Rabu, 21 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Nada Hassan Ali Macam Nada UMCO dalam Soal Jawab TV3

Posted: 21 Dec 2011 09:19 AM PST

Hassan Ali

Isu Hassan Ali muncul dalam rancangan Soal Jawab di TV3 ada dibincangkan di FB DCM di pautan ini
Dr Hassan Ali sedang memuji diri di TV3, katanya "saya yang usahakan, saya yang itu, saya begini". Adakah ini persiapan membina imej dia sebelum menyeberang sempadan? Bukan senang exco negeri Pakatan diberi slot dalam rancangan tv pencacai!
Antara komen yang diterima:

Fauzi: sedang menbuka pekung dada sendri..

DUNIACACAMARBA soal jawab malam ni spesial skit, khusus untuk Hassan Ali menonjolkan diri

Fauzi: adakah hasan ali akan menjadi 'katak'?

Nazri: ini ke yg dia kate dia hanya nak pengiktirafan Allah? riak benar bunyinye

DUNIACACAMARBA apabila ditanya sama ada terkilan atau tidak jadi calon, jawabnya, dia tak rungsing, dia hanya mahu pertahankan agama, melayu...tiba-tiba bercerita PENYATUAN MELAYU...perghhh...hahaha

Wan Ibnu: hahaha. masa untuk katak - katak malaysia beraksi dah tiba kot.

Ibrahim: Pas baru tau mana pejuang mana pelingkup
Fauzi:  politikus sukar dijangka,dalam sekelip mata saja boleh jadi katak,terutama yg pernah dok dlm umno...

Rahim: Astagfirullah..x baik kita menghina umat islam sesama sendiri..

Sham: Tulah dari buka tv trus dengar dia kata saya itu saya ini...Its all about me,me,me,me.... Me doing this, me doing that... Wow mmg one men show betul..skit pon xde bg kredit kt sape2 just jais dgn mais... Tu je..yg lain semua, saya,saya, saya, saya, saya, jais, mais tu pon adalah 2 kali..yg len saya,saya,saya,saya,saya,.berapa ramai pemimpin pakatan masuk tv spesel interview? Hmmmmm??????None! Ni yg pertama seigt sy

Nazri:  masuk tv ade makna tuu...peluru percuma utk umno menembak pas...takkan org sehebat Hassan Ali tak sedar perkara ini??

DUNIACACAMARBA betul...semua "saya". aku musykil betul sbb Hassan Ali muncul malam ni dalam TV3

Nazri: takyah musykil...tu mmg jerat umno...sayang dia tak kenal jerat...udah terperangkap dlm mainan politik umno

DUNIACACAMARBA ‎"hanya nyawa ditarik yang menghalang saya bersama NGO yang berjuang mempertahankan agama, Melayu, institusi raja"

Sham: Tidak berseorangan..sy tidak berseoranagn..perjuangan ini popular...? What? Popular? Xde pon sebut saya berjuang kerana Allah..

DUNIACACAMARBA Hassan Ali claimed dia keseorangan dalam perjuanganmemeprtahankan agama, melayu, institusi raja dalam kerajaan Selangor, tapi dia dakwa masyarakat luar banyak gila menyokongnya....apa lagi PAS tunggu???

DUNIACACAMARBA Hassan Ali kata dia ada persamaan dalam sesuatu hal dengan ZULKIFLI NORDIN...apa tunggu lagi PAS?

Zahari: http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=404%3Atg-dato-harun-taib-jauhi-tuduh-menuduh-dan-kita-sayang-kepada-semua-ahli-kita&catid=17&Itemid=19

Sham: Saya lagi... Saya xpeduli keseoranagn sy percaya insyaallah allah bersama sy... Ade ke gitu? Xde pon...skrg Dia ngaku dia sekular.... Tau pon... Pastu apa lg nak kecoh..followlah tok guru..yg heboh semalaya pehal?

DUNIACACAMARBA aduhai, rancangan ni jelas nak main minda masyarakat...Hassan Ali betul...sokong dia, PAS tidak betul...

Zahari:  http://www.malaysiakini.com/news/184579

DUNIACACAMARBA hahaha

Zahari:  kalo dato hasan boleh dikritik kenapa dia x bole mengkritik.

DUNIACACAMARBA meeting PAS Pusat sekali sekala datang, meeting PAS selangor tidak pernah hadir...kata khalid samad, kalau tidak silap, HA naik kapal terbang first class, atau bisness class... cakap fasal kepimpinan ulama

DUNIACACAMARBA bukan soal dikritik dan mengkritik, soalnya saluran dan udang di balik batu tindakannya

Zahari: dato hasan telah jawab. khalid macam saari sungip berniat buruk.

DUNIACACAMARBA kalau nak kritik pergilah mesyuarat, ni mesyuarat pun tak pergi, kenapa kritik di media musuh'

Zahari: apa masaalah dia bercakap dgn media. media sedia ruang sebagaimana harakah tidak sediakan ruang utk dato hasan.

DUNIACACAMARBA HA cakap PAS sekarang tidak seperti 50 thn dulu yang pertahankan islam dan sbgnya, cara dia cakap dia tak suka kepimpinan sekarang...maksudnya ada pemimpin bukan ulama teraju kepimpinan pusat. kalau macam tu dia pun tak yah jadi pemipin utama PAS la

Zahari: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=r2hvxETnBCc

DUNIACACAMARBA nak kritik parti pi mesyuarat la...Zahari kau tau tak HA tak pergi mesyuarat, enggan diajak berbincang?

DUNIACACAMARBA HA cakap melayu, islam dan institusi raja kini terpinggir....fuh...tang mana yang terpinggirnya?

Sham: Siapa baca ayat quran..tap xmula dgn auzubillah dan bismillah

Zahari: tiada pimpinan tertinggi (mursyidul am/presiden/ketua pemuda) menentang dato hasan

Zahari: kecuali tok pa ali dan mahfuz yg melatah.

Zahari: dewan ulama telah menegur mereka.

DUNIACACAMARBA rumusannya, apa yang dicakap oleh HA malam ini sebijik apa yang dicakap oleh pemimpin UMCO...siapa yang khianat melayu, isntitusi raja, dan agama islam?

Zahari: saaari sungip yg mendahului majlis syura sepatutnya dikritik dan diambil tindakan bukan di fokus pd dato hasan.

DUNIACACAMARBA Rancangan dah habis..orang PAS yang tgk, jangan buat tak tahu je!

Zahari: itu anggapan DCM yg belum tentu ahli pas.

Zahari: http://www.malaysiakini.com/news/184603

Zahari: saya komen atas sifat sebagai ahli pas. DCM ahli pas?

Rahim: Jgn kerana politik.kita mengutuk sesama islam..kita saudara islam.tidak baik memburuk sangka..selagi ianya menegakkan islam.kt harus pertahankan..

DUNIACACAMARBA cerita fasal HA je lah...mungkin lepas malam ni Presiden, TG Nik Aziz dan Dewan Ulama lebih jelas tentang HA

Zahari:  kita bimbang yg bukan ahli pas yg over dlm menghangatkan isu.

Zahari: saya dah copy paste kenytaan dewan ulama dan dewan pemuda diatas. mohon perhatian semua. t kasih.

DUNIACACAMARBA saya ni bukan ahli pas, bapa saya ahli pas, saya ni penyokong PR...apa yang diperkatakan ni berkaitan temu bual hassan Ali di rancangan soal jawab... soal yang saudara sebut saya tau

Zahari: tiada siapa bole nafikan sumbangan besar dato hasan ali kpd pas selangor wlau baru 10 thn dlm pas telah berjaya merubah persepsi dan lanskap politik pas selangor. jika dibanding khalid samad sumbangan nya sejak 30 thn lalu sgt mendatar. siapa aset siapa liabiliti.?

Zahari: saya cuma pesankan agar kita tidak hangatkan keadaan setelah kenyataan dewan ulama telah dikeluarkan.

Zahari: terima kasih.

DUNIACACAMARBA Zahari, anda ahli pas, mungkin penyokong HA, nasihat dia pergi mesyuarat, lontarkan kritikan dalam mesyuarat, minta dia hormat dengan keputusan muktamar yang mahu mempertahankan slogan dan polisi negara berkebajikan. Keputusan ini diskong majoriti pemimpin pas, parti anda. jangan guna media kaki fitnah untuk luahkan ketidakpuasan hati.

DUNIACACAMARBA sama-sama

DUNIACACAMARBA kita tidak mempertikaikan sumbangan HA, cuma tindak tanduknya belakangan ini merugikan partinya, dan parti PR

Salleh: jangan ada yg buat video khakh tuiiii lepas nie sudah.... :)

DUNIACACAMARBA mudah2an

Sham: Semua org akan ada rs xpuas hati..tp bla besekongkol dgn musuh..ibarat gali lubang kubur sendiri...

Salleh: Sebelum bg komen saya nak minta maaf dulu kalau tersilap cakap. Rasanya ada 1 soalan yang pengerusi tu lupa nak tanya pd DR. Hasan tadi dan rasanya semua org nak tau jawapan tu dr mulut Dr Hasan sendiri.. Soalannya ialah " Kenapa lama X datang mesyuarat? & kalau X puas hati kenapa tidak guna saluran yg betul?"



P/s: Anda yang menonton rancangan itu sudah tentu sentiasa mendengar dari mulut Dr Hassan Ali ayat yang dimulakan "saya..saya...saya". Semuanya dilakukan oleh dia dengan bantuan JAIS dan MAIS. Kemudian, anda mendengar pengakuannya bahawa dia seolah-olah keseorangan dalam mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di Selangor. Kata-katanya seperti kerajaan negeri Selangor tidak mempertahankan apa-apa yang cuba dipertahankannya. Kemudian, kita mendengar tentang ketidakpuasan hatinya berkaitan dengan kepimpinan PAS sekarang yang didominasi oleh pemimpin bukan ulama yang kononnya membawa PAS jauh dari landasannya 50 tahun dahulu. Tidak lupa juga Hassan Ali ada menyebut tentang penyatuan Melayu dan bersetuju dengan pendapat moderator bahawa dia dan Zulkifli Nordin ada persamaan dalam hal-hal tertentu.

Aduhai!

Salahkah Mustafa Ali apabila mendakwa Dr Hassan Ali sudah kena perangkap UMCO? Sejak PR memerintah Selangor, adakah Melayu terpinggir, adakah Islam terpinggir, adakah Sultan diketepikan?

Siapa yang khianati Melayu, Islam, dan institusi raja? Jangan lupa sejarah, jangan lupa fakta!!!


[PANAS] Pinjaman BANK DUNIA Dibuat oleh NEAC yang Dipengerusikan Tun Dr. Mahathir, Apa lagi Che Det Nak Kata?

Posted: 21 Dec 2011 07:00 AM PST

Tolong fikir betul-betul, Che Det!!!!

Saya petik:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku* bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Mahathir Mohamad (gambar kanan) sendiri:

1. Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID 6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past. The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project.
"

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Mahathir.

2. NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Mahathir Mohamad ketika itu.

3. Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad.

4. Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalam Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

a. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
b. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
c. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5. Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik Exxon Mobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.


- Rafizi Ramli



P/s: Aduhai, Tun M! 








Sewa Bilik untuk Ehem-ehem

Posted: 21 Dec 2011 05:39 AM PST


Saya petik:

DUNGUN – Tindakan seorang gadis sunti yang masih menuntut di institutsi pengajian tinggi awam (IPTA) menyewa sebuah bilik hotel murah untuk memadu asmara bersama pasangannya membawa padah apabila bilik penginapan mereka diserbu pihak berkuasa, awal pagi kelmarin.

Menyedari bilik mereka didatangi tetamu tidak diundang kira-kira jam 1.50 pagi itu, teman lelakinya yang juga seorang rakan sekolej dikatakan nekad terjun melalui tingkap lalu terjatuh di atas bumbung sebuah kenderaan yang di letakkan di ruang letak kereta di bangunan terbabit sebelum berjaya melarikan diri.

Siasatan awal ke atas gadis terbabit mendapati, dia mendaftar masuk ke bilik hotel yang disewa dengan kadar RM50 itu kira-kira jam 5 petang selepas turun dari bas ekspres di tempat hentian bas berdekatan.

Ketika ditemui, gadis berasal dari Klang, Selangor itu memberitahu, dia menyewa bilik hotel murah itu untuk bertemu teman lelakinya.

Gadis berusia 19 itu turut mengakui dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya yang melarikan diri dari bilik hotel itu sejak dua tahun lalu dan sempat melakukan adegan panas bersama pasangannya sebelum bilik mereka diserbu pihak berkuasa.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka kali pertama menginap di hotel terbabit akhirnya memerangkap dirinya setelah dicekup pihak berkuasa jabatan agama.

"Saya terkejut apabila bilik saya tiba-tiba diketuk pada waktu awal pagi, tak sangka pula diserbu pencegah maksiat, saya ingat hotel itu selamat,

"Bagaimanapun ketika berada di bilik itu, saya sempat melakukan beberapa adegan panas, dan nyaris melakukan hubungan seks dengannya, nasib baik saya sempat menolak keinginannya untuk menodai saya," katanya yang merupakan penuntut semester empat Diploma Perakaunan di sebuah IPTA.

Ketika ditanya mengenai nasibnya selepas pihak pengurusan IPTA mendapat tahu kes membabitkan dirinya, remaja terbabit memberitahu dia kini buntu memikirkan perkara itu, apatah lagi dia hanya menunggu dua semester lagi untuk memastikannya mendapatkan segulung diploma seperti yang dicita-citakan.

"Saya tidak berniat untuk melakukan perkara sumbang.

"Saya benar-benar menyesal, jika diberi peluang, saya bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi, berilah saya peluang terakhir," katanya.

Dia dibawa ke pejabat Unit Penguat kuasa Syariah untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas dijamin oleh ibu bapanya.

Anak sulung daripada dua beradik itu bagaimanapun bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan khalwat mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 manakala teman lelakinya yang berjaya melarikan diri itu sudah dikenal pasti identitinya dan kini sedang diburu pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan selanjutnya.



P/s: Tidak sempat dinodai? Biar betul dik?
Aduhai!



[PANAS] Blogger Pro-UMCO MENANGIS Sampai MERAH MATA Kerana ADAM ADLI

Posted: 21 Dec 2011 12:11 AM PST


Aduhai! 

Macam mana nak menaip apabila mulut masih berdekah-dekah ketawa, tangan menepuk-nepuk meja?

Anda bacalah apa-apa yang ada. Tidak perlulah saya menambah kesedihannya. Air mata jurublog ini pun sudah habis sebab menangis kerana Adam Adli.


P/s: Dalam sedih-sedih, saya nak ingatkan jurublog penyokong tegar UMNO ini bahawa duit yang menanggung mahasiswa di negara ini adalah duit rakyat. Duit rakyat itu bukan duit poket kerajaan Najib. Kerajaan sama ada BN atau PR hanya diamanahkan untuk mengurusnya.

Janganlah emosi sangatlah bro, simpan air mata jantan itu. Kalau Kerajaan BN di landasan yang betul, bukan sahaja mahasiswa sokong, DCM pun sokong. Bak kata TG Nik Aziz, kalau hari ini UMCO ikut Islam, maka hari ini juga PAS bubar.


Komen Mahfuz terhadap Kenyataan Hassan Ali: “Kalau saya dalam keadaan beliau , saya sudah lama angkat kaki.”

Posted: 20 Dec 2011 11:29 PM PST


Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 21 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan media Datuk Dr Hasan Ali semalam sebagai satu pendirian "mengisytiharkan perang" ke atas dasar dan keputusan muktamar parti Islam itu.

"Berdasarkan apa yang beliau perkatakan semalam, saya sifatkan, saya anggap bahawa beliau sudah mengisytiharkan perang ke atas PAS, mengisytiharkan perang ke atas keputusan muktamar, ya, dasar-dasar PAS," kata beliau (gambar) pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Sambil berkata Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor tidak menyerangnya semalam, Mahfuz berkata, apabila beliau mempersoalkan dasar negara Islam dan konsep negara berkebajikan bermakna pemimpin itu sudah "menolak keputusan muktamar (tahunan pada Jun lalu) yang bersetuju dengan ucapan dasar presiden."

Ucapan dasar Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden kali ini bertemakan negara berkebajikan.

Konsep itu bagaimanapun dikritik oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Baru-baru ini, susulan kepada dasar ucapan itu Hadi melancarkan gagasan "Negara Kebajikan Tawaran PAS" dalam bentuk buku.

"Muktamar dihadiri oleh Mursyidul Am, Presiden, Majlis Syura dengan perwakilan mereka, Dewan Pemuda dengan perwakilan mereka, Dewan Muslimat dengan perwakilan mereka, dan perwakilan-perwakilan dari kawasan yang mempersetujui konsep negara berkebajikan... bermakna dia telah mengisytiharkan dia sudah hilang kepercayaan dan menolak keputusan yang dibuat (oleh muktamar) dan menolak dasar PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Kata Mahfuz, beliau tidak kisah jika Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, mengkritik soal-soal teknikal.

"Bukannya mempersoalkan dasar PAS, macam dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno," kata beliau sambil menambah, sekiranya Hasan sudah mengeluarkan kenyataan bersifat mengisytiharkan perang ke atas PAS, maka "beliau sudah patut membuat keputusan untuk diri beliau."

"Beliau seorang yang berpendidikan tinggi, ada PhD, seorang pakar motivasi, sepatutnya boleh membuat keptusan untuk diri sendiri.

"Orang lain tidak patut membuat keputusan untuk diri beliau, patut dia boleh keputusan" katanya lagi.

Justeru Mahfuz menegaskan, jika beliau berada dalam kedudukan Hasan, yang mengkritik dasar parti, beliau sepatutnya sudah lama keluar dari parti.

"Kalau saya dalam keadaan beliau, saya sudah lama angkat kaki," katanya lagi.

"Kalau beliau mengatakan PAS sudah tergelincir landasan, nak tunggu apa lagi?" katanya merujuk kepada kenyataan Hasan semalam.


P/s:Tepat dan padat!



JAKIM Tidak Siar Nama Premis GAGAL Akur Sijil Halal. Adakah JAKIM Menjaga Kepentingan Peniaga Melebihi Kepentingan Pengguna?

Posted: 20 Dec 2011 08:24 PM PST


Saya petik:

[Bernama] KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tidak bercadang menghebahkan premis perniagaan yang gagal dalam Laporan Ketidakakuran (NCR) Pensijilan Halal Malaysia.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, keputusan dibuat bagi mengelak orang ramai daripada keliru terhadap status halal premis itu.

"NCR dikeluarkan setelah Jakim melakukan pemeriksaan dan mendapati premis berkenaan tidak memenuhi syarat dalam beberapa perkara," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini semalam, ketika menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah.

Mashitah berkata, Jakim akan mengadakan perbincangan dengan premis berkenaan dan memberi tempoh supaya tindakan pembetulan boleh dilakukan.

Menurutnya, langkah juga diambil dengan meluluskan pelantikan­ 45 jawatan secara kontrak untuk menambah kepakaran Jakim dalam membuat analisis produk halal dan dalam pelbagai bidang lain seperti farmaseutikal, kosmetik dan juga bioteknologi.


P/s: Saya rasa banyak orang yang tidak bersetuju dengan tindakan JAKIM kerana dalam hal maklumat halal dan haram, pengguna harus diutamakan. Mengapa JAKIM tidak mahu menyiarkan premis yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan untuk memperoleh sijil halal? Adakah JAKIM bertindak begitu kerana mahu melindungi kredibiliti dan kerugian premis perniagaan yang terbabit? 

Apabila JAKIM bertindak sedemikian, samalah juga langkah yang diambil oleh JAKIM dan pihak berkaitan ketika membuat serbuan ke kilang atau ke premis pengeluaran makanan. Walaupun disahkan premis itu tidak ada sijil halal dan makanan yang dikeluarkan mengandungi bahan kimia terlarang, namun nama syarikat dan kilang dirahsiakan daripada masyarakat umum. Mengapa kita perlu melindungi nama premis yang mengkhianati kepercayaan masyarakat? Malangnya, itulah polisi yang diambil sejak dahulu lagi.

Dalam soal halal atau haram, pensijilan halal dan tanda halal perlu juga dikuatkuasakan untuk produk/barangan bukan makanan. Hal ini berdasarkan kes pengunaan bahan berasaskan babi/haiwan yang membabitkan produk seperti kosmetik, kasut, beg tangan, berus cat, dan sebagainya. Bukankah lebih baik jika pihak berkenaan mewajibkan semua produk diletakkan tanda halal. Hal ini penting kerana soal haram bukan sahaja membabitkan makanan, dan bukan sahaja membabitkan babi.



Program Proefkonijnen Papar Manusia Makan Daging Manusia

Posted: 20 Dec 2011 04:52 PM PST


Saya petik:

[HM] LONDON: Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.

Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm.

Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Akhbar The Sun memutuskan untuk tidak menyiarkan gambar pasangan itu memakan daging berkenaan.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.
Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: "Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

"Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.

"Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya."

Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.

Bercakap dalam wawancara dengan ABC News, dia berkata: "Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: 'Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato' atau 'Adakah orang buta boleh memandu.'

"Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya." - Agensi

Tiada ulasan: