Cursing Malay : Terus Terang |
Perlindungan Untuk Pelanggan di Malaysia Berada Dalam Keadaan Kritikal Posted: 05 Dec 2011 06:07 PM PST Mesti benda macam ni pernah terjadi pada kau...Kau beli barang. Seminggu lepas tu, barang tu rosak atau ada problem. Kau pegi balik kedai kata barang tu ada problem. Tauke kedai kata,"Ni kena claim warranty ni.."Melopong la kau sebab proses nak claim warranty tu ada la makan masa sebulan dua. Perkara ni mesti banyak terjadi kalau kau rajin upgrade PC atau henfon atau mudah lagi,electronical goods. Aku sendiri pernah beli motherboard komputer lain sebab proses nak tunggu warranty claim tu makan masa 2 bulan lebih padahal motherboard tu aku baru aje beli seminggu lebih. Bila benda2 macam ni terjadi, membuatkan aku mempersoalkan..."Siapa yang nak tanggung kerugian aku tak dapat buat kerja 2 bulan tu kalau aku tak beli motherboard lain?" Law negara kita memang agak lemah protection untuk customer. Tak tau mana datang budaya tu tapi benda camni jelas kelihatan dekat sistem warranty kat negara kita ni. Di negara kita tidak mengamalkan sistem return "within certain periods of time" dan warranty yang cover on the spot punya change of goods from failures. Kau beli barang,rosak...kau kena tunggu barang tu dihantar balik ke manufacturer. Ada jugak syarikat-syarikat yang dah mula buat sistem tu..antaranya Ikea (return barang dalam 100 hari kalau kau tak suka untuk full refund) SenHeng dan HomeMart+ (warranty tukar on the spot kalau stok ada kat kedai) tapi semua hanya bergantung dengan syarikat tu sendiri. Walau bagaimanapun, apa yang paling mengecewakan aku adalah mengenai sistem warranty kereta yang macam anakharam. Aku adalah seorang pembeli kereta Perodua. Bila dah sebulan lebih aku beli kereta, aku perasan..klip pegang mudguard tayar depan tanggal. Bila aku pegi servis...mintak ganti dengan klip pengikat dia...aku yang kena bayar benda tu. Lepas tu aku pegi servis lagi sekali...klip dekat belah lain pulak yang tanggal. Aku gantikan lagi. Tiap kali aku pegi servis mesti ada yang tanggal dan mesti aku kena bayar untuk ganti benda tu. Walaupun benda tu tak mahal, RM4 aje...tapi itu adalah manufacturer defect yang Perodua kena tanggung sebab bukan aku seorang aje yang kena benda tu dan bukannya aku saja-saja tanggalkan klip tu. If a product is not functioning as it should be during the warranty period, manufacturer la yang kena tanggung,kan? Tapi takpelah..cerita pasal Perodua aku sambung esok. Culture bisnes kita mudah nak faham...kau cuba kira berapa banyak showroom kereta dan cuba kira berapa banyak pusat servis kereta. Mana lagi banyak? Showroom jual kereta. Mana yang sepatutnya lagi banyak? Pusat servis kereta. Agak mudah untuk pengeluar produk take advantage pembeli-pembeli di Malaysia. Support untuk after sales service adalah sangat-sangat mengecewakan. Setuju atau tidak? |
You are subscribed to email updates from Cursing Malay : Terus Terang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan