Jumaat, 9 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Siapa Sangka "Wanita" Cun Ini KHUNSA!

Posted: 09 Dec 2011 04:41 AM PST


Model khunsa yang berjaya meletakkan dirinya antara tiga peserta terakhir Poland's Next Top Model akhir diundi keluar.

Michalina Manios, 22, memeranjatkan  hakim apabila mendedahkan bahawa dia dianggap sebagai lelaki sehingga operasi untuk membuang kemaluan lelakinya
empat tahun lalu.

Selepas pembedahan itu, dia menukarkan namanya dan memulakan hidup baru sebagai wanita.

Dia menjadi peserta popular pada pertandingan model TV itu selepas memberitahu panel pengadil rahsia pada bulan September.

"Saya dilahirkan sebagai seorang khunsa dan apabila doktor mula-mula melihat saya, mereka menganggap saya adalah lelaki kerana saya mempunyai kemaluan lelaki," katanya.

'Tetapi saya membesar dengan perasaan feminin daripada lelaki dan empat tahun yang lalu, saya menjalani pembedahan untuk membuang kemaluan lelaki dan menukar nama saya."

Namun pendedahan tersebut didakwa telah mendorong penonton konservatif di Poland mengundi menentang Michalina.
 
Untuk cerita lanjut sila google di The Sun. -DCM


P/s: Memang cun! Siapa sangka!


Selepas 21 Bulan, Baru Zahid Hamidi JEMPUT Pemimpin PR Naik Kapal Selam

Posted: 09 Dec 2011 03:30 AM PST

Zahid tak ikut Guan Eng menyelam dengan Scorpene

Saya petik:

[TVS] GEORGETOWN 9 DIS: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertikaikan cabaran Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi yang mengambil masa selama 21 bulan untuk menjemput beliau menyelam bersama kapal Selam Scorpene ekoran kapal selam tersebut didakwa tidak boleh menyelam walaupun pembeliannya melibatkan RM3.68 bilion.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan bagaimanapun menerima cabaran tersebut dan dijangka akan menyertai Zahid untuk menaiki KD Tun Razak hari ini.

"Saya akan hadir ke LIMA di Langkawi untuk memenuhi cabaran yang dibuat oleh Zahid 21 bulan lalu.Saya telah menerima cabaran itu dengan serta merta tetapi tidak menyangka bahawa saya terpaksa menunggu 21 bulan untuk merealisasikannya. Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?

"Ini menimbulkan semula soalan-soalan mengenai kos pembelian kapal selam yang begitu mahal serta keraguan tentang kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang tidak ada sebarang rekod atau pengalaman dalam penyenggaraan kapal selam," ujar Lim.

Menurut Lim lagi, jemputan Zahid itu masih tidak dapat menjawab tentang persoalan sampingan berhubung pembelian kapal selam itu yang menelan kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau "komisyen" sebanyak RM534 juta.

Tegasnya lagi, kerajaan perlu mengambil kira isu penting lain seperti penggunaan wang awam sebanyak RM4.214 billion serta isu keselamatan para pelayar TLDM.

Kerajaan juga disarankan supaya semua aspek keselamatan dan penyelenggaraan dilakukan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang baik.

"Rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing," ujar Lim.

Isu kapal selam scorpene yang membabitkan pelbagai kontraversi menimbulkan perdebatan hangat di parlimen apabila Lim mendakwa kapal selam tersebut tidak boleh menyelam sehingga membawa cabaran Zahid menjemput beliau menyelam bersama kapal tersebut ketika sidang Parlimen 17 Mac 2010 lalu.

Skandal pembelian dua Kapal selam jenis Scorpene yang kini di beri nama KD Tunku Abdl Rahman dan KD Tun Razak menimbulkan pelbagai skandal yang dikaitkan dengan pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shharibu dan rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Altantuya ditemui mati berkecai dipercayai diletupkan dengan peletup C4. Abdul Razak Baginda yang juga didakwa kekasih Altantuya, dibebaskan oleh mahkamah.

Pembelian Scorpene juga dikaitkan dengan syarikat Abdul Razak dengan memperoleh komisen RM534 juta.



P/s: Selepas 21 bulan, macam-macam sudah berlaku! Baiki sana, baiki sini! Berapa banyak agaknya duit dihabiskan untuk tujuan itu?




Orang Kuat Kes Drama Liwat II, Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Letak Jawatan

Posted: 09 Dec 2011 02:29 AM PST


Saya petik:

[MK] Isnin dan Selasa depan - tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

NONEDifahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan
jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya.

Yusof (kanan) adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.

"Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan," tambah sumber tersebut.

"Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau," kata sumberitu kepada Malaysiakini.

Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.


P/s: Tertarik dengan tampalan seorang pengomen di MK: Sahabat Buraidah r.a. berkata bahwa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, " Hakim ada tiga macam. Dua masuk neraka dan yang satu masuk surga. Hakim yang masuk surga adalah hakim yang mengetahui hukum (peraturan) yang haq (benar) kemudian memberi keputusan dengan hukum tersebut. Sedangkan hakim yang masuk neraka adalah : 1) Hakim yang mengetahui hukum yang benar tetapi curang dalam membuat keputusan; 2) Hakim yang tidak mengetahui hukum yang benar, kemudian membuat keputusan dengan kebodohannya." ( Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi).

 

Zaid Ibrahim SAMAN MSO dan Buletin Rakyat RM30 Juta

Posted: 09 Dec 2011 02:18 AM PST


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 9 Dis — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ibrahim memfailkan saman fitnah berjumlah RM30 juta terhadap seorang penulis, pengarang dan penerbit akhbar Buletin Rakyat berhubung penerbitan satu artikel.

Zaid, yang kini Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), memfailkan saman itu menerusi Tetuan Bashir & Co pada 21 November lalu di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menamakan penulis artikel Mohd Sayuti Omar, pengarang akhbar Norzah Kepol dan penerbit yang juga pemilik akhbar itu, Kantung Network Sdn Bhd, sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zaid mendakwa penerbitan artikel bertajuk "Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoannya" telah memfitnah dan membawa maksud bahawa beliau memiliki moral politik yang rendah, seorang yang ego, bersikap autokratik, menggunakan kekayaan untuk memaksa orang tunduk kepadanya dan tidak memiliki ketinggian budi pekerti.

Zaid menuntut satu perintah menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah berkenaan di dalam akhbar dan internet, satu perintah supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadamkan kata-kata fitnah itu dan defendan perlu menerbitkan atau menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu secara berterusan selama dua bulan atau tempoh yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Laporan Bernama Online menyebut, beliau turut menuntut ganti rugi am RM10 juta daripada setiap defendan, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Selain itu, pada tarikh yang sama Zaid turut memfailkan satu injunksi untuk menghalang ketiga-tiga defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah tersebut dan memohon perintah interim supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadam kata-kata berkenaan yang terdapat di akhbar dan internet dengan serta merta.

Sementara itu hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof yang mendengar kes itu di dalam kamar menetapkan 14 Disember untuk pengurusan kes.



UMI Hafilda Mungkin Bertanding PRU 13? Beranikah UMCO Tanggung Risiko?

Posted: 08 Dec 2011 07:30 PM PST



Hal minah gebang ini sudah banyak kali disentuh dan diperkatakan. Tidak perlulah tulis panjang-panjang. Kalau kemaruk sangat mahu bertanding dalam PRU, bersihkanlah dulu cerita dalam selimut dengan Baginda itu dahulu!  Kah kah kah!

Nanti 1Malaysia sibuk bercerita fasal itu, belum lagi bercerita fasal kredibilitinya!


P/s: Raja Sesumpah dapat jadi Senator. Nalla pun dapat jadi Senator. Adakah habuan menjadi calon BN "upah" untuk Umi kerana memburuk-burukkan DSAI?





Aziz Bari TINGGALKAN UIA

Posted: 08 Dec 2011 06:42 PM PST


Saya petik:
[SH] DUNGUN – Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan.

Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.

Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin de­ngan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.

"Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,
" katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.

Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang.


P/s: Kerana tekanan politik, UIA kehilangan "aset" yang berharga.

Menguji Kejantanan KJ: Rafizi Mahu KJ Tetap TARIKH, Tidak Kisah Debat di PWTC

Posted: 08 Dec 2011 06:09 PM PST


Sejak timbul isu NFC, KJ antara pemimpin UMCO yang lantang mempertahankan Shahrizat. Ketua Pemuda UMCO ini sehingga sanggup berdebat tentang isu ini. Yang menariknya, sejak timbul isu debat ini, perang psiko antara kedua belah pihak ini jelas memihak kepada Rafizi. Selepas menghantar surat jemputan, Rafizi meminta pula KJ menetapkan tarikh dan paling kelakar, Rafizi melontar bom psikonya apabila menyatakan kesediaannya berdebat di PWTC demi keselesaan dan ketenangan menantu Pak Lah itu.

Kah kah kah!


Saya petik: 

[HD] KUALA LUMPUR, 8 Dis: Kecewa dengan penolakan Khairy Jamaluddin untuk berdebat pada 12 Disember, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu ketua pergerakan pemuda Umno itu sendiri memilih tarikh.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Rafizi berkata beliau bersedia berdebat berhubung skandal National Fidlot Corporation (NFC) bila-bila masa termasuk jika Khairy mahu debat itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekalipun.

"Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011 dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

"Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila dilangsungkan di ibu pejabat Umno sendiri," katanya.

Menurutnya, permintaan sama turut dinyatakan kepada Khairy melalui satu surat balas yang dihantar hari ini kepada jawapan Khairy yang menolak untuk berdebat 12 Disember ini.

Sekiranya Khairy masih berdolak dalih walaupun diberi kelonggaran tersebut dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari 12 Disember 2011, beliau menyimpulkan Khairy tidak berani untuk berdebat isu NFC itu.

Beliau memberitahu surat penolakan itu diterima dua hari lalu yang memaklumkan Khairy tidak dapat menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember 2011 kerana bertembung dengan program yang lain.

"Saya kesal kerana beliau mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun dipersetujui beliau," katanya mengulas surat jemputan yang telah dihantarnya pada 18 November lalu.

Beliau turut memaklumkan, PKR akan meneruskan juga sebuah debat membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011 dan turut mengalu-alukan penyertaan Khairy. 


P/s: KJ, jangan buat malu UMCO!!!!


Tiada ulasan: