Jumaat, 16 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NFC: Polis enggan dedah jumlah dipanggil

Posted: 16 Dec 2011 04:16 AM PST

MALAYSIA KINI

Polis mengesahkan ramai individu dipanggil untuk diambil keterangan berhubung dakwaan pecah amanah atau penyelewengan isu dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

NONEBagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kiri) enggan mendedahkan jumlah sebenar mereka yang telah dipanggil pihak polis berhubung kes tersebut.

"Ramai lagi saksi telah dipanggil dan kami masih dalam siasatan bagi menyelesaikan kes yang berprofil tinggi ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan "Balai League Table Siri 2 & 3" di Balai Polis Wangsa Maju di Kuala Lumpur, hari ini.

Balai Polis Wangsa Maju merupakan antara 30 buah balai polis yang memenangi anugerah itu daripada 753 balai yang telah mengambil bahagian.

Sebelum ini, Khalid mengesahkan seramai 74 individu telah dipanggil untuk diambil keterangan.
- Bernama

'Hasan, Nasha terperangkap dalam agenda Umno'

Posted: 16 Dec 2011 04:13 AM PST


MALAYSIA KINI

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

NONEMustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti, lapor Harakahdaily.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama organ parti Harakah dan Harakahdaily di Kuala Lumpur, hari ini.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

'Kekecewaan tidak terpilih'

Hasan pula selepas itu dilaporkan berkata akan terus bekerjasama dengan PAS dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja.

Mengulas perkara itu, Mustafa berkata, kenyataan itu menggambarkan Dr Hasan seolah-olah mempersoal dasar Islam yang diperjuangkan PAS dan terpengaruh dengan tuduhan parti itu diperalatkan DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," beliau dipetik sebagai berkata kepada organ parti PAS.

Mustafa juga dilaporkan turut menegur Saari yang dianggap mendahului parti sedangkan urusan calon pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

Bagaimanapun, veteran PAS itu berkata, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti kerana ahli menyokong dasar Islam dan bukannya individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

SPRM berdiam terhadap status siasat Taib Mahmud

Posted: 16 Dec 2011 04:11 AM PST


S Pathmawathy

Pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas berhubung status siasatan terhadap dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ironinya, pegawai itu - ketua bahagian siasatan MACC Azmi Mohd - melakukannya dalam forum anjuran badan pemerhati rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) untuk membincangkan amalan rasuah dalam pengurusan hutan dan pembangunan mapan semalam.

NONEDitanya Malaysiakini berhubung status siasatan SPRM terhadap Taib semasa sesi soal jawab, Azmi tampil berkata beliau sudah memaklumkan kepada peganjur bahawa beliau tidak akan menerima soalan yang "terlalu terperinci".

Azmi menambah, beliau bukan orang yang tepat untuk dibangkitkan soalan itu. Beliau bagaimanapun mengangguk apabila ditanya sama ada Taib masih disiasat.

Pada Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed mengesahkan bahawa SPRM sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib membabitkan kes konsesi pembalakan di Sarawak.

Isteri MB menang kes, BALQIS dibenar bergerak

Posted: 16 Dec 2011 04:08 AM PST

MALAYSIA KINI

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan agar Badan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (BALQIS) dibenarkan kembali bergerak setelah pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2009 berhubung dakwaan salah guna dananya.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas menemui peguam S Selvarajah, yang mewakili pemohon-pemohon, dan Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi yang mewakili ROS.

Pemohon terdiri kerajaan negeri Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut iaitu isteri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Worldwide Holdings Berhad, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad dan PKNS Engineering & Construction Bhd.

khir toyo zaharah kechik selangor former mb 171208Mereka telah memohon agar satu semakan kehakiman dibuat berhubung keputusan ROS yang membatalkan pendaftaran BALQIS. Mereka mahu agar BALQIS dibenarkan kembali bergerak.

BALQIS pernah dituduh oleh Khalid telah menyalahgunakan kewangannya semasa di bawah presidennya yang dahulu, Datin Seri Zaharah Kechik (gambar kanan), iaitu isteri Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Selvarajah memberitahu pemberita bahawa Hakim Rohana membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa Salbiah mempunyai locus standi dalam membuat permohonan itu.

"Mahkamah mendapati bahawa beliau berhak untuk memikirkan bahawa beliau layak daripada segi perlembagaan BALQIS menjadi Yang Dipertua kerana beliau adalah isteri Menteri Besar," katanya.

Selvarajah berkata mahkamah menolak permohonan pihak lain kerana tidak mempunyai locus standi memandangkan mereka ini hanyalah penyumbang kepada Balkis.- Bernama

ltantuya: Pengurusan kes rayuan 10 Feb

Posted: 16 Dec 2011 04:07 AM PST

MALAYSIA KINI

Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau hari ini.

Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.

mongolian woman bombed altantuya 081106Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

Hazman memberitahu pemberita hari ini bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin.

Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah "penafian dan menyalahkan satu sama lain."- Bernama

Mukriz harap kekal di Jerlun dalam PRU

Posted: 16 Dec 2011 04:01 AM PST

MALAYSIA KINI
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berharap beliau akan kekal bertanding di kawasan Parlimen Jerlun jika terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, berkata beliau akur jika pucuk pimpinan parti membuat keputusan untuk meletakkannya bertanding di kawasan lain.

"Saya akan mengikut apa sahaja keputusan nanti," katanya kepada pemberita pada Program Kayuhan Mesra Rakyat 1Malaysia anjuran MCA Bahagian Jerlun dekat Jitra hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa beliau mungkin dicalonkan di Langkawi bagi menyambung legasi bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sangat sinonim dengan usaha membangunkan pulau peranginan itu.

Mukhriz, yang menang kerusi Parlimen Jerlun pada pilihan raya umum lepas, berkata beliau merasakan tidak ada sebab beliau perlu berpindah ke kawasan lain.

"Sebelum membuat sesuatu keputusan, semua perkara perlu diambil kira kerana ini adalah soal mesti menang.

"Jika saya dicalonkan di kawasan lain, apa yang akan berlaku di Jerlun. Pada PRU ke-12, kita menang empat kerusi (daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah). Jadi untuk PRU akan datang tak tentu lagi kita boleh menang lebih daripada itu," katanya.

Mukhriz berkata pucuk pimpinan mempunyai pilihan daripada segi siapa calon yang sesuai untuk dicalonkan di satu-satu kawasan.- Bernama

PKR mahu negeri Pakatan bebas dari AUKU

Posted: 16 Dec 2011 04:00 AM PST

S Pathmawathy
PKR hari ini menuntut negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat tidak menjalankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

Justeru, naib presidennya Nurul Izzah Anwar mendesak kerajaan Selangor dan Kedah tidak melaksanakan undang-undang yang dipertikaikan itu, sekali gus menunjukkan lebih komitmen terhadap kebebasan akademik dengan mengotakan janji.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah membangkitkan kritikan terhadap cara kerajaan Kedah menangani isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Manakala Selangor pula, tambahnya, masih tidak mengikuti tuntutan yang dibuat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjadikan universiti di negeri itu institusi bebas, sekurang-kurangnya daripada sudut semangat, walaupun tidak secara undang-undang.

Asalkan Bukan Umno bergema lagi

Posted: 16 Dec 2011 03:58 AM PST

Salhan K Ahmad

Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.

Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.

Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk "Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN" ini.

Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu "semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno."

NONE"Ia bukan milik sesiapa," katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.

Antara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh.

Mahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu.

ABU seperti di Jepun

Katanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun.

Anehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu.

NONE"Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata 'oh asalkan bukan LDP," kata Mahfuz lagi.

Beliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah.

Katanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru.

"Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan," soalnya lagi.

Bagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham.

Antaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja.

"Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja," katanya pemuda dari Melaka itu lagi.

'Akta tak bermaruah'

Isu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran.

NONE"Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?," katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.

Setidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar (foto kiri).

"Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan," tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu.

Anggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks.

"Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja.

"Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah," katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan.

'Hancurkan Umno'

Turut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno.

NONE"Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang," katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.

Namun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan.

Perkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: "Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?"

Sedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu.

Perkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof.

"Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno," katanya lagi.

Foto haji satu fitnah, kata Najib

Posted: 16 Dec 2011 03:50 AM PST

Aidila Razak
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar golongan yang mempolitikkan ibadat haji yang dikerjakannya bulan lalu.

Berucap di satu majlis yang dihadiri ulama dan imam di Kuala Lumpur, Najib berkata tindakan berkenaan juga merupakan satu "fitnah menggunakan media" ke atasnya.

Najib mendakwa, sebilangan foto yang berlegar di Internet, didakwa menunjukkan beliau mengerjakan haji itu telah diubahsuai.

"Gambar buat tawaf telah dipadam jemaah haji lain. Itu dilakukan untuk timbulkan kemarahan rakyat kepada pemimpin.

"Di mana letak moral dan etika... Fitnah itu dosa yang amat besar," katanya yang turut memetik satu ayat daripada al-Quran.

Beberapa gambar yang menunjukkan Najib dan dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menerima layanan istimewa ketika mengerjakan haji itu tersebar di Internet sejak bulan lalu.

Dalam pada itu, Najib turut mengambil peluang untuk menyelar golongan ulama tertentu yang didakwa "taksub" dan "fanatik" dengan politik kepartian.

Najib dipercayai berkata demikian dengan merujuk kenyataan mufti perlis, Dr Juanda Jaya sebelum ini yang mempersoalkan bagaimana perdana menteri dapat menamatkan hajinya lebih awal daripada jemaah lain.

"Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain tanpa usul periksa.

"Bukan semua isu dalam negara ini, terutama isu agama, perlu dipolemik dan dipolitikkan. Hatta isu mengerjakan haji di tanah suci pun turut dipolitikkan demi keuntungan politik sesetengah pihak," katanya lagi.

Tiada ulasan: