ALHUSSEYN |
Hasan Ali tidak baca sejarah parti? Posted: 22 Dec 2011 08:23 PM PST Petikan dari : Merdeka Review oleh : Mujahid Yusof Rawa Memahami Perjuangan Sebuah parti politik tidak mungkin kekal tanpa beberapa perkara. Pertama, prinsip, kedua organisasi dan ketiga pimpinan. Pertama berupaya menarik minat pendukung dan penyokongnya. Dari sudut organisasinya ia akan melahirkan penggerak dan aktivis parti yang asasnya ialah ketaatan. Manakala ketiga, dari sudut kepimpinan mewakili hiraki tertinggi yang akan membekalkan arahtuju perjalanan parti. Melalui tiga komponen di atas, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat penting iaitu, pemimpin akan datang dan pergi namun prinsip dan organisasi perjuangan akan terus kekal. Ini adalah pengajaran yang berkekalan sehingga ia menjadi satu kaedah yang sukar dicabar kebenarannya. Dinamika Perjuangan ![]() Dinamika PAS PAS bukan sebuah parti yang jumud, perkembangannya dan sejarah pencapaiannya menggambarkan ia senantiasa menepati kehendak semasa tanpa hilang prinsip yang diperjuangkan. Gamaknya orang seperti Hasan Ali gagal membaca sejarah dinamika PAS walaupun berdegar-degar berucap di atas pentas PAS. Untuk pengetahuan mereka yang sekepala dengan Hasan Ali, PAS memulakan manifesto politiknya di awal 1950-an hingga 1960-an dengan menawarkan konsep negara kebajikan melalui slogan Baldatun Thaiyyibatun wa Rabbun Ghafur (petikan dari al quran). Asasnya ialah Adopt Islamic Principles, Restore Malay Sovereignity, Improve The Standard of Living, Practice True Democracy dan Promote Social Justice. Apakah Hasan Ali tidak membaca sejarah PAS kerana sibuk "bermotivasi" bahawa Negara Berkebajikan sudahpun menjadi manifesto PAS sejak 1950-an lagi? Apa yang dikemukakan oleh PAS hari ini hanyalah penyegarannya mengikut tuntutan semasa. Isu Negara Islam ![]() Sekali lagi Negara Berkebajikan diolah mengikut kesesuaian semasa dan perkembangan semasa. Persoalan negara Islam hanyalah transisi kepada isu substantif yang lebih inklusif sifatnya. Apa masalah Hasan Ali dan yang sama waktu dengannya tidak memahami dinamika ini? Bukankah makna Tajdid ialah mengembalikan keadaan yang berubah kepada bentuk asalnya dan kekal releven? Siapa yang Tergelincir? ![]() Ada pepatah Melayu mengatakan "tidak pandai menari, lantai dikatakan tidak rata". Pepatah ini membayangkan suka menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Samalah dengan Hasan Ali yang mendakwa PAS tergelincir dari landasan perjuangan sedangkan dia yang tidak memahami dinamika PAS hari ini. Memang mudah menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri, namun ahli PAS lebih matang untuk menilai kenyataan Hasan Ali. Orang PAS akan bertanya balik, siapa yang tergelincir? PAS atau Hasan Ali? Teruslah Bermotivasi Selalunya apabila seseorang mula bercakap merapu kita akan berkata "teruslah anda bermimpi" tapi untuk Hasan Ali saya akan berkata "teruslah bermotivasi" walaupun ahli PAS dah menganggap ianya sesuatu yang basi. Kepada yang sama waktu dengan Hasan Ali, buatlah keputusan dan tanyalah kepada pakar motivasi anda bagaimana hendak cepat membuat pilihan. Bukankah pakar motivasi selalu mengatakan bahwa segala-galanya bermula dengan membuat pilihan! Sekurang-kurangnya Hasan Ali dah menampakkan arah tuju keputusan dan pilihannya, saya mengharapkan telahan saya tidak betul. *Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan