IMBNet Jalin Pedagang Islam Seluruh DuniaUSAHA untuk memperkenalkan Kelantan di arena antarabangsa tidak pernah terhenti. Para pemimpin politik Kelantan tidak lenguh memerah idea dan buah fikiran untuk meletakkan Kelantan di peta dunia setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini. Usaha itu juga menunjukkan bagaimana kreatifnya pemimpin Kelantan berfikir untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat seluruhnya.
Usaha ini perlu dilipat gandakan memandangkan Kelantan negeri pemerintahan Pas yang dianak tirikan oleh kerajaan Persekutuan. Dari satu sisi keberadaan Kelantan dalam Persekutuan Malaysia hanya setakat ada sahaja sedang hak-haknya dan jaminan keistimewaannya tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan Pusat.
Mungkin agak kejam ayat itu dan tidak seronok pihak tertentu mendengarnya. Tetapi itulah hakikat yang berlaku hari ini. Semangat Federalisme yang seharusnya dinikmati oleh kerajaan Kelantan seperti negeri-negeri diperintah UBN lain tidak pernah berlaku.
Lantaran itu pemimpin politik Kelantan harus bangkit dengan lebih kreatif berfikir dan berusaha macam mana hendak memajukan Kelantan menjadi negeri berinovatif dan berdaya maju. Apa lagi kepimpinan berteraskan Ulamak yang dibawah teraju
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat hari ini menjadi sesuatu yang perlu ditonjolkan.
Selama 20 tahun kerajaan Kelantan d
ibawah kepimpinan ulamak Pas, perubahan yang berlaku telah terbukti jelas bahawa pendekatan sedarhana dalam pentadbiran mengesahkan Islam adalah pilihan tepat. Kelansungan kerajaan Kelantan yang mendapat pujian dalam sesuatu sudut juga membuktikan akan pemain atau pemimpin yang ada hari ini mempunyai iltizam yang cukup baik.
Misalnya kewujudan
International Muslim Business Network (IMBNet) sebuah badan jaringan perniagaan Islam di peringkat dunia sesuatu yang boleh dibanggakan. IMBNet yang berfungsi bukan saja menjual nama Kelantan tetapi merapatkan ukhwah dan kebermaknaan persaudaraan Islam boleh dianggap satu idea kelas dari pemimpin Pas Kelantan.
Peranan badan ini juga ialah memberi kesedaran kepada umat Islam di seluruh dunia bagaimana menerusi jaringan perniagaan ia boleh memaju dan menguatkan kedudukan ekonomi orang Islam. Apa yang menariknya perniagaan yang cuba disepadukan oleh IMBNet ini dari sekecil perniagaan, seperti kraf tangan, makanan, kesenian dan lain-lain sampailah kepada industri berteknologi tinggi
(high tech). Kelantan bertuah memiliki para pemikir yang mewujudkan badan ini dan badan-badan pembangunan lain yang bersifat global. Kerana dengan adanya badan seperti inilah menjadikan Kelantan negeri terulung memiliki badan penjaring seperti itu. Bagi kita kewujudan IMBNet juga sebagai satu kebajikan untuk kepentingan pedagangan Islam.
Misalnya malam tadi telah be
rlansung satu majlis Makan Malam dan Bicara Niaga
(Dinner & Business Talk) anjuran IMBNet bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Program itu cukup memberi makna dan erti. Ianya dihadiri oleh beberapa rakan dan agen niaga dari beberapa buah negeri asing yang bergabung dalam badan berkenaan.
Turut meraikan para pedagang ialah beberapa Exco dan wakil rakyat Kelantan, antara, Che Abdullah Nawi, Abdul Fatah Mahmod, Abdullah Yaacob, Drs Zainuddin Awang Hamat, (Limbongan) Wan Hassan Wan Ismail, (Semerak) Us Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok), dan lain-lain pengurusan besar syarikat dibawah kerajaan Kelantan.
Mungkin majlis itu tidak sehebat yang dianjurkan oleh MITI ataupun mana-mana organisasi perdagangan antara bangsa, tetapi program malam tadi cukup memberi signifiken kepada Kelantan sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh umat Islam yang meletakkan Islam sebagai teras utamanya. Sewajarnya anak-anak Kelantan yang meminati dunia perniagaan memasuki jaringan ini untuk mendapat maklumat dan akses mengenai 'niaga'.
Pembicara niaga malam tadi ialah Pengerusi Kumpulan Perangsangan Selangor Berhad,
Raja Idris Raja Kamarudin seorang tokoh perniagaan yang berorientasikan Islam dan pencapaiannya dalam dunia perniagaan tidak perlu disebut lagi. Sebagai pengerusi Perangsang, beliau bolehlah dianggap salah satu nadi penggerak ekonomi di Selangor.
Bicara malam tadi sesungguhnya memberi suntikan semangat dagang kepada anak-anak muda Islam yang minat dalam perniagaan. Dengan adanya wacana itu anak-anak muda atau ahli perniagaan boleh berkenalan kemudian berhubung untuk saling membantu demi kepentingan bersama serta bertukar maklumat perniagaan di antara satu sama lain.
Syabas dan tahniah kepada IMBnet yang menganjurkan majlis atau program berkenaan. Tahniah juga kepada
Zulkifli Mamat sebagai Pengerusi IMBNet yang juga Adun Pulai Chondong Kelantan bersama dengan karyawannya.
Bagaimana bak kata orang gading mana yang tidak retak begitu juga dengan badan jaringan ini nampaknya kurang mendapat perhatian jika diperhatikan kepada jumlah pengunjung websitenya
http://www.imbnet.org. Sehingga hari ini hanya baru 2,267 pelawat yang membuka website berkenaan. Website itu juga tidak mencerminkan sebagai sebuah website jaring yang bertaraf dunia.
Website ini perlu dimenarikkan lagi. Masih banyak slot di dalam website itu tidak diisi sepenuhnya dan masih kosong. Mungkin pihak IMBnet sedang berusaha untuk membangunkan website mereka atau pun kekurangan kakitangan. Cadangan saya website ini boleh memaparkan tokoh-tokoh perniagaan anak Kelantan yang berjaya sebagai aspirasi penjenguknya.
Mungkin ia boleh diperkemaskan lagi dengan senantiasa memasukan post atau maklumat baru. Anihnya majlis Bicara Niaga Malam tadi juga tidak dimasukkan ke dalam website berkenaan sebagai maklumat terkini. Cadangan saya pihak IMBNet boleh menguar-uarkan kewujudan website ini di blog atau Facebook dan seeloknya dia perlu dilink dengan website-website perniagaan muslim lain di seluruh dunia.
[wm.kl.6:58 pm 25/12/11].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan