoklip ini yang digubal khas untuk masyarakat Kampung Kolorok, Tenom yang tersepit di celah kangkang Birokrasi Jabatan Perhutanan Sabah.

Jalanraya umpama arteri atau saluran darah yang membawa darah beroksigen keluar dari jantung untuk mengalir ke seluruh tubuh manusia demi memastikan semua sistem berfungsi dan mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

Sejak pilihanraya pertama Sabah pada 1969, rakyat Sabah terutama di Pedalaman Tenom menaruh harapan yang tinggi agar janji kerajaan untuk membina jalanraya menghubungkan kampung mereka dengan pekan Tenom; yang diperbaharui setiap kali pilihanraya umum dapat ditunaikan kerana jalanraya adalah nadi kehidupan manusia.

Mengikut sejarah, jalanraya sudah wujud sejak 5,000 tahun sebelum masehi di Pergunungan Kaukasus dan Teluk Parsi, terutama setelah manusia mengenal tamaddun dan bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan, sama ada untuk meluaskan tanah jajahan atau untuk menjana kegiatan ekonomi.

Di Eropah, jalan tertua dikenali sebagai Jalur Kuning yang bermula dari Yunani dan Tuscany sehingga ke Laut Baltik. Manakala di Asia timur, bangsa Cina membangun jalan yang menghubungkan kota-kota utamanya mencapai 3,200 kilometer.

Di Rom, ketika berada di puncak kejayaan, telah membina jalanraya sepanjang 85,000 kilometer yang terbentang luas dari Inggeris sehingga ke Afrika Utara; dari pantai Lautan Atlantik di Semenanjung Iberia sehingga Teluk Parsi.

Tetapi di Sabah, yang bersama membentuk Negara Malaysia pada 16 September 1963; setelah beribu tahun ditinggalkan kemasyhuran Kerajaan Rom, Kerajaan Barisan Nasional yang menjanjikan 1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak melalui Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tidak dapat menunaikan janji untuk membina jalan ke Kampung Korolok, Mukim Rundum di Tenom.

Bukan kerana Kerajaan 1Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri MOhd Najib Tun Abdul Razak tidak mampu menghubungkan 'jalan maut' Kampung Korolok ke Kemabong sejauh 7 kilometer sahaja, tetapi disebabkan karenah birokrasi Jabatan Perhutanan Sabah yang masih berteka-teki menunggu jawapan pasti antara telur dengan ayam telah menghalang sebarang pembangunan di kawasan Hutan Simpan.

Bagi penduduk kampung Korolok, hutan adalah 'Supermarket' kurniaan Tuhan kepada mereka, bukan sahaja untuk mendapatkan binatang buruan, malah ubat-ubatan, tempat bercucuk tanam, tanah perkuburan dan perkampungan.

Namun bahasa yang digunakan oleh penduduk kampung tidak sama dengan bahasa Jabatan Perhutanan. Bagi penduduk kampung, tanah yang mereka duduki adalah tanah Adat yang diwarisi sejak turun temurun, sebelum kewujudan sebuah negara yang bernama Malaysia.

Tetapi bagi Jabatan Perhutanan, tanah yang diduduki penduduk kampung adalah kawasan yang diwartakan sebagai Hutan Simpan dan mereka hanya berpegang kepada prinsip, "Saya Yang menurut Perintah" (SYMP); lalu menguatkuasa Enakmen Perhutanan Sabah, tanpa belas kasihan; sekalipun tanpa perintah mahkamah.

Ramai yang disumbat ke lokap dan didenda kerana menceroboh Hutan Simpan, sekalipun untuk mengambil kayu api atau ubat-ubatan; apatah lagi yang telah bercucuk tanam dan mengamalkan pertanian pindah sejak turun temurun.

Sama ada penduduk kampung yang buta huruf atau Jabatan Perhutanan yang tidak tahu membaca; kawasan yang didakwa sebagai Hutan Simpan adalah tanah yang bergeran seperti Kampung Katubu, Sumambu dan juga Korolok.

Kerajaan Barisan Nasional 1Malaysia tidak mampu berbuat apa-apa ketika penduduk kampung Imahit dan seluruh Sabah di'dera' Jabatan Perhutanan sehinggalah Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman memutuskan untuk memihak kepada Anak Negeri Sabah yang terperangkap di dalam Hutan Simpan dengan meluluskan Geran Komunal.

Sekalipun Anak Negeri Sabah mula terbela melalui pemberian Geran Komunal, tetapi Jabatan Perhutanan masih terus berdegil dan enggan membenarkan pembinaan infrastruktur seperti jalanraya, bekalan elektrik dan bekalan air melalui kawasan hutan simpan, sedangkan dalam masa yang sama lori balak bebas menggunakan jalan berkenaan mengangkut balak curi atau dari kawasan konsesi.

Akibatnya, penduduk kampung terpaksa membina jalan mereka sendiri dengan menggunakan cangkul dan tulang empat kerat setelah rayuan demi rayuan Wakil Rakyat tidak diendahkan Jabatan Perhutanan.

Penduduk kampung terpaksa menyumpah seranah Kerajaan Barisan Nasional dan Wakil Rakyat kerana kesengsaraan den penderitaan yang mereka lalui tidak berbaloi dengan undi yang mereka berikan setiap kali pilihanraya umum.

Akibatnya ramai yang berpaling tadah menyokong pembangkang atau memboikot pilihanraya sebagai tindakan 'protes'; sedangkan hati mereka dipateri kukuh dengan kesetiaan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Hati mana yang tidak sakit jika ibu mengandung terpaksa berjalan kaki sejauh 7 kilometer sebelum menumpang kenderaan yang lalu lalang atau menaiki motorsikal kerana jalan balak yang digunakan selama ini rosak teruk dan tidak pernah diselenggara.

Suami mana yang sanggup turun membuang undi jika doktor menasihati beliau membuat keputusan untuk mengikat atau membuang rahim isteri tercinta kerana setiap kali mahu melahirkan anak, anak mati dalam kandungan atau keguguran kerana jalanraya menuju kampung mereka ber'ombak besar' dan isteri terpaksa berjalan kaki kerana jika menunggang motorsikal, hentakan jalan bukan sahaja boleh menyebabkan isteri melahirkan anak di tengah jalan, malah boleh menempah maut.

Bayangkan betapa pilunya hati seorang ibu yang mengandungkan anak selama lebih 9 bulan; berjalan kaki sejauh 7 kilometer setiap kali mahu ke Klinik Ibu Mengandung; tiba-tiba mendapati anaknya tidak lagi bernyawa sebaik sahaja dilahirkan atau mati sebelum sempat sampai ke hospital.

Penduduk kampung tidak mengharapkan lebuhraya bertol atau jalan berturap; cukup sekadar jalan berbatu kelikir yang boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan; namun setelah peruntukan sejumlah RM7 juta tersedia sejak 2007, Jalan ke Kampung Korolok tidak dapat dibina kerana Jabatan Hutan enggan memberi izin lalu.

Setelah 48 tahun menunggu 'jalan khinzir' sepanjang 7 kilometer dinaik taraf, penduduk kampung Korolok kini berputus asa setelah mendengar peruntukan jalan mereka akan dipindahkan ke kawasan lain dan mungkin terpaksa menunggu 48 tahun atau seribu tahun lagi sebelum Jabatan Perhutanan Sabah memberi izin lalu.

Persoalannya, berapa ramai kanak-kanak yang tidak berdosa terpaksa dikorbankan (mati dalam kandungan) untuk melembutkan hati Pengarah Perhutanan Sabah? Berapa ramai orang sakit memilih untuk mati di rumah daripada mendapatkan rawatan di Hospital, sehingga menyusahkan keluarga dan saudara mara untuk memikul jasad ke Hospital atau membawa kembali jasad yang telah menjadi jenazah kembali ke kampung kerana tidak mampu bertahan di panah terik mentari atau dicurah hujan lebat?

Hakikat inilah yang terpaksa ditelan pahit oleh Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raime Unggi yang tidak dapat mengubah takdir jika Jabatan Perhutanan tersilap tadbir dan terus bebal mempertahankan Enakmen Perhutanan Sabah; sedangkan Raime terhutang budi kepada para pengundinya yang merupakan penyokong tegar Barisan Nasional.

Apakah masih ada yang sayang kepada penduduk Kampung Korolok atau mereka terus dikorbankan pada pilihanraya ke 13 ini demi meneruskan Ego Jabatan Perhutanan Sabah yang lebih mengutamakan khinzir dan kera daripada pemilih berdaftar yang mempunyai kuasa untuk menaik atau menurunkan sebuah kerajaan?

Jika rakyat terpaksa menuntut jalanraya melalui pilihanraya, apakah masih bermaruah Kerajaan Barisan Nasional yang melaungkan cogankata, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan'; sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan menagih undi untuk menubuhkan sebuah kerajaan di atas penderitaan rakyat yang tidak berdosa! - MUTALIB M.D (sabahkini)

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan: