BRIGED MP SEGAMBUT |
- RAKYAT DIDESAK TUKAR KERAJAAN
- Penasihat agama: Hudud PAS bertentangan hukum Allah
- Bangkit isu HIV untuk tutup rasuah Umno
- Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?
- UMNO BANYAK MENIRU PAS KELANTAN?
Posted: 04 Dec 2011 09:00 AM PST Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mahu anak muda di negara ini menolak janji 'game change' yang disebut Datuk Seri Najib ketika Perhimpunan Agung Umno lalu. Malah menurutnya, apa yang lebih penting pada waktu ini adalah 'regime change' untuk mengubah kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang lebih baik. "Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada 'game change'. Tapi pada saya game change itu kecil. "Kita mahukan perubahan rejim (regime change), bukan sekadar 'game change'," katanya ketika mengetuai himpunan lebih 200 orang membantah Rang Undang-undang (RUU) Himpunan Aman 2011 di KLCC semalam. Seruan itu dibuat sebagai tanda kecewa dan protes terhadap tindakan kerajaan Umno BN yang telah meluluskan RUU itu pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu. Katanya, tindakan yang cuba menghalang hak rakyat itu tidak wajar dibiarkan dan rakyat perlu membuat perubahan dengan merubah kerajaan yang ada. "Kalau ini dibiarkan, masyarakat akan jadi masyarakat yang takut, tidak berani bagi fikiran, dan terus di bawah jajahan," katanya. Najib dalam ucapannya di perhimpunan parti itu sebelum ini memberi peringatan kepada seluruh anggotanya agar besedia menghadapi perubahan permainan politik (game changer) jika mahu terus releven untuk PRU-13. Peringatan itu dilihat sebagai satu kebimbangan Umno berdepan segala perubahan khususnya di kalangan anak muda yang sekarang ini boleh mendapatkan maklumat yang pelbagai. |
Penasihat agama: Hudud PAS bertentangan hukum Allah Posted: 04 Dec 2011 06:30 AM PST Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal (kanan) berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. "Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. "Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun." Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan. "Dalam Islam, ini sepatutnya haram." Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. "Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil." PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka. |
Bangkit isu HIV untuk tutup rasuah Umno Posted: 04 Dec 2011 05:00 AM PST Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa, tindakan perwakilan Umno yang mempolitikkan isu HIV tinggi di negeri Pakatan Rakyat hanya sekadar mahu menutup pekung rasuah kepimpinan mereka. Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda dewan itu, Dr Ghazali Hasbullah berkata, tindakan yang cuba menunjukkan hanya di negeri Pakatan Rakyat sahaja berlaku peningkatan kes HIV adalah satu sikap yang amat tidak bertanggungjawab. "Umno sudah kekeringan isu untuk dihidangkan kepada rakyat menjelang ketenatan imej rasuah pemimpin mereka. "Isu peningkatan kes HIV di Kelantan tidak perlu dijadikan jenaka. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia," katanya. Beliau mengulas kenyataan perwakilan Umno semasa perhimpunan agung parti itu yang menghentam kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS ekoran statistik tersebut. Mengikut Statistik Kementerian Kesihatan, 28.8 orang daripada 100,000 rakyat Kelantan dijangkiti HIV. Ia kemudiannya diikuti negeri Pahang dengan 24 orang, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5). "Kalau pemimpin Umno BN begitu rakus untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak melaksanakan tanggungjawabnya, bukankah semua badan pencegahan itu adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan? Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK), Hospital dan Jabatan Kesihatan, Kementerian Penerangan dan Kementerian Pendidikan yang kesemuanya itu di bawah Kerajaan Persekutuan. "Persoalannya, apakah Umno mahu menyalahkan seluruh jentera kerajaan persekutuan itu atas peratusan kes HIV yang mereka sangka adalah akibat dari kelemahan kerajaan negeri," soalnya lagi. Beliau juga menjelaskan, Kelantan antara negeri yang paling komited melakukan usaha pencegahan HIV sejak dipimpin Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Bukan sahaja melalui perlaksanaan undang-undang Islam yang dihalang oleh Umno, tetapi Kelantan juga katanya berusaha dengan pelbagai pendekatan lain. "Kelantan adalah negeri pertama yang melaksanakan program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) di bawah Kementerian Kesihatan, Kelantan antara negeri yang terawal mewajibkan saringan HIV Pra-perkahwinan (premarital HIV screening) bagi pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. "Kelantan memperuntukkan sebahagian dana kerajaan negeri kepada Pertubuhan Masyarakat Prihatin sebuah badan NGO yang sangat aktif menangani mangsa HIV, memberikan latihan kepada para imam di seluruh negeri Kelantan dan banyak lagi," jelasnya. |
Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan? Posted: 04 Dec 2011 03:28 AM PST Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang. Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang. "Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97. "Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan? "Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang. Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman. "Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali. "Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun," katanya. Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat. "Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat," kata Lim. Beliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta "lembu dan kondo" yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet. "Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP. "Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela" Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:
|
UMNO BANYAK MENIRU PAS KELANTAN? Posted: 03 Dec 2011 04:00 PM PST Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas. Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat. Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan. "Dia yang tak reti. Bukan pemimpin-pemimpin PAS yang tak tahu. Kalau pemimpin pemimpin-pemimpin PAS tak tahu macam mana boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini. Muhyiddin ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia pada perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, 29 November lalu berkata, pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar tahu menyebut tentang Negara Berkebajikan tetapi sebenarnya tidak tahu tentang konsep sebenar Negara Berkebajikan. Realiti itu didakwa berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bukan sekadar tahu perkara itu, tetapi telah melaksanakannya sejak memerintah negara berpuluh tahun lalu. Menurut Mohamad Sabu, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin kerana ia tidak mungkin berkemampuan mempengaruhi orang ramai, melainkan hanya akan memalukan dirinya sendiri sahaja yang terbukti jahil tentang konsep Negara Berkebajikan yang sebenar. Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, katanya, pernah membuat kenyataan seperti itu dan membandingkannya dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN tentang sekelumit bantuan kebajikan yang diberikan kepada rakyat menerusi agensi-agensi kerajaan. "Tetapi langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN itu masih jauh dengan konsep Negara Berkebajikan sebenar. Untuk mengetahuinya, Muhyiddin perlu menelitinya dengan mendalam dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan," katanya. Antaranya contoh yang telah ditunjukkan di Kelantan, tambahnya, dengan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan yang kemudiannya turut diikuti di negeri-negeri Pakatan Rakyat. "Langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya. "Selain itu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya. Itu, katanya, hanyalah sebahagian sahaja dari langkah yang telah dilaksanakan di Kelantan, manakala sebahagian contoh di Selangor pula dengan sebahagian pemberian bekalan air percuma. "Di Pulau Pinang pula, diberikan RM100 kepada setiap anak negeri itu yang baru lahir sebagai sebahagian bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri itu," jelasnya. Kerajaan PAS Kelantan, tegasnya, walaupun miskin, tetapi tetap berkemampuan melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan baik, ekoran kefahaman para pemimpin PAS sendiri tentang konsep Negara Berkebajikan. "Kini, banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu yang pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi telah ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN. "Jadi siapa sebenarnya yang tak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan? Ternyata bukan para pemimpin PAS yang tak tahu, tetapi Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang jahil mengenainya," ujar beliau |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan