Sabtu, 10 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anak Mahiaddin PANDU Kereta "PR"

Posted: 10 Dec 2011 05:26 AM PST



Saya ada menonton video anak Mahiaddin ini di Youtube. Bukan apa, sejak menang beberapa anugerah di AIM, media pencacai begitu agresif membuat liputan tentang minah ini, kalah liputan yang diberikan kepada Yuna. Saya tidak menonton sepenuhnya video itu. Saya "lajukan" sedikit demi sedikit kerana muzik soul/R&B yang dipopularkan oleh golongan kulit hitam di Barat ini tidak mesra telinga.

Yang menariknya, di penghujung video ini, anak Mahiaddin dilihat masuk dan memandu sebuah kereta lama sesuai dengan latar masa video ini. Apa yang menariknya? Nombor pendaftaran kereta itu, kalau tidak salah mata saya yang rabun ini ialah PR 123. Ha ha ha. Anak Mahiaddin memandu kereta PR!!!

Saya tonjolkan artikel ini kerana sebelum ini BN begitu berhati-hati/sensitif terhadap sesuatu yang ada kaitan dengan Pakatan Rakyat atau pembangkang. Ingat, sebab warna dan lambang Petronas diubah suatu ketika dahulu? Ingat sebab pasukan bola sepak Malaysia tidak memakai baju kuning waktu BERSIH 2.0 sedang hangat diperkatakan? Sebenarnya, banyak lagi perkara yang melucukan pada pandangan mata kita, namun cukup sensitif pada pandangan pemimpin BN yang kini semakin takut kehilangan Putrajaya.

Apabila terfikir hal itu, saya kira anak Mahiaddin ini mungkin terlepas pandang nombor pendaftaran kereta itu.  Agak-agaknya, setiap kali menonton video ini, sudah tentu berpeluh dahi Mahiaddin memandang nombor pendaftaran itu. Maklumlah, anaknya menaiki kereta "PR"!

Ha ha ha!


P/s: Mahiaddin dalam ucapannya bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad",  bertanya kepada perwakilan ketiga-tiga sayap UMCO, "Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak."

Beliau juga berseru "Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup  dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah."

Saya nak tanya, mahukah atau layakkah anak Mahiaddin ini digelar mujahidah?





[Video] Orang Islam Ajak Bukan Islam HINA Hudud, HINA Hukum Allah, FITNAH Mat Sabu & DSAI

Posted: 10 Dec 2011 04:00 AM PST


Video ini sebenarnya sudah disiarkan di beberapa blog. Ada yang mengulas panjang tentangnya. Kandungan filem pendek ini penuh dengan unsur penghinaan terhadap hukum hudud, memfitnah PAS, dan memfitnah Mat Sabu, DSAI. 

Skripnya diputar untuk kepentingan UMCO walaupun memperlekeh hukum Allah.

Saya tidak mahu mengulas panjang-panjang  filem pendek lahanat ini. Yang kita kesal, orang Islam yang di belakang tabir filem ini mengajak orang bukan Islam menghina hukum dan agama sendiri demi kepentingan politik yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. 

Nasihat saya, orang terlibat bertaubatlah. Mana tahu esok, lusa Allah tarik nyawa kamu, tidak fasal-fasal ke neraka jahanam.





P/s: Perkasa dan NGO Melayu segera suka video-video ini. Kalau tidak, sudah tentu mereka turun berdemo!



Bukan DAP yang Mansuhkan 29 Ribu Jawatan Awam

Posted: 10 Dec 2011 01:55 AM PST


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Dis — DAP hari ini menuduh Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan hipokrasi "teramat tinggi" sedangkan pentadbirannya semalam mengumumkan mengenai pemansuhan 29,000 jawatan, di bawah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai Januari 2012, hanya beberapa hari selepas perdana menteri menyerang Pakatan Rakyat kononnya mahu membuang separuh kakitangan awam.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, perkembangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.

Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.

"Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Malah, Pua mendakwa Najib sanggup mencetuskan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu dengan menuduh pembangkang mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memulakan langkah ke arah itu.

Semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah memberi jaminan SBPA akan membantu mengawal bilangan kakitangan kerajaan dan bukannya bertujuan mengurangkan tenaga kerja semasa.

Sambil berkata sekitar 29,000 jawatan dimansuhkan di bawah SBPA, kata beliau, sistem saraan baru ini yang diperkenalkan untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), pemegang jawatan-jawatan yang dimansuhkan akan ditempatkan di skim dan gred lain mengikut keperluan semasa.

Saiz tenaga kerja semasa dianggarkan 1.4 juta orang dengan penduduk Malaysia adalah 28 juta orang.

"Bermakna ia tidak sampai 10 peratus," katanya merujuk kepada nisbah tersebut.

"Sukar hendak mengatakan bahawa saiz tenaga kerja sektor awam kita terlalu besar atau terlalu kecil. Kita tidak boleh membuat perbandingan antara satu negara dengan negara lain.

"Dan, saya tidak mengatakan sama ada tenaga kerja perkhidmatan kita terlalu besar ataupun kecil... sehingga kami menyelesaikan kajian berdasarkan enam strategi merealisasikan inisiatif perkhidmatan awam yang kejat iaitu kawalan saiz perkhidmatan awam atau 'right-sizing', kajian pertindihan fungsi antara agensi, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, perkhidmatan yang boleh diserah urus ('outsourcing'), perekayasaan proses kerja ('business process reengineering') dan kajian semakan skim perkhidmatan.

Abu Bakar juga berkata beliau tidak boleh memberi jaminan saiz tenaga kerja semasa akan kekal sama sepanjang masa pada masa depan jika diambil kira kemungkinan akan ada pertambahan atau pengecilan kementerian.

Saiz tenaga kerja pernah dikurangkan daripada 1.2 juta orang sehingga sekitar 800,000 ekoran dasar penswastaan pada 1990-an iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir, tetapi ia meningkat kepada 1.4 juta sekarang.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno minggu lalu, Najib sambil berkata orang Melayu akan hilang kuasa dan hak mendakwa, "ini tidak, belum lagi berkuasa, sudah ibarat kaduk naik junjung."

"Ibarat lidah tidak bertulang, katanya mahu membuang separuh dari penjawat awam kalau sudah berkuasa. Apa maksud mereka mahu membuang lebih 200,000 orang guru? Siapa yang mahu mengajar anak-anak kita? Bukan semua yang mampu menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta.

"Tidak cukup dengan itu, mahu ditamatkan khidmat separuh doktor dan jururawat sedangkan tidak semua rakyat Malaysia yang mampu mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta. Mahu diberhentikan separuh tentera dan polis? Lalu, pada siapa hendak diharap untuk membenteng keselamatan kita dan keluarga?" kata presiden Umno itu.

Sebelum ini kepimpinan Pakatan Rakyat berkata pengurangan tenaga kerja awam bukan dasar mereka, sebaliknya akan mengurangkan kos dengan menjadikan perkhidmatan awam lebih cekap, yang majoritinya orang Melayu.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah mengesyorkan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan beliau hanya mengesyorkan persaraan awal dan membuang penjawat yang melanggar disiplin dan peraturan seperti mereka yang membeli binokular RM1,940 pada harga RM56,350.

Sehubungan itu wakil rakyat penggal pertama ini menekankan matlamat Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi juga mahukan kerajaan yang bersaiz kecil dan pengurangan tenaga kerja dan pemfokusan semula.

"Umno yang membunuh perkhidmatan awam hari ini, tetapi tanpa rasa malu mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dan diri saya sebagai rasis," katanya lagi.



P/s: Oleh sebab kerajaan Najib yang buat keputusan, maka tiadalah demo oleh NGO dan Perkasa, laporan fitnah daripada media pencacai, atau ulasan bangang daripada blog pro-UMCO. Cuba kalau kerajaan negeri PR yang membuat keputusan begitu, anda tentu dapat membayangkan apa yang akan berlaku?

UMCO berjuang untuk Melayu? ****!


Apa Istimewanya Jurublog Kaki Fitnah DIBENARKAN Menyelam Bersama Scorpene?

Posted: 10 Dec 2011 12:23 AM PST



Betul! Apa istimewanya jurublog kaki fitnah dibenarkan menaiki Scorpene bersama-sama dengan pemimpin kerajaan PR? Hal ini hanya diketahui umum apabila jurublog kaki fitnah itu mengakui hal itu dalam dua buah tulisan di blognya, selain turut dipersoalkan dalam berita di Malaysia Kini dan beberapa blog lain.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan dalam suatu kenyataan melalui timbalan menterinya menyatakan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan kaedah tender tertutup untuk membeli Scorpene kerana kononnya takut rahsia negara akan diketahui musuh. Kenyataan lucu@lawak yang cuba menutup Skandal Scorpene itu sangat memalukan kerana spesifikasi kapal selam negara yang berstatus 2nd hand itu boleh digoogle di internet, malah turut didebat di laman-laman forum.

Kononnya takut rahsia negara diketahui musuh, jadi, mengapa Kementerian Pertahanan boleh membenarkan orang awam seperti kaki fitnah ini menaiki Scorpene? Walhal setiap kali timbul kontroversi yang membabitkan jurublog pro-UMCO, Kerajaan BN sedaya upaya menjauhkan diri daripada puak kaki fitnah ini? Apa kewajaran membenarkan jurublog ini menaiki Scorpene? Jika jurublog ini diiktiraf sebagai wakil media, mengapa tidak mempelawa wartawan daripada portal atau blog lain agar mereka juga boleh membuat liputan mengikut skop dan batas yang dibenarkan.

Seperti yang tertera di blognya, jurublog kaki fitnah ini setakat ini mengeluarkan dua buah artikel memerihalkan pengalamannya menaiki Scorpene dengan mempersenda dan menghina Lim Guan Eng : Breaking News - Guan Eng Mabok Laut Bila Diatas Scorpene dan Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak. Seperti biasa, perkataan mencarut memang tidak lepas daripada jari-jemari jurublog ini.

  Ada beberapa persoalan menarik yang ditimbulkan oleh LGE. Antaranya termasuklah kenyataannya yang dipetik daripada TVS:

"Saya akan hadir ke LIMA di Langkawi untuk memenuhi cabaran yang dibuat oleh Zahid 21 bulan lalu.Saya telah menerima cabaran itu dengan serta merta tetapi tidak menyangka bahawa saya terpaksa menunggu 21 bulan untuk merealisasikannya. Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?

"Ini menimbulkan semula soalan-soalan mengenai kos pembelian kapal selam yang begitu mahal serta keraguan tentang kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang tidak ada sebarang rekod atau pengalaman dalam penyenggaraan kapal selam," ujar Lim.

Mengapa selepas 21 bulan? Adakah selepas beberapa proses baik pulih dilakukan barulah Zahid Hamidi berani membenarkan pemimpin pembangkang menaiki Scorpene? Jika begitu, berapa juta lagi duit rakyat dihabiskan?

Selain itu, timbul juga dakwaan tentang kemampuan selaman KD Tun Razak ini, iaitu 30 meter. Saya tidak tahu sama ada kedalaman laut yang menjadi lokasi demonstrasi hanya sedalam itu atau sememangnya KD Tun Razak ini tidak boleh menyelam lebih daripada kedalaman itu. Sedangkan, dalam spesifikasinya, Scorpene ini dikatakan mampu menyelam ratusan meter. -DCM


P/s: Patutlah kaki fitnah ini bebas bermaharaja lela memfitnah, mencarut, menyiarkan video lucah, patutlah sukar untuk membawa kaki fitnah ini ke muka pengadilan, RUPA2NYA  kaki fitnah ini begitu istimewa dalam kerajaan Najib sehingga boleh dibawa menyelam di dalam Scorpene.


MENARIK:


Tiada ulasan: