Sabtu, 17 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PENULIS MUDA INTERLOK DAN RM 5JUTA NAJIB...

Posted: 17 Dec 2011 07:00 AM PST

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan RM5 juta yang disalurkan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bagi penerbitan buku terutamanya karya asli penulis muda.
Perdana menteri berkata peruntukan itu akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun dan yakin karya asli penulis dapat diterbitkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Katanya bagi merealisasikan matlamat itu secepat mungkin, ITBM akan ditingkatkan mandatnya untuk menerbitkan karya asli penulis selain berfungsi sebagai agensi teraju dalam bidang penterjemahan.
"Ini turut melibatkan penjenamaan baru institut itu kepada ITBM (asalnya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di Kuala Lumpur malam tadi.
Turut hadir Pengerusi PENA Dr Mohamad Saleeh Rahamad dan Pengarah Urusan ITBM Khair Ngadiron.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk menaik taraf Rumah Pena.

Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan Tokoh PENA kepada bekas Presiden PENA Datuk Baharuddin Zainal atau Baha Zain sebagai menghargai sumbangannya semasa menerajui persatuan itu.
Dalamm ucapannya, Najib juga meminta penulis muda mencorak minda masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap Malaysia melalui sastera berasaskan kepelbagaian 1Malaysia.
"Usia yang muda bukanlah alasan untuk mengecilkan diri atau berasa rendah diri, jadikan peluang yang ada sebagai aset utama untuk melaksanakan tugasan tersebut.
"Anda (penulis muda) mempunyai kudrat yang kuat, masa masih panjang dan pemikiran yang meluas. Hadapilah cabaran di hadapan dengan penuh semangat, visi yang jelas dan kesungguhan tidak terbatas," katanya.
Beliau berkata selepas Merdeka, sasterawan berperanan melakukan transformasi pemikiran masyarakat dengan idea yang menyuburkan pembangunan, perpaduan kaum dan pembebasan daripada penjajahan mental.

Najib berkata peranan sasterawan penting dalam merealisasikan perencanaan kerajaan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan kemajuan negara tidak sahaja diukur daripada segi kebendaan semata-mata.
"Pencapaian dalam bentuk pemikiran, persuratan dan kebudayaan juga menjadi salah satu pengukur penting dalam kemajuan itu sendiri.
"Kita tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju daripada segi kebendaan semata-mata tetapi miskin akal budi. Kalau itu terjadi kita tidak ubah seperti pohon yang tiada akar, sekali bertiup pasti menyembah bumi," katanya.
Beliau mengangap sasterawan merupakan "mata dan suara hati" rakyat yang melihat kepincangan dalam masyarakat lalu menyisipkan idea dan pedoman bagi membentuk keperibadian bangsa bagi menghadapi cabaran zaman.
"Sasterawan terdahulu melalui penulisan mereka telah meniup semangat yang meresap ke dalam jiwa masyarakat sehingga membentuk gelombang kebangkitan nasionalisme yang berupaya mengubah lanskap politik negara.
"Memang benar ahli politik dilihat pelaksana perubahan namun nyalaan semangatnya tetap datang daripada buah filiran yang disemai secara halus serta tersirat oleh penulis serta pengarang sastera tanah air," katanya.
- Bernama

NASHA DAN HASSAN ALI TIDAK PUNYA MINDA PEJUANG ISLAM

Posted: 16 Dec 2011 09:30 PM PST

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat."Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.

Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.

Ikuti pelbagai isu lagi yang dibangkitkan melalui wawancara penuh dengan Mustafa dalam Harakah cetak Sabtu ini.

BETUL PERKASA:UMNO TAKUT DENGAN INDIA?

Posted: 16 Dec 2011 05:09 PM PST

PERKASA menyatakan kekesalannya terhadap keputusan kerajaan menarik balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sebagai teks sastera di sekolah atas desakan "minoriti" yang didakwa "besar kepala".
Setiausaha agung kumpulan pendesak Melayu itu Syed Hasan Syed Ali berkata, ia melambangkan kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan karya itu.
Beliau juga mendakwa tindakan itu dibuat atas kehendak "biadap" MIC demi menagih undi dalam pilihan raya.
"KNONEerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina," katanya.
Sebagai bantahan, tambahnya, orang Melayu tidak akan sesekali memberikan undi kepada calon MIC atau calon India yang anti-Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.
"Apa yang tertera dalam buku novel tersebut adalah fakta. Bukan niat menghina," katanya sambil menegaskan penggunaan perkataan paria masih berlaku di negara India dan tergambar dalam filem-filemnya.
"Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala!" kata Syed Hasan dalam kenyataannya malam tadi.
Ketika kehangatan novel itu berlangsung, PERKASA sebelum ini antara kumpulan yang tampil mempertahankan karya Abdullah. NGO itu malah memberikan anugerah khas kepada penulis.

Tiada ulasan: