Khamis, 1 Disember 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Layakkah Lambang UMCO Disulam di antara Kalimah Allah dengan Muhammad?

Posted: 01 Dec 2011 06:50 AM PST



... apabila sunah Nabi dihina dan dipersenda...hukum Allah ditolak dan dihina...ulama dihina...membiarkan rakan komponen menghina dan memperlekeh hukum Allah...menolak Islam dalam pentadbiran negara...apa lagi nak ditambah?

 

Indeks Persepsi Rasuah 2011 Terus MERUNDUM & Polis Kata NFC Tidak Pecah Amanah, Menyeleweng

Posted: 01 Dec 2011 05:11 AM PST


Rasa-rasanya, tidak perlulah menulis panjang fasal Indeks Persepsi Rasuah Malaysia yang terus merundum sejak tahun 2001. Dari angka 91, kini sudah mencapai angka 160. Masa angka ini dikeluarkan pemimpin UMCO tengah sibuk memaki hamun pembangkang dan menghamburkan kata-kata berunsur perkauman di PWTC. Perwakilan UMCO pula ada yang masih bergelak ketawa dengan aksi Sharizat menyelingsing baju dan  mahu mengangkat kain semalam.

Indeks ini juga keluar selepas beberapa minggu laporan Ketua Audit Negara 2010 diperkatakan oleh pelbagai pihak. Banyak sangat salah laku yang menakutkan didedahkan dalam laporan itu. Banyak juga laporan kononnya dibuat kepada SPRM. Antaranya pembelian teropong yang harga pasarannya sekitar RM2 ribu lebih, namun dibeli pada harga lebih RM50 ribu. Bayangkan betapa banyaknya perbezaan harga tersebut. Namun, yang menyakitkan dan menggelikan hati apabila SPRM dengan selambanya mengatakan tiada salah laku yang berlaku. Jabatan kerajaan terbabit hanya tersilap kerana tidak membuat kajian pasaran. Perbezaan harga lebih RM40 ribu, namun alasan yang diberikan terhadap salah laku itu hanya tidak membuat kajian pasaran. Sehingga kini tidak kedengaran sesiapa pun didakwa kerana menyeleweng duit kerajaan/duit rakyat. Rasanya, begitulah keadaannya pada tahun-tahun yang lalu.

Bolehkah kerajaan UMCO menafikan penyelewengan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara tidak ada impak pada indeks rasuah di atas?

Kebetulan, kes NFC juga ditimbulkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Beberapa kepincangan dilaporkan, namun pendedahan yang dibuat oleh PKR lebih menggemparkan. Namun sebelum itu kenyataan bercanggah tentang pengeluaran wang untuk projek NFC sudah cukup menghangatkan skandal ini. Menurut Wiki, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya. Kenyataan kedua yang dibuat oleh Najib pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011 sebanyak RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC. Namun kajian Rafizi Ramli mendapati jumlah keseluruhan RM250 juta pinjaman sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.

Kemudian timbul isu penyalahgunaan dana awam untuk pembelian dua unit kondo mewah, penyaluran dana kepada syarikat keluarga pengembala di Singapura, membeli tanah di Putrajaya, membeli Mercedes mewah, serta menggunakan dana NFC untuk menunaikan umrah dan melancong. Pendedahan ini bukanlah fitnah kosong kerana disertakan bukti dan butiran transaksi. Selain itu, PAC mendedahkan bahawa wang disalurkan kepada NFC sebelum perjanjian ditandatangani pada tahun 2010.

Namun, hari ini, selepas Sharizat meroyan di PWTC, polis mengeluarkan kenyataan awal bahawa tiada unsur pecah amanah dan penyelewengan membabitkan projek NFC. Kenyataan itu tidak mengejutkan, malah sudah dijangkakan. Bayangkanlah impaknya kepada UMCO jika polis mendakwa NFC menyalahgunakan dana NFC, tambah-tambah Najib sudah memberikan bayangan betapa dekatnya PRU13 dalam ucapannya di Perhimpunan Agong UMCO! 


P/s: Apabila teringat akan kes ini dan kes-kes lain melibatkan pemimpin UMCO, sudah tentu kita teringat akan kes Teoh Beng Hock yang disiasat atas tuduhan penyalahgunaan dana berjumlah RM2 ribu lebih. Namun penyiasatan yang dibuat siang dan malam berakhir dengan kematian TBH yang menimbulkan pelbagai persoalan.



[Wajib Baca] Jawapan Saifuddin & Zuraida kepada Sindiran Sharizat & Pendedahan Idea Asal Projek Lembu Keluarga Sharizat

Posted: 30 Nov 2011 08:17 PM PST


Saya petik:

[MK] Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.

Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin

"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.

"Saya berpendapat ahli wanita Umno sama ada isteri atau ibu, mereka tidak tahu menahu dan tidak terbabit dalam isu ini.


"Skandal ini cuma babitkan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri dan ada dalam mesyuarat jemaah menteri yang buat keputusan projek fidlot ini dapat kepada suami dia," kata Saifuddin lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.

"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.

"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat,
" katanya lagi.

Saifuddin dalam pada itu turut mendakwa, penganugerahan projek berkenaan juga "tidak telus dan menyeleweng" kerana cadangan projek berkenaan dicedok daripada satu kertas cadangan.
Bezanya, kata beliau, cadangan berkenaan langsung tidak memerlukan suntikan modal kerajaan tetapi hanya memerlukan tanah kerajaan untuk disewa.

Syarikat yang tidak dinamakan itu juga bercadang untuk membiak baka lembu berkenaan dengan baka import, berbanding usaha NFC yang hanya "menggemukkan" lembu yang diimport sebelum disembelih dan dijual.

"Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.

"Anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

"Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat,"
katanya yang mahu perdana menteri bertanggungjawab.

Saifuddin (kanan) berkata,  perdana menteri perlu bertanggungjawab selaku pengeri Jawatankuasa Projek Impak Tinggi "kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha."

Sementara itu, ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (atas kiri) menyifatkan cabaran Shahrizat mendesak presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan adalah satu tindakan untuk mengalih dakwaan pembabitan menteri itu dalam skandal NFC.

Zuraida menegaskan bahawa isunya ialah pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, dan bukannya PKR, bahawa projek tersebut kucar-kacir dan tidak menepati sasaran kerana tiada kepakaran.

Hakikatnya, tegas beliau, yang biadap adalah apabila menteri-menteri yang diberi amanah, menyalahgunakan kuasa menyeleweng wang rakyat untuk mengkayakan keluarga.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata cubaan mengheret Wan Azizah juga memalukan kaum wanita.

"Sepatutnya seorang ketua wanita Umno bersimpati dengan nasib seorang ibu yang terpaksa menanggung derita apabila suaminya difitnah dan anak-anaknya membesar tanpa seorang bapa buat sekian lama.

"Sepatutnya seorang ketua Wanita Umno tidak terikut-ikut dengan permainan politikus bankrap moral di dalam Umno yang bersenjatakan fitnah dan video lucah untuk menjatuhkan lawan," katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida mengingatkan bahawa hakim sebenarnya bukanlah perwakilan Wanita Umno yang mempertahankan Shahrizat, tetapi adalah rakyat yang akan membuang undi.

"Yang pasti, hakim itu akan menghukum bukan sahaja ketua Wanita Umno, malah kesemua parti dalam BN akan turut terpalit," tegasnya.


P/s: Terbaik!!!


Otak Bersepai

Posted: 30 Nov 2011 07:17 PM PST


Saya petik:

[SH] BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an maut dalam keadaan mengerikan dengan otaknya bersepai, manakala kedua-dua belah tangan hampir putus selepas ditetak dalam satu kejadian, lewat malam kelmarin.

Kejadian sekitar jam 11.50 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berketurunan Cina sedang menonton televisyen di sebuah tokong dekat Kampung Besar, Berapit bersama dua rakannya sebelum mereka tiba- tiba didatangi empat lelaki bertopeng.

Rakan mangsa kemudiannya diarah beredar daripada tempat kejadian dan diminta untuk tidak masuk campur kerana ia adalah urusan antara mangsa dengan penyerang.

Mangsa yang ketakutan bertindak lari menyelamatkan diri, namun, dikejar dan ditetak di bahagian kepala, tangan dan badan sebelum rebah di hadapan sebuah rumah yang terletak hanya 15 meter dari tokong berkenaan.

Berikutan itu, mangsa yang tinggal di Taman Serumpun, Berapit mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika ditemui di lokasi memberitahu, berdasarkan siasa-tan awal, mangsa maut akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat ditetak menggunakan senjata tajam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan gerakan memburu keempat-empat suspek giat dijalankan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

P/s: Kalau tidak kes ah long, kes kongsi gelap, atau kes dendam kesumat. Gila!


[Kemas Kini] RAMLY BURGER Nafi Produk Ada DNA Babi

Posted: 30 Nov 2011 04:33 PM PST


Di bawah ini ialah beberapa paparan surat yang DIKATAKAN milik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah KONONnya mengesahkan salah satu produk Ramly mengandungi DNA babi. Kita tidak mengetahui kesahihannya. Oleh itu, pihak yang berkenaan sewajarnya menjawab isu ini agar tidak menjejas perniagaan pihak terbabit dan menimbulkan was-was dalam kalangan pengguna.




 


Sumber ada tertera pada gambar.


Kemas Kini:

Salam,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.

Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Siti Hayu Binti Dato' Haji Ramly
Pengurus Kanan

Tiada ulasan: