DIALOG RAKYAT |
- Pakatan sasarkan 10 kerusi di Sarawak
- Pakatan cat flat RM360 ribu, PM janji RM1.2 juta
- Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah
- Bantah 'Kempen Bebas Anwar 901' tidak berasas
- Kempen Bebaskan Anwar 901: 77 laporan polis luah bantahan
- Ayuh Aspirasi bergabung, jangan jadi orang suruhan
- Nurul Izzah calon PM?
- Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno
- Pemuda PAS menyokong penubuhan Gerakan Selamatkan FELDA
- Surat terbuka kepada Pengarah JAS Pahang
- Hak Pekerja di Malaysia: Di mana dan ke mana?
- Peniaga TTDI mahu SPRM siasat DBKL
- Tee Keat: Saya contoh negatif bagi Najib
- Protes Akta Perhimpunan Aman 'naik' LRT
- HIMPUN janji dedah banyak lagi kes murtad
- Shamsubahrin didakwa tipu NFC RM1.76 juta
- Warna ceria warna suram 2011
- Musa: Jelaskan kejayaan BN kepada rakyat
- Dua beradik lemas sering nyanyi lagu 'Pergi Tak Kembali'
- Bicara kes saman RM30j terhadap LGE 2 April depan
- ASPIRASI desak Saifuddin letak jawatan jika...
- Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor
- Aduan dakwaan hakim plagiat penghakiman ditolak
- Datuk "NFC" Didakwa, ,Sharizat Dan Suami Selamat.
Pakatan sasarkan 10 kerusi di Sarawak Posted: 31 Dec 2011 04:45 AM PST
| ||
Pakatan cat flat RM360 ribu, PM janji RM1.2 juta Posted: 31 Dec 2011 04:41 AM PST
| ||
Bangkit tuntut dakwa Jamil Khir pecah amanah Posted: 31 Dec 2011 04:41 AM PST
| ||
Bantah 'Kempen Bebas Anwar 901' tidak berasas Posted: 31 Dec 2011 04:35 AM PST
| ||
Kempen Bebaskan Anwar 901: 77 laporan polis luah bantahan Posted: 31 Dec 2011 04:33 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR – Sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi 'Kempen Bebaskan Anwar 901'. Daripada jumlah itu, sebanyak 49 laporan polis dibuat di Selangor apabila Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mengetuai beberapa pertubuhan politik dan bukan kerajaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Turut membuat laporan di Selangor adalah beberapa pertubuhan di daerah Kuala Langat yang mengemukakan 11 laporan polis. Sebanyak 28 lagi laporan polis dibuat masing-masing sembilan di Pahang, enam di Sabah dan Terengganu, Kuala Lumpur (4), Perak (2) serta satu di Pulau Pinang. Selain Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, antara pertubuhan-pertubuhan lain yang membuat laporan di Shah Alam adalah Putera MIC Shah Alam, Putera MIC Selangor, Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor dan individu perseorangan yang membuat laporan di IPD daerah pada pukul 4 petang. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari berkata, tindakan pihak yang menganjurkan kempen berkenaan adalah tidak wajar kerana ia jelas tidak menghormati proses undang-undang di negara ini. Katanya, selain mencetuskan huru-hara dan menggugat keselamatan orang ramai, kempen itu turut memberikan banyak kesan buruk terhadap kestabilan negara dari segi imej sehinggalah kepada aktiviti pembangunan negara dari segi sosial dan ekonomi. "Kita menentang 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang dikatakan akan diadakan menjelang keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini. "Kempen ini dilihat satu usaha yang tidak sihat kepada keamanan negara. Kempen ini juga dilihat seperti menghasut serta mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi perundangan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Putera MIC Selangor, A. Arvind; Timbalan Setiausaha Putera MIC Shah Alam, A. Prevrnavan dan Naib Ketua Pemuda PPP Selangor, Azli Rahman. Di Kuala Langat, antara pertubuhan yang membuat laporan adalah Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat. -Utusan | ||
Ayuh Aspirasi bergabung, jangan jadi orang suruhan Posted: 31 Dec 2011 04:31 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR-Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) diajak berjuang untuk menghapuskan Akta niversiti dan Kolej Universiti (Auku). Demikian gesaan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor yang melihat Aspirasi akhir-akhir ini semakin lantang bersuara dengan mempamerkan diri sebagai kumpulan penyokong Umno. Baginya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin terdesak yang mana kekuatan kepada jentera Pemuda Umno sudah terhakis dengan adegan-adegan kurang matang ahli Umno. Beliau berkata, politik ludah dan politik lucah hanya semata-mata peluru mereka, ketajaman para pemuda dalam Umno sudah tumpul, mereka tidak lagi menjadi harapan Umno. Maka, katanya Aspirasi penjuru terakhir untuk menarik golongan anak muda. "Saya kira Aspirasi seolah-olah 'lembu ditarik hidungnya', sangat jelik apabila mereka menganjurkan demonstrasi untuk membantah demonstrasi. "Jika benar kalian perjuangkan keamanan dan keadilan, ayuh bersama-sama kita berjuang mansuhkan Auku, hapuskan akta-akta 'rimba', jangan jadi orang suruhan," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau juga mencabar pengerusi Aspirasi untuk mengemukakan hujah bernas berteraskan ilmu, apakah kesalahan Adam Adli kerana mereka mengecam pula himpunan membebaskan mahasiswa UPSI itu. Justeru, katanya jangan memberi hujah 'atas angin' kerana tiada dalam mana-mana peraturan mengatakan bahawa menurunkan bendera (gambar PM) dengan sengaja adalah bersalah. "Jika mahu bercakap soal adab dan akhlak, saya minta anda semua turun ke medan lapangan mahasiswa dan anak muda. Di sana masih ramai dahagakan adab dan akhlak daripada anda. "Paling penting, lihat ahli anda dahulu, apakah mereka sudah cukup beradab dan berakhlak dalam agama. "Mahasiswa bawahan sangat perlukan tunjuk ajar untuk mendayung sampan di laut, bukan doktrin Umno anda!" katanya lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru Aspirasi supaya berubah. "Ayuh Aspirasi, sudah tiba anda berubah. Jika benarlah perjuangan anda adalah menuntut keadilan dan keamanan, bukan kerana Umno. "Saya menyeru kalian semua untuk bersama-sama Gamis, PKPIM, Kami, Dema, LMP dan sebagainya dalam satu solidariti yang kukuh, bebas daripada mana-mana anasir parti. Turun bersama menyokong kebebasan Adam Adli, bukan mengampu pihak atasan," ujarnya. Tegasnya lagi, sudah sampai masanya untuk anak muda berada dalam satu kumpulan yang kukuh, memahami tuntutan mereka terhadap negara dan menjadi golongan third force dalam menyemak dan imbang pentadbiran negara Malaysia, bukan menjadi kuda tunggangan pihak-pihak tertentu.-Harakahdaily | ||
Posted: 31 Dec 2011 04:29 AM PST | ||
Posted: 31 Dec 2011 04:25 AM PST Pemuda sanjung kepercayaan Pakatan kepada PASKUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan penghargaan kepada DAP yang sudi menyokong Adun PAS sekiranya Pakatan Rakyat menang di Melaka pada Pilihanraya Umum ke-13. "Bagi DPPM, ini merupakan suatu penghargaan dan semangat setiakawan yang tinggi ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. DPPM, ujarnya menganggap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, Lim Jak Wong merupakan tanda keikhlasan dan kejujuran DAP dan Pakatan Rakyat dan memimpin perubahan di negara ini. Ini, katanya bukan pula bermaksud DAP mengenepikan Parti Keadilan Rakyat sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia adalah manifestasi kebersamaan ketiga-tiga parti ini dalam mendepani kebangkitan rakyat. Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat berjaya membuktikan mereka tidak tamakkan kuasa dan jawatan malah sanggup berkompromi bagi memastikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Melaka menjadi realiti. "Kenyataan DAP juga menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat berjiwa besar dan sanggup berlapang dada antara satu sama lain," ujarnya kepada Harakahdaily. Bagi PAS pula, jelasnya sudah tentulah kenyataan itu tidak menjadikan PAS sebagai angkuh dan sombong sehingga tidak mahu menerima kehadiran rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat. Tegasnya, PAS sentiasa menganggap PKR dan DAP sebagai rakan komponen yang bakal menggantikan kerajaan Umno BN dalam PRU ke 13. Beliau menambah, DPPM melihat siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan datang bukan menjadi persoalan utama, yang lebih diutamakan adalah berjuang bagi memenangkan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Melaka. Menurutnya, isu siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan dibincangkan jika Pakatan Rakyat memperolehi mandat dalam PRU ke 13. Katanya, DPPM percaya, PAS Melaka akan berusaha merealisasikan harapan rakyat dan Pakatan Rakyat Melaka dengan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Melaka mampu dijelmakan dalam Pru ke 13 nanti. "Seterusnya pemimpin PAS Melaka mampu melahirkan kepemimpinan yang hebat dan mampu menggalas amanah kemenangan ini kelak. "Apa yang penting, Pakatan Rakyat menjunjung tinggi demokrasi serta berusaha menegakkan sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di negara ini dengan penuh keadilan, telus, berwibawa dan bersih," ujarnya. Harakahdaily | ||
Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno Posted: 31 Dec 2011 04:21 AM PST MALAYSIA CHRONICLE TUMPAT- Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya. Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan. Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam. Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin. Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan. "Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan. Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir. "Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu 'diredakan'. "Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada," katanya.-Harakahdaily | ||
Pemuda PAS menyokong penubuhan Gerakan Selamatkan FELDA Posted: 31 Dec 2011 04:20 AM PST Dewan Pemuda PAS menyokong penubuhan Gerakan Selamatkan FELDA (GSF) yang telah yang ketuai oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) bersama 11 lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO). | ||
Surat terbuka kepada Pengarah JAS Pahang Posted: 31 Dec 2011 04:18 AM PST Tuan Pengarah, | ||
Hak Pekerja di Malaysia: Di mana dan ke mana? Posted: 31 Dec 2011 04:13 AM PST Kekayaan mana-mana negara sekalipun datang daripada hasil kerja kuat golongan pekerja. Rumusannya mudah: Golongan pemodal biasa menuntut pujian dan pengiktirafan kerana mengeluarkan wang yang diperlukan untuk pelaburan. Tetapi hakikatnya ialah apa-apa projek yang dijana tidak mungkin berlaku tanpa sumbangan dan kesanggupan pekerja. • Harga barang makin meningkat, tetapi gaji tetap sama. • Habuan-habuan yang diberikan seperti subsidi dan harga lebih murah Kedai Rakyat adalah penyelesaian jangka singkat. Fakta jelas, yang dielakkan daripada apa-apa perbahasan serius di media massa, ialah hak-hak pekerja makin lama makin dihakis demi untuk mengistimewakan hak pemodal. • Isu-isu yang tidak dibuktikan dengan jelas (seperti murtad) dan isu-isu lama (seperti hudud) yang tak akan habis dipolitikkan dan di api-apikan. Isu-isu tersebut mengalihkan perhatian kita daripada hak rakyat yang bekerja kuat hari demi hari. • Imperialisme baru: Semakin kurang hak pekerja, semakin besar hak diberikan kepada foreign direct investment daripada syarikat-syarikat besar negara luar. Syarikat-syarikat tersebut tidak mengundi, dan memang tidak menghiraukan hal ehwal Rakyat Malaysia pun, tetapi keinginan mereka masih tetap diperlihara. • Pengurangan hak asasi yang berlaku secara total, seperti "Peaceful Assembly Act 2011" yang telah diluluskan di parlimen baru-baru ini, walaupun tidak membicarakan hal pekerja secara khususnya, akan memberi kesan dan memengaruhi isu-isu hak pekerja. Hak pekerja bergantung kepada kebebasan bersuara dan berhimpun yang termaktub di dalam perlembagaan. • Bilangan pekerja-pekerja asing yang ramai di Malaysia melemahkan kuasa merunding pekerja-pekerja tempatan. | ||
Peniaga TTDI mahu SPRM siasat DBKL Posted: 31 Dec 2011 04:10 AM PST Tiga kali hantar surat kepada Datuk Bandar tapi tiada jawaban. KUALA LUMPUR: Peniaga Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sama ada wujud penyelewengan dalam perancangan untuk merobohkan kawasan itu. Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata keraguan itu timbul apabila "DBKL sepatutnya membantu peniaga bukan jadi peniaga yang mahu jual tanah pasar ini dengan nilai RM60 juta," katanya kepada FMT. Mohd Ridzuan berkata satu aduan kepada SPRM akan dibuat minggu depan disertai petisyen yang ditandatangani ribuan penduduk dan pengunjung Pasar Besar TTDI dari sekitar Kuala Lumpur. Difahamkan, pasar yang sudah 25 tahun beroperasi dan menempatkan kira-kira 200 peniaga itu bakal dirobohkan dan digantikan dengan satu projek pembinaan kondominium mewah oleh Naza TTDI. Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Pasar Besar TTDI Jenny Loo berkata pihaknya amat terkilan dengan tindakan DBKL yang enggan mengadakan sebarang dialog atau mengeluarkan notis kepada peniaga sebelum mengumumkannya di media. "Kami bukan anti-pembangunan tetapi DBKL sepatutnya bertindak seperti anak jantan dengan memaklumkan kepada peniaga terlebih dahulu sebelum mengumumkannya di akhbar. "Cara ini tidak betul seolah-olah kami tidak diberikan sebarang pilihan…kami kecewa dan keliru," katanya. Katanya, DBKL sepatutnya megekalkan pasar itu selepas bertindak merobohkan Pasar Besar Gombak, selain mempersoalkan projek 'gajah putih' Pasar Besar Datuk Keramat yang dibina sejak tahun 1999 namun masih tidak berfungsi sepenuhnya. "Sewa tapak Pasar Datuk Keramat RM300 sebulan tapi DBKL sudah bagi bagi diskaun sampai 50 peratus tetapi masih tiada lagi peniaga yang enggan berniaga disitu, ini yang patut dipersoalkan," katanya. Sebelum itu, beberapa peniaga dan persatuan penduduk mengadakan protes aman membantah perobohan pasar tersebut sambil mengumpul tandatangan daripada peniaga dan pengunjung untuk petisyen kepada DBKL dan SPRM. | ||
Tee Keat: Saya contoh negatif bagi Najib Posted: 31 Dec 2011 04:04 AM PST Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berusaha untuk meyakinkan partinya supaya mengambil pendekatan yang sederhana, tetapi bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berpendapat, pada realitinya, Umno lebih beranjak ke kanan. Bercakap kepada Malaysiakini minggu lalu, beliau berkata, Umno menjadi demikian kerana tekanan dari dalam dan luar, yang memaksanya untuk memperkukuhkan asas sokongan komunitinya. Walaupun Ong bersetuju bahawa Najib mungkin mempunyai niat untuk membawa pembaharuan dalam partinya serta BN, tetapi Umno, bagaimanapun, mungkin tidak sentiasa berpegang kepada pelan pembaharuannya, terutama apabila menjadi tumpuan pemantauan kumpulan pendesak seperti PERKASA. Beliau diminta mengulas mengenai perbezaan antara tiga perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib. "Mahathir adalah seorang pemimpin yang sangat kuat dan dominan. Tetapi sekurang-kurangnya, beliau sentiasa dapat memberikan jawapan kepada anda walaupun apabila menghadapi isu yang meletup dan kontroversi. Tetapi, sudah tentu, beliau juga adalah seorang pemimpin yang kontroversi. "Abdullah adalah seorang yang baik. Dia mungkin tidak boleh memberi jawapan yang jelas tetapi beliau boleh memahami batasan dan rasa tidak puas hati anda. "Bagi perdana menteri sekarang, saya dapat melihat beliau mahu melakukan sesuatu dan membawa pembaharuan. Tetapi dalam perjalanan menuju pembaharuan, anda terpaksa berdepan dengan tekanan dari dalam dan luar parti. "Dalam situasi tersebut, anda mungkin tidak sentiasa berpegang kepada cara anda sendiri," kata Ong, yang pernah berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri di bawah tiga perdana menteri. Beliau berkata di bawah sistem perwakilan semasa, perdana menteri dan presiden BN pun tidak boleh bertahan jika kehilangan sokongan parti. "Anda bukan sahaja ketua eksekutif kerajaan , tetapi juga seorang ketua parti. Anda terpaksa berdepan dengan tekanan dalam parti anda sendiri, dan jika anda tidak boleh mengekalkan sokongan parti anda, maka anda boleh kehilangan kedudukan anda dalam kerajaan." Ong, yang mendesak dijalankan penyiasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sewaktu menjadi menteri pengangkutan, menyifatkan dirinya sebagai contoh negatif bagi Najib. Ong terlbabit dalam pergelutan kuasa yang berlanjutan dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan), yang ketika itu merupakan timbalannya, dan ia sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran Chua ekoran pendedahan video seksnya yang telah disebarkan secara meluas. Bagaimanapun, pada tahun 2009, penyokong Dr Chua berjaya mengembalikan semula kedudukannya sebagai timbalan, dan Ong jatuh pada tahun berikutnya, selepas anggota jawatankuasa pusat parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai, yang membawa kepada mesyuarat agung luar biasa. Ong sejak itu memilih untuk memberi tumpuan kepada kawasan pilihan raya yang diwakilinya. Satu setengah tahun selepas kehilangan jawatan presiden, Ong tidak mahu mengulas mengenai masa depan MCA dan BN. Bagaimanapun beliau berpendapat MCA tidak akan meraih sokongan yang banyak jika ia terus menerus bergantung kepada isu negara Islam. Katanya, rakyat lebih mementingkan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan bukan isu negara islam. Menurutnya, kebanyakan persoalan hari ini telahpun dibangkitkan dalam tahun 1990-an, dan oleh itu, beliau tidak fikir ia boleh memberi sebarang impak, walaupun parti-parti orang Cina dalam kerajaan, terus menerus memainkan isu tersebut. "Mungkin ada yang berfikir bahawa apa yang anda katakan itu adalah satu ilusi, kita tidak tahu sama ada ini akan dilaksanakan atau tidak. Tetapi rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang kita boleh rasai." | ||
Protes Akta Perhimpunan Aman 'naik' LRT Posted: 31 Dec 2011 03:58 AM PST Dengan demonstrasi bakal diharamkan tidak lama lagi, kira-kira 60 orang menyertai satu protes terhadap Akta Perhimpunan Aman semasa menaiki LRT dari KL Sentral ke stesen KLCC. Mereka yang berbaju kuning itu berhimpun di KL Sentral sebelum menaiki LRT dan menarik perhatian penumpang yang lain.Sambil membawa belon kuning yang antaranya bertulis: "I wish for a safe Malaysia", "kill the bill" dan "democracy". Pada 22 Disember lalu, Dewan Negara meluluskan Akta Perhimpunan Aman yang mengharamkan demonstrasi jalanan. Halangan terakhir ialah perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia tetap menjadi undang-undang secara automatik dalam tempoh sebulan walaupun tanpa mendapat perkenan diraja. Protes hari ini merupakan kelima oleh killthebill.org sejak rang undang-undang tersebut dibentangkan di Parlimen pada bulan November. Sebelum itu, penganjur protes tersebut, Wong Chin Huat secara berseloroh berkata dia kecewa kerana Ketua Polis Daerah Brickfield, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid tidak berada di situ untuk menahannya. Pada 14 Disember lalu, polis telah menahan kira-kira 15 pelajar apabila mereka berhimpun di KL Sentral, menuntut kebebasan akademik. Apabila tiba di KLCC, kumpulan itu bergerak menuju ke pusat membeli-belah sambil mengucap selamat Tahun Baru kepada orang ramai serta mengagihkan gula-gula. Mereka kemudian makan di sebuah restoran tetapi ada yang kemudiannya diminta menunggu di luar, dan kemudiannya diminta beredar dari situ kerana "menghalang" pergerakan orang ramai. Wong mendakwa, pemilik restoran agak baik tetapi dua orang lain daripada pengurusan KLCC memberinya arahan. | ||
HIMPUN janji dedah banyak lagi kes murtad Posted: 31 Dec 2011 03:52 AM PST Gabungan HIMPUN akan mendedahkan lebih banyak lagi bukti murtad di satu perhimpunan yang dijadualkan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari Sabtu depan di Stadium Tertutup Paroi di Seremban. | ||
Shamsubahrin didakwa tipu NFC RM1.76 juta Posted: 30 Dec 2011 10:54 PM PST Hakim Ahmad Zamzani membenarkannya diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan jumlah RM1.755 juta. Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain petang ini. Ahmad Zamzani membenarkan Shamsubahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah. Beliau menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes. Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya. Ketua Pegawai Eksekutif Shamsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini, pada 6 petang 20 Nov lepas. Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, di sini pada 25 Nov hingga 6 Dis lepas. Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.- Bernama | ||
Posted: 30 Dec 2011 10:48 PM PST Dalam 2011 ini juga terkandung pelbagai isu yang menjadi bahan paparan utama di dada media samada konvensional mahupun alternatif. Seperti tahun-tahun sebelumnya, 2011 yang bakal ditinggalkan esok turut memperlihatkan pelbagai sisi terang dan juga di sebalik sisi gelap dengan pelbagai variasi, pelbagai warna ceria dan suram sepanjang tahun. Dalam 2011 ini juga terkandung pelbagai isu yang menjadi bahan paparan utama di dada media samada konvensional mahupun alternatif. Antara beberapa isu utama yang sering diperkatakan sepanjang tahun ini baik di media-media massa mahupun di kedai kopi semestinya ramalan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. Bagaimanapun, pelbagai tarikh yang diramalkan oleh para penganalisis politik mahupun pemainnya sendiri sebelum ini didapati telah berlalu begitu sahaja. PRU-13 yang sebelum ini diramalkan akan diadakan pada bulan Julai, Oktober dan November, terkini bulan Mac 2012 pula semakin menjadi sebutan tarikh sebenar pilihan raya itu bakal diadakan. Masih berkaitan pilihan raya, perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tempat di muka hadapan media-media tempatan ketika 2011 berada di pertengahan. Liputan besar-besaran terhadap perhimpunan tersebut termasuk yang bersifat negatif dari kalangan media kawalan kerajaan telah memberi publisiti terhadap demonstrasi raksasa yang membawa lapan tuntutan pilihan raya di negara ini. Pada Ogos lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan pilihan raya telah ditubuhkan dan jawatankuasa tersebut telah bersetuju penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang sepertimana yang dituntut dalam demonstrasi Bersih 2.0. Ketika sesetengah masyarakat menyokong demonstrasi ini, bagi masyarakat pro-Barisan Nasional (BN) pula menganggap tindakan mengadakan demonstrasi di negara ini merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dalam memelihara ketenteraman negara. Bagaimanapun, apa yang menariknya, bagi menyuarakan protes mereka terhadap tindakan Bersih 2.0 ini, mereka turut mengadakan demonstrasi di seluruh negara sebelum Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Dianggarkan hampir 200 'anak demonstran' dari sekecil lima tahun pembawa sepanduk telah diadakan yang rata-ratanya dianjurkan oleh parti-parti politik dan NGO pro BN. Selain itu, fakta menarik lain sehingga 3 Julai lalu, sebanyak 2,842 laporan polis dibuat oleh pihak pro-BN terhadap Bersih 2.0. Jumlah tersebut terus meningkat dan dipercayai jumlah keseluruhan laporan polis terhadap penganjuran Himpunan Bersih 2.0 tidak kurang 3,000 laporan kesemuanya. Akhirnya, meskipun berhadapan dengan pelbagai kekangan pihak berkuasa, perhimpunan tersebut tetap diteruskan pada tarikh yang tetapkan dan berjaya menghimpunkan kira-kira lima puluh ribu para demonstran. Sekurang-kurangnya tidak kurang 1,500 penyokong Bersih 2.0 ditahan sepanjang protes berlangsung termasuk di hari perhimpunan itu diadakan. Dalam isu Bersih 2.0 ini, Dato' Ambiga Sreenevasan yang paling menjadi sebutan apabila beliau mengetuai perhimpunan yang bersejarah itu. Trend politik 2011 Beberapa 'trend' baru dalam arena politik negara turut meraih perhatian pelbagai lapisan masyarakat umum di sepanjang 2011. Paling hangat diperdebatkan tentunya trend menyebarkan isu-isu berkaitan seks bagi mencemarkan imej musuh politik pihak tertentu. Selain diri ahli politik itu sendiri, tidak terkecuali ialah individu terdekat dengan mana-mana ahli politik yang dimusuhi turut menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Lebih malang lagi, kerakusan politik sesetengah pihak telah menyebabkan beberapa stesyen televisyen tempatan hilang kewarasan apabila turut menyiarkan laman web songsang sekaligus 'membantu' mana-mana pihak berminat termasuk kanak-kanak membuat carian di internet. Bagaimanapun, sesetengah darinya mudah dibuktikan sebagai fitnah apabila skrip dan 'prop' tidak terancang rapi atau 'asalkan boleh' termasuklah tindakan sesuka hati memplagiat gambar mana-mana individu dari internet. Keadaan ini sekaligus menjadikan individu terbabit sebagai mangsa tidak berdosa akibat kerakusan jentera politik menumbangkan musuh politik mereka. Antara nama lain yang terlibat samada yang dijadikan mangsa mahupun pemangsa ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama anak lelaki beliau dan Trio Datuk T. Kecenderungan beberapa laman web yang giat mempromosikan aksi porno dan fitnah hanya membuatkan laman web tersebut tidak mempunyai nilai berita di kaca mata masyarakat kecuali segelintir orang yang memiliki kecenderungan yang sama. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, sepanjang tahun ini, selain laporan polis ke atas Bersih 2.0 tindakan membuat laporan polis juga boleh dikatakan menjadi satu trend terutama dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan politik pihak tertentu. Selain penyebaran isu skandal seks dan membuat laporan polis terhadap individu tertentu, mengirim peluru dan menyimbah cat merah di kediaman sebagai amaran terhadap pihak yang dibenci turut menjadi trend yang semakin 'digemari' samada oleh lawan mangsa mahupun oleh penyokong lawan. Pada 2011 menubuhkan NGO samada didaftarkan secara sah mahupun sebaliknya bagi menyokong sesuatu agenda pihak yang disokong turut menjadi satu trend masa kini dan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Bagaimanapun sesetengah pertubuhan tersebut hanya bersifat sementara bagi dijadikan platform untuk menentang sesuatu pihak. Setelah dua tahun, kes liwat 2 yang dihadapi oleh Anwar akhirnya menutup tirainya pada 15 Disember lalu dan keputusannya akan diketahui pada 9 Januari ini. Angkatan Muda Keadilan (AMK) dilaporkan sedang berusaha menggerakan orang ramai untuk memberi sokongan terhadap Anwar di hadapan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan itu nanti. Selain itu, perbicaraan kes rasuah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo juga menarik perhatian umum sepanjang 2011 ini. Pada 24 Disember lalu, beliau telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman setahun penjara dan lot tanah serta banglow miliknya turut dilucut-hak oleh mahkamah. Sementara itu, kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Ling Liong Sik masih lagi dibicarakan di mahkamah. Selain dua kes berprofil tinggi itu, isu lain yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa ialah isu National Feedlot Corporation (NFC) yang membabitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil serta keluarganya. Sharizat yang juga ketua wanita Umno pada awalnya kelihatan menunjuk kegarangan dengan menyinsing lengan dan menyelak kain dalam persidangan wanita Umno baru-baru ini tampak semakin layu kebelakangan ini. Meskipun sesetengah penganalisis berpendapat 'servis' kini berada di tangan BN sebelum parlimen dibubarkan, sesetengah penganalisis lain pula berpendapat perkembangan mutakhir seperti keputusan perbicaraan Khir Toyo dan isu NFC yang timbul baru-baru ini sebagai 'bola tanggung' yang tidak disia-siakan oleh pembangkang. Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang akan dipinda turut mendapat kecaman sesetengah golongan mahasiswa apabila mahukan Akta yang dianggap menyekat kebebasan mereka untuk berpersatuan dan bersuara melalui organisasi politik tersebut dimansuhkan, bukannya dipinda. Selain Ambiga dan Shahrizat, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga dianggap sebagai wanita paling mencuri tumpuan sepanjang 2011 ekoran beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya. Antaranya ialah isu sebentuk cincin berlian bernilai RM25 juta dan koleksi beg tangan berjenama Birkin milik beliau yang mencecah ratusan ribu ringgit. Selain tingkah laku Rosmah yang menggambarkan kecenderungan beliau terhadap kemewahan dan pembaziran, beliau juga dikatakan amat menggilai publisiti. Tidak kurang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang menjadi tumpuan lensa kamera apabila terlibat dengan beberapa siri pendedahan dalam isu NFC. Sukan Dalam final acara bolasepak Sukan SEA di Jakarta yang mendebarkan baru-baru ini, anak-anak muda negara sekali lagi berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu setelah menumpaskan tuan rumah melalui penentuan sepakan penalti. Meskipun penjaga gol kebangasaan, Khairul Fahmi Che Mat dianggap wira dalam temasya tersebut, sebaliknya dengan rendah diri beliau menganggap kesemua rakan-rakan dalam skuad tersebut adalah wira. Selain itu, Datuk Nicol Ann David juga menyerlah apabila masih mempertahankan kedudukan ranking nombor satu dunia sehingga hari ini dengan menggondol beberapa kejuaraan yang bermakna untuk negara termasuk merangkul gelaran Juara Terbuka Dunia buat kali keenam berturut-turut. Di gelanggang badminton pula, meskipun sedikit malap berbanding tahun sebelumnya, Datuk Lee Chong Wei masih mampu bertahan di kedudukan pemain nombor satu dunia. Selain itu kemunculan Zulfadli Zulkiffli dengan kejutan bergaya setelah menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia, dianggap nafas baru dalam menyediakan skuad pelapis pemain badminton negara. FAM pula untuk kesekian kalinya merombak semula peraturan Liga M dengan membenarkan penggunaan dua pemain import untuk setiap pasukan dalam liga bolasepak negara tahun hadapan. Penyerang berbakat kebangsaan, Shafee Sale pula telah dilamar oleh kelab bolasepak Pelita Jaya dari Indonesia. Selain itu, beliau turut menjalani latihan bersama Cardiff City, kelab Liga Perdana Inggeris. Meskipun menunjukkan prestasi baik ketika menjalani latihan bersama kelab Inggeris itu, beliau tidak dapat bermain di sana kerana peraturan yang mensyaratkan hanya pemain dari negara ranking 70 ke atas sahaja dibenarkan bermain dalam liga terbabit sedangkan Malaysia di kedudukan 148. Dalam industri hiburan tempatan pula menyaksikan kebangkitan industri perfileman negara yang semakin pesat apabila filem tempatan berjaya memperolehi jumlah kutipan yang tinggi. Jika di era 80an filem Azura arahan M. Borhan dan beberapa filem box noffice arahan Aziz M. Osman seperti Fenomena, XX Ray dan beberapa yang lain boleh berbangga dengan kutipan box office mereka, kutipan filem-filem tempatan kini mampu mencecah berbelas juta ringgit. Antara filem tempatan yang berjaya menduduki tangga teratas kutipan tertinggi diungguli KL Gangster dengan kutipan RM11.74 juta, Ombak Rindu (RM11.2 juta) dan masih ditayangkan serta Hantu Bonceng (RM8.53 juta). Tidak ketinggalan ialah di tempat ke empat, filem Kongsi dengan RM8.09 juta dan Khurafat dengan kutipan RM8.08 juta di tempat ke lima. Selain kutipan yang tinggi, beberapa pengarah turut dilihat berusaha meningkatkan mutu karya masing-masing dengan mengadaptasi teknik perfileman dari negara maju sepertimana yang dilakukan oleh pengarah muda berkaliber Shamsul Yusuf dan Yusri Abd Halim. Selain Shamsul dan Yusri pengarah lain yang menjadi sebutan dalam industri perfileman tempatan sepanjang 2011 ialah Osman Ali (Ombak Rindu), Ahmad Idham (Hantu Bonceng), Farid Kamil (Kongsi), Kabir Bhatia (Nur Kasih The Movie) dan Ismail Bob Hashim (Bini -biniku Gangster dan Alamak Toyol). Filem epik Merong Mahawangsa arahan Yusri juga dianggap sebagai percubaan memecahkan dominasi filem-filem yang rata-ratanya bergenre seram, aksi dan komedi apabila menduduki tangga ke enam kutipan tertinggi 2011 dengan kutipan RM6.5 juta. Selain garapan arahan yang baik, antara pelakon yang dianggap sebagai pelaris dalam industri perfileman tempatan ialah Shaheizy Sam, Adi Putra, Aaron Aziz dan Zizan Raja Lawak. Kontroversi memalukan dalam Anugerah AIM baru-baru ini turut mewarnai industri hiburan tanah air apabila penyanyi manis bertudung, Yuna terpaksa menyerahkan trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya kepada Anuar Zain gara-gara kesilapan pengiraan markah oleh juri. Bagaimanapun sikap Yuna yang menjadi mangsa kecuaian pihak juri wajar dipuji apabila tidak melatah dengan menunjukkan kematangan dan sikap profesional beliau ketika berhadapan situasi tersebut. Penutup 2011 Meskipun terdapat beberapa isu yang tidak menyentuh kehidupan sesetengah golongan masyarakat secara peribadi, namun sedikit sebanyak senario-senario yang berlaku mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat kita hari ini. Lebih-lebih lagi dalam isu-isu politik yang banyak menyentuh kehidupan kita hari ini dan masa depan generasi akan datang. Masyarakat negara ini haruslah bersedia mengambil peluang yang terhidang pada 2012 yang bakal hadir sehari sahaja lagi untuk sama- sama melakukan sesuatu demi tanah air yang tercinta. Semuga dengan kehadiran 2012 dan pilihan yang bakal dibuat oleh rakyat negara ini nanti akan memberikan kehidupan yang lebih baik dan bermakna kepada kita semua. * Penulis adalah seorang wartawan/penulis bebas. Selain di FMT, artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com | ||
Musa: Jelaskan kejayaan BN kepada rakyat Posted: 30 Dec 2011 10:46 PM PST Mampu meyakinkan rakyat untuk menolak pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13. KOTA KINABALU: Semua jentera pilihan raya BN perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kejayaan BN selama ini dalam mentadbir negara. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi BN Sabah berkata kejayaan dalam memberi pemahaman mengenai usaha kerajaan mampu meyakinkan rakyat untuk menolak pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang. "Adalah menjadi tanggungjawab kita menjelaskan kepada semua pengundi mengenai program dan dasar BN kerana inilah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat. "Kita lihat sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri, banyak usaha dan pembangunan dilaksanakan untuk rakyat seperti penghapusan yuran sekolah, pemberian RM100 kepada pelajar sekolah dan pemberian RM500 kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan," katanya pada majlis silaturrahim dan makan malam wanita penjalin perpaduan anjuran Wanita Umno Sabah di sini malam tadi. Musa berkata BN bukan gabungan parti yang suka berbohong dan menabur janji kosong kepada rakyat seperti yang sering dilakukan oleh pembangkang sehingga rakyat yang menderita. Beliau berkata selain menjelaskan kepada rakyat mengenai kejayaan BN, jentera pilihan raya BN juga perlu bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan semua calon BN pada PRU-13 akan datang. Terdahulu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata anggota BN harus memberi sokongan kepada perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang dengan membantu dan menyokong semua calon BN. "PRU-13 bukan sebarang pilihan raya. PRU-13 adalah sebuah "peperangan" dan kita mestilah memberi sokongan kepada Najib sebagai ketua komander dalam peperangan ini," katanya.-Bernama | ||
Dua beradik lemas sering nyanyi lagu 'Pergi Tak Kembali' Posted: 30 Dec 2011 10:34 PM PST MALAYSIA KINI Kanak-kanak dua beradik dan seorang lagi sepupu mereka, yang ditemui mati lemas hari ini, didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali' nyanyian Kumpulan Rabadi sejak dua hari lalu. Mayat Muhammad Amir Fadlilah Ruzai, 11, dan sepupunya, Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, ditemui terapung kira-kira 10 km dari tempat kejadian pukul 3 pagi tadi oleh orang awam. Manakala mayat Muhammad Adham Hamiz Ruzai, 8, ditemui kira-kira 500 meter jarak dari tempat sama jam 9 pagi oleh pasukan penyelamat, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik hari ini. Ketiga-tiga kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Merikan, Kuala Kenderong, di Gerik dua hari lalu. Mereka dilaporkan menaiki sebuah bot di tepi Sungai Perak kira kira 50 meter dari rumah mereka pada jam 10 pagi Khamis. Salah seorang daripada keluarga mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga jam 2.30 petang hari yang sama. Adibah Mohd Nor, 42, ibu kepada dua adik beradik itu, ketika ditemui berkata, ketiga-tiga mereka memang rapat dan sebelum kejadian mereka didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian Kumpulan Rabani sejak dua hari lalu. Semasa kejadian, Adibah pergi ke pekan Gerik membeli buku tulis dan peralatan sekolah mangsa. Sebaik tiba di rumah diberitahu tentang kehilangan bersama bot yang mereka naiki. "Saya dan suami Ruzai Kasim, 43 pasrah dengan kejadian ini," katanya dalam nada yang penuh hiba ketika ditemui di rumah mereka. Katanya, kedua-dua anak mereka itu, Muhammad Amir murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaaan (SK) Seri Adika Raja, Gerik dan Muhammad Adham Hamiz, murid Tahun Dua, SK Mahkota Sarik Gerik tidak pandai berenang. Kedua-dua mereka anak kelima dan keenam daripada lapan adik beradik. Bernama | ||
Bicara kes saman RM30j terhadap LGE 2 April depan Posted: 30 Dec 2011 10:32 PM PST MALAYSIAKINI Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 2 hingga 6 April depan untuk perbicaraan kes saman malu RM30 juta yang difailkan pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang didakwa mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin dan peguam Latheefa Koya yang mewakili defendan. Zainal Abidin, 51, memfailkan saman itu pada 24 Oktober lepas. Selain Lim yang juga setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit. Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lepas. Zainal Abidin berkata kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lepas. Beliau berkata pada 18 Ogos lepas, Lim telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama. Zainal Abidin berkata antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu. Beliau berkata akibat kenyataan itu, ia telah merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya. Zainal Abidin menuntut gantirugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu- Bernama | ||
ASPIRASI desak Saifuddin letak jawatan jika... Posted: 30 Dec 2011 04:01 PM PST Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) akan mengadakan petisyen untuk mendesak Menteri Pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan ekoran satu insiden bendera perdana menteri diturunkan oleh seorang mahasiswa. Presiden ASPIRASI Mohd Shahar Abdullah berkata pihaknya memberi tempoh sehingga 5 Januari kepada Saifuddin untuk memberi maklumbalas ke atas tuntutan memorandum mereka bertarikh 21 Disember. Pada tarikh yang sama, mereka juga menyerahkan memorandum menyokong kepimpinan Najib yang juga presiden Umno. Demonstrasi berkenaan itu merupakan tindak balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan kumpulan pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur, seminggu sebelumnya. Perhimpunan kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia itu mencetus kontroversi apabila sebahagian daripada mereka bertindak menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno. Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertanggungjawab menurunkan bendera itu, Adam Adli Abdul Halim sebelum ini dilaporkan tidak akan meminta maaf atas tindakan itu. Beliau juga menganggap perbuatan tersebut sebagai simbol kemenangan kepada golongan pelajar. Saifuddin yan juga ahli parlimen Temerloh turut menafikan pembabitan beliau berhubung insiden tersebut. | ||
Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor Posted: 30 Dec 2011 04:00 PM PST MALAYSIA KINI Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini. Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid. | ||
Aduan dakwaan hakim plagiat penghakiman ditolak Posted: 30 Dec 2011 03:57 PM PST MALAYSIA KINI Siasatan yang dijalankan oleh Ketua Hakim Negara mendapati dakwaan peguam Karpal Singh bahawa seorang hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada 2000 tidak mempunyai merit. Menurut Che Wan Zaidi, Ketua Hakim Negara telah menerima satu surat aduan bertarikh 29 September 2011 dari Karpal yang mendakwa seorang Hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada tahun 2000. | ||
Datuk "NFC" Didakwa, ,Sharizat Dan Suami Selamat. Posted: 30 Dec 2011 03:42 PM PST Blog Liang Lahat Pantas dan cekap je polis dan SPRM buat kerja untuk menahan,menyoal siasat dan mendakwa deorang ahli perniagaan bergelar Datuk atau pun kini dikenali sebagai Datuk NFC".. Lelaki berusia 45 yang sebelum ini didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Suami Sharizat namun cepat-cepat dinafikan oleh Suami Sharizat bahawa lelaki 45 tahun tu tak ada kena mengena dengan beliau. Lelaki itu cuba merasuah pegawai polis sebanyak RM1.7juta,yang ketika itu sedang menjalankan siasatan berhubung skandal Fidlot melibatkan pinjaman mudah kerajaan kepada keluarga Sharizat sebanyak RM250 juta Namun keluarga Sharizat menyalahgunakan dana rakyat tersebut bagi membeli harta yang tiada kaitan langsung dengan bidang ternakan lembu,kerbau mahupun itik... "Datuk NFC" tersebut dijangka akan didakwa di mahkamah pada hari ini... Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember. Cepat dan pantas.. itulah yang aku dapat gambarkan hasil usaha polis dan SPRM ni.. Mereka cekap dalam tugas mereka untuk menjadikan seseorang itu sebagai "kambing hitam"..untuk menutup sesuatu yang lebih besar.. mereka cekap dalam hal tersebut.. Supaya orang kampung boleh ditipu dengan mengatakan kerajaan "tegas" dalam menjalankan siasatan.. Namun untuk menyiasat si pelaku utama penyelewengan dalam skandal fidlot yang masih lagi bebas kesana kemari..polis dan SPRM seolah-olah tiada kuasa.... ibarat lembu fidlot yang dicucuk hidung.. Adakah polis tidak mampu untuk melakukan siasatan..? tidak mampu untuk menyiasat pembelian kondo mewah di Singapura..?"kelembapan" pihak berkuasa menjalankan siasatan telah menyebabkan NGO Jingga 13 bertindak menerjah kondo mewah milik keluarga Kak Jat ni.. Jingga 13,walau di dalam kesukaran dan kepayahan dari segi kewangan dan tenaga tetap juga berusaha pergi ke Singapore bagi mendedahkan kondo mewah berharga RM9.9 juta di Ochard Scotts.. Walaupun mendapat pelbagai halangan untuk masuk ke kawasan kediaman elit tersebut,Jingga 13 berupaya juga membuat liputan video di sekitar Kondo mewah tersebut..saksikan.. Bila melibatkan pemimpin UMNO jer Polis akan jadi lemah lutut... jadi macam orang kena sihir..jadi bodoh. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan