BRIGED MP SEGAMBUT |
- ZAHID WAJAR LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI?
- KES BONTOT BELUM HABIS LAGI
- AWAS:KUASA HANTU AKAN BERMAIN?
- HASSAN ALI TIDAK AKAN JADI KHALID BIN WALIDNYA PAS?
- Enam NGO a'bangsa desak Taib, keluarganya ditangkap
- BUKA AKAUN FACEBOOK BAKAL DIPANTAU?
- HASSAN ALI PENDEKAR MELAYU? HU HU HU
ZAHID WAJAR LETAK JAWATAN SEBAGAI MENTERI? Posted: 13 Dec 2011 07:30 AM PST Berdasarkan laporan 10 Disember 2011, seorang blogger pro-Umno Papagamo, telah berada di tempat yang sama di mana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya P Ramasamy dan Mansor Othman semasa kunjungan mereka ke kapal selam KD Tun Razak. (Er Teck Hwa di depan KD Tunku Abdul Rahman semasa LIMA 2009.) Papagomo telah juga menggambarkan secara negatifnya bagaimana Lim Guan Eng mengalami mabuk laut ketika dalam kapal selam tersebut. Selain itu, seorang wartawan yang berada di tempat kejadian pada waktu tersebut turut menyatakan seorang lagi blogger pro-Umno bernama 'Big Dog' (Zakir Mohamad) turut berada di sana. Berdasarkan foto di Malaysiakini, tampaknya kemunculan beliau adalah dalam penerbangan daripada lapangan terbang Langkawi dalam helikopter tentera. Pada mulanya, kerajaan BN berhajat untuk menjemput Ketua Menteri daripada negeri PR untuk menyaksikan perjalanan dalam laut ini, untuk membuktikan ketidaktepatan dakwaan bahawa kapal selam ini tidak dapat menyelam. Akan tetapi, segalanya tumbang-terbalik. Sebaliknya, ia menunjukkan kedangkalan Menteri Pertahanan dalam soal sekuriti negara. Bukan itu sahaja, beliau turut tidak memahami konsep pemprosesan dalam satu pentadbiran yang baik. Semasa pertengahan tahun 2009, kapal selam pertama, KD Tunku Abdul Rahman, yang dibina dan dihantar ke Malaysia, Ahmad Zahid telah menjemput semua ahli parlimen daripada Dewan Rakyat ketika sesi ketiga parliamen ke pertunjukan LIMA untuk melawat rekabentuk dalam kapal selam. Antara ahli parlimen pembangkang, hanya ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri dan saya menyertai pertunjukan tersebut. Pada 4 Disember 2009, Kementerian Pertahanan telah mengaturkan satu kapal terbang di lapangan terbang Subang dan membawa kami terus ke Langkawi. Semasa kami tiba di pertunjukan udara LIMA di Langkawi, Ahmad Zahid telah menjemput kami. Kementerian Pertahanan juga telah menyediakan makanan untuk kami dan dijadualkan pukul 3 petang kami akan memasuki kapal selam. Terdapat ramai jemputan, jadi kami semua terpaksa menunggu di platform. Disebabkan ruang sempit di dalam kapal selam, setiap seorang pelawat terpaksa menunggu giliran kami. Tun Dr Mahathir Mohamad turut berada di sama. Sebagai mantan perdana menteri, beliau diberikan keistimewaan untuk memasuki kapal selam terlebih dahulu. Namun terdapat seorang dalam ramai yang menarik perhatian saya. Beliau ialah Tan Sri Vincent Tan. (Dr Mahathir dan Vincent Tan di depan KD Tunku Abdul Rahman semasa LIMA 2009) Semasa Vincent Tan mengikuti Dr Mahathir memasuki kapal selam, saya berfikir mengapa Vincent Tan, seorang ahli perniagaan biasa, dan bukan pegawai kerajaan atau wakil rakyat boleh memasuki sebuah kenderaan ketenteraan. Kehadiran Dr Mahathir adalah berpatutan dan tepat kerana beliau seorang negarawan, yang pernah berbakti kepada kemajuan negara dan perdana menteri paling lama di Malaysia. Adakah Vincent Tan seorang pakar dalam kapal selam? Mengapa seorang biasa seperti beliau dibenarkan memasuki kapal selam? Perkara yang sama berlaku lagi selepas dua tahun. Sebagai Menteri Pertahanan, Zahid seolah tidak sedar siapa yang harus dibenarkan masuk ke dalam kapal selam. Namun begitu, seorang rakyat biasa telah memasuki kapal selam, mengambil gambar dan memaparkannya ke internet. Ahmad Zahid masih tidak malu berkata bahawa tiada blogger yang dibenarkan masuk ke kapal selam. Selain itu, Papagomo juga sombong di dalam blognya dengan menyatakan bahawa beliau hanya boleh memberitahu pembaca 'sedikit benda'. Yang selainnya adalah rahsia strategi ketenteraan. Adakah ini bermaksud seorang rakyat biasa boleh menghadiri majlis di mana beliau didedahkan dengan risikan ketenteraan? Dan secara tidak malunya, beliau memberitahu kepada satu dunia bahawa beliau mengetahui sesuatu rahsia ketenteraan tapi beliau tidak akan memberitahunya. Bukankah itu satu ancaman kepada keselamatan negara? Bagaimanakah Kementerian Pertahanan memastikan blogger tersebut tidak menjual maklumat tersebut kepada organisasi risikan negara lain? Ahmad Zahid, sebagai Menteri Pertahanan yang mewakili negara mesti memahami bahawa dengan membiarkan seorang rakyat biasa untuk mengakses maklumat sesuatu fasiliti ketenteraan adalah satu benda yang teramat berat untuk berulang. Dua tahun lepas Vincent Tan, dua tahun kemudian ialah Papagomo dan Big Dog. Sejak bila tempat ketenteraan menjadi tapak permainan BN? Pada era Nazi German, Wermacht (German Armed Forces) dan Schutzstaffell (SS) adalah dua entiti yang berlainan. Ia adalah kenapa semasa Jeneral Walther Wenck ditewaskan di Battle of Berlin, di mana Hitler memberikan arahan untuk tidak berundur, tapi Walther Wenck tidak mematuhi arahan tersebut. Sebaliknya, Wermacht mengikut General Wenck untuk menyerah diri kepada perikatan Alliance. Ketaatan Wehrmacht adalah kepada Ketua Pertahanan di bawah kerajaan dan bukan parti politik. Disebabkan itu, 3 juta warga Wehrmacht diselamatkan daripada dibunuh oleh perikatan Alliance. Di atas ialah contoh yang baik pemisahan kuasa antara parti dengan negara. Kementerian Pertahanan di bawah Ahmad Zahid pula meletakkan parti politik di atas kepentingan negara. Beliau membiarkan rakyat biasa yang mempunyai hubungan politik untuk mengakses fasiliti ketenteraan. Beliau hanya berpura-pura tidak tahu. Berdasarkan ini, Ahmad Zahid telah membuktikan bahawa beliau tidak berupaya untuk mengurus. Berdasarkan keterlanjuran yang serius ini, kabinet harus menuntut beliau untuk meletakkan jawatan. Jangan biarkan politik menghancurkan imej baik ATM. --------------------------------------------------- Penulis adalah Ahli Parlimen Bakri |
Posted: 13 Dec 2011 06:30 AM PST Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar, hari ini menggunakan keputusan ketua pembangkang itu untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tempoh hari untuk menyerangnya. Dalam penggulunganya, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin berkata keterangan dari kandang tertuduh bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah, tetapi kenyataan Anwar juga hanyalah berbentuk penafian. Menurut beliau, rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu, adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara, tempat di mana kejadian itu berlaku," katanya. Yusof berkata hakikat bahawa Anwar tidak mempertikaian kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu dan juga bahawa beliau telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya". Katanya, Anwar juga tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu. |
AWAS:KUASA HANTU AKAN BERMAIN? Posted: 13 Dec 2011 03:16 AM PST Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng beranggapan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh 'pengundi hantu'. "Kalau kita tidak bercakap mengenai hantu, kita akan dihantui dengan keputusan pilihan raya yang tidak mencerminkan kehendak rakyat. "Amat bahaya jika cadangan PSC tidak dilaksanakan," katanya pada wacana anjuran akhbar Sinar Harian yang berjudul 'PRU-13: Undi siapa jadi penentu' di Shah Alam, hari ini. Lim, yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika 'pengundi hantu' itu ditangkap kuasa sebenar adalah pengundi di Sabah dan Sarawak. "Mereka akan tentukan sama ada kita boleh dapatkan angka ajiaib - 112 (bagi majoriti di Parlimen)," katanya. Selain Lim, anggota lain pada panel lima anggota hari ini adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah. |
HASSAN ALI TIDAK AKAN JADI KHALID BIN WALIDNYA PAS? Posted: 12 Dec 2011 08:55 PM PST PAS menggesa semua pihak tidak terburu-buru bercakap soal calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ianya masih belum diputuskan. Menurutnya, keputusan sama ada mana-mana individu dipilih menjadi calon hanya akan diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS. Termasuk dalam iau kedudukan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ujarnya, Majlis Syura belum membuat sebarang keputusan kerana belum menerima pencalonan dari PAS negeri Selangor. "Sekali pun nama berliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. PAS melihat kredibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon.," katanya dipetik Sinar Harian. Menurutnya, sehingga kini Majlis Syura PAS hanya menerima 60 peratus sahaja senarai pencalonan daripada setiap cawangan parti itu. Selain negeri Selangor, beberapa negeri lain juga masih belum menghantar senarai calon tersebut. "Ia bermula peringkat cawangan di mana setiap cawangan memberi tiga nama calon dirasakan sesuai bertanding. Nama itu pula diserahkan kepada kawasan dan seterusnya kepada negeri. "Pas negeri menghantar nama kepada Pusat iaitu Majlis Syura yang akan meneliti setiap nama diberikan. Seperti dikatakan, sekiranya tidak menepati kriteria dikehendaki, Majlis Syura berhak memilih ahli lain berdasarkan kepentingan parti," lapor akhbar berbahasa Melayu itu lagi. Katanya, pandangan dan penilaian dibuat adalah berasas. Ia diputuskan presiden parti dan keputusan ini tidak boleh disanggah. "Tidak wujud perebutan jawatan dalam PAS. Apa dipersetujui Majlis Syura disokong semua ahli," katanya. Dalam pada itu Hasan yang juga Exco Selangor pada sidang medianya semalam menyatakan pendirian akan tetap bersama PAS dan Pakatan Rakyat (PR), selagi parti itu mempertahankan prinsip Agama Islam, hak orang Melayu dan Institusi Raja-raja. Menurutnya, persoalan sama ada dicalon ataupun sebaliknya, hanya perkara kecil jika dibanding perjuangan beliau menegakkan Agama Islam. "Saya sudah lama dalam PAS, tidak mudah meninggalkannya begitu saja," katanya. |
Enam NGO a'bangsa desak Taib, keluarganya ditangkap Posted: 12 Dec 2011 07:00 PM PST Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari enam negara mendesak supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna jawatan awam, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah. Antara NGO yang membuat tuntutan berkenaan adalah Dana Bruno Manser (BMF), Greenpeace dan pertubuhan pemantau hutan dunia, Fern. Mereka telah mengemukakan surat bertarikh hari ini kepada kerajaan Malaysia supaya menangkap individu berkenaan kerana dituduh dengan pelbagai dakwaan berkaitan dengan pengagihan dana awam secara haram, salah guna jawatan awam, merampas tanah kerajaan, rasuah, eksploitasi konflik kepentingan dan sebagainya. Surat berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara. "Kami memohon pendakwa utama Malaysia pada kadar segera menangkap dan mendakwa Ketua Menteri Sarawak, empat anaknya, lapan adik-beradiknya dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi," kata NGO itu dalam surat mereka. Selain Abdul Taib, 75, mereka yang dinamakan itu adalah anak-anaknya, Jamilah Hamidah Taib Murray, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib, Hanifah Hajar Taib. Manakala adik beradiknya pula adalah Ibrahim Mahmud, Aisah Zainab Mahmud, Zaleha Mahmud, Onn Mahmud, Mohamad Ali Mahmud, Mohd Tufail Mahmud, Amar Hajar Fredahanum Mahmud, dan Raziah Mahmud. Surat 10 muka surat itu ditandatangani oleh 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom serta beberapa tandatangan individu dari Malaysia. |
BUKA AKAUN FACEBOOK BAKAL DIPANTAU? Posted: 12 Dec 2011 04:00 PM PST DAP hari ini memberi amaran bahawa rang undang-undang Pengkomputeran Profesional 2011 (CPB) yang dicadangkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi boleh disalahguna untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat. CPB adalah usaha kementerian untuk mengawal selia semua 'perkhidmatan pengkomputeran' yang dibekalkan oleh entiti atau individu yang berkaitan dengan klasifikasi 'infrastruktur maklumat kritikal kebangsaan' atau CNNI, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua. Dalam kenyataan medianya, hari ini, Pua berkata rang undang-undang itu mentakrifkan 'perkhidmatan pengkomputeran' sebagai mana-mana perkhidmatan yang disediakan untuk 'pelan, arkitek, reka bentuk, membuat, membangun, melaksana, menggunakan dan mengurus teknologi sistem maklumat'. "Berdasarkan kepada definisi ini, skop perkhidmatan itu akan meliputi apa-apa dari membina laman web kepada pembinaan pelayan (server) komputer hingga reka bentuk dan pembangunan mana-mana produk komputer - sama ada perisian atau perkakasan. "Malah, penubuhan blog dan portal berita, atau pun menggunakan akaun Facebook dan Twitter juga boleh diklasifikasikan sebagai dilindungi mengikut 'perkhidmatan pengkomputeran'," kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu. Sebaliknya, CNNI kata Pua, ditakrifkan sebagai 'aset-aset, sistem dan fungsi yang amat penting kepada negara sehingga ketidakupayaan atau kemusnahan mereka akan mempunyai kesan amat buruk kepada ekonomi dan imej negara, termasuk kepada pertahanan dan keamanan negara atau keupayaan kerajaan untuk berfungsi atau menjejaskan kesihatan dan keselamatan awam ' |
HASSAN ALI PENDEKAR MELAYU? HU HU HU Posted: 12 Dec 2011 10:00 AM PST Bekas Persuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sanggup memikul tanggungjawab menyatukan orang Melayu seperti label "penyelamat" Melayu dan Islam yang diberikan akhbar Umno Utusan Malaysia minggu lalu. Katanya, sekiranya beliau dianggap mampu berbuat demikian, beliau rela memikul amanah itu kerana perpaduan sentiasa menjadi misinya sejak berada dalam kerajaan dan sebagai pakar motivasi sehinggalah menjadi ahli politik. Beliau yang juga exco kerajaan Selangor berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini. Ditanya lagi tentang agenda perpaduan Umno dan PAS, beliau berkata, walaupun ada pihak menyalahkannya dan tidak melihat kesatuan itu, ia akan terus digiatkan pada masa depan. Beliau juga berharap akan dinamakan untuk berkidmat di peringkat jawatankuasa lebih tinggi bagi membincangkan isu perpaduan nasional. Katanya, jawatankuasa akan memberikan kesan terbaik jika dilakukan di peringkat pusat seperti Jabatan Perdana Menteri. Hasan berkata, beliau telah menelan perbagai penawar setelah diuji dengan skala kecil dan percaya mampu membantu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan