DIALOG RAKYAT |
- Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah
- Kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ dilancar 28 Disember
- Nurul Izzah: Sikap Pilih Kasih DBKL Dikesali
- Selangor Sokong Kempen Anti-Lynas
- Majlis Tanah Negara, BN Halang Usaha P Pinang Beri Pemilikan Tanah Pada Rakyat
- Ada apa dengan bendera?
- Komentari Novel: Mengharungi Titik Noktah
- Guan Eng: Lanjutkan umur persaraan sektor swasta selaras sektor awam
- Adam Adli buat laporan polis ugutan ditumbuk anggota polis
- Karyawan filem kembalilah kepada fitrah integriti
- Hasan diminta berhenti 'bercakap'
- Anak saman KPF, FGVH esok
- PAS sambut baik penangguhan SBPA
- NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin
- Jamal diarah keluar Pengasih
- Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun
- Propaganda musuh terhenti, fokus kemungkaran BN
- Pegawai SPRM serbu pejabat NFC
- Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun
- SPRM akan panggil siapa saja terlibat dalam kes NFC
- Khir Toyo umum masa depan politik 9 Jan
- Nik Aziz turut pertahankan Negara Kebajikan
- 20 calon tidak mungkin menang PRU-13: Cuba teka siapa mereka?
- Pemuda Umno guna gangster ugut mahasiswa
Guna wang zakat bukti Jamil Khir tidak amanah – Izzah Posted: 23 Dec 2011 02:07 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan penggunaan wang zakat oleh Datuk Jamil Khir Baharom, jelas membuktikan beliau seorang yang tidak amanah. "Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat)," kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain. Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut. "Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Sementara itu, Izzah yang ditemui selepas lawatan kawasan penduduk di Taman Seri Sentosa, Klang Lama menggesa Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) memberi perhatian terhadap rungutan penjaja di situ. Ia berhubung aduan bahawa DBKL menindas beberapa penjaja di kawasan tersebut. Menurutnya, DBKL tidak seharus berat sebelah untuk mengambil tindakan dan perlu mengambil kira pendapat penduduk setempat. "Kalau betul nak ambil tindakan, jangan pilih bulu. Jangan ditindas peniaga-peniaga tertentu yang mencari rezeki," katanya. | ||
Kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ dilancar 28 Disember Posted: 23 Dec 2011 02:05 AM PST Oleh: Masdar Wahid KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan melancarkan kempen 'Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi' pada 28 Disember ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin. Menurutnya, itu antara resolusi yang dicapai Pemuda PR dalam mesyuarat yang dipengerusikannya malam semalam. "Kempen bertemakan 'Bebaskan Anwar 901′ ini kita lancarkan bersama Pemuda Pakatan dan NGO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 11 pagi 28 Disember ini. "Perincian lanjut mengenai jelajah ini akan kita maklumkan pada hari itu," katanya kepada Keadilandaily.com hari ini. Menurutnya, sebanyak 500,000 risalah yang mengandungi fakta sebenar mengenai kes Fitnah 2 sudah tersedia untuk diedar sepanjang jelajah itu. "Sepanjang jelajah ini kita juga berharap risalah mengenai kes Fitnah II yang kita edar ini rakyat membacanya seterusnya memahami dengan baik serta bersama mengedarnya kepada kenalan seramai mungkin. "Ini penting kerana kes ini kerap diputar belit media arus perdana, jauh sekali memberi liputan adil kepada Datuk Seri Anwar," tegasnya. Menurutnya, jelajah itu berlangsung serentak di beberapa lokasi seluruh negara dengan kemuncaknya ialah perhimpunan rakyat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari depan. "Oleh itu, kita mengalu-alukan rakyat hadir beramai-ramai dan datang seawal mungkin pada perbicaraan itu sebagai tanda solidariti kita bersama pemimpin rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya. Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN kini berdepan kes Fitnah kali kedua dengan keputusan itu akan diumum pada 9 Januari depan, selepas melalui perbicaraan selama hampir dua tahun. Kes yang disifatkan mengulangi konspirasi Umno-BN itu bermula beberapa hari selepas Anwar mengumumkan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Permatang Pauh pada Ogos 2008. | ||
Nurul Izzah: Sikap Pilih Kasih DBKL Dikesali Posted: 23 Dec 2011 02:03 AM PST Oleh Afeeqa Afeera PETALING JAYA : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa bersikap adil terhadap penjaja di Taman Sri Sentosa dengan mengemukakan senarai penjaja yang layak menjalankan perniagaan di kawasan itu. Penyenaraian ini bertujuan menyelesaikan kemelut yang dihadapi peniaga terbabit sejak tahun 2006. Gesaan itu disuarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung sikap pilih kasih DBKL yang didakwa memberi lesen serta tapak perniagaan kepada penjaja yang mempunyai hubungan rapat dengan mereka serta Umno. Menurut Izzah, sikap dwi standard yang diamalkan DBKL ini, benar-benar menunjukkan ketidaktelusan mereka dalam menjalankan tugas. "Yang kita bangkitkan adalah apabila DBKL memilih bulu di mana sesetengah tempat perniagaan disaman, manakala selebihnya dibiarkan begitu sahaja. Jadi, saya didatangi penduduk dan peniaga untuk menyelesaikan perkara ini. "Sebagai Ahli Parlimen saya menggesa DBKL supaya menyenaraikan penjaja yang layak mendapat lesen, bukannya syarat mereka(penjaja) adalah ahli mana-mana parti," katanya demikian dalam satu sidang media berhubung nasib sebahagian penjaja yang dianak tirikan pihak DBKL. Tambahnya, sikap berat sebelah pihak DBKL juga semakin ketara apabila seorang penjaja warganegara Malaysia yang telah lama menjalankan perniagaan di kawasan itu dikenakan saman dan dirampas alatan perniagaan, sebaliknya peniaga lain yang mengupah pekerja warga asing tanpa permit tidak dikenakan sebarang tindakan. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya segera mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan khususnya kepada bahagian penguatkuasaan untuk memastikan pihak DBKL menjalankan tugasan dengan konsisten. Nurul Izzah juga memohon penjaja yang menjalankan perniagaan di bahu jalan mahupun laluan pejalan kaki segera diberikan lesen perniagaan serta segera dipindahkan ke tapak baru bersebelahan pondok polis Sri Sentosa yang ternyata lebih selesa dan tidak menghalang lalu lintas. "Saya rasa perkara ini adalah masalah besar yang akan mengganggu-gugat perniagaan penjaja di kawasan ini untuk mencari rezeki. Saya memohon DBKL supaya bersikap adil terhadap semua pihak dan tidak begitu mengecewakan penjaja di kawasan ini," tegasnya. | ||
Selangor Sokong Kempen Anti-Lynas Posted: 23 Dec 2011 02:02 AM PST Oleh Afeeqa Afeera SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan menganjurkan majlis makan malam bulan depan bagi mengutip dana untuk kempen menghalang pelaksanaan projek Loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) yang beroperasi di Pahang. Majlis pada 7 Januari itu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) merupakan inisiatif permulaan di Selangor yang bakal mengumpulkan pihak prihatin terhadap isu projek loji Lynas di Kuantan. Difahamkan dana yang dikumpul bakal digunakan bagi menbiayai usaha membawa syarikat Lynas ke mahkamah. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping berkata kempen yang dikenali sebagai 'Anti-Lynas' ini turut mendapat kerjasama daripada barisan pimpinan Exco Selangor lain dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat oleh negeri-negeri lain. "Kerajaan Selangor menganjurkan kempen ini sebagai salah satu usaha padu untuk menyokong kempen ini secara berterusan. Saya juga difahamkan majlis makan malam ini akan bergerak ke negeri lain. Antara pemimpin yang akan menyertai majlis itu adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain," katanya. Projek Lamp yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan seluruh negara kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri. Loji itu kini dihentikan sementara menantikan penilaian satu panel pro-nuklear yang dilantik Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Mosti). Difahamkan, sekiranya projek itu diluluskan barisan panel tersebut, loji yang dikendalikan Lynas Corporation itu akan menghasilkan sisa radioaktif thorium. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya projek loji berkenaan disebabkan ia tidak selari dengan pembangunan lestari di negeri itu. Beliau berkata, Akademi Sains semalam memaklumkan kepadanya bahawa negeri itu akan mendapat pelaburan teknologi hijau berkuasa tinggi hasil daripada pemprosesan nadir bumi yang dilaksanakan. Tambahnya, pihak Akademi mendakwa ia adalah peluang terbaik bagi Malaysia untuk menyertai projek perhiliran berbekalkan teknologi canggih yang pernah dihasilkan. "Saya ingin menyangkal kenyataan tersebut kerana hakikatnya Malaysia tidak mempunyai nadir bumi yang mencukupi. Malaysia hanya memiliki 0.03 peratus nadir bumi di dunia ini. Maksudnya, nadir bumi yang digunakan itu bukannya datang dari Malaysia, sebaliknya dari Australia dan negara lain. Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Akademi berhubung perkara berkenaan adalah tidak relevan sama sekali," tegasnya. Sehubungan itu, dana yang diperoleh daripada kempen itu nanti akan digunakan bagi membawa kes tersebut ke mahkamah. Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar menjelaskan, pembinaan projek loji Lamp bukan sahaja merugikan rakyat, bahkan akan meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang. Ia merujuk kepada pengurusan sisa pepejal dan cecair yang mengandungi elemen radioaktif yang akan menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berhampiran ekoran daripada pencemaran alam sekitar yang serius. "Bagi kita khususnya dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, kita melihat bahawa isu alam sekitar dan nyawa rakyat merupakan isu terpenting berbanding isu lain kerana ia melibatkan kehidupan. Dengan berjayanya projek Lynas di Pahang, tidak mustahil mereka akan membina projek yang sama di negeri-negeri lain memandangkan keuntungan yang bakal diperolehi itu besar. | ||
Majlis Tanah Negara, BN Halang Usaha P Pinang Beri Pemilikan Tanah Pada Rakyat Posted: 23 Dec 2011 01:58 AM PST Oleh Afix Redzuan GEORGETOWN: Usaha kerajaan Pulau Pinang untuk memberikan pemilikan tanah kepada rakyat Pulau Pinang dengan menukar status pajakan kepada pemilikan terus dihalang oleh wakil Barisan Nasional dan Majlis Tanah Negara. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, usaha tersebut tertakluk kepada keinginan Majlis Tanah Negara untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan dasar tersebut. "Saya sebut kerajaan negeri dari segi dasar tanah negeri mahu berikan pemilikan terus kepada rumah kos rendah dengan premium minima atau percuma untuk memartabatkan rakyat supaya orang miskin dapat miliki rumah mereka selama-lamanya. Sungguhpun ini bukan janji dalam menifesto dalam pilihanraya umum yang lalu, tapi kita mahu berbuat demikian kerana ingin memertabatkan rakyat Pulau Pinang khususnya rakyat yang miskin. "Tapi masalahnya cadangan ini mesti dibincangkan terlebih dahulu di Majlis Tanah Negara mengikut Perkara 91 Perlembangaan Persekutuan," katanya. Jelas beliau, sungguhpun perkara ini diminta untuk dibincangkan, ianya tidak dapat dilakukan sehingga tahun depan dan pada masa yang sama wakil Barisan Nasional dalam Majlis Tanah Negara membantah dan menentang cadangan Pulau Pinang. "Lewat bukan masalah kita. Lewat adalah masalah majlis tanah negara, tidak mahu berbincang sehingga tahun hadapan dan wakil-wakil BN mementang cadangan Pulau Pinang," katanya. Beliau turut membidas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengatakan beliau memberikan alasan kesukaran membuat pertukaran pemilikan terus menjadi punca kerajaan negeri tidak mahu membina rumah kos rendah. "Tapi hari ini saya terkejut saya melihat dia (ahli Barisan Nasional) pula cakap lain. Saya tak sebut langsung rumah kos rendah. Tak sebut langsung rumah kos rendah dalam jawapan saya. Dia pula tambah, dia pula tipu dengan menyatakan saya beri alasan kerana tidak boleh tukar kepada pemilikan terus maka tidak mahu buat rumah kos rendah. Ini menunjukkan Chua Soi Lek memang suka tipu. "Saya nak berikan nasihat, Chua Soi Lek, anda boleh menipu dengan awak punya anak, isteri, ahli keluarga, ahli MCA, ahli Barisan Nasional tetapi anda tidak boleh menipu dengan rakyat. Kerana apa yang saya cakap adalah jelas. Saya hanya cakap usaha kita untuk menukar kepada free hold rumah-rumah yang sedia ada, rumah kos rendah yang sedia ada daripada listhold kepada freehold tidak dapat diaksanakan kerana Majlis Tanah Negara masih tidak mahu membincangkan perkara ini," katanya. | ||
Posted: 23 Dec 2011 01:55 AM PST Sejak usia remaja, saya pernah dinasihatkan oleh orang tua supaya jangan masuk campur dengan arena politik apabila dewasa kelak. Mengikut mereka, politik hanyalah "permainan kotor" yang menguntungkan politikus sahaja, lantas kepentingan rakyat sejagat jarang dipertimbangkan secara ikhlas. Setiap satu yang diberikan kepada rakyat diragut satu yang lain, contohnya masing-masing peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan kebebasan akademik. | ||
Komentari Novel: Mengharungi Titik Noktah Posted: 23 Dec 2011 01:54 AM PST Persoalan | ||
Guan Eng: Lanjutkan umur persaraan sektor swasta selaras sektor awam Posted: 23 Dec 2011 01:47 AM PST DAP mencadangkan sokongan dwipartisan untuk lanjutan umur persaraan pekerja sektor swasta selaras dengan sektor awam, iaitu kepada 58 tahun ataupun 60 tahun seperti yang dicadangkan. Masa sudah tiba bagi Kerajaan BN untuk melaksanakan lanjutan umur persaraan untuk sektor swasta sebelum pilihan raya umum yang akan datang. | ||
Adam Adli buat laporan polis ugutan ditumbuk anggota polis Posted: 23 Dec 2011 01:45 AM PST KUALA LUMPUR — Aktivis Pelajar yang dipercayai menurunkan kain rentang wajah Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi tempoh hari tampil membuat laporan polis atas insiden kecaman ditumbuk dan ugutan yang diterimanya daripada seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Adam Adli, 22, telah menerima ancaman ditumbuk oleh seorang anggota polis bernama Roslan Mokhtar ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu. Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini, Adam menyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis yang lain tanpa dihalang mereka. "Jadi keterangan hari ini diambil berdasarkan insiden tersebut dan kita akan lihat sama ada anggota polis yang terlibat ini akan ambil tindakan kerana ia begitu jelas bahawa terdapat ugutan dari pihak polis," kata peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar. Menurut peguam daripada "Lawyer for Liberty" ini lagi, demonstrasi yang dilakukan kumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu tiada sebarang jenayah dilakukan, sebaliknya ini hanyalah satu pelanggaran norma masyarakat yang diterima masyarakat antarabangsa. "Oleh itu, tindakan kecaman daripada kerajaan dan pihak berkuasa ini harus dihentikan," tambahnya lagi. Sementara itu, Adam menjelaskan, isu menurunkan kain rentang itu hanyalah isu yang diputarkan oleh pihak yang takut terhadap gerakan mahasiswa. "Isu menurunkan bendera itu hanya mainan pihak yang takut dengan gerakan mahasiswa, sama dengan fitnah yang dibuat oleh Utusan Malaysia di dalam portalnya. "SMM dengan ini menuntut Naib Ketua Umno Kepala Batas, Reezal Merican memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas pengeluaran artikel fitnah dalam Utusan Malaysia bertarikh 21 Disember yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri. "SMM menegaskan, bendera Datuk Seri Najib hanya diturunkan dalam lima minit dan kemudiannya dinaikkan semula, tiada insiden bendera tersebut dipijak," katanya lagi. Menurut Adam, sekiranya Reezal tidak mengeluarkan kenyataan maaf berkenaan, mahasiswa tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Kenyataan itu jelas Adam adalah cubaan untuk memburukkan SMM dan memberikan oersepsi negatif terhadap isu yang dibawa Bebas. SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan tersebut terlalu dangkal dan hanya bersifat sentimen sokongan terhadap perdana menteri tanpa mengulas mengenai kebebasan akademik yang diutarakan mahasiswa. | ||
Karyawan filem kembalilah kepada fitrah integriti Posted: 23 Dec 2011 01:40 AM PST
| ||
Hasan diminta berhenti 'bercakap' Posted: 23 Dec 2011 01:37 AM PST
| ||
Posted: 23 Dec 2011 01:34 AM PST
| ||
PAS sambut baik penangguhan SBPA Posted: 23 Dec 2011 01:30 AM PST
| ||
NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin Posted: 23 Dec 2011 01:26 AM PST
| ||
Posted: 23 Dec 2011 01:23 AM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini, penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu. Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan penagih dadah. Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di Pengasih. "Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam. Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri. "Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan.-Kosmo! | ||
Jangka hayat lelaki 71.9, wanita 77 tahun Posted: 23 Dec 2011 01:18 AM PST MALAYSIA CHRONICLE PUTRAJAYA - Purata jangka hayat untuk lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing meningkat daripada 70 tahun dan 74.7 tahun pada 2000 kepada 71.9 tahun dan 77 tahun pada 2010. Ketua Perangkawan, Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, wanita keturunan Cina mempunyai jangkaan hayat tertua iaitu 79.8 tahun, diikuti perempuan India (76.2 tahun), perempuan bumiputera (75.3 tahun), lelaki Cina (74.4 tahun), lelaki bumiputera (70.5 tahun) dan lelaki India (68 tahun). ''Indikator demografi menunjukkan bahawa 475,816 bayi dilahirkan pada 2010 berbanding 129,327 yang mati pada tahun sama, ini bermakna pertambahan semula jadi penduduk Malaysia adalah seramai 346,489 orang," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mukim 2010 dan Produk Statistik 2011/2012 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini. Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, kadar kesuburan atau kelahiran anak oleh pasangan di Malaysia telah merosot daripada purata tiga orang anak pada 2000 kepada 2.2 orang anak pada tahun 2010. ''Kadar kesuburan bumiputera adalah 2.6 anak, Cina (1.5 anak) dan India (1.7 anak). ''Antara faktor yang menyumbang kepada trend ini adalah peningkatan jumlah wanita yang bekerja, wanita tersebut juga boleh membuat keputusan untuk menentukan saiz keluarga mereka dengan menggunakan teknologi (mencegah kehamilan) yang ada," katanya. Tambahnya, sebanyak 95 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal dalam kawasan PBT berbanding 89 peratus pada tahun 2000. ''Daripadanya, 67.5 peratus penduduk terdiri daripada kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun berbanding 63.1 peratus pada tahun 2000. ''Bagi kumpulan umur melebihi 64 tahun, saiz penduduk ialah lima peratus dan umur kosong hingga 14 tahun sebanyak 27.5 peratus," katanya. Mengulas isu berkaitan, Nor Mohamed berkata, Malaysia belum lagi mencapai tahap negara tua kerana hanya kira-kira lima peratus daripada rakyat berumur 65 tahun ke atas berbanding standard antarabangsa untuk negara tua iaitu tujuh peratus. ''Populasi Malaysia masih muda dan peratusan yang tergolong dalam kumpulan produktif adalah tinggi," katanya.--Utusan | ||
Propaganda musuh terhenti, fokus kemungkaran BN Posted: 23 Dec 2011 01:15 AM PST | ||
Pegawai SPRM serbu pejabat NFC Posted: 23 Dec 2011 01:15 AM PST MALAYSIA KINI Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Pegawai berkenaan, diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian. Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010. NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar. | ||
Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun Posted: 23 Dec 2011 01:09 AM PST Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah. Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia. Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari. Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat. Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu. Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut. | ||
SPRM akan panggil siapa saja terlibat dalam kes NFC Posted: 23 Dec 2011 01:07 AM PST MALAYSIA KINI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semua individu yang mempunyai kaitan berhubung kes dana National Feedlot Corporation (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sesiapa sahaja yang terlibat termasuk ahli pengurusan kanan syarikat terbabit akan dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program 'KL Principle Code of Ethics for the SMEs' di Kuala Lumpur hari ini. Katanya setakat ini hanya satu tangkapan dibuat oleh pihak polis semalam dengan menahan reman seorang ahli perniagaan yang bergelar 'Datuk' dan kes ini telah diserahkan kepada pihak polis. "Tangkapan ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kes NFC namun kita masih meneliti keseluruhan skop siasatan sama ada mempunyai kaitan dengannya dan penyiasatan akan dibuat setulus dan secara profesional mungkin," katanya.- Bernama | ||
Khir Toyo umum masa depan politik 9 Jan Posted: 23 Dec 2011 01:02 AM PST Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya pada 9 Januari depan. | ||
Nik Aziz turut pertahankan Negara Kebajikan Posted: 23 Dec 2011 12:59 AM PST MALAYSIA KINI Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempertahankan dasar negara kebajikan yang dianjurkan oleh parti itu. Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendukung keputusan mesyuarat lajnah politik parti itu untuk memanggil tiga orang yang terlibat dengan pertikaian yang telah mencetuskan keresahan ahli dan penyokong PAS sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi mendapatkan penjelasan 'rasmi' dan tindakan seterusnya. | ||
Posted: 23 Dec 2011 12:52 AM PST Aktivis pelajar berdepan pendengaran tatatertib Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyerahkan notis kepada aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim supaya menghadiri sesi pendengaran tatatertib pada 9 Januari berhubung insiden menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini. Adam, pelajar UPSI, dilanda kontroversi selepas bertindak menurunkan bendera Najib di ibupejabat Umno di PWTC Sabtu lalu. | ||
20 calon tidak mungkin menang PRU-13: Cuba teka siapa mereka? Posted: 22 Dec 2011 04:13 PM PST Mathias Gomes, Malaysia Chronicle Selepas Perhimpunan Agong Umno yang lepas dan perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh pemimpin pakatan BN, saya berasa amat jelik dan ia telah pun menyebabkan saya tidak menghadap computer selama 10 hari. Terima kasih kepada ubat-ubatan dan antibiotik, allergik saya telah pulih dan saya akhirnya berupaya untuk duduk dan menulis semula. 20 calon utama yang tidak mungkin menang PRU 13, disusun dari bawah 20: P Ramasamy (DAP), beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dan sebenarnya tidak berada dalam senarai saya ini apabila idea itu datang beberapa minggu yang lalu. Tetapi, situasi yang ada sekarang telah dicipta oleh beliau sendiri. Beliau telah menjengkelkan pengundi di Pulau Pinang. Saya sangat kesal kerana melihat seorang lelaki jatuh hanya kerana egonya. Beliau mahu kerusi di negeri dan juga di Parlimen kerana merasakan bahawa beliau layak. Keangkuhan beliau akan membawa kepada kekalahannya. 19: Nasharudin Mat Isa (PAS). Dengan hubungan beliau dengan UMNO, dan juga Hassan Ali, beliau telah meletakkan diri beliau jauh daripada pengundi dan juga PAS yang menyayangi beliau seperti anak. Tapi Nampak gayanya ia tidak berbaloi. Kini, sekiranya beliau di pilih untuk bertanding satu kerusi untuk PAS, peluang beliau untuk menang agak tipis. Walaupun beliau mempunyai penyokong, tetapi ia tidak cukup untuk beliau menang. Beliau akan memerlukan pertolongan daripada UMNO, yang berkemungkinan akan simpati pada beliau dan mungkin juga akan memberikan sekotak dua kotak undi pos untuk membantu beliau. 18: Siapa lagi? Semestinya Hassan Ali (PAS). Si pandai ini akan jatuh teruk. Beliau akan akhirnya akan kembali kepada realiti. Rakyat Selangor akan memberitahu beliau bahawa mereka tidak suka akan taktik kotor dan menjengkelkan beliau. Sekiranya beliau bertanding di Terengganu, beliau mungkin boleh menang tetapi, sekiranya di Selangor dengan bantuan UMNO beliau pasti kalah teruk. Sekiranya beliau fikir bahawa rakyat Selangor bodoh akan mempercayai karut marut yang beliau adakan selama ini, beliau memang silap. Rakyat Selangor sememangnya berpelajaran dan bijak. Mereka tidak akan mudah melupakan isu-isu yang ditimbulkan UMNO dan Hassan terutamanya mengenai serbuan DUMC dan juga Injil bercakap yang bertujuan menakut-nakutkan orang Islam. 17: Zulkilfli Noordin (Calon bebas pro BN) Ini seorang lagi pencetus masalah yang sering berpura-pura seperti orang alim. Tetapi malangnya beliau hanya layak untuk tong sampah. Sekiranya beliau bertanding lagi di Bandar Baru Kulim, beliau pasti kalah. Penduduk di sana akan memastikan beliau akan kehilangan wang deposit beliau. Mereka yang mengundi beliau atas tiket PKR telah merasa tertipu dan sekiranya UMNO meletakkan beliau lagi di sana, PKR pasti menang! 16: Zahrain Hashim (Calon bebas pro BN) Dahulu, beliau dianggap sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim. Zahrain akhirnya menjual persahabatan dan maruah beliau kepada UMNO semata untuk mendapatkan yang tidak seberapa dan juga mengikut PM ke luar negara. Penduduk di Bayan Baru sememangnya mahu melihat beliau kembali tetapi kali ini, mereka menanti dengan telur buruk. Beliau tidak berani menunjukkan mukanya di sana lagi sejak menipu mereka. Beliau juga mungkin tidak akan diambil oleh mana-mana parti walau UMNO sekalipun. Beliau akan kalah di mana sahaja beliau bertanding di Malaysia. 15: Nasharuddin Hashim (UMNO). Ada sesiapa yang ingat pada beliau? Beliaulah yang menjadi penyumbang kepada huru-hara di Perak apabila keluar parti PKR dan masuk UMNO. Bukan itu sahaja, beliau juga membawa 3 orang ADUN PKR bersama untuk masuk UMNO. Beranikan beliau bertanding di Bota lagi? Tidak mungkin kerana orang Bota akan ingat betapa beliau ini seorang penipu. Ceramah beliau sentiasa melaungkan janji setia pada Anwar tetapi, beberapa hari sahaja selepas menang, beliau terus kembali kepada UMNO. Sekiranya ada satu soalan yang boleh ditanya rakyat Bota kepadanya, ia adalah berapa banyakkah yang dibayar Najib kepadanya untuk lakonan beliau itu. 14: Osman Jailu (Calon bebas pro BN). ADUN Changkat Jering ini adalah antara 3 orang yang popular dengan situasi menggigit tangan yang memberi mereka makan. Beliau lah antara 3 orang yang melompat parti dan membawa kepada rampasan kuasa di Perak. Changkat Jering akan memberi pengajaran untuk beliau sekiranya beliau menagih undi mereka lagi. Mungkin juga beliau sudah bersara kini. Denagr-dengar beliau telah mendapat habuan besar untuk pengkhianatan beliau –cukup untuk mengenyangkan keluarganya dan generasi yang seterusnya. 13: Jamaluddin Mohd Radzi (Calon bebas pro BN). Layaknya seperti kasanova dengan misai tebalnya. Sememangnya seorang penipu. Beliaulah orang kedua dalam drama rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Nizar Jamaluddin. Behrang juag ingat pada bekas posmen ini. Beliau juga akan kehilangan wang deposit sekiranya beliau cuba bertanding di sana lagi. Beliau diyakini gagal. 12: N Gopalakrishnan ( Calon bebas pro BN). Beliau merupakan bekas ketua pemuda MIC dan juga rapat dengan Samy Vellu. Saya ingat pada beliau kerana saiz kek harijadi yang beliau berikan kepada Samy Vellu. Ada kalanya kek yang beliau berikan itu mencecah 4 kaki. Beliau menjadi rapat dengan Anwar Ibrahim dan juga menjadi seorang yang terkenal dalam PKR, sangat fasih berbahasa Melayu. Tetapi seperti yang lain, beliau juga telah mengkhianati Anwar kerana wang. Keadaan kewangan beliau sangat teruk tetapi sekarang nampak gayanya beliau sudah melangsaikan segalanya dan hidup senang- hasil bantuan UMNO. Orang di Bagan Serai, termasuk kaum India di sana tidak akan mengundi beliau lagi dan kita akan terselamat daripada mendengar seorang lagi si mulut bechok di Parlimen. 11: M Saravanan (MIC) Beliau dianggap sebagai salah seekor anjing Samy Vellu (You tube). Juga seorang yang mempunyai personaliti besar tetapi latar belakang yang tidak baik dan sekarang beliau sedang berhadapan dengan skandal penipuan membabitkan beberapa buah flat DBKL dan semestinya beliau menepis dakwaan itu. Walaupun telah menang 3000 undi di Tapah pada 2008, beliau akan kalah sekiranya bertanding lagi di sana kerana kaum India di situ telah memboikot beliau. Terima kasih kepada Hindraf, sesiapa pun boleh menang di sana. Sekiranya ada pertarungan 3 penjuru, PKR pasti menang. 10: Subramaniam Sathasivam (MIC), sekarang merupakan timbalan pengerusi MIC dan Menteri Sumber Manusia. Beliau sedang bertelagah dengan boss beliau, G Palanivel. Tercetusnya pertelagahan dalaman MIC dikalangan pemimpin tinggi mereka telah menghasilkan perpecahan diakar umbi dan ini sememangnya melemahkan kedudukan beliau dalam parti. Walaupun mungkin ada yang mengundi beliau nanti tetapi orang-orang jahat dalam MIC akan memastikan kekalahan beliau si Segamat! 9: K Devamany (MIC). Timbalan Presiden MIC, Devamany adalah antara beberapa calon mereka yang menang pilihanraya lepas. Tetapi, Cameron Highland sudah tidak mengkehendaki beliau. Selepas 2 tempoh, beliau telah lupa asal usul beliau dan beliau sekarang ingin memasui politik peringkat kebangsaan dan ini tidak membawa hasil apabila ia mengorbankan kawasan beliau yang juga telah merasa diabaikan. Sememangnya akan kalah di Cameron Highland- tiada keraguan mengenai itu. 8: Khairy Jamaluddin (UMNO) Si bijak pandai graduan Oxford ini bukanlah lawan Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin (PKR) di Rembau. Seperti biasa, apabila Khairy menang, pasti ada kontroversi seperti juga kemenangan beliau melawan Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda. Sekiranya beliau ingin mempertahankan Rembau, terutamanya selepas skandal Gemas, NFC- Shahrizat Jalil, dan juga sekiranya UMNO merelakan beliau bertanding, Khairy akan kalah teruk. UMNO pasti akan membuang beliau daripada UMNO. Penyelamat Khairy hanyalah bapa mertua beliau yang mungkin boleh meyakinkan orang-orang besar UMNO untuk beliau lepaskan kawasan beliau Kepala Batas dan Khairy bertanding di sana. Layaknya seperti pengorbanan besar tetapi UMNO mungkin akan menolak. Tidak menjadi rahsia bahawa orang seperti Mahathir Mohamad mahukan karier politik Khairy berakhir. 7: Leo Gwo Burne (PKR) Beliau menjadi popular setelah skandal pita 'correct, correct, correct' Lingam. Semasa tsunami yang belaku pada 2008, beliau telah di hadiahkan kemenangan oleh rakyat kerana mendedahkan ketidak jujuran dalam sistem kehakiman Malaysia. Beliau agak kolot dan belum bersedia untuk politik peringkat kebangsaan. Sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon, sudah tentu PKR akan kalah di Kelana Jaya. 6: Syed Hamid Syed Jaffar Albar (UMNO) Bekas menteri dalam negeri inilah yang bertanggungjawab memeningkan kepala Hishamuddin Hussein mengenai isu pendatang haram. Semasa beliau mentadbir, beliau telah meluluskan banyak lesen kepada syarikat-syarikat untuk membawa masuk pekerja asing. Syarikat-syarikat ini memperoleh 20 000 hingga 50 000 permit yang di 'outsource'. Pentadbiran sangat lemah sehinggakan banyak syarikat-syarikat ini bungkus selepas mendapat keuntungan besar. Ini menyebabkan pemegang permit 'outsourced' mendapat masalah kerana kehilangan status sah mereka selepas firma-firma ini tutup. Hisham ynag kurang bijak itu sekarang harus berhadapan dengan masalah ini. Syed Albar yang juga bertanggungjawab menahan Teresa Kok, Raja Petra dan seorang wartawan Sin Chew dibawah ISA pada 2008 tidak akan menang di Kota Tinggi. Umno juga tidak mungkin akan membenarkan beliau bertanding. 5: Chua Soi Lek (MCA). Akankan presiden MCA ini menjadi calon pada pilihanraya akan datang? Ikut kemahuan dirinya, sudah semestinya beliau mahu bertanding walaupun tidak popular. Tetapi ketamakkkan Soi Lek sudah pun diketahui umum dan beliau akan terus memaksa UMNO sehingga mereka membenarkan beliau. Malang untuk beliau, sama ada orang Cina atau Melayu, mereka akan membantah. Melihat kepada kedudukan beliau, pasti beliau dapat bertanding di beberapa kawasan. Mungkin beliau juga merasa bahawa beliau ada kerusi selamat di Labis, kawasan beliau sebelum ini. Tetapi memandangkan kenyataan beliau mengenai hudud yang menimbulkan marah orang Melayu, dan juga usaha untuk menaikkan anak beliau juga DVD seks beliau, yang menimbulkan kemarahan orang Cina, ada baiknya beliau tidak bertanding. Rakyat sebenarnya mahu beliau berundur. Beliau mengampu UMNO demi mendapatkan kerusi dan menyokong UMNO membabi buta. Sememangnya rakyat Malaysia mengatakan TIDAK kepada Soi Lek. 4: P Kamalanathan (MIC). Ketua penerangan MIC ini mempunyai taraf keraguan yang belum dibersihkan tetapi tetap menang di Hulu Selangor terima kasih kepada jentera BN yang menjalankan rasuah untk undi. Beliau melakukan dosa besar kepada kaum India apabila beliau tunduk mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin. Gambar itu terpahat di minda pengundi India – gambar yang menceritakan segalanya- beliau hamba. Saya boleh bertaruh bahawa tiada orang India di Malaysia yang suka akan gambar itu. Beliau juga merupaka orang buangan dalam MIC. Beliau akan kalah di tempat di mana orang India menjadi penentu kemenangan seperti Hulu Selangor. Satu kekalahan yang pasti buat BN. 3: Sekarang untuk tiga ter-atas- tiga yang pasti kalah. Berada di tempat ke-3 adalah manusia yang sudah hamper pupus. Raja Amfibia dan yang ke -2 paling bersikap perkauman selepas Mahathir Mohamad. Ya tuan-tuan dan uan-puan, beliau ialah Ibrahim Ali (Calon bebas pro BN). Beliau akan bertanding di Pasri Mas sebagai orang UMNO atau bebas? Apa jua yang beliau pilih, beliau akan kalah teruk sama ada Pasir Mas atau mana-mana sahaja di Malaysia. Inilah balasan rakyat kepada beliau kerana cuba memecahbelahkan masyarakat. Beliau mungkin fikir bahawa beliau dipuja orang Melayu kerana menjadi jaguh yang memperjuangkan hak mereka melalui Perkasa tetapi beliau silap. Apa yang beliau buat menjadikan beliau tidak ubah seperti pelawak. Cuma orang UMNO yang sayang pada beliau dan mereka sangat sedikit. Beliau dan Perkasa akan dilenyapkan semasa pilihanraya kelak. Semua sudah muak dengan beliau dan sudah semestinya Mahathir juga akan meninggalkan beliau. 2: Di tempat kedua adalah wanita yang sudah menjadi bebanan kepada UMNO- dengan atau tanpa keluarga beliau. Beliau sangat dikenali kerana skandal NFC yang berjumlah RM 250 juta. Bagaimanakah lembu boleh tinggal di kondo dan menaiki Mercedes? Hanya di Malaysia! Tidak hairanlah Malaysia merupakan negara ke 4 paling rasuah di dunia! Selamat datang ke "Bolehland" di mana perkara yang mustahil jadi tidak mustahil. No 2 tidak lain tidak bukan, Shahrizat Jalil (UMNO). Beliau kalah di Lembah Pantai kepada Nurul Izzah, puteri reformasi dan telah dilantik melalui jalan belakang dengan pangkat Senator untuk menjadi Menteri Wanita. Kerajaan UMNO telah dengan pemurahnya memberikan pinjaman RM250 juta kepada keluarga beliau untuk memulakan projek ternakan lembu dan kini sudahpun menjadi harta mereka. Inilah ibu kepada semua skandal di Malaysia walaupun ia tida mencapai tahap setinggi skandal Najib dengan isu kapal selam Scorpenes bernilai RM 12.5 billion, isu kawasan bebas Pelabuhan Kelang di mana berjuta wang cukai rakyat Malaysia disalahguna. Skandal lembu dan kondo Shahrizat sememangnya suatu lagenda kerana ia telah berjaya memburukkan UMNO dan menghilangkan rasa hormat yang ada daripada rakyat. Shahrizat sememangnya beban untuk UMNO dan tidak mungkin beliau menang di mana sahaja di Malaysia. 1: Dan akhirnya, saat yang ditunggu! Calon paling tidak dapat menang dalam sejarah Malaysia- di tempat pertama merupakan wanita Cina paling dibenci oleh rakyat Malaysia – Hee Yit Foong (DAP). Beliau dipanggil pelbagai nama dan telah mencetuskan rampasan kuasa di Perak. Orang ke 3 dalam drama tersebut dan menjadi yang paling menjengkelkan pada masa itu. Untuk pengkhianatan beliau, beliau telah memperoleh RM 25 juta daripada kroni kerajaan. Orang di Jelapang akan memberikan satu pengajaran untuk beliau sekiranya beliau kembali menagih undi di sana. Ada yang mengatakan bahawa beliau akan dibaling dengan selipar buruk dan penyapu. Kami rasa beliau tidak mungkin akan menang di mana-mana di Malaysia kerana belakang beliau sendiri pun tidak akan mengundi untuk beliau setelah melihat muka beliau! Apakah yang lebih sarkastik daripada itu? Hahahhaha !Malaysia Chronicle | ||
Pemuda Umno guna gangster ugut mahasiswa Posted: 22 Dec 2011 04:12 PM PST SAMM mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian. PETALING JAYA: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang. Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian. SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik. "Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa," katanya. Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon. "Setelah berjumpa Adam, saya menasihatkan Adam membuat laporan polis," katanya. Beliau berkata, tunjuk perasaan mahasiswa pada Sabtu lalu adalah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Katanya, jika Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku. Katanya, kehadiran kumpulan lebih 400 mahasiswa selepas mereka menghantar memorandum di Suhakam selepas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
buy tramadol online cod tramadol for dogs maximum dosage - tramadol ratiopharm 100 mg bei kopfschmerzen
Catat Ulasan