Biaqpila |
- Rasis: Terima Kasih Umno
- Muhyiddin pembohong besar
- BANG BELI KONDOM TAKPE...
- NAK SELAK KAIN TAPI LAIN YANG TERSELAK
Posted: 01 Dec 2011 04:00 AM PST Oleh Firdaus Jaafar Jika diikutkan apa yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Ahmad Maslan, jelas UMNO/BN sudah tidak ‘ketahuan’ lagi. Sejak kebelakangan ini, UMNO sudah menunjukkan betapa parti yang kononnya perjuangkan nasib bangsa melayu ini sudah berada diambang ‘sakaratul maut’. Umum mengetahui bahawa UMNO selama ini menang di dalam pilihanraya bukanlah bergantung sepenuhnya kepada kekuatan undi melayu namun memerlukan ‘tongkat’ kaum lain terutamanya kaum Cina untuk menampung hayat mereka. Mengimbau kembali sejarah pilihanraya umum 1999 ketika mana bangsa melayu bangkit menolak UMNO/BN akibat ‘buah tangan’ isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, parti melayu ini di’selamat’kan oleh undi kaum lain selain daripada memanupulasi undi pos. Jadi apakah Mahyuddin dan Ahmad Maslan tidak belajar daripada peristiwa tersebut? **Mohd. Firdaus Jaafar adalah Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 01 Dec 2011 12:00 AM PST KUALA LUMPUR, 30 NOV – Apabila didesak oleh rakyat supaya membuka ruang demokrasi, kebebasan dan hak asasi serta mereformasikan pentadbiran, apa yang akan dibuat oleh UMNO? Seperti selalunya, UMNO apabila tergugat, maka tersemburlah dari mulut pimpinan mereka hujah lapuk perkauman melampau yang langsung tidak berasaskan fakta. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah "ibu kepada segala fitnah, pembohongan dan perkauman". Katanya ucapan Muhyiddin itu sewaktu merasmikan persidangan Pemuda, Wnita dan Puteri UMNO adalah yang paling buruk dan tidak bertanggungjawab yang pernah disampaikan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri. "Tuduhan Muhyiddin kononnya DAP adalah anti-Islam dan anti-Melayu adalah fitnah, tidak berasas dan pembohongan semata-mata. "DAP adalah sebuah parti Malaysia yang patriotik serta gigih berusaha untuk kebaikan semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban, dan untuk semua penganut agama, sama ada Islam, Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh atau Taoisme. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Muhyiddin telah bersikap tidak bertanggungjawab dan menyebarkan fitnah apabila membohongi rakyat dengan mendakwa kononnya agenda DAP ialah untuk mewujudkan sebuah republik. Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata: "Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. "Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. "Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa." Kit Siang menjelaskan DAP TIDAK pernah mencadangkan jawatan Perdana Menteri dipilih tanpa perlu perkenaan Yang di-Pertuan Agong. Beliau mahu Muhyiddin membuktikan kata-kata kononnya DAP mahu menubuhkan republic, kerana sejak zaman-berzaman, malah pada 23 Februari 1971, DAP secara terbuka menyatakan sokongan kepada sistem Raja Berperlembagaan. Katanya, beliau juga menyatakan dalam Parlimen 40 tahun lalu bahawa DAP tidak pernah dan tidak akan mempersoal kedaulatan Raja-Raja. Menurutnya, walau apa pun rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia pelbagai kaum, ia hanya bersikap seperti biawak yang sering kembali kepada bangkainya. Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, beberapa pemimpin UMNO masih terawang-awangan di zaman lampau walau pun seluruh rakyat dunia, termasuk di Malaysia, sedang memperjuangkan hak asasi manusia. "Memang ketinggalan zaman…Tetapi inilah juga tanda penyakit 'gila kuasa.' "Mula-mula (mereka) membutakan diri, iaitu kesalahan sendiri tidak nampak, kemudian memekakkan telinga, iaitu suara rakyat tidak didengari, dan akhirnya memabukkan diri sehingga mereka cuma hidup dalam dunia khayalan sendiri. "Namun begitu, rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, tidak jahil dan tidak akan termakan dengan umpan perkauman," katanya. Beliau membidas kenyataan-kenyataan perkauman para pemimpin UMNO sebagai dangkal, bebal dan sama sekali tidak berasaskan fakta, termasuk dakwaan bodoh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang menuduh DAP tidak menghormati institusi diraja kerana "mereka tidak pernah terima gelaran diraja meski pun mereka ditawarkan". Zairil memberi contoh arwah ayahnya, bekas Menteri Pelajaran Tan Sri Mohd Khir Johari yang juga seorang pemimpin besar UMNO, yang pernah menolak berkali-kali pingat dan darjah kebesaran sepanjang perkhidmatan sebagai wakil rakyat. "Adakah beliau seorang yang anti-raja juga? Seperti juga Tun Ghafar Baba… Mereka enggan menerima pingat atas dasar prinsip bahawa sesiapa yang sedang berkhidmat untuk awam itu tidak sepatutya menjadi lebih 'tinggi' daripada rakyat. "Inilah prinsip sama dipegang pemimpin-pemimpin DAP," katanya. – Roketkini.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 30 Nov 2011 08:00 PM PST Jaga-jaga nak angkat kain dah ni...kah!kah!kah! BANG ,LAIN KALI JANGAN MENIPU BANG... KALAU BANG NAK BUAT PROJEK LEMBU, PASTIKAN LEMBU SAHAJA... BANG JANGAN BELI KONDO BANG... BANG BELI KONDOM TAKPE... kah kah kah..kah kah -BERUK KETAWA LAYANZZZ... Bersatu kita bersatu...Untuk bangsa Melayu....Tipu kita menipu, kita tipu Melayu...UMNO terus menipu bersama lembu-lembu. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
NAK SELAK KAIN TAPI LAIN YANG TERSELAK Posted: 30 Nov 2011 05:00 PM PST Keluarga Shahrizat beli kereta mewah, guna dana NFC (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009. Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu. "Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya," katanya. Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009. KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand. Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian. "Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada 'Impian Global Network Services' (IGNS). "Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket," kata Rafizi. Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran. Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini. "Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," kata Rafizi. Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura. "Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ? "Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC," katanya. Sumber: keadilandaily LAYANZZZZZ.. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan