Ahad, 11 Disember 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Gugur Hasan Ali hanya fitnah Utusan

Posted: 11 Dec 2011 07:32 AM PST

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.

Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.

"Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.

"Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini.

Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu.

"Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon.

"Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya.

Ramasamy: Saya sedia tinggalkan DAP

Posted: 11 Dec 2011 06:30 AM PST

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata beliau sedia meninggalkan DAP  jika diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa pusat eksekutif berhubung dakwaan beliau melabelkan pengerusi parti itu, Karpal Singh sebagai 'godfather' atau 'bapa angkat.

penang dap convention 111211 karpal guan eng ramasamyKatanya, beliau tidak berniat memperkecilkan mana-mana pemimpin DAP dan tidak bertujuan membidas mereka dengan dengan sebarang kenyataan yang kontroversi.

Menurut Ramasamy beliau bersedia berbincang dengan Karpal Singh jika pemimpin veteran itu merasakan dirinya dihina dengan kenyataan berkenaan dan menuntutnya membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan tersebut.

"Jika perlu, saya boleh mohon maaf. Tetapi, saya juga mesti diberi muka. Saya bukan orang biasa, saya juga mempunyai maruah. Sekiranya parti mahu saya tinggalkan DAP, saya akan tinggalkan," katanya kepada 1,000 perwakilan pada konvensyen tahunan DAP negeri di Pulau Pinang, hari ini.

"Saya tidak berminat memegang kuasa atau mengejar kedudukan. (Saya katakan ini) kerana ada  dakwaan dan komplot (menuduh) saya sedemikian," katanya.

Projek lembu: Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan

Posted: 11 Dec 2011 05:45 AM PST

Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONEAhli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di Tawau.

Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab"Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara," tambah Ghapur.

- Bernama

MCA WAJAR DIBERI AMARAN YG KERAS

Posted: 11 Dec 2011 01:30 AM PST

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini memberi amaran kepada semua pemipin bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

NONE"Di sini juga kita mahu memberi amaran keras kepada (Datuk Seri) Chua Soi Lek dan MCA serta semua pemimpin bukan Islam supaya berhenti daripada mempertikaikan isu Hudud, biar Hudud ditentukan oleh orang-orang Islam sendiri.

"Jangan masuk campur urusan Islam! MCA, jaga kaum kamu, dalam masa yang sama kita sebagai tuan di negara ini tidak pernah mempertikaikan agama-agama mereka," kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris.

Selain itu, beliau juga meminta MCA, khususnya Chua supaya tidak campur tangan dalam rusan Islam dengan menjadi "duri dalam daging", "gunting dalam lipatan".

Sambil menyindir kekalahan memalukna parti Cina itu pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PERKASA berpendapat MCA sepatutnya berusaha kerasa mengembalikan kepercayaan masyarakat Cina kepada parti itu.

"Kepimpian Wira mencabar MCA tunjukkan kekuatan kamu, bukan membuat kenyataan tentang Islam.

"Amaran kepada semua pemimpin yang bukan beragama Islam, jangan mencampuri urusan agama Islam..." kata Irwan sambil memberi amaran PERKASA mempunyai pengundi-pengundi di pelosok negara.

azlan"Harus diingat PERKASA kita mempunyai pengundi-pengundi di pelusuk negara, Kita akan pastikan calon-calon yang mengguris perasaan orang-orang Islam akan tumbang pada PRU akan datang."

Sebelum ini, MCA mencabar ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya berdebat dengan presidennya berhubung soal hudud. Chua juga dikatakan antara pemimpin bukan Islam yang banyak mengeluarkan kenyataan membidas hukum hudud.

Zahid diminta dedah hubungan dengan blogger

Posted: 10 Dec 2011 11:22 PM PST

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan penulis blog Papagomo sehingga dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan medianya, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 07Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.

Sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Papa gomo blogger at scorpene diveDalam pos blognya semalam, beliau juga mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam amal PKR di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi juga mempersoal tindakan kementerian pertahanan itu.

Menurut  Anwar tindakan membawa penulis blog itu mungkin menjejaskan keselamatan negara dan beliau mahu pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan

ANAK FELDA WAJAR SADAR DIRI!!!?

Posted: 10 Dec 2011 04:00 PM PST

Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.
Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.
Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.
Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.
"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah.
"Datuk Zul mungkin tak boleh beri sokongan kepada Isa untuk usaha penyenaraian ini dan mungkin Isa menganggap Datuk Zul sebagai penghalang kepada cita-cita peribadi beliau," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Tambah beliau lagi, arahan menyambung pengajian itu dilihat secara tiba-tiba dan tidak ada keperluan yang mendesak.
"Kalau dikatakan beri peluang Datuk Zul sambung belajar, belajar apa? Nak sambung belajar di mana?" soalnya.
Kesal dengan tindakan yang disifatkan sebagai usaha penyiingkiran secara halus itu, Anak kata Mazlan, akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap Zulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini pada 13 Disember ini, jam 2.30 petang.
"Anak menentang keras usaha-usaha yang tidak demokratik dan tidak menghormati kakitangan Felda dan warga Felda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Zul.
"Oleh itu, kita akan serahkan memorandum sokongan sebagai tanda Anak sentiasa di belakang Datuk Zul.
"Anak juga minta semua pihak termasuk keluarga Datuk Zul bertenang dan bersabar dengan keadaan ini," katanya.
Ujar beliau juga, tindakan susulan akan diambil dari semasa ke semasa selepas penyerahan memorandum tersebut sehingga Najib menarik balik arahan tersebut.
"Tindakan ini sangat malang bagi seorang pengarah yang berkhidmat dengan cemerlang.
"Ada tindakan susulan sehingga Perdana Menteri menarik balik arahan tersebut dan Datuk Zul boleh masuk pejabat seperti biasa," katanya sambil menyeru semua warga Felda tanpa mengira fahaman politik bersatu menyatakan sokongan kepada Zulkifli.

Tiada ulasan: