Jumaat, 23 Disember 2011

.

.


Susupan Petang

Posted: 23 Dec 2011 01:11 AM PST

Najib Perlu Maafkan Adam Adli

Kalaulah saya jadi perdana menteri Ha Najib Razak saya akan memaafkan tindakan mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang melakukan perbuatan dikatakan biadab menurunkan gambarnya lima minit dalam satu demostrasi di perkarangan ibu pejabat Umno minggu lalu.

Saya akan berkata; saya maafkan perbuatan Adam Adli tanpa ada penambahan di hujung dengan apa-apa bidalan dan tohmohan buruk dan keji. Saya percaya kalau Najib bersifat pemaaf begitu isu penurunan gambar beliau itu tidak akan memanjang. Najib juga akan dilihat perdana menteri yang mesra rakyat dan mahasiswa.

Apabila Adam Adli diancam sampai diugut untuk meludahnya menyebabkan isu yang kecil itu kini sudah berpanjangan. Ada pula mahasiswa lain tunjuk perasaan menyatakan sokongan kepada Najib. Kenapa sampai perlu ada demostrasi menunjukkan sokongan? Secara automatik tindakan itu menggambarkan perbuatan Adam Adli itu memberi kesan yang besar dalam memburukkan imej Najib.

Saya sudah mengatakan sebelum ini, perbuatan itu satu sejarah dan memberi cetusan gambaran buruk. Ternyata benar kerana apa, kerana Najib tidak bersikap terbuka dan meaafkannya Adam Adli. Najib seakan membiarkan pihak-pihak tertentu menyerang Adam Adli bagi pihak dirinya.

Adalah 'tongok' benar kalau seorang perdana menteri pun mengikut 'erel' segolong mahasiswa yang mencari kebebasan untuk mereka. Apabila Adam Adli kini diancam dan ugut maka keadaan akan menjadi lebih buruk lagi. Mahasiswa yang berjiwa bebas dan berani akan bersatu menyokong Adam Adli. Dengan kecaman dan janji-janji untuk menyerang Adam Adli saya bimbang Adam Adli akan menjadi Teong Beng Hock Melayu pulak.

Cuba Najib dengar pandangan saya. Najib perlu hanya berkata, "biarkan Adam Adli, saya tidak merasa apa-apa atas perbuatannya itu". Kalau itulah ayat yang keluar dari mulut Najib isu penurun bendera itu tidak akan berpanjangan dan ia akan hilang dari menjadi isu. Naji juga akan terlepas dari pusaran kebencian sebahagian mahasiswa lain.

Dengan ada tindakan balas oleh sekumpulan mahasiswa lagi atau ada orang hendak ludah dan dan tampar Adam Adli kesan buruknya akan terus menghimpit Najib. Kisah penurunan bendera PM itu akan berada di ranting sama dengan kisah lembuh gemuk. [wm.kl.5:18 pm 23/12/11]

Rileks Petang

Posted: 22 Dec 2011 10:54 PM PST

Indahnya Bahasa Seorang Guru

KALAU semalam ada penjenguk blog Merah Tinta mengirimkan sample laporan kepada SPRM mengenai satu perbuatan rasuah melibatkan seorang timbalan menteri, di mana pengiriman itu sebagai perkongsian maklumat berguna, di sini saya postkan pula satu komen dari penjenguk blog Merah Tinta yang membelasah saya menggunakan bahasa 'indah'.

Namanya ialah Anuar CW. Bila tenguk nama ini saya teringat kepada satu nama lagi bernama Arif Omar dari Melaka. Mungkin mereka kembar Siam.

Mereka berdua ini saya kira selalu memerhati blog saya dan berminat dengan apa yang saya tuliskan. Kalau tidak, mereka tidak akan ringan komen untuk melayannya.

Kalau Arif Omar orang kuat Umno Melaka, hampir menjadi penjilat buntut pemimpin Umno saya tidak tahu pula dengan status orang bernama Anuar CW ini, apakah dia seorang kuat Pas dan petaksub kepada Abdul Hadi Awang?

Seperti mana dicatat di profilenya dia asal Kemaman, Terengganu, pekerjaan guru. Tetapi bila saya melihat kepada komen-komen dan responsnya yang taksub menghantu kepada Abdul Hadi, rasa tidaklah dia ini seorang guru yang turut mempelajari ilmu kejiwaan jauh sekali politik. Sepatutnya seorang guru bahasa dan cara dia memberi komen lebih baik dari saya yang bukan seorang guru.

Baca komen beliau dibawah ini mengenai posting saya di bawah tajuk: Pemimpin Pas Bertelagah Perlu Masuk Ke Dalam Dram, di mana dibawah tajuk ini saya mempersoalkan sikap Abdul Hadi Awang yang diam membisu terhadap pertelagahan beberapa orang pemimpin Pas.

"kalau presiden pas seperti badak tuli yang tidur tepi lebuhra, mat barat ni lagi teruk seperti babi hutan yang suka menyodok tanpa menyedari benda yang di sodok tu menjadi najis... base otok kementok.."

Itulah bahasa Anuar CE nampaknya dia menciptla istilah saya. Penjenguk yang emosional seperti ini sebenar banyak, mereka akan melenting dan meracau kalau pemimpin pujaan mereka saya kritik dan tegur. Tetapi bahasa teacher ini agak ganjil dan pelik sikit maka saya memberi sedikit perhatian kepadanya. Orang lain ada juga yang membelasah tetapi daam sempadan yang boleh dimaafkan.

Apa yang beliau hendak marah ialah bila saya umpamakan Abdul Hadi sebagai badak tuli yang tidur di lebuh raya. Saya rasa memang kena anologi saya itu tetapi apa lagi yang hendak dianologikan terhadap presiden Pas itu kalau bukan seperti itu selepas melihat beliau hanya membantu dalam isu yang melanda Pas kini dan sebelum ini.

Sebagai presiden beliau harus bijak mengawal keadaan. Bersuara menegur sebab beliau adalah presiden. Saya kira kalau Hadi cepat bertindak dan tidak menyerahkan kepada Mustapa Ali untuk menjawabnya di mana banyak orang skeptikal dengannya keadaan tidak jadi seperti itu.

Apakah Hadi merasakan dia tidak akan dihormati oleh orang Pas. Kalau kita sudah merasakan tidak dihormati, suara kita tidak digeruni dan dimalui, nah berhenti sahaja jadi pemimpin parti serah kepada orang lain. Anuar pula tidak wajar kalau menyokong pemimpin seperti itu, kerana dalam apa juga situasi kita perlu rasional dan tidak menyerkupkan minda kita dengan sesuatu keadaan kepada seseorang.

Suka saya nasihat Anuar CW ini hormatnya profesional sdr sebagai guru. Malu anak murid sdr kalau mendengar komen dan bahasa kesat yang cikgu gunakan. Tak tahulah saya kalau itu jenis orang Kemaman. Saya tidak kisah kalau pun hendak dibabikan atau menyondok najis Hadi sekali pun tetapi, anak murid sdr akan bertanya, bahasa apa itu cikgu? Bahasa Kemaman ke bahasa Malaysia?

Ataupun sdr bukan guru yang mengajar budak-budak tetapi mungkin mengajar beruk naik nyiur. Kalau setakat itu professen sdr Anuar maka saya tidak kisah, komen dan lontarlah bahasa-bahasa kesat pun tidak mengapa kerana ia sepadan dengan seorang yang mengajar beruk panjat kelapa. Cikgu beruk kadang bukan saja memberi beruk minum dalam tempurung tetapi ada kalanya terpaksa jamah pantak beruk untuk sapu taik.

Dan kesalahan Abdul Hadi sebagai presiden seperti yang saya nampak itu, sdr boleh bela kerana memang begitu sifat orang taksub dia akan sanggup mecium najis dan berkata wah... wanginya.... Untuk pengetahuan Anuar selepas saya mengkritik Abdul Hadi tiba-tiba dia telah tampil membuat teguran ala-ala khutbah Jumaat semalam. [wm.kl.3:16 pm 23/12/11]

Susupan Tengahari

Posted: 22 Dec 2011 08:11 PM PST

Khir Toyo Salah Laku Rasuah

[kemaskini] Khir Toyo yang didapati bersalah melakukan rasuah berhubung pembelian satu lot tanah di Shah Alam telah dijatuhi penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hukuman itu berkuatkuasa mulai hari ini.

Bagaimana pun pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara Khir mengemukakan rayuan ke atas hukuman itu.

SESIAPA yang membeli harta tanah yang tinggi nilainya tetapi dibayar dengan harga murah perlu waspada jangan sampai jadi seperti bekas MB Selangor Khir Toyol. Hari ini Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mendapati Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah berhubung pembelian harta tanah yang meragukan.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki yang mendengar perbicaraan ke atas Khir Toyo atas dakwaan rasuah berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Adun Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai Adun dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Sebelum ini Khir mendakwa ada bekas menteri dari Selangor yang mahu melihat kerjaya politiknya musnah. Apakah dengan keputusan mahkamah hari ini Khir kini sudah menghampir tirani politik yang amat ditakuti itu?

Kepada mana-mana tokoh politik yang memiliki rumah besar, kereta besar, jet persendirian, hendaklah berhati-hati dan pastikan anda tidak akan terjebak dalam rasuah. Khabarnya terdapat beberapa tokoh politik memiliki rumah besar, hartanah yang bernilai berbillion ringgit yang diperolehinya dengan cara meragukan.

Satu skuad khas sedang bergerak untuk membongkar dan mendedahkan hartanah tokoh politik. Skuad itu akan memasuki ke 'premis' semua tokoh politik tidak kira Umno, Pas atau PKR. Buat masa ini skuad berkenaan sudah menyimpan beberapa gambar yang boleh membelalakkan mata orang ramai berhubung pemilikan harta oleh tokoh politik. [wm.kl.12:16 am 23/12/11]

Harapan Penjenguk

Posted: 22 Dec 2011 07:51 PM PST

SPRM: Kenapa Laporan Ini Dibekukan?

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang beralamat dari Taman Dutamas, Kuala Lumpur telah mengirimkan contoh laporan SPRM berhubung berlaku satu amalan rasuah untuk memenangi proses tander sebuah projek di sebuah kementerian pada 20 April 2010 tidak disiasat.

Tander itu untuk menyiapkan pam pengairan serta kerja-kerja berkaitan di terletak di kawasan Pengairan Semerak Pasir Puteh.

Sinopsis laporan itu seperti mana berikut:

Pada sekitar bulan Ogos/September 2009, Abdul Kadir Ayub (bukan nama sebenar) berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat yang telah menaja atau menaungi tiga (3) buah Syarikat yang masing-masing berpendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor(PKK), Kelas B untuk menyertai tender seperti tersebut di atas.

Pada sekitar bulan Oktober 2009, tidak berapa lama selepas submisi ketiga-tiga tender, Abdul Kadir telah mengarahkan salah seorang Pengurus Projek bernama Abdul Kulub Khan (bukan nama sebenar) mengusahakan atau mengenalpasti sesiapa individu yang 'rapat' dengan timbalan menteri kementerian berkenaan bagi tujuan 'melobi' agar salah satu dari tiga syarikat (yang memasuki tander itu) memenangi tender berkenaan.

Abdul Kulub Khan telah berjumpa dengan Abdul Baki (bukan nama sebenar) yang berkebetulan juga adalah 'bapa mertua' kepada timbalan menteri.

Satu persetujuan telah tercapai dimana Abdul Baki akan mempengaruhi atau melobi 'menantu' beliau agar syarikat itu memenangi atau ditawarkan tender tersebut.

Satu surat 'Permohonan Pertimbangan Tawaran Tender Projek' bertarikh 9hb. Oktober 2009 dari syarikat itu telah dikeluarkan untuk disampaikan kepada timbalan menteri oleh Abdul Baki.

Satu surat 'Akujanji Pembayaran '(undertaking letter) telah dikeluarkan kepada Abdul Baki dimana syarikat itu akan membayar sebanyak 'tiga peratus'(3%) dari nilai tawaran, RM5,658,000.00 yang berjumlah sekitar RM160,000.00 kepada Abdul Baki sekiranya syarikat itu memenangi tender tersebut.

Adalah difahamkan pada sekitar pertengahan bulan November, timbalan menteri berkenaan telah 'mengisyaratkan' kepada Lembaga Tender Projek agar menawarkan projek tersebut kepada syarikat yang dimaksudkan itu.

Pada sekitar awal bulan Disember 'Surat Tawaran'(Letter Of Award) projek telah dikeluarkan kepada syarikat itu dan disusuli dengan 'Surat Penyerahan Tapak'(Site Possession) yang bertarikh 23 Disember 2009.

Pada 15 Januari 2010, Abdul Kadir Ayub telah membuat pembayaran pertama sepertimana 'akujanji', kepada Abdul Baki sekitar RM80,000.00.

Pembayaran kedua kepada Abdul Baki telah dilakukan pada sekitar awal bulan Mac 2010.

Daripada apa bukti-bukti yang disertakan dalam laporan berkenaan dapat dirumuskan, adalah dengan jelas bahawasanya Abdul Kadir yang bertindak bagi syarikat yang memperolehi tander telah membayar atau merasuah atau melakukan suapan setelah wakil beliau, Abdul Kulub untuk berunding dengan Bapa Mertua timbalan menteri Abdul Baki.

Sejumlah wang telah dibayar kepada timbalan menteri berkenaan dan Abdul Baki setelah disahkan syarikat yang memenangi tander itu.

Malangnya laporan yang itu tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun sudah dua tahun ianya dilaporkan.

Kata pengirim itu beliau tahu maklumat yang diberikan tidak berapa "kemas" dan agak 'circumstantial' terutamanya fakta jumlah dan tarikh tepat suapan telah berlaku.

Memang benar tetapi dengan fakta dan maklumat yang diberikan SPRM boleh menyelidiki dan menyiasatnya dengan menghubungi sumber-sumber yang diberikan kerana individu yang diberikan jelas manakala barang bukti (dokumen) berkaitan berupa surat bercetak yang diberikan sangat jelas dan nyata.

Saya tidak pasti apakah SPRM ada memberi jawaban atau penjelasan kepada laporan ini, dan jika belum diharap SPRM boleh membuka semula fail mengenai laporan ini serta menjelaskan di manakah kelemahan laporan ini sehingga ia tidak disiasat.

Sebenarnya contoh atau sample laporan begini selalu berlaku dan menjadi budaya dalam dunia bernama Malaysia ini.

Terima kasih kepada pengirim kerana sedikit sebanyak penjenguk blog ini dapat mengetahui seluk beluk laporan dan sejauh mana ketelusan serta kecekapan SPRM. Berhubung laporan ini kita semua boleh berfikir sendiri. [wm.kl.11:52 am 23/12/11]

Catatan Malam

Posted: 22 Dec 2011 03:46 AM PST

Nurul Izzah Atau Tengku Razaleigh Ganti Anwar?

LUPA sekejap kisah lembu gemuk yang tinggal di Kondang – kondo - kandang, lupa sekejap kepada telatah dan gelagat Hasan Ali yang nampak intelek tetapi sebenarnya kurang sodium chlorid politik, tinggal Nasrudin Hasan yang sudah "kembali ke pangkalan jalan", mari kita bercakap fasal 9 Januari di mana tarikh dan saat Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah hendak jatuhkan hukuman ke atas perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim.

Ramai orang membuat perhitungan pada tarikh itu Anwar akan dijatuhi hukuman penjara dan Anwar akan terus dibawa ke Sungai Buluh untuk menjalani hukuman, tanpa boleh dibayar jamin. Begitulah yang orang fikir dan merasakan bayangan dari hasil perbicaraan itu. Walaupun Tuhan lebih tahu segala-galanya tetapi itu skrip yang mungkin tersedia.

Katakan Anwar di penjara, persoalan yang menghantui pemikiran orang ramai sebelah Pakatan Rakyat ialah siapakah yang ganti Anwar. Tepatnya siapakah yang akan jadi PM kalau Pakatan Rakyat menang pilihan raya ke-13. Bila Anwar dijatuhi hukum penjara, baik satu hari atau enam tahun, dia tidak dapat bertanding dalam pilihan raya.

Lebih buruk dia akan dikurung sekiranya proses rayuan tidak boleh dijamin. Peristiwa tahun 1998 akan berulang lagi di mana parlimen dibubarkan setelah Anwar ditolak masuk ke penjara oleh Mahathir. Siapa akan menggantinya dan menjadi PM? Pertanyaan ini sukar untuk diberi jawaban. Menyebabkan seolah harapan untuk Anwar jadi PM sudah terkubur dan lenyap sama sekali.

Rupanya yang menimbulkan persoalan ini bukan saja para pemimpin parti peringkat cawangan dan cabang , tetapi ia juga menganggu minda penulis sehebat Subky Latif. Semasa perjalanan pulang dari makan tengah hari di ibu kota kelmarin dulu, Subky mengajukan pertanyaan itu kepada saya;

"Ini Anwar kalau dia kena penjara siapa nak ganti dia jadi PM?" Tanya Subky selamba dan bersahaja. Saya tahu dia hanya iseng-isengan sahaja untuk mengetahui pandangan saya. Saya tidak segera menjawab dan menanti jawaban darinya. Saya percaya dia bertanya begitu kerana dia ada usul di sebalik pertanyaan itu.

"Siapa agaknya?" Tanya saya menebak pemikirannya.

"Ana nampak Nurul Izzah boleh menjadi pengganti Anwar, jadi perdana menteri?" katanya bersahaja menjadi saya sedikit tergaru-garu kepala lantas mencelah; "ana tenguk Nurul Izzah jauh lebih pintar dan bijak dari ibunya Dr Wan Azizah..."

"Iya, budak ini bijak dan ada keistimewaan. Ana fikir dia boleh jadi penyatu di kalangan Pakatan Rakyat, dia jadi PM sementara, sebelum Anwar diproses keluarkan semula...lepas keluar bagi kepada Anwar," sambungnya semacam yakin dengan apa yang dibayangkan itu.

Saya merasa seronok dengan pandangan Subky itu kerana apa yang saya fikirkan bagi menjawab persoalan bagaimana Anwar akan jadi PM sama dengan tokoh wartawan Islam itu fikirkan. Saya pernah menghuraikan kebimbangan penyokong Pakatan Rakyat mengenai Anwar.Malahan ada yang sudah lemah semangat bila mendengar Anwar akan kembali semula ke penjara.

Bila ramai orang mempersoalkan harapan Anwar untuk menjadi pemimpin nombor satu Malaysia sudah tidak ada, bila dia dipenjara saya menolak begini; "Kenapa tidak ada, Anwar masuk penjara kalau Pakatan menang dia akan dibawa keluar... itu tidak pelik.." kata saya memberi harapan dan semangat kepada mereka yang bimbang dengan nasib Anwar.

Bunyinya simple tetapi praktikal. Ia pernah terjadi semasa Abdullah Ahmad Badawi jadi PM. Bukankah Anwar dibawa keluar penjara dulu menerusi proses perundangan menyebabkan Mahathir Mohamad dendam dan marah sampai kini kepada Abdullah? Betapa tidak dia yang memintas, menjerat kemudian memenjara Anwar bak harimau liar yang garang tetapi dilepaskan oleh Abdullah.

Jadi kalau Anwar hendak jadi PM tertakdir Pakatan Rakyat menang ia akan melalui proses perundangan yang sama. Jadi kepada mereka yang bimbang dan kabur mengenai masa depan Anwar tidak perlu bimbang, janji perlu bekerja kuat dan banyak berdoa.

"Tetapi kalau selain Nurul Izzah siapa orang lain yang enta fikir?" Subky mengocah saya lagi.Saya juga rasanya dia tahu nama siapa yang tersandar dalam benak saya.

"Tengku Razaleigh boleh," jawab saya rengkas menjadikan Subky terdiam. Kali ini dia pula menyetujui pandangan saya itu, tetapi dengan sedikit jawaban. "Tetapi Ustaz Hadi juga boleh...do belah Pas kena ada juga," katanya. Kami saling berangan-angan di atas kereta.

Kenapa Tengku Razaleigh tanya saya kemudian saya menjawab. Tengku Razaleigh tokoh yang boleh diterima oleh semua pihak. Dia juga seorang tokoh yang berintegriti. Orang Cina juga senang dengannya orang India juga senang. Dia mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ekonomi. Yang paling nyata dia seorang tokoh yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

"Tetapi macam mana dengan Engku Li ini?" tanya Subky. Saya tahu maksudnya macam mana dalam pilihan raya akan datang. Subky kabur ke manakah dia nanti. Apakah bertanding atas tikit BN atau apa. Saya sendiri tidak tahu ke mana hujung jatuhnya. Cuma apa yang saya rasa dia masih sayangkan Umno tetapi tidak senang dengan pemimpin yang ada sekarang ini. Setidak-tidaknya itulah yang dapat dilihat dari wajahnya.

"Dia akan bertanding lagi?" tanya Subky. Kami sama-sama meramal nasib pemimpin yang sepatutnya sudah lama jadi perdana menteri itu, lebih dahulu dari Mahathir dan Abdullah.

"Ana kira dia akan bertanding, kalau Umno tidak bagi laluan dia akan bertanding atas bebas. Pas akan memberi laluan mudah kepada Tengku Razaleigh di Gua Musang. Harapan dia untuk menang kalau Pas beri laluan rasanya mudah. Pengaruhnya di sana masih kuat," balas saya sambil menekan tidak mustahil juga kalau Tengku Razaleigh bertanding atas tikit parti selain BN dan Pas.

Diam tak diam destinasi yang ditujui sudah sampai, rumah Subky Latif di Taman Karak Utama, Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan selama kira-kira 30 minit kami hanya sempat membincang tiga saja calon perdana menteri, Nurul Izzah, Tengku Razaleigh Hamzah dan Abdul Hadi. Nama Husam Musa dan Mohamed Azmin Ali tidak termasuk dalam tilikan kami. [wm.kl.7:45 pm 22/12/11]

Tiada ulasan: