Ahad, 4 Disember 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


AGM Umno 2011 gagal jamin BN undi padu PRU-13

Posted: 04 Dec 2011 03:48 AM PST


SHAH ALAM - Penganalisis politik Prof Dr Abu Hassan Hasbullah tidak yakin Umno akan memperoleh balik sokongan yang bulat meskipun Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siap siaga menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dalam ucapan penggulungannya, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri berkata para perwakilan partinya telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan oleh beliau pada permulaan perhimpunan itu.

"Saya rasa tidak. Sebab Perhimpunan Agung Umno kali ini gagal memberi, tidak meninggalkan satu harapan yang besar dan berkesan (kepada ahli-ahli Umno dan rakyat)... ia gagal membincangkan isu-isu yang besar menyentuh kepentingan rakyat kecuali perkara-perkara tertentu yang menjadi bahan jenaka dan menghentam pihak-pihak, individu tertentu.

"Mana ada perbincangan mengenai isu-isu alam sekitar, pembangunan, prasarana yang menyentuh soal dasar, polisi kerajaan.... tidak ada, jadi saya melihat ia tidak memberi harapan yang diharapkan," kata beliau ketika ditemui selepas Forum "Bersekutu Mendesak Perubahan" anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di sini malam tadi.

Oleh kerana ia tidak berjaya membawa kepada keyakinan dan harapan, Abu Hassan yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menjelaskan, kemungkinan sukar bagi parti berkenaan mendapatkan balik sokongan penuh yang diharapkan oleh Najib sendiri.

Antara lain dalam ucapan penggulungannya Najib berkata bahawa perhimpunan yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif iaitu pertamanya, beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan Umno satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa Umno adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.

Objektif kedua, Najib mahukan perhimpunan itu membuktikan Umno sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

"Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional," katanya.

Dalam objektif keempatnya, Najib telah mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa Umno akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Najib juga berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai'ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Dalam ucapan pada forum malam tadi, Abu Hassan juga menggesa pentadbiran Najib agar tidak meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibantah banyak pihak.

"Saya sebagai ahli akademik tidak setuju dengan rang undang-undang ini," kata Abu Hassan dengan lantang sambil menambah, beliau beliau sahaja tidak bersetuju malah ramai lagi.

Katanya, ramai tidak bersetuju kerana kerajaan gagal membawa bersama rakyat yang merupakan pihak utama berkepentingan untuk memberi pandangan.

"Saya berharap kerajaan kembali kepada rakyat semua lapisan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ahli politik cuma satu lapisan dalam membuat keputusan. Dapatkan pandangan ahli akademik, doktor jurutera dan sebagainya.

"Masih ada masa, jangan teruskan pembentangan di Dewan Negara, balik kepada rakyat," katanya sambil mempersoalkan objektif yang tersirat di sebalik penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa.

"Saya mengesyaki sesuatu, ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa perlu digubal dengan tergesa-gesa, tiada keperluan yang terdesak untuk bawa undang-undang ini sekarang, penggubalan ini boleh dibawa tahun depan," katanya lagi.

Mukhriz mahu wakil rakyat Umno buat akujanji elak khianati parti

Posted: 04 Dec 2011 03:46 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KODIANG — Sehari selepas perwakilan mencadangkan agar diamalkan sumpah bai'ah, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.

Timbalan Pengerusi Umno Kedah (gambar) ini berkata cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.

"Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Saya harap setiap orang (pemimpin dan wakil rakyat Umno) menandatangani akujanji bagi membuktikan mereka mengutamakan kepentingan parti, menyokong, bekerjasama dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih," katanya selepas merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di sini.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai ikrar taat setia perwakilan di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Najib sifatkan ikrar itu sebagai sumpah bai'ah.

Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Mengenai pemilihan calon muda pada pilihan raya umum ke-13, Mukhriz berkata, aspek penting calon yang hendak diketengahkan diterima rakyat termasuk golongan profesional muda.

Katanya jika ada 'orang lama' yang disenangi golongan muda, aspek berkenaan juga perlu diberi pertimbangan.

"Dalam menonjolkan golongan profesional muda berpendidikan tinggi, mereka harus bersedia dan bersemangat untuk berkhidmat dan pandai bergaul dengan rakyat," kata Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabansga dan Industri.

Bai’ah bukti Umno sudah tak yakin ahli sendiri, kata pemimpin PAS

Posted: 04 Dec 2011 03:45 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin PAS menyifatkan Umno sudah tidak yakin dengan ahli-ahlinya sendiri apabila sanggup mengambil sumpah bai'ah yang menurut mereka bertujuan mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli-ahli sendiri.

Selain mereka juga mendakwa Umno kini meniru kaedah-kaedah digunakan PAS tetapi dikritik oleh parti teras Barisan Nasional (BN) itu masa-masa lalu.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan partinya mencipta sejarah dengan melafazkan ikrar yang merupakan beliau adalah satu bai'ah bagi memperkukuhkan kedudukannya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya fikir Umno sudah tidak percaya dengan ahli-ahlinya sendiri," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Oleh kerana mereka sudah hilang keyakinan ke atas ahli-ahli sendiri, maka mereka terpaksa meniru apa yang dilakukan oleh PAS," kata beliau lagi.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, ahli-ahli PAS setia bukan hanya semata-mata kerana sumpah bai'ah, tetapi telah dilatih untuk memberi sokongan kepada perjuangan parti.

"Saya sendiri, selama 30 tahun bersama dengan PAS, bukan kerana bai'ah itu sendiri, tetapi kami setia kerana kerelaan dan keikhlasan kami kepada kepada parti.

"Sumpah bai'ah ini, ada atau tidak ada, jika seseorang nampak duit berjuta-juta di depan mata mereka, mereka tetap akan keluar ... tetapi yang penting keikhlasan kepada perjuangan parti," kata beliau sambil menambah, dalam PAS pejuangan setiap ahli adalah antara tanggungjawab ketika berada di "dunia dan akhirat."

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md. Taib pula berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut.

"Kalau ini (sumpah bai'ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya," kata bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah ini.

Katanya, "usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan."

"Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan PAS.

"Oleh itu, daripada dia meniru (PAS) baik dia menyertai PAS terus," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Ketika berbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno semalam, perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan diadakan sumpah bai'ah dengan merujuk kepada tindakan PAS dan dipersetujui para perwakilan yang lain.

Taib yang juga bekas imam besar Masjid Negara bagaimanapun berkata, sumpah bai'ah hanya terpakai untuk perkara bertujuan kebaikan dan kebenaran, bukan untuk tujuan kebatilan.

Tegas beliau, Umno sebagai parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar tidak wajar mengadakan sumpah bai'ah.

"Bai'ah boleh berlaku di atas sesuatu perkara untuk tujuan kebenaran... kalau bai'ah untuk tujuan kebatilan, bai'ah itu menjadi satu kemungkaran dan tidak termasuk dalam erti kata bai'ah yang sebenar.

"Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai'ah itu tidak ada gunanya. Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini," katanya.

Tambahnya, tindakan Umno itu juga menunjukkan parti itu sudah berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan apa sahaja cara untuk dijadikan 'tongkat' bagi meneruskan pemerintahannya.

"Projek Mengigau'; Itik dan Angsa Pulau Burung hanya berbaki 50 ekor.

Posted: 04 Dec 2011 03:42 AM PST




KUALA TERENGGANU - Projek-projek yang dilaksanakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu disifatkan sebagai 'projek-projek mengigau' kerana ia dibuat tanpa kajian dan tinjauan pasaran.

Ia juga tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat Terengganu baik dari segi ekonomi atau pembangunan sosial.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, antara projek yang terpaksa ditanggung rakyat akibat pembaziran Umno itu adalah pembelian 'Strawberry Park' di Kijal dan pembangunan Pulau Burung di tasik Kenyir.

"seperti mana yang saya pernah saya sebut, projek kerajaan Umno dn Barisan Nasional adalah 'projek orang mengigau', dia mari buat satu projek tanpa kajian, dari segi 'market' dia, dari segi kos efektif dia, adakah benda yang dibuat memberi faedah kepada rakyat atau kerajaan dari segi ekonomi ataupun dari segi pembangunan sosial,"ujarnya

Akhirnya, kata beliau, projek-projek itu terpaksa dihentikan 'separuh jalan'.

Katanya, pembelian sebuah resort 'Strawberry Park' bernilai RM27 juta yang kononya bakal dibagunkan sebagai pusat rawatan jantung terbesar di Pantai Timur, dibatalkan kerana tidak ada pakar.

Selain tu, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, itik dan angsa sebanyak 101 ekor bernilai RM223, 750.00 untuk ditempatkn di Pulau Burung hanya tinggal 50 ekor sahaja lagi.

"Strawberry park.kononya dia nak buat pusat jantung yang terbesr di pantai timur, akhirnya tak jadi, bangunanyang dibuat, dibiar begitu juga (kerana) projek itu juga tak ada kajian yang teliti,

"angsa itu, itik yang diimport dari negara sejuk itu dibirkan di sini (ditasik Kenyir), di kurung di sini untuk menjadi menarik pelancongan sekarang ni daripada 100 lebih, tinggal tak sampai 50 ekor lagi.semakin mati, ini tambahnya tidak ada, ini semua melibatkan duit yang banyak,"tegasnya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan kebanyakan itik dan angasa tersebut mati dibaham oleh biawak, musang dan burung helang.

[Gambar - tinggal hanya beberapa ekor tik dan angsa. Tanda anak panah menunjukkan 'orang-orangan' yang di pasang bagi menakukan musuh yang 'membaham' itik dan angsa mahal yang dibeli kerajaan negeri]


Beliau yang membuat 'Eksplorasi Terjah' lawatan ke projek-projek kerajaaan Umno di tasik Kenyir baru-baru ini berkata, daya tarikan asal tasik itu telah hilang.

Katanya, ia ada kaitan dengan pencemaran yang berlaku kerana projek-projek 'Island Hoping' dan pembangunan pulau-pulau di tasik tersebut yang sedang dilaksanakan.

"kemungkinan (projek-projek) ini boleh menyebabkan kesan alam sekitar pulak, bila tebang, (bila) dia kebas bukit-bukau yang asal ni, akan berlaku tanah runtuh, tasik kenyir akan tercemar.dengan tanah-tanah yang masuk ke tasik, ini kemungkinan (belaku) kepupusan pula, disebabkan (tu) daya tarikan yang asal (telah hilang), ikan semakin pupus hari ni,"jelasnya.

Sewaktu melawat kawasan tasik itu, katanya, beliau telah berjumpa beberapa orang pemancing yang mengeluh kerana setelah seharian menjulurkan joran, seekor ikan pun tak dapat.

Menurutnya, kenyataan pemancing itu mengesahkan bahawa tarikan ikan tasik kenyir yang menggamit pelancong, yang sepatutnya dipelihara, kini sudah tiada.

"Sepatutnya kerajaan memelihara tarikan semulajadi, yang menjadi asas dan sebab yang menarik pengunjung ke tasik Kenyir, (sebaliknya) kita bina satu benda yang (di) import dari luar, dengan harapan orang kan mari,

"ini saya rasa, satu kerja yang sangat sia-sia lah. bajet yang diberi berjuta-juta akan hilang begitu,"katanya.

Jusoh hanya ‘test market’

Posted: 04 Dec 2011 03:35 AM PST




BESUT - Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh yang mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding menggambarkan masalah politik dalaman Umno Terengganu yang belum reda.

Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah) berkata, Idris telah menjangka yang nama beliau tidak akan disokong oleh Badan Perhubungan Umno Terenggganu yang di Pengerusikan oleh Dato' Seri Ahmad Said.

"Sebab itu beliau umum awal, dia sudah berasa nama dia takkan naik, mungkin juga beliau cuba 'test market' sejauh mana pemimpin Umno pusat sanggup pertahankan beliau dalam pilihanraya umum akan datang,"telah Cikgu Solah.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons atas tindakan Idris yang mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Sebaliknya, kata Cikgu Solat, PAS Kawasan Besut, tidak ambil peduli siapa yang akan mewakili Umno dan Barisan Nasional dalam PRU-13.

Beliau yakin, dengan persiapan rapi yang telah dibuat, rakyat Besut akan menyokong PAS dalam pilihanraya akan datang itu.

"Kita (PAS Besut) tak kisah siapa yang akan bertanding kerusi DUN Jerteh atau parlimen Besut, kita telah buat persiapan awal dan hanya menunggu semboyan PRU-13 berbunyi sahaja,

"kita yakin rakyat akan kembali menyokong kita sebagaimana gelombang pada tahun 1999 dulu, rakyat Besut yang ditemui rata-rata telah bosan dengan gelagat pemimpin Umno Besut yang ada (sekarang),"jelasnya

Cikgu Solah mendakwa, rakyat Besut beralih sokongan pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 kerana mereka tidak faham tentang 'wang ehsan' yang dijadikan umpan memancing undi oleh Umno/BN.

Namun kini, katanya, rakyat telah faham bahawa wang yang diagih-agihkan itu adalah wang rakyat iaitu duit kerajaan hasil royalti minyak yang dibayar oleh Petronas.

Walau bagaimana pun, beliau berkata, PAS Kawasan Besut akan meneruskan kerja-kerja mendampingi rakyat dan memberikan penerangan dari masa ke semasa supaya mereka memahami isu yang ada disekeliling mereka.

"Isu-isu perpecahan dalaman Umno, rasuah, penyelewengan dan kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan rakyat Besut tidak puas hati dan kembali memberi mandat kepada PAS dalam PRU13,"katanya.

Ditambah lagi, katanya, dengan saf pemimpin baru PAS Terengganu di bawah pimpinan YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Terengganu.

Meracau dengan dosa sendiri

Posted: 04 Dec 2011 03:29 AM PST

.Oleh Muhammad Zir

Keresahan ramai pemimpin UMNO yang merasakan bahawa parti mereka akan hilang http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/111130145913.jpgkuasa di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang semakin jelas terpampang.

Igauan ngeri mereka itu menggambarkan seolah-olah Malaysia ini akan dilanggar garuda. Kata-kata "Jika UMNO hilang kuasa, Melayu akan hancur" melambangkan kehebatan imaginasi para propagandis UMNO

Mereka meneka-neka apa kemungkinan akan terjadi jika kehilangan kuasa, mereka mula menyangka yang bukan-bukan tentang apa yang bakal berlaku ke atas untung nasib mereka.

Imaginasi orang bersalah

Mereka membayangkan bahawa jika Pakatan Rakyat menang, maka Perdana Menteri adalah orang Cina dan bukan Melayu lagi. Mereka membentuk imaginasi mengatakan Islam akan hancur berkecai-kecai dan agama lain akan menjadi agama persekutuan. Begitu juga Bahasa Melayu yang dibayangkan akan lebur.

Mereka membayangkan bahawa kedudukan istimewa Melayu dan digantikan dengan hak sama taraf. Negara kita pula digambarkan akan menjadi sebuah negara republik, yakni tanpa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Sultan lagi.

Pendek kata, imaginasi propaganda UMNO ini membayangkan seolah-olah dunia Melayu akan kiamat jika rakyat menolak UMNO.

Igauan ngeri ini hanya lahir apabila seseorang pemimpin atau kumpulan yang dipimpinnya mula merasa bersalah dan berdosa. Perasaan bersalah itu kini sedang menyelubunginya, terasa seperti dibayangi oleh sesuatu, terasa sedang diburu oleh sesuatu. Maka muncullah satu fenomena yang kita kenal sebagai 'paranoid'.

Oleh sebab kesalahannya itu banyak dan besar, maka tanda-tanda untuk mereka menerima pembalasan akan tergambar dengan sendirinya dihati dan fikiran UMNO. Itulah yang sedang berlaku, mereka sedang membayangkan sesuatu yang buruk bakal menimpa diri jika gagal dalam PRU ke-13 kelak.

Mereka takut kesalahan-kesalahan yang pernah mereka lakukan selama ini akan terbongkar, kezaliman mereka akan didedahkan dan hal-hal rasuah mereka akan mula makan diri.

Kebijaksanaan rakyat

Namun, strategi propaganda seperti ini amat sukar dijual kepada orang Melayu dan Islam pada zaman ini kerana sudah ramai yang waras, bijak dan tidak mudah ditipu.

Orang Melayu tahu menilai kes National Feedlot Centre (NFC) yang jelas kesalahan kronisme dan salah guna kuasa. Mereka tahu Akta Perhimpunan Aman bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahu menutup minda dan mulut rakyat.

Kebijaksanaan orang Melayu di zaman ini menjadi aset penting kepada mana-mana parti politik yang ingin memujuk mereka. Malah, bukan orang Melayu sahaja, malah sahabat-sahabat Bumiputera di Sarawak dan Sabah sudah mula sedar tentang perihal hak mereka dipermainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Ertinya, Melayu, Bumiputera dan semua kaum lain di negara ini semakin sedar bahawa satu perubahan positif amat diperlukan untuk keluar dari kitaran ganas yang hanya merugikan rakyat dari semua kaum dan agama.

Satu demi satu mitos ciptaan UMNO-BN telah terbukti palsu dan fitnah. Apabila PAS mengambil alih pentadbiran Kelantan pada 1990, UMNO-BN menuduh rakyat akan terabai, terhina dan jatuh miskin.

Selama 21 tahun, rakyat Kelantan setia dengan PAS. Oleh kerana tekanan keras dan sekatan daripada kerajaan pusat BN, maka Kelantan sukar untuk maju di segi ekonomi.

Sepatutnya dengan penindasan sedemikian, termasuk kengganan kerajaan pusat memberi royalti minyak kepada Kelantan, tentu negeri Cik Siti Wan Kembang itu menderita sebagai negeri paling miskin di negara ini.

Sebaliknya, rakyat negeri-negeri yang kaya dengan hasil bumi di bawah pemerintahan BN yang menderita dengan kemiskinan seperti Sabah, Terengganu dan Perak.

Kelantan bersama Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kini berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Negeri mana yang telah bankrap? Negeri mana orang Melayu telah hilang harta dan hidup merempat? Negeri mana Islam sudah dimatikan? Negeri mana Sultan diturunkan dari takhta?

Apa yang menjadi pengetahuan umum – kecuali para propagandis UMNO – adalah kesemua negeri Pakatan menunjukkan prestasi yang lebih baik dari negeri-negeri di bawah penguasaan UMNO-BN.

Walau pun disekat bantuan kewangan, walau pun ditohmah, walau pun ditimbulkan kekecauan, Laporan Ketua Audit Negara saban tahun membuktikan kejayaan besar pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Penentuan rakyat

Bayangkan jika rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dalam PRU akan datang.

Jangan mudah terpedaya dengan tohmahan cacing kepanasan. Pakatan Rakyat telah sebulat suara menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika apa pun berlaku, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun berikrar menerima realiti politik bahawa Perdana Menteri adalah dari kalangan orang Melayu Islam.

Bukankah suatu ketika dahulu tokoh besar negara Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang orang bukan Melayu atau bukan Islam untuk menjadi Perdana Menteri?

Memang benar kenyataan itu tetapi Guan Eng sendiri sedar akan hakikat politik negara. Menerima Melayu sebagai Perdana Menteri adalah tanda penghormatan kepada kaum majoriti di negara ini di samping akur kepada hakikat demokrasi, asalkan yang memimpin negara itu bukan manusia yang kotor, rasuah dan suka menyalahgunakan kuasa.

Semua kisah yang dimomokkan para pemimpin UMNO itu hanya sekadar bayangan ketakutan mereka sendiri. Ketakutan inilah yang menjadikan mereka terus diburu oleh dosa-dosa kesalahannya.

Malah, dalam keghairahan mempertahankan kuasa, mereka kadang-kadang lupa bahawa dalam ramai-ramai 3.3 juta ahli UMNO, ada juga yang semakin meluat dengan telatah dan kerakusan pemimpin mereka sendiri.

Bukankah kerana marah dengan keangkuhan pimpinan UMNO dahulu, telah ada antara mereka yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU 2008?– Roketkini.com

Kemelut sistem pengangkutan awam kian parah

Posted: 04 Dec 2011 03:12 AM PST

Oleh RAZALI ENDUN

APABILA Perdana Menteri, bersetuju membina sistem Mass Rail Transit (MRT) di Lembah Klang, pelbagai pihak mula membicara dan mengemukakan pelan laluannhttp://www.france24.com/en/files/imagecache/aef_ct_wire_image/images/afp/photo_1292667743915-1-0.jpgya. Fokus diberikan kepadanya seolah-olah ia boleh menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang membelenggu rakyat terutama bas yang semakin parah perkhidmatannya.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan spontan memberi perhatian berlebihan kepada pembinaan sistem MRT sepanjang 51 km (termasuk 9.5 km bawah tanah) dari Sungai Buloh ke Kajang dengan kos berbilion-bilion ringgit.

SPAD berkerja keras bagi memasti dan menyiapkan projek mahal ini mengikut pelan dan perencanaannya. SPAD mengumumkan projek pembinaan ini meskipun Pelan Induk (Master Plan) Pengangkutan Awam yang dijanjikannya belum siap dirangka. Malah janji SPAD untuk menyiap dan mengumumkan Pelan Induk itu akhir September lalu tidak tertunai.

Tidak tahu pula bilakah pelan itu akan siap dirangka. Kalau Pelan Induk itu siap itulah satusatunya pelan pengangkutan awam yang disediakan pihak kerajaan sebagai panduan kepada pengusaha dan pihak berwajib.

Selama 54 tahun negara merdeka, belum ada suatu pun Pelan Induk, apa lagi Dasar Pengangkutan diwujudkan di negara ini.

Pembinaan MRT adalah sesuatu yang sangat signifikan dalam kecelaruan kemelut pengangkutan awam di Lembah Klang. Ia suatu daripada kaedah penyelesaian bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, di samping menawarkan suatu lagi kaedah pengangkutan awam yang pantas. Sistem ini hanya terhad di Lembah Klang, belum ada perancangan di negeri-negeri atau di daerah-daerah lain terutama di pedalaman. Mewujudkan sistem MRT bukan petanda penyelesaian kemelut pengangkutan awam akan selesai. Ia perlukan kepada banyak faktor lain untuk menyelesaikan permasalahan ini.

SPAD mengabaikan permasalahan pengusahapengusaha bas berhenti-henti yang sekian lama merayu, memohon serta meminta supaya pihak kerajaan menghulurkan bantuan agar perkhidmatan mereka dapat diteruskan. Memorandum demi memorandum dihantar, bukan sahaja kepada Pengerusi SPAD, malah kepada PM, TPM, Menteri Pengangkutan, Menteri-Menteri berkenaan serta agensi berkaitan.

Namun, ia tidak berjaya menarik perhatian pihak berwajib supaya segera mengatasi kemelut itu.

Antara cadangan dalam memo Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA):

1. Kerajaan memberi subsidi mengikut kos satu kilometer bagi sebuah bas untuk setiap laluan perkhidmatan yang diberi.

2. Kerajaan menyediakan basbas baru mengikut spesifikasi dan kemudian menyewakan semula kepada pengusaha.

3. Menyediakan tabung pengangkutan awam bagi pengusaha mendapatkan pinjaman mudah dengan faedah yang rendah.

4. Pengusaha menyerahkan tanggungjawab perkhidmatan awam kepada Kerajaan dengan membayar pampasan kepada pengusaha.

Setakat ini SPAD mahupun kerajaan Pusat tidak memberi respons positif terhadap cadangan tersebut. Malah dalam Belanjawan 2012 tidak ada petanda positif dalam menangani masalah ini.

PMBOA mengemukakan persoalan yang sangat signifikan kepada survival mereka kepada SPAD, sama ada kerajaan Pusat mahu terus terlibat secara langsung atau tidak dalam industri ini. Walaupun SPAD menyatakan bahawa bukan dasar kerajaan untuk berkecimpung dalam industri ini, tidak ada petanda jelas bahawa penglibatan kerajaan akan berakhir.

Kebimbangan ini timbul kerana penglibatan Rapid KL dan Rapid Penang secara langsung membuktikan kerajaan akan meneruskan penglibatan mereka.

Natijahnya, Rapid menjadi pesaing hebat kepada pengusaha bas sedia ada. Sudah tentu akan timbul konflik kepentingan.

Tentu sekali kerajaan akan mendahulukan syarikat naungan mereka daripada syarikat swasta, tanpa mahu memikirkan inisiatif bagi menyelesaikan permasalahan pengusaha bas.

Rapid bukan sahaja menjadi pesaing syarikat bas sedia ada, malah menerima bantuan dan subsidi sepenuhnya terutama Kementerian Kewangan. Namun demikian, Rapid mengalami kerugian berjuta ringgit setiap bulan.

Manakala syarikat-syarikat bas terpaksa bergantung kepada daya usaha mereka tanpa subsidi (kecuali diesel) dan bergantung sepenuhnya pada kapasiti penumpang, yang semakin merudum. Itu belum diambil kira kos pengendalian serta harga alatganti yang semakin meningkat tanpa kawalan kerajaan. Tambang bas dikawal oleh kerajaan, manakala harga alat ganti tidak.

Maka terkapai-kapailah nasib pengusaha-pengusaha bas menunggu pertolongan bagaikan terlontar di tengah badai gelombang samudera luas yang belum tentu arah tuju pelayarannya. Pertolongan yang ditunggu sekian lama tidak kunjung tiba, bagaikan menunggu buah yang tidak jatuh. Syarikat bas berhenti-henti sudah tidak boleh bertahan lebih lama lagi, maka oleh kerana itu beberapa syarikat sudah gulung tikar dan berhenti beroperasi.

Hal ini bagaikan tidak membimbangkan SPAD. Malah SPAD seolah-olah tidak ambil kisah apa yang berlaku tanpa mengemukakan pelan penyelamat untuk pengusaha-pengusaha ini.

Orang ramai dibiarkan mencari sendiri kaedah pengangkutan mereka, dan tidak mustahil mereka akan membeli motosikal atau kereta untuk mengatasi masalah ini. Fenomena ini akan menyulitkan lagi SPAD dalam merangka Pelan Induk bagi sistem pengangkutan awam bersepadu.

Bagaimana pula mereka yang tidak mampu? Apakah kerajaan rela membiarkan mereka terkapaikapai menyelesaikan sendiri masalah pengangkutan awam yang menjadi tanggungjawab dan obligasi kerajaan?

Kemelut ini harus mendapat perhatian kerajaan Pusat terutama PM. Tanpa penglibatan kerajaan Pusat dengan segera, dikhuatiri kekalutan yang semakin rumit muncul tanpa diduga. Pada masa itu rakyat menjadi panik dan kerajaan dalam keadaan tertekan.

Justeru, satu pelan tindakan segera perlu dirangka secara komprehensif bagi mengatasi kemelut ini di seluruh negara.

» Penulis adalah Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) dan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Negeri Melaka (MOOA).

GELENG KEPALA KERANA SHAHRIZAT

Posted: 04 Dec 2011 02:55 AM PST

RONTOG DAILY


Amboi, garang sungguh Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semasa berucap di depan anak-anak buahnya semalam.

Habis dibelasahnya pihak-pihak yang menyerangnya berhubung isu FNC, yang disebut juga oleh mereka-mereka yang nakal sebagai isu lembu di dalam kondo.

Selama ini Kak Jat memang tak buka mulut pasal isu itu. Dia buat bodoh saja. Rupa-rupanya tengah tunggu masa yang sesuai.

Dan masa itu tiba bila dia berada di depan para perwakilan wanita.

Tapi, kata seorang kawan, "Tunjuk garang dalam rumah sendiri…lepas tu depan anak-anak sendiri, boleh le. Puak tu memang jenis cium tangan dia, jadi apa yang dia cakap, sure okay belaka. Cuba di depan umum, suaranya mungkin tak keluar…mungkin hilang kat dalam kain aje."

Sampuk seorang kawan yang lain pula, "Jangan kata di depan umum, kalau di depan Kak Pidah (Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Ketua Wanita UMNO) pun belum tau dia suaranya keluar."

Kak Jat mungkin berpuas hati sebab berjaya melepaskan geramnya. Tetapi bagi rakyat terbanyak yang menagih jawapan, mereka tak dapat apa yang mereka hendak. Kak Jat sekadar menepis isu itu, menolaknya ke tepi dan membalun pihak yang membangkitkannya.

Lebih mengharukan lagi bila dia cuba mengheret sama Wanita UMNO dalam isu itu. Dikaitkannya jasa dan perjuangan mereka dengan 'penderhakaan' pengarah strategi PKR yang terlibat mendedahkan isu fidlot itu.

Kak Jat sebenarnya tersilap besar kalau menyangka ucapannya semalam boleh membantu memulihkan imejnya dan mereka yang terlibat dengan isu FNC. Terlalu sedikit orang yang teruja dengan 'jawapan' dan serangan ke atas pihak lawan. Yang ramai ialah yang menggeleng-gelengkan kepala…

Akta Polis bersalin kulit jadi Negara Polis

Posted: 04 Dec 2011 02:45 AM PST

Aspan Alias

Bil ataupun Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri.

Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.

Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk pembungkusannya sahaja tetapi sebenarnya di dalam bungkusan itu penuh dengan elemen kuku besi (diktator) dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan 'simple majority' di Parlimen, ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan 'simple majority' di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.

Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakkan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihan raya secara adil dan bill ini penting untuk mengelakkan reaksi marah rakyat yang ramai.

Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai Negara Polis (police state) dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi.

Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihan raya diadakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat diatasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari UMNO dan BN.

Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana UMNO dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. UMNO tidak akan berubah lagi.

Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak diberikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk mengangguk sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.

Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.

Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara.

Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.

BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir.

Jika rakyat benar-benar hendak mengelakkan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini.

Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak.

Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka.

Rakyatlah yang bertanggungjawab sama ada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.

Ingat kepada slogan ABU (Asalkan Bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan.


Rasuah: BN bagai burung unta membenamkan kepala

Posted: 04 Dec 2011 02:42 AM PST

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Amalan rasuah dianggap semakin buruk di Malaysia apabila Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 untuk negara kita jatuh lagi untuk kali ketiga berturut-turut apabila kedudukan Malaysia merudum ke tangga ke-60 daripada 183 negara.

Tahun lalu Malaysia berada di tangga ke-56. Pada tahun 1995 di mana CPI yang dikendalikan oleh Transparency International (TI), Malaysia berada di tangga ke-23.

Sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Malaysia berada di tangga ke-37. Ini menunjukkan Malaysia di segi persepsi amalan rasuah telah merosot hampir dua kali ganda sejak 2003.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, lebih teruk lagi ialah apabila laporan TI yang telah mengkaji selidik 1,000 responden, telah mengenal pasti bahawa polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dianggap sebagai paling korup di negara kita.

Katanya, kebanyakan daripada responden juga percaya bahawa tahap rasuah atau korupsi di Malaysia akan berkekalan untuk tiga tahun akan datang.

Menurutnya, Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga menyatakan bahawa CPI bagi Malaysia akan terus menurun kerana "elemen-elemen kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi berleluasa.

Dengan keadaan rasuah yang meruncing itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mendakwa kedudukan CPI bagi Malaysia yang menurun itu adalah "subjektif" dan "boleh dipersoal", dan menambah bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

"Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan Barisan Nasional yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walau pun Perdana Menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan," kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Katanya, kerajaan persekutuan BN jelas mengamalkan "double-standards" dengan menolak laporan CPI yang dihasilkan oleh TI kerana ia memberi pandangan yang negative kepada kerajaan, sebaliknya BN menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum (WEF) sebagai objektif kerana gambaran yang lebih positif.

"Sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila kerajaan BN memuji diri kerana kedudukan Malaysia telah meningkat 5 tangga dari 26 kepada 21 dalam GCI WEF pada tahun ini.

"Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal? Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?

"Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah, sebaliknya kerajaan perlu mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius," ujarnya.

Menurut Guan Eng, jika penilaian TI telah dilakukan selepas skandal "lembu dan kondo" sebanyak RM250 juta telah didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, tahap penurunan CPI Malaysia barang kali akan lebih teruk.

Tambahnya, keengganan seorang pakar ekonomi yang terpelajar seperti Husni untuk menghadapi kebenaran menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Berjuta-juta pengundi Malaysia “bangsat”?

Posted: 04 Dec 2011 02:40 AM PST

Oleh Fairuz Azhan


DAP memperolehi hampir 900,000 undi atau 12.8 peratus daripada keseluruhan undi bagi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2008. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, DAP mendapat 1.1 juta undi atau 14 peratus.

Peratusan undi terbanyak DAP di peringkat DUN diperolehi di Pulau Pinang dengan 54.6 peratus dan Perak 42.4 peratus.

Selepas PRU 2008, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan. DAP hanya bertanding satu PRK bagi Parlimen Sibu di Sarawak pada Mei 2010. Kemenangan berpihak kepada DAP dengan mendapat 18,845 undi atau 49.7 peratus.

Pada April 2011, DAP yang meletakkan 15 calon dalam pilihan raya negeri Sarawak telah menang 12 kerusi dengan mendapat 134,847 undi atau 20 peratus daripada keseluruhan undi.

Walau pun Barisan Nasional mengekalkan penguasaan, keputusan DAP amat membanggakan kerana menambah kerusi bnegitu banyak berbanding hanya enam yang dimenangi pada 2006.

Dalam PRU 2008, ramai pengundi Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain telah memilih DAP. Pilihan raya negeri Sarawak 2011 pula menyaksikan 32 peratus undi DAP diperolehi daripada kaum Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau.

Dan semua mereka ini yang telah mengundi DAP digelar sebagai "bangsat" oleh seorang pemimpin Pemuda UMNO. Maknanya, lebih sejuta rakyat Malaysia adalah "bangsat" dari kaca mata UMNO.

Siapa "bangsat"

Kata-kata nista dalam Perhimpunan Agung UMNO jelas memperlihatkan siapa yang sebenarnya petualang negara yang memainkan api perkauman.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin sudah mengeluarkan kata-kata bahawa semua penyokong DAP adalah "bangsat". Ini bermaksud sesiapa sahaja yang telah mengundi DAP dan menyokong DAP, tanpa mengira kaum dan agama, kesemua mereka merupakan "bangsat".

Tafsiran umum untuk "bangsat" adalah anak luar nikah atau manusia tidak berguna manakala definisi Kamus Dewan membawa orang jahat, hina atau kutu yang berbau busuk.

Malah, jika mengikut andaian politik UMNO sendiri yang sering menggambarkan DAP sebagai parti orang Cina, kenyataan pemimpin UMNO itu mencerminkan hampir semua orang Cina adalah "bangsat" kerana telah memilih DAP.

Adakah ini bermakna hampir semua kaum Cina dan India di Pulau Pinang yang menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri adalah "bangsat"?

Adakah ini bermakna hampir semua pegawai dan kakitangan awam di Pulau Pinang yang cemerlang dalam tugas mereka melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) adalah "bangsat"?

Adakah ini bermakna guru-guru KAFA, para huffaz dan iman serta kakitangan masjid di Pulau Pinang yang menerima baik pentadbiran DAP dan Palatan Rakyat di Pulau Pinang adalah "bangsat"?

Adakah ini juga bermakna semua kontraktor, terutamanya para kontraktor Melayu yang berkelayakan dan berkemahiran, yang mendapat kontrak melalui tender terbuka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah "bangsat"?

Pemimpin Pemuda UMNO itu dari golongan professional, dia bertaraf jurutera. Adakah ini bakal calon "boleh menang" UMNO yang bakal mendapat undi daripada kebanyakan para pengundi yang telah digelarnya sebagai "bangsat"?

Yang menyeru kebaikan adalah "bangsat"?

Mengikut hujah Pemuda UMNO itu, sesiapa yang menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, politik lucah dan fitnah adalah "bangsat" kerana menyokong DAP yang berpendirian sedemikian.

Begitu juga sesiapa yang mahu kepada keadilan, demokrasi, pilihan raya bersih dan telus, hak dan peluang saksama adalah "bangsat" kerana DAP juga berpendirian seperti itu.

Dalam demokrasi – demokrasi moden bererti politik yang menolak pemerintahan kuku besi, yang mahu kepada kebebasan, keadilan dan hak serta peluang saksama – para politikus biasanya akan memujuk pengundi untuk mendapatkan sokongan mereka. Ada politikus yang melawat rakyat, beramah mesra, belanja makan dan sebagainya.

Belum pernah terdengar orang berkempen dengan menuduh bakal pengundi sebagai "bangsat". Mungkin inilah kejutan yang akan dibuat oleh UMNO bagi menghadapi PRU ke-13 nanti.

Kuasa di tangan rakyat, sama ada digelar "bangsat" atau tidak

Rakyat jelata yang prihatin tidak akan bertindak seperti mereka, iaitu memilih jalan singkat dengan mendesak mereka disumbatkan ke dalam penjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) atau menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2011 untuk mengekang hak mereka berkumpul, menjerit dan memaki-hamun.

Rakyat akan memilih jalan demokrasi, jalan yang memberi kuasa kepada kita semua untuk memilih pemimpin dan kerajaan melalui peti undi. Biarlah kita dituduh "bangsat" kerana para "bangsat" inilah yang akan menentukan nasib politik UMNO.

Jika sejuta lebih pengundi memilih DAP di antara tahun 2008 dan 2011 dikatakan "bangsat", maka bayangkan jutaan lagi yang menyokong PKR dan PAS yang berada dalam Pakatan bersama DAP.

Jika PRU 2008 menunjukkan undi popular Pakatan Rakyat sudah mencecah 49 peratus, tidak mustahil angka itu ditingkatkan oleh para pengundi, sama ada mereka yang dituduh "bangsat" oleh UMNO atau tidak,untuk membawa pembaharuan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat. – Roketkini.com

DAP mertabatkan wanita

Posted: 04 Dec 2011 02:35 AM PST

Oleh Lim Guan Eng


Pada hari ini negara dan negeri kita berada di ambang perubahan di mana di satu pihak kita sedang menghadapi krisis moral di peringkat kerajaan persekutuan yang bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

Pada hari ini, negara terus meruncing kerana pentadbiran yang tidak telus oleh UMNO-Barisan Nasional. Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh 10 tahun.

Di satu pihak lagi, DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia, bahawa negara kita tidak perlu menuju ke arah kemerosotan seperti masa kini.

Kejayaan DAP, Pakatan di Pulau Pinang

Kita di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa kerajaan yang cekap, amanah dan telus mampu membela kebajikan rakyat, dan bukan setakat itu, malah mampu memacu ekonomi ke paras yang lebih tinggi.

Dalam aspek ini, kita bukan bercakap kosong semata-mata; buktinya ialah 10 pencapaian nombor satu oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 2010:

1. Pulau Pinang merupakan negeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, RM12.2 bilion, iaitu yang paling tinggi dalam sejarah negeri.

2. Pulau Pinang dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.

3. Pengurangan hutang yang paling besar antara semua negeri sebanyak 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.

4. Pulau Pinang telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus, iaitu penurunan yang paling tinggi di Malaysia.

5. Pulau Pinang merupakan negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.

6. Negeri tunggal yang dipuji oleh Transparency International atas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.

7. Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan dan ingin menjadi negeri pertama membasmi kemiskinan di Malaysia menjelang 2015.

8. Pulau Pinang merupakan negeri pertama melaksanakan dasar pro-kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1,000 kepada waris-waris.

9. Pulau Pinang mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.

10.Pulau Pinang menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.

Rakyat penentu, pilih yang terbaik

Sebaliknya, bila BN memberi wang, mereka tidak bagi setiap tahun macam Pakatan Rakyat. Lagi pun PR bayar daripada lebihan bajet, bukan macam Bajet BN yang berdefisit sudah 15 tahun.

Itulah sebabnya kerajaan persekutuan BN kena buat pinjaman, dan hutang negara telah pun naik sejak akhir 2007 sebanyak 71 peratus daripada RM266 bilion kepada RM456 bilion akhir tahun 2011!

Bandingkan pentadbiran bersih PR, dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, kerana lebih belanja RM3.7 bilion dan juga skandal RM250 juta "lembu dan kondo" yang melibatkan keluarga seorang Menteri Wanita.

Demi menutup kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, UMNO menggunakan senjata terakhir, iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.

Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN memenangi kembali Pulau Pinang dan mendapat semula majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang menganggap kaum bukan Melayu sebagai warga negara kelas ketiga dan kaum Melayu pula dianggap mudah ditipu oleh mereka supaya rasuah boleh bermaharajalela.

Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan PR yang berteraskan integriti ini menyebabkan pemimpin UMNO menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak sekolah pemimpin PR.

Pemimpin UMNO sebenarnya pengecut kerana rela menfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan kononnya saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini.

Sungguh pun "si mangsa" yang berumur 22 tahun adalah seorang jaguh chess Hong Kong (gambar wanita ini yang tidak ada kena-menegena dengan isu tuduhan tersebut telah digunakan dalam blog untuk memfitnah) yang tak pernah jumpa anak saya atau saya, UMNO tidak lepas cuba menghancurkan anak saya dengan fitnah jahat ini.

UMNO tak tahu malu sehingga Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin boleh mainkan isu ini dalam tweetnya, "Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Hati-hati fitnah UMNO-BN

Dalam perhimpunan agung UMNO pula, UMNO mainkan perkauman dengan mensasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa DAP nak tuntut jadi Perdana Menteri sungguh pun DAP bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil dalam PR.

Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin PR? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu.

Walau pun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, kejayaan kita di Pulau Pinang serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat.

Dalam aspek ini, wanita memainkan peranan penting untuk menggerakkan perubahan untuk Bersihkan Malaysia. Bagai seorang ibu kepada anaknya, wanita mampu memberikan harapan kepada generasi muda negara bahawa masa depan akan lebih baik kerana kita semua sanggup berusaha untuk menjamin kesejahteraan mereka.

Lihatlah, sungguh pun kaum wanita lebih bermoral dan beretika serta menjauhi diri daripada rasuah dan penyelewengan, bila mereka masuk UMNO dan BN, jadi lain pula.

Sampai seorang Ahli Parlimen UMNO Bung Mokhtar Radin yang suka menghina kaum wanita seperti tidak boleh memandu dan yang lagi kesat dan lucah sehingga tidak senonoh untuk disebut di sini, boleh menjadi hero kerana berani minta Menteri Wanita itu (yang keluarga terlibat dengan skandal "lembu dan kondo") meletak jawatan.

DAP, kerajaan PR Pulau Pinang martabatkan wanita

Di Pulau Pinang, pemimpin wanita diberi peluang untuk berdiri sama tegak dengan pemimpin lelaki dalam menerajui tampuk pentadbiran negeri.

Kita amat bangga kerana daripada daripada 148 Yang Dipertua dan Datuk Bandar di Malaysia, hanya terdapat empat orang wanita, dan daripada mereka ini, dua adalah di Pulau Pinang, iaitu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Kita juga mempunyai Pegawai Daerah wanita yang pertama di Semenanjung Malaysia, dan wanita-wanita berkaliber sedang menjawat jawatan paling tinggi dalam badan-badan kerajaan negeri termasuk George Town World Heritage Incorporation, Penang Global Tourism dan InvestPenang.

Kita sedar bahawa wanita mampu melahirkan kecemerlangan. Justeru, kerajaan Pakatan Rakyat berani untuk meletakkan wanita di kedudukan kepimpinan yang paling tinggi.

Di samping itu, skim mikrokredit dan juga penubuhan sebuah syarikat dengan peruntukan RM1.5 juta setahun untuk mengusahakan hak saksama jantina, membuktikan rekod pentadbiran PR yang berani memartabatkan wanita di Pulau Pinang.

Perjuangan Parti adalah milik kita semua. Justeru, saya berasa amat bangga kerana saudari-saudari saya pada hari ini telah bangkit mencipta sejarah, melaksanakan kongres buat pertama kalinya. Ini menunjukkan sayap Wanita dalam DAP sudah berdikari dan mampu menentukan hala tuju sendiri.

Ini juga bermakna Parti kita akan menjadi lebih kuat kerana sayap Wanita sudah menjadi lebih kuat. Kejayaan saudari pada hari ini, sudah tentu akan menjadi inspirasi kepada Wanita DAP negeri-negeri lain, dan seterusnya menyemarakkan api perjuangan ini ke seluruh Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Wanita DAP Pulau Pinang kerana berjaya menganjurkan kongres yang bersejarah ini. Kongres ini bukan saja merupakan kongres Wanita DAP yang pertama di Pulau Pinang, malah merupakan kongres Wanita DAP yang julung kali dalam sejarah Parti kita.

Sekali lagi Pulau Pinang telah menonjolkan semangat "Pulau Pinang Memimpin" dalam mengorak langkah memperkukuhkan jentera Parti melalui pengupayaan sayap Wanita. Syabas kepada Ketua Wanita DAP Kebangsaan Sdri Chong Eng dan ahli EXCO Pulau Pinang Sdri Lydia Ong.

Kita berharap pada masa ini tahun hadapan, Wanita DAP di negeri-negeri lain di Malaysia juga akan berkongres.

Pada masa itu, kita akan melihat satu kebangkitan kaum wanita yang kuasanya berupaya mengubah masa depan negara kita ke arah yang lebih baik.

* Ucapan pembukaan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kongres Wanita DAP Pulau Pinang yang pertama Di Red Rock Hotel, Pulau Pinang pada 4 Disember 2011

Demi nepostisme, Umno khianati Melayu – Khalid Jaafar

Posted: 04 Dec 2011 02:34 AM PST

KEADILAN DAILY


HULU SELANGOR: Di sebalik keangkuhan mentohmah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Khalid Jaafar mendedahkan, Umno sebenarnya parti yang mengkhianati Melayu.

"Umno kononnya pembela nasib Melayu tapi sebenarnya merekalah pengkhianat perjuangan orang melayu. Ini kerana wang rakyat diseleweng, rakyat dikhianati.

"Apakah ini parti yang akan terus memerintah negara dan membela nasib Melayu?" katanya.

Khalid turut membidas pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana keluarganya terlibat dalam penyelewengan RM250 juta melalui NFC.

"Kerajaan beri dana projek memajukan industri lembu supaya tidak bergantung dengan daging import. Ini tidak, duit itu dilabur untuk beli kondo," katanya.

Menyeru rakyat supaya sedar pengkhianatan Umno dan menyelamatkan negara dari amalan nepotisme, beliau berkata, Umno ketandusan idea untuk memperkasa Melayu tetapi ligat mengutuk dan memfitnah Pakatan Rakyat.

"Umno menyebabkan krisis rasuah, salah guna kuasa. Ayuh, selamatkan Malaysia dan generasi akan datang cengkaman pemerintah ini," katanya.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pula menyifatkan, membebaskan negara dari Umno umpama membebaskan Malasia dari rasuah, kronisme dan nepotisme.

"Jika Pakatan Rakyat perintah, sudah pasti sesiapa saja akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan main-main dengan duit rakyat," katanya.

Sepanjang Perhimpunan Agung Umno dari 29 November sehingga 3 Disember lalu, menyaksikan pelbagai kata nista, tohmahan dan fitnah dilempar terhadap Pakatan Rakyat.

‘Ajak debat penakut tapi burukkan Pulau Pinang di AGM Umno’

Posted: 04 Dec 2011 02:31 AM PST


Oleh: Nazar Hashim

PULAU PINANG: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang menyifatkan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin sebagai penakut apabila tidak pernah menyahut cabaran debat mereka di Pulau Pinang selama ini.

Sebaliknya, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu hanya sekadar berani memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

"Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar Pemuda Umno Pulau Pinang untuk memperdebatkan 'Isu Melayu-Islam P.Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' tapi sehingga jam 12 malam, mereka tidak juga kunjung tiba di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

"Umno Pulau Pinang juga tidak berani, takut dan gentar untuk menerajui kerusi Ketua Menteri semasa era pemerintahan mereka walaupun mempunyai majoriti kerusi," kata Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali.

Shaik Hussein dalam Perhimpunan Agung Umno lalu menghamburkan kata-kata kesat dan melabelkan KEADILAN, Pas dan penyokong DAP sebagai 'bapok', 'pondan', 'bangsat' dan 'barua'.

Mengulas lanjut, Amir berkata Pakatan Rakyat Pulau Pinang tiada masa untuk melayan kerenah Umno BN yang gelojoh mahu merampas kuasa dari kerajaan negeri.

"Biarlah rakyat Pulau Pinang sendiri menilai prestasi, prinsip perjuangan, idealisme dan kredibiliti PR selama lebih tiga tahun memerintah negera ini.

"Walaupun Umno dan BN berkokok siang dan malam, memainkan isu rasis, porno dan lucah, rakyat sedar mereka penuh bergelumang dengan pelbagai masalah sejak dulu, kini dan selamanya," tambahnya lagi.

Selangor Bantu Rumah Kebajikan, Sekolah Kajang Yang Rosak Banjir

Posted: 04 Dec 2011 02:28 AM PST

Oleh Afix Redzuan


KAJANG : Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan kepada sekolah dan rumah kebajikan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir di Kajang bagi meringankan beban pihak berkenaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata, bantuan yang diberikan mulai minggu hadapan akan mengutamakan pihak bukan perniagaan. Ini kerana premis perniagaan kebiasaannya dilindungi insurans.

Antara bentuk bantuan yang akan diberikan termasuklah pemberian buku-buku baru dan menggantikan prasarana yang telah ditenggelami air.

Beliau yang hadir bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh petugas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut meminta Yang di Pertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman untuk memantau rumah kebajikan yang perlu dibantu.

Setakat ini kos kerugian daripada bencana tersebut dianggarkan tidak melebihi RM5 juta.

Ujar Abdul Khalid, satu pelan jangka panjang perlu dilakukan seperti mendalam dan melebarkan kawasan sungai bagi mengelakaan bencana seperti ini.

"Saya diberikan taklimat, lebar sungai sepatutnya 12m tapi sekarang hanya 8m. Masalah ini melibatkan gerai-gerai dan kita terpaksa meminta kerjasama daripada pemilik-pemilik gerai untuk kita perbetulkan semula suapaya kita dapat semula rizab tanah kembali kepada 12m.

"Kita juga kena mendirikan dinding setinggi 1.5m. Kalau perkara itu dapat kita selesaikan, dengan hujan yang kita alami sekarang, Kajang boleh dielakkan daripada menghadapi banjir," katanya.

Jelas beliau, perkara ini selari dengan usaha menyelesaikan masalah air kumbahan di dalam kawasan Kajang dibawah pelan Pembangunan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

Dibawah pelan ini, paip-paip besar yang bernilai RM500 juta akan dibina untuk mengalirkan air ke laut. Ini dilihat boleh menyelesaikan masalah banjir.

Mengulas lanjut, penaikan taraf sistem saliran pada tahun 2012 sudah diluluskan dengan jumlah RM3.5 juta.

Sementara itu, peniaga ditemui berkata, bencana banjir yang dihadapi ini mengakibatkan mereka mengalami kerugian yang besar.

Pemilik premis Fully Shop, Alvin Ling, 28 menceritakan ketika kejadian beliau tidak berada di kedai dan hanya dimaklumkan oleh pekerja beliau mengenai perkara ini.

Beliau yang baru dua tahun berniaga di kawasan ini mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM50,000.

"Saya melihat kejadian ini dari CCTV. Selepas tiga minit air mula masuk ke kawasan kedai. Seorang pak cik memberitahu saya sepanjang 35 tahun tinggal di sini, sudah 10 hingga 12 kali kejadian banjir berlaku dan kali ini yang paling teruk," katanya.

 Dalam pada itu, pekerja premis Happy Home Store, Siti Hasmira Mohd Shariff, 21, berkata, kejadian ini berlaku dengan pantas tanpa disedari memandangkan hujan yang turun tidak begitu lebat.

"Masa kejadian dalam 2.30 petang. Kami semua tak perasan sebab masing-masing sibuk bekerja dan stok barang baru sampai. Habis semua barang rosak termasuk stok yang baru sampai," katanya.

Posted: 04 Dec 2011 02:21 AM PST

Mangsa "Hujan Air Batu" Dapat Sumbangan Oleh Lizawati Madfa


SUBANG JAYA : Penduduk pangsapuri Angsana USJ1 yang menjadi mangsa bencana alam 'hailstorm' atau hujan air batu pertengahan bulan lepas, hari ini mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan yang diadakan di perkarangan Surau Al-Muhajirin pangsapuri itu disampaikan oleh ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada 15 penerima iaitu lima yang mengalami kerosakan rumah dan 10 lagi yang rosak kereta.

Menurut Hannah, sumbangan bagi lima buah rumah itu disalurkan melalui Tabung Bencana Alam Pejabat Daerah Tanah Petaling. Sepuluh penerima bantuan kereta mendapat bantuan dari Pejabat DUN dan kerajaan negeri sendiri.

"Walaupun menerima banyak aduan daripada tempat lain, namun kita memilih penduduk Angsana untuk disalurkan sumbangan ini kerana mereka menginap d pangsapuri kos rendah yang mungkin lebih banyak terjejas," jelas Hannah.

Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 4, Syed Azli Sham memberitahu bahawa kebanyakan penduduk yang menerima bantuan pada hari ini mengalami kerugian akibat rumah dimasuki air dan kereta yang rosak akibat dihempap batu atau bumbung yang jatuh dari tingkat atas.

"Atas keprihatinan ADUN Subang Jaya dan pusat bantuan bencana negeri Selangor maka penduduk-penduduk disini menerima sumbangan RM200 setiap seorang," kata Syed Azli yang juga Setiausaha Surau Al-Muhajirin.

Seorang penerima bantuan rumah Rosimah Pilus, 36, menyatakan kegembiraan dan kesyukuran menerima bantuan itu.

"Sememangnya saya rasa terharu dengan sumbangan ini. Walaupun ia tidaklah sebesar mana dan mampu menanggung keseluruhan kerugian yang dialami, namun sekurang-kurangnya sikap keperihatinan pemimpin sebegini menyentuh hati saya," kata ibu beranak dua ini.

Sementera itu, pemaju pangsapuri Angsana, Dergahayu Sdn. Bhd terlebih dahulu menunjukkan keperihatinan membaiki bumbung yang rosak tanpa meminta sebarang kos daripada kerajaan.

Dalam majlis itu juga, Hannah memberitahu bahawa kerajaan negeri telah membuat peruntukan terbaru di bawah tabung amanah untuk bencana alam khusus bagi memberi bantuan dalam kejadian bencana.

PR jawab tuduhan Umno dalam Rapat malam ini

Posted: 03 Dec 2011 09:58 PM PST

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini.

Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam.

Dalam Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, Anwar antara individu yang dihentam kuat oleh pemimpin dan perwakilan Umno termasuk oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Perhimpunan Umno itu juga seolah-olah menjadikan Anwar sasaran utama 'balas dendam' parti itu sepanjang persidangan.

Najib sendiri dalam ucapan penggulungannya semalam menuduh Anwar sebagai hanya pandai 'berkokok' dan 'bohong sana sini' khususnya rancangan 16 September.

Selain menghentam peribadi Anwar, turut dikecam adalah ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.

Selain Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin juga serupa menuduh PAS sebagai diperkuda DAP dan tidak lagi memperjuangkan Islam.

Malah salah seorang perwakilan mereka juga turut mendesak Tuan Guru Nik Aziz berundur ekoran usianya yang sudah lanjut.

DAP pula dilabel sebagai parti cauvinis Cina yang sedang menggugat kuasa orang Melayu di negara ini, manakala PKR dilabel sebagai parti anak-beranak yang lemah yang hanya berjuang untuk kepentingan ketua mereka.

Segala tuduhan itu dijangka akan dijawab oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat malam ini.

Sementara itu, program Rapat Umum adalah siri pimpinan Pakatan Rakyat bertemu dan memberi penjelasan kepada rakyat.

Selain di Shah Alam malam ini, ianya juga akan diadakan di Perak pada 10 Disember ini bertempat di Perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill, Beruas dan di Pulau Pinang pada 18 Disember.

Realiti PRU13

Posted: 03 Dec 2011 09:57 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


ANTARA persoalan paling berlegar selepas Perhimpunan Agung UMNO semalam, ialah bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

Dalam amanat dan ketika penggulungan, Presiden UMNO, Mohd. Najib Tun Razak telah meniupkan semboyan perang menghadapi PRU13.

Kita semua boleh ghairah meramal dan memperkatakannya tetapi beliau sebagai Perdana Menteri, yang akan membuat penentuan akhir.

Persoalannya, bersediakah Barisan Nasional (BN) untuk memberi impak jika PRU13 diadakan dalam masa terdekat.

Ada yang berpendapat, kerajaan BN perlu menunggu lebih lama agar dapat mencatat kejayaan besar dan memperoleh majoriti dua pertiga.

Awang ada pandangan yang berbeza. Walaupun majoriti dua pertiga menjadi idaman mana-mana parti apatah lagi parti pemerintah, janganlah ia menjadi isu yang mengekang dan akhirnya memerangkap BN.

Dalam mendepani landskap politik yang sama sekali berlainan, kita harus lebih realistik. Keputusan PRU12 telah meninggalkan kesan besar, yang tidak mudah dipadamkan semuanya. Meskipun pakatan pembangkang gagal meningkatkan momentum sokongan rakyat, malah makin kurang popular berbanding ketika 2008, namun ada faktor lain yang tidak boleh diambil mudah. Ini termasuk ketidaktentuan setakat ini dalam mendapatkan sokongan lebih besar daripada kaum Cina.

Perkembangan politik dunia juga tidak lagi sama seperti dulu. Lihatlah di beberapa negara Arab.

Walaupun senario di Malaysia jauh lebih baik termasuk dari segi rekod demokrasi, kestabilan, pencapaian ekonomi dan kerajaan serta pemimpin negara yang mesra rakyat namun kerajaan tentunya mahu mengambil iktibar.

Awang lega kerana perwakilan menampakkan kebijaksanaan dengan tidak melaungkan soal majoriti dua pertiga. Beria-ia berbuat demikian juga boleh dilihat oleh sebahagian rakyat sebagai angkuh.

Maka memperoleh kemenangan dengan majoriti selesa pada PRU13, sudah memadai. Pada Awang, ia juga boleh dianggap kejayaan besar. Jika BN menang dengan majoriti selesa sekalipun, ia adalah malapetaka buat pakatan pembangkang yang ghairah melihat PRU13 sebagai kesempatan terbaik untuk berkuasa.

Seandainya BN peroleh majoriti dua pertiga, itu bonus yang boleh dimanfaatkan di Dewan Rakyat. Setiap pertempuran tidak sama sifat, kompleksiti dan cabarannya. Yang sangat dituntut selepas Perhimpunan Agung UMNO ialah taat setia, pengorbanan, perpaduan kukuh dan tidak mengkhianati parti sebagaimana ikrar yang lafaznya diketuai oleh Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin, semalam.

Cabarannya nanti, realiti di Dewan Merdeka tidak sama dengan medan sebenar termasuk ketika penentuan membariskan calon PRU13. Tetapi Awang yakin semboyan yang ditiupkan oleh Najib memberi kesan yang bukan sedikit. Penampilannya yang cukup menyakinkan dan membangkitkan semangat perwakilan ketika penggulungan, memercikkan gelombang keyakinan baru. Kepada orang Melayu, sekali lagi terjamin menerusi penegasan Najib bahawa UMNO tetap benteng dan wadah bernilai buat bangsa.

Kepada rakyat Malaysia, UMNO boleh menjadi sandaran dalam membina masa depan yang gemilang untuk semua. Sudah terbukti begitu sejak dahulu lagi. Bahkan, transformasi Najib dalam ekonomi, pentadbiran dan politik mula menampakkan hasil. Ramai pemerhati antarabangsa tertarik dengan pembaharuan oleh beliau ketika banyak pemimpin negara lain berada di takuk dan gaya lama.

Misi membawa kemenangan pada PRU13 bukan tergalas di bahu Najib dan beberapa kerat pemimpin sahaja tetapi semua orang BN dan rakyat Malaysia yang melihat jauh ke hadapan. Apa yang kita tunggu selepas ini ialah pengumuman pembubaran Parlimen dan senarai calon. Apa kejutannya? -Utusan

Muhyiddin jahil konsep Negara Berkebajikan

Posted: 03 Dec 2011 09:44 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE



KUALA LUMPUR- Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas.

Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan.

"Dia yang tak reti. Bukan pemimpin-pemimpin PAS yang tak tahu. Kalau pemimpin pemimpin-pemimpin PAS tak tahu macam mana boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini.

Muhyiddin ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia pada perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, 29 November lalu berkata, pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar tahu menyebut tentang Negara Berkebajikan tetapi sebenarnya tidak tahu tentang konsep sebenar Negara Berkebajikan.

Realiti itu didakwa berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bukan sekadar tahu perkara itu, tetapi telah melaksanakannya sejak memerintah negara berpuluh tahun lalu.

Menurut Mohamad Sabu, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin kerana ia tidak mungkin berkemampuan mempengaruhi orang ramai, melainkan hanya akan memalukan dirinya sendiri sahaja yang terbukti jahil tentang konsep Negara Berkebajikan yang sebenar.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, katanya, pernah membuat kenyataan seperti itu dan membandingkannya dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN tentang sekelumit bantuan kebajikan yang diberikan kepada rakyat menerusi agensi-agensi kerajaan.

"Tetapi langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN itu masih jauh dengan konsep Negara Berkebajikan sebenar. Untuk mengetahuinya, Muhyiddin perlu menelitinya dengan mendalam dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan," katanya.

Antaranya contoh yang telah ditunjukkan di Kelantan, tambahnya, dengan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan yang kemudiannya turut diikuti di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya.

"Selain itu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya.

Itu, katanya, hanyalah sebahagian sahaja dari langkah yang telah dilaksanakan di Kelantan, manakala sebahagian contoh di Selangor pula dengan sebahagian pemberian bekalan air percuma.

"Di Pulau Pinang pula, diberikan RM100 kepada setiap anak negeri itu yang baru lahir sebagai sebahagian bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri itu," jelasnya.

Kerajaan PAS Kelantan, tegasnya, walaupun miskin, tetapi tetap berkemampuan melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan baik, ekoran kefahaman para pemimpin PAS sendiri tentang konsep Negara Berkebajikan.

"Kini, banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu yang pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi telah ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN.

"Jadi siapa sebenarnya yang tak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan? Ternyata bukan para pemimpin PAS yang tak tahu, tetapi Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang jahil mengenainya," ujar beliau. HarakahDaily

Desak Nik Aziz undur bukti Umno Kelantan takut

Posted: 03 Dec 2011 09:42 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.

Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata ianya juga menunjukkan betapa Umno gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.

"Kita ingin bertanya kepada perwakilan Umno Kelantan ini, atas dasar apakah Menteri Besar Kelantan diminta berundur? Jika atas faktor umur, tidakkah mereka yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan serta jauh lebih muda dari Nik Aziz lebih layak untuk berundur?

"Tidakkah Mohd Afandi membaca Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan duit kerajaan yang berlaku di bawah pentadbiran individu yang kononnya lebih muda,"soalnya.

Menurut beliau lagi, tindakan Afandi membandingkan Tuan Guru dengan Tun Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah berundur membayangkan kejahilannya terhadap sejarah Umni sendiri.

Menurutnya, kedua-dua bekas perdana menteri itu berundur bukan atas desakan pembangkang tetapi atas desakan dalaman Umno sendiri setelah mereka gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihanraya.

"Tun Mahathir berundur setelah sokongan Melayu kepada Umno merosot dalam pilihanraya umum 1999 dan Tun Abdullah berundur setelah Barisan Nasional gagal mendapat dua pertiga majoriti di dalam parlimen dalam pilihanraya umum 2008.

"Adapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz, semakin disayangi dan disanjungi oleh rakyat Kelantan berbanding dengan Afandi sendiri yang pernah kalah kepada seorang calon wanita di dalam pilihanraya umum 2008 untuk kerusi parlimen Rantau Panjang," katanya.

Justeru, beliau berkata desakan Umno Kelantan tidak perlu dilayan oleh kepimpinan kerajaan negeri.

Apa yang perlu ujarnya ialah meneruskan fokus ke arah membangunkan negeri Kelantan di bawah payung syariat.

"Adapun desakan Umno Kelantan itu tidaklah ubah seperti jurulatih pasukan bola sepak sebelah lawan yang merayu-rayu agar dibuang pemain penyerang utama sebelah sini yang dibimbangi akan menjaringkan gol setelah mereka sendiri pun terkial-kial untuk mencari penjaga gol," ujarnya. -Harakahdaily

‘Umno tidak berhak desak Nik Aziz berundur’

Posted: 03 Dec 2011 09:38 PM PST

Mohamad Sabu berkata Umno tiada hak mendesak kerana Nik tidak melakukan rasuah



PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan Umno tidak berhak untuk mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan.

"Umno tiada hak mendesak kecuali jika Nik Aziz melakukan kesalahan besar seperti pemimpin Umno."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil Umno Kelantan Mohd Afandi Yusoff yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan atas dasar usia beliau yang telah lanjut.

Desakan tersebut dibuat Afandi ketika sesi debat perhimpunan agung Umno ke-62 pada hari ini.

Faktor kesihatan

Nik Aziz yang juga ialah Mursyidul Am PAS sekarang berumur 80 tahun. Beliau memimpin negeri Serambi Mekah sejak 22 tahun lalu.

Gesaan agar Nik Aziz melepaskan jawatan bukanlah perkara baru dan telah dibuat acap kali.
"Nik Aziz tak melakukan kesalahan rasuah," tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mat Sabu menjelaskan keputusan sama ada untuk kekal berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan bergantung sepenuhnya dengan Nik Aziz sekiranya beliau tidak sihat.

Tujuh ramuan untuk menang PRU-13

Posted: 03 Dec 2011 09:37 PM PST

Berdasarkan tujuh ramuan itu, beliau meletakkan sasaran Umno menang majoriti dua pertiga.



KUALA LUMPUR: Tujuh ramuan penting digariskan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kemenangan pilihan raya umum akan datang.

Timbalan perdana menteri tujuh ramuan itu bersatu demi kemenangan parti; bersetia kepada parti dan pemimpin; berkhidmat dengan sepenuh hati kepada parti dan rakyat; berjihad demi parti; berusaha menjadi ahli pasukan parti yang bagus; redha dan bertawakal.

Menurut Muhyiddin, berdasarkan tujuh ramuan itu, beliau meletakkan sasaran Umno menang majoriti dua pertiga.

Beliau menekankan aspek bersatu demi kemenangan parti dengan menerima sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon.

Muhyiddin berkata bukan semua adalah layak untuk menjadi calon.

Malah ujarnya, penyatuan jiwa Umno perlu diperluaskan menjadi satu keluarga besar kerana ramai terutama dalam perkhidmatan awam menyokong perjuangan parti.

"Jelmakan kesatuan kita dengan menerima sesiapa saja yang dipilih menjadi calon oleh parti, jangan cah keting, peteh sesama sendiri, jangan tikam belakang, jangan tutup bilik gerakan, jangan boikot, jangan timbulkan masalah baru kepada parti, jangan buat apa saja yang boleh menyebabkan calon kita kalah.

Semangat berkobar-kobar

"Perluaskan makna orang Umno. Di luar sana ramai yang berjiwa Umno menyokong perjuangan kita dan mahu lihat Umno menang dalam pilihan raya walaupun mereka bukan ahli.

"Mereka ini ramai dalam perkhidmatan awam, guru-guru, tentera, polis, pensyarah, pekerja swasta, badan-badan bukan kerajaan, dan lain-lain. Rangkumkan mereka dalam keluarga besar Umno," katanya dalam ucapan penggulungan di Persidangan Umno 2011 hari ini.

Muhyiddin berkata tiada guna sekiranya semangat berkobar-kobar jika tidak diterjemahkan dalam bentuk usaha yang tersusun, teratur dan berstrategi.

"Orang Umno mesti berkorban masa, tenaga dan fikiran untuk memastikan kemenangan Umno. Jihad untuk memenangkan parti, jihad untuk memastikan `survival' bangsa dan agama adalah pengorbanan kita yang paling besar," tambahnya.

Kata timbalan presiden Umno, calon adalah senjata yang paling baik dan ampuh bedepan dengan musuh politik.

Beliau berkata, calon adalah taklif kepimpinan yang berat tetapi bukan keistimewaan.

"Sesiapa yang dipilih menjadi calon mesti pikul beban kepimpinan yang berat," katanya.

Bolehkah diterima sumpah laknat Najib?

Posted: 03 Dec 2011 09:34 PM PST

Kalau dengan sumpah laknat boleh menegakkan kebenaran, Mona Fandey pun mahu bersumpah.


Mendengarkan ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno malam tadi akhirnya membuatkan saya tercari-cari kesimpulan dalam satu perkara yang disebut beliau.


Oleh kerana malam tadi sekali lagi beliau menyentuh sumpah laknat menafikan samada beliau mengenali, mengetahui atau penglibatan beliau dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu, di sebuah masjid sedikit masa dahulu, jadi saya cuba mencari kesimpulan dari sumpahannya itu.

Saya percaya bahawa selain saya, tentu ramai yang masih gagal menemukan jawapan samada untuk mempercayai sumpah laknat Najib ataupun cuma sekadar sumpah sesumpah.

Bagi merumus tindakan bersumpah laknat ini, ada beberapa perkara atau latar belakang yang perlu kita ketahui dahulu.

Pertama, kita tentulah sama-sama mengetahui bahawa Najib adalah seorang yang mampu memiliki hampir segala-galanya di dunia ini dan juga seorang yang paling berkuasa dalam negara ini.

Keduanya, pembaca harus tahu, sumpah yang dibuat oleh Najib itu merupakan penafian beliau samada mengenali, mengetahui mahupun terlibat sama dalam kes pembunuhan tersebut.

Hukuman mati

Pembaca juga harus mengetahui sekiranya mana-mana tertuduh yang didakwa di mahkamah dan didapati bersalah bukan sahaja akan kehilangan segala-galanya malah akan berhadapan dengan hukuman mati.

Sekarang, cuba anda bayangkan pula, katakanlah Ali misalnya atau pun sekiranya anda mahukan lebih 'penghayatan' bayangkanlah diri anda sendiri menghadapi situasi seperti itu.

Jika memang betul sekalipun anda telah membunuh atau sekurang-kurangnya bersubahat, sudah tentulah anda juga sanggup bersumpah laknat jika itu dapat menyelamatkan diri anda dari berhadapan kemungkinan dihukum mati.

Mudah bukan? Tidak perlu sampai ke mahkamah, hanya cuma dengan bersumpah di dalam masjid, junjung Al-Quran sudah memadai untuk bersihkan nama dan menyelamatkan nyawa anda dari berhadapan hukuman mati.

Ini soal nyawa anda, hidup dan mati anda, jadi mengapa tidak mahu bersumpah sekiranya dapat membersihkan nama anda dan menyelamatkan nyawa anda.

Agak-agak andalah, kalaulah individu Islam yang pernah terlibat dengan kes bunuh seperti Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi dan pembantu mereka, Juraimi diberi peluang mengangkat sumpah laknat dalam masjid sambil memegang Al-Quran.

Jika dengan cara itu dapat melepaskan mereka dari hukuman gantung sampai mati, maka saya percaya dan yakin dua ratus peratus mereka tak fikir panjang bersetuju mengangkat sumpah laknat di dalam masjid sambil menjunjung Al-Quran menafikan mereka telah membunuh seseorang.

Apa nak dihairankan sangat, malahan kalau nyawa anda boleh diselamatkan dengan hanya satu-satu syarat yang ada iaitu berlari berbogel keliling kampung pun, jangan temberanglah kata tak sanggup!

Itu cuma taraf orang-orang biasa yang kehidupan mereka kadang-kadang serba kekurangannya, jauh dari kemewahan dan kuasa pun tetap masih sayang untuk meninggalkan kehidupan di dunia ini.

Hidup mewah


Apatah lagi bagi seseorang yang kehidupannya penuh diuliti kemewahan, memiliki segala-galanya dan mempunyai kuasa pulak tu.

Sekali lagi saya nak cakap jangan temberanglah, hatta orang yang kehidupannya merempat sekalipun akan bersumpah laknat kalau berhadapan kemungkinan dihukum mati, apatah lagi bagi orang yang memiliki segala-galanya termasuk kemewahan dan kekuasaan.

Lainlah bagi Hambali @ Riduan Isamuddin atau bagi Amrozi, Mukhlas bersaudara dan Imam Samudra yang terlibat dengan pengeboman di Bali pada 2002 lalu.

Orang seperti mereka ini memiliki semangat dan iktikad yang luar biasa, mencintai kematian yang mereka yakini sebagai syuhada dan semestinya sangat jauh berbeza dengan manusia yang mencintai kehidupan duniawi ini.

Bagaimana pula dengan sumpah seseorang yang bukan sahaja dibayar malah menerima tekanan dari mana-mana pihak supaya bertindak sesuatu dan bersumpah?

Dalam hal ini, saya percaya ia banyak bergantung kepada kepercayaan atau kekuatan pegangan agamanya, keperibadiannya dan sejauh mana dia dapat diyakinkan bahawa dengan bersumpah laknat tidak akan mempengaruhi kehidupannya.

Mungkin juga ayat seperti, "alaa nanti lepas kau bersumpah laknat, kau boleh taubat la sungguh-sungguh, Tuhan itu kan maha pengampun" sesuai untuk meyakinkan seseorang untuk bersumpah laknat.

Begitulah serba sedikit analisa sumpah laknat yang saya kira bukanlah satu cara terbaik untuk seseorang menegakkan kebenaran.

Bagi manusia yang mempunyai akal tentu akan bersetuju untuk menegakkan kebenaran, adalah jauh dari memadai dengan hanya bersumpah laknat di masjid dengan menjunjung Al-Quran, tetapi haruslah ditentukan oleh mahkamah yang adil.

Sedikit sebanyak dari analisa tentang kebenaran sumpah tadi, sama-sama kita boleh menilai adakah sumpah laknat Najib itu boleh dipakai ataupun sekadar sumpah oleh sesumpah.

Akhir sekali perlu saya jelaskan, saya hanya mengajak pembaca menganalisa sejauh mana sumpah laknat Najib itu boleh dipakai.

Jauh sekali cuba mengaitkan beliau dengan mana-mana kes berprofail tinggi, sebab saya tahu beliau adalah seorang lelaki yang baik dan seorang suami yang taat…..

* Penulis merupakan seorang penulis bebas. Artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com

Muka baru, pro dan kontra untuk Najib

Posted: 03 Dec 2011 09:26 PM PST

Jika benar cadangan itu dilaksanakan ia boleh mencetuskan konflik baru dalam parti.

ANALYSIS



PETALING JAYA: Perhimpunan agung Umno 2011 mendedahkan betapa parti pemerintah yang terbesar dan tertua sangat takut menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Berulangkali Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan lain mahukan ahli bersatu padu dalam menghadapi pilihan raya yang dianggap penentu hidup mati Umno dan BN.

Serangan bertalu-talu terhadap pembangkang bagaimanapun, masih tidak mampu meredakan kebimbangan.

Dalam pada itu, pengumuman Najib untuk meletakkan lebih ramai muka baru boleh menimbulkan konflik baru dalam parti.

Pengumuman itu sudah tentunya menyebabkan wakil rakyat lama yang sudah bertahun-tahun menyandang gelaran YB menimbulkan gundah gelana di hati mereka.

Mahukah mereka melepaskan kerusi ketika para penyokongnya memuji sepanjang waktu? Apatah lagi dengan menjadi wakil rakyat sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada mereka.

Gelaran YB

Barangkali seorang ketua bahagian boleh melepaskan gelaran YB itu tetapi bagaimana pula dengan para menteri? Bersediakah mereka berbuat demikian?

Jika usia mahu diambil kira Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Tengku Razaleigh Hamzah nama paling teratas untuk `dihilangkan' dari calon pilihan raya. Senarainya tentunya tidak berakhir di situ.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Abdul Ghani Othman, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Tun Abdullah Ahmad Badawi juga sudah terlalu lama dalam politik dan memegang pelbagai jawatan parti dan kerajaan.

Kalau dihitung lagi barangkali separuh wakil rakyat BN perlu digugurkan. Persoalannya juga bolehkah muka-muka baru boleh diterima rakyat seperti calon lama itu?

Jika perancangan Najib ini teruskan dalam pilihan raya umum ke 13 nanti, bukan mustahil sebahagian dari mereka akan merajuk.
Mustahilkah jika yang merajuk memboikot BN mempengaruhi penyokong kuat supaya tidak mengundi calon baru?

Pro dan kontra

Atau lebih teruk lagi menjadi calon bebas menentang parti sendiri. Dalam Umno, bekas pemimpin yang memboikot dan menentang parti sudah menjadi lumrah.

JadI untuk menggugurkan wakil rakyat lama ini penuh risiko.

Dengan Umno dan komponen BN lain yang masih bergolak, mengambil risiko sebegini boleh mengundang kehilangan Putrajaya.

Tetapi masih menyimpan pemimpin dan wakil rakyat yang sudah dibenci rakyat memang tindakan bodoh dan membunuh diri.

Ringkasnya menggantikan orang lama dengan muka baru ada pro dan kontranya. Silap langkah kuasa yang pegang sejak berdekad lalu terlepas ke tangan orang.

Lihat saja nanti adakah Umno dan BN benar-benar berani melawan arus.

Polis tembak mati tahanan warga Nigeria di HKL

Posted: 03 Dec 2011 09:25 PM PST

MALAYSIA KINI

Polis menembak mati seorang tahanan warga Nigeria selepas lelaki itu mengamuk dan menyerang anggota polis ketika dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki Nigeria berumur 31 tahun itu ditembak polis ketika berada di wad 18, katil 10 kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki terbabit kerana menyerang anggota polis selepas mengamuk di hospital itu. Dia mati di tempat kejadian," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas, hari ini.

Ku berkata lelaki itu dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam l 1.40 petang semalam selepas X-Ray yang dibuat mendapati ada ketulan dadah di dalam ususnya.

"Lelaki tersebut sebelum itu ditangkap pada 2 Nov lalu jam 11.13 pagi bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Dia sepatutnya direman sehingga Rabu depan," katanya.- Bernama

Tiada ulasan: