Sabtu, 17 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Bendera Najib diturunkan dari PWTC..

Posted: 17 Dec 2011 04:41 AM PST

Pertama kali dalam sejarah Malaysia kerana didorong perasaan benci dan marah bendera seorang Pemimpin UMNO yang menjadi Perdana Menteri diturunkan oleh sekumpulan anak muda..

Hari ini sekumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dilaporkan telah bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) .


Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider..

Polis 'mesra', bantu mahasiswa demonstrasi protes AUKU

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai 'flash mob' di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan 'kelainan' apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini.

Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dari Masjid Jamek dengan membawa sepanduk antaranya bertulis "Mahasiswa Bukan Robot, Mansuhkan AUKU, Bebaskan Mahasiswa Berpartisan dalam Politik".

Mereka kemudiannya duduk di atas jalan raya di Jalan Sultan Ismail berhadapan bangunan Suhakam sambil diawasi kira-kira 15 anggota polis berpakaian uniform.

Kumpulan mahasiswa ini turut melaungkan "hidup-hidup, mahasiswa, hidup-hidup kebebasan, mansuhkan AUKU sambil diselang-selikan dengan ucapan daripada wakil-wakil persatuan mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Peserta demonstrasi tersebut dilihat turut bertengkar dengan beberapa pengguna jalan raya termasuk seorang penunggang motosikal yang tidak senang dengan tindakan mereka menghalang lalu lintas dan mengarahkan mereka ke tepi jalan.

"Woi, tepi lah! orang nak pergi kerja, janganlah duduk sini (tengah jalan)", dan kemudiannya salah seorang daripada peserta demonstrasi menjawab, "aku pun bayar cukai, suka hati lah".

Dalam demonstrasi terbabit, kumpulan ini turut menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Md Sha'ani Abdullah.

Dalam kenyataannya kepada media, Md Sha'ani berkata, tindakan kumpulan terbabit duduk di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas merupakan suatu kesalahan undang-undang, tetapi kehendak mereka tidak boleh dinafikan.

"Memang tindakan mereka itu merupakan satu kesalahan, tetapi kita tidak boleh menafikan hak mereka, sebelum ini pun belum ada lagi orang yang ditahan kerana menghalang lalu lintas," katanya selepas sesi penyerahan memorandum.

Menurutnya, memorandum tersebut akan diteliti dan ada perkara tertakluk di bawah hak asasi manusia sejagat.

"Suhakam akan meneliti memorandum yang diserahkan, dan kami percaya pernyataan ketidak puasan hati boleh melalui pelbagai bentuk, sama seperti berdemonstrasi demi untuk menarik perhatian golongan tertentu apabila medium lain seperti surat dan sebagainya tidak mendapat respon yang sewajarnya," jelasnya.

Setelah kira-kira 30 minit berdemonstrasi di kawasan pejabat Suhakam, kumpulan mahasiswa kemudiannya bergerak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada Umno.

Samada The Malaysian Insider nmahupun Malaysiakini.. mereka tidak melapurkan satu insiden yang memalukan ini.. lihat gambar di bawah..


SPRM Siasat Shahrizat?

Posted: 16 Dec 2011 09:13 PM PST



The Star melaporkan, pihak SPRM telah menyiasat samada Shahrizat memainkan sebarang peranan untuk membolehkan NFC yang dikuasai oleh suaminya memperolehi dana RM250 Juta..


Menurut sumber pihak SPRM telah memulakan siasatan tentang perkara tersebut setelah isu berkenaan NFC di bangkitkan oleh Laporang Ketua Audit Negara 2010.

Boleh percayakah ni??

MACC probing Shahrizat

KUALA LUMPUR: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is investigating whether Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil had played any part in the award of the RM250mil loan to the National Feedlot Corpo­ration (NFC), of which her husband is the executive chairman.

Sources said MACC officers were checking to ascertain if she had influenced, took part in the project or whether she had a hand in the loan award.

They said the commission had started its investigations into the matter after the NFC issue was highlighted in the Auditor-General's 2010 Report.

The report indicated that the project had not met targets set by the Government.

It is learnt that MACC officers had visited the project site as well as the NFC office and interviewed Shah­rizat's husband Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail as well as several other people connected to the NFC project.

Meanwhile, MACC chief commissioner Datuk Seri Abu Kassim Mohamed said the commission had been investigating "grand corruption all the way" and denied that it was only combating petty corruption.

"Our responsibility is to investigate and we have been doing so regardless of the person's status," he said at the closing ceremony of the Malaysian Technical Cooperation Programme at the Malaysian Anti-Corruption Academy here yesterday.

He was responding to a question that certain groups, including Transparency International (TI), which said that not enough was being done to combat "grand corruption".

On Dec 1, TI said Malaysia had shown a decline in its Corruption Perceptions Index (CPI) score for the third consecutive year, scoring lower than 4.4 last year and was significantly lower than the Government's own benchmark of 4.9.

Abu Kassim said the MACC had been investigating "big" cases regardless of whether it involved Cabinet ministers or ordinary citizens.

The Star

Tiada ulasan: