. |
- Keinsafan Di Sebuah Perlayaran
- Perhimpunan Agung Umno 3
- Perhimpunan Agung Umno 2
- Perhimpunan Agung Umno
Keinsafan Di Sebuah Perlayaran Posted: 01 Dec 2011 10:30 PM PST Tatkala Perasaan Dideburi Ombak Selat Melaka RABU lalu ketika para perwakilan Umno berbuak-buak memasuki PWTC untuk mendafarkan diri sebagai perwakilan bagi menghadiri perhimpunan agung ke 62, saya berada di atas feri Manggar Alpha sedang menuju ke Pulau Batam Indonesia. Dalam perjalanan bermula di pengkalan Stulang Laut Johor Bharu itu saya sengaja tidak duduk di kerusi dan berdiri atas bumbung feri berkapasiti kira-kira 120 orang itu. Dari atas deck saya melepaskan pemandangan sejauh mungkin ke sekeliling memerhati apa yang ada di tebing Temasuk dan tebing Johor Bharu, khasnya di sekitar Pasir Gudang. Perjalanan dari Stulang ke Batam ini adalah pertama kali. Saya kawan bersama seperjalanan Rushdan Mustapa yang membuat program on the sport sengaja memilih jaluran Stulang ke Batam bukan dari Singapura yang masa perjalananya hanya setengah jam berbanding menerusi Stulang selama 1 jam setengah. Saya memilih perjalanan berjarak jauh untuk membolehkan melihat panorama kiri dan kanan di kedua buah negara sepuasnya di samping melepaskan penat dan stress kerana banyak menulis dan menguruskan perkahwinan anak perempuan saya dua minggu lepas. Cuaca pukul 9:00 pagi itu baik. Matahari memacar dari Timur seakan mengucapkan selamat belayar kepada saya dan semua warga feri yang kebanyakan bangsa Indonesia. Tidak ada hujan dan langit cerah menderang. Kabus juga yang sebelum itu kelihatan bercumbu dengan muka laut sudah tipis dan berlalu perlahan-lahan mengusapi buritan feri. Laut juga tidak berombak menjadikan perlayaran tenang dan santai, persis semanjung tanah besar dengan pulau itu tiada apa sengketa. Sebermula dari pengkalan feri Stulang Laut hati saya digugah perasaan sayu dan dukacita. Kesyauan itu tiba-tiba mencengkam hulu hati apabila melihat tambok Johor yang tergalang kejauhan bagaikan tali mengikat dua jiwa yang enggan berpisah. Tambok itu kelihatan berbalam balam apabila ada kocakan kecil di muka laut tatkala feri disembahi ombak dari feri lain yang berselisihan. Dari kejauhan berjarak lebih 2 km itu saya nampak kenderaan berhilir mudik menjadi nadi kepada dua jiwa yang terputus. Tetapi ternyata yang mudik lebih banyak daripada yang hilir. Kebanyakan kenderaan yang nampak ialah motosikal. Saya mendapat tahu kebanyakan motosikal itu adalah pemilik warga Malaysia yang berkerja di Temasik yang jawatannya rata-rata boroh bergaji di bawah SD5,000. Sebanyak 700 buah motosikal yang berulang alih dari Johor Bharu ke Temasuk setiap hari di tembok berkenaan. Angka itu katanya lebih banyak lagi yang mengunakan laluan kedua di Tuas. Antara pelaluan itu ada juga rakyat Temasik yang berumah dan tinggal di Johor Bharu. Satu keadaan yang saya rasakan sudah tidak seimbang bila mana rakyat Temasuk tinggal di Johor dan berulang alik bekerja di negara mereka. Tidak ada pula rakyat Malaysia yang tinggal di Temasik dan bekerja di Johor Bharu. Kenapa? Perbezaan ini sudah menjelaskan akan jurang yang terbentuk di antara Temasik dengan Johor Bharu atau Malaysia. Rakyat mereka tinggal di sini; berak, kencing dan beranak pinak tetapi bekerja di sana. Khabarnya sudah ramai warga Temasik yang membeli hartanah di Johor Bharu yang mulanya dibina untuk rakyat Johor tetapi kerana kosnya mahal terpaksa dijual kepada rakyat Temasik bagi mengelakkan menanggung kerugian. Satu tindakan menjual negara saya kira. Sepanjang perlayaran membelah selat Teberau itu saya memerhati silih berganti di sebelah kiri dan sebelah kanan sambil memotret segala macam pemandangan dan objek terlintas di musung kemera. Di sebelah kiri menyusuri tebing sempadan Temasik, manalaka di sebelah kanan ialah tebing Malaysia. Kerana perkhidmatan feri beroperasi di Malaysia, perjalanannya melalaui lautan antarabangsa yang menghimpit ke arah Pasir Gudang. Jelas sekali pemandangan pembangunan fizikal atau kapal yang mendarat di kedua buah darmaga di Temasik dan Pasir Gudang berbeza. Banyak kapal yang berjujutan menanti ruang untuk memasuki darmaga Temasik berbanding dengan Pasir Gudang. Saiznya pula lebih besar yang menunggu untuk masuki ke darmaga Temasik berbanding yang hendak berlabuh di darmaga Pasir Gudang. Persaingan dan siapa pemenang nampak jelas dalam pemandangan ini. Dan apa yang memberi keinsafan kepada saya ialah mengenai pengawalan sempadan oleh kedua buah negara, juga berbeza. Negeri Temasik nampak lebih berhati-hati dan berwasapada dan keselamatan negaranya diambil berat. Ini dapat dilihat kepada pagar yang dipasang di sepanjang kepulauan itu, ia bukan saja nampak kemas berdisplin tetapi dua lapis persis paagar eletrik. Kedudukan pagar itu sudah menunjukkan Temasik dalam waspada dan begitu kukuh sekuritinya. Manakala polis merin pula rajin membuat rondaan. Setiap tiga km saya nampak ada bot bertulis perkataan Police meluncur laju di sepanjang persepadanan. Bot itu dipasanag dengan radar dan ada api signal yang berkelip-kelip mengesan sesuatu. Saya memerathi di sebelah kanan tidak ada sebuah pun bot polis dari Malaysia. Mungkin kawalan tidak perlu kerana Malaysia sihat dan selamat. Di tengah laluan pula sesekali terserembak dengan dua tiga orang nelayan yang menjaring ikan menggunakan perahu kecil. Setiap kali peronda police Temasik meluncur membela lautan perahu nelayan yang sopek itu akan teroleng-oleng dikocak air. Keadaannya menggerunkan tetapi mereka sudah alah bisa kerana biasa, situasi itu tidak mendatangkan apa-apa kebimbangan kepada mereka. Jaring yang diangkat saya nampak carik dan rusuk dan wajahnya berrona Melayu. Di ruang lain kelihatan beberapa tongkang yang terpasang bendera 'putih merah' mengangkut pasir mendekati sempadan Temasik. Pasir-pasir itu menurut seorang penumpang di ambil di sebelah Indoensia untuk kegunaan pembangunan di Temasik. Sepanjang perjalanan itu puas saya merakam panorama kiri dan kanan. Manakala perasaan pula berbaur dengan seribu rasa seakan hanyut bersama deruan engin feri. Setiba bertentangan dengan lapangan terbang Canggi, tidak cukup tangan pula untuk merakam kapal terbang yang berlepas dari lapangan terbang itu. Dalam hitung saya setiap dua minit akan meluncur pesawat membela udara sambil meninggalkan asap tebal di sebelah Pasir Gudang. Kata orang untuk mengetahui sejauh mana tahap kemajuan sesebuah negara itu lihatlah sebanyak mana kapal yang berlabuh di perlabuhan dan sebanyak mana pula kapal terbang turun naik di lapangan terbangnya. Seperempat perjalanan tiba-tiba air jernih membunting di birai mata apabila melihat sekelompok rumah nelayan yang dhaif. Rumah itu pula terletak bertentangan dengan deratan bangunan canggih dan moden di sebelah Temasik yang merupakan apartment kediaman rakyat negara itu. Sekali lagi terasa betapa jurang pembangunan dan sosial begitu jelas sekali. Sepanjang pinggir pantai Temasik itu tidak ada pula kediaman rakyatnya melainkan sangkar ikan dan disedapi dengan bot dan kapal besar. Entah ketika ini hati tiba-tiba jadi geram kepada almarhum Tunku Abdul Rahman. Hati saya menjadi berontak sendiri dan timbul perasaan kesal dan marah. Kesal atas apa yang berlaku dan marah kerana apa yang berlaku itu boleh dielakkan kalau ada kecerdikan dan keberanian. Kenapa tidak, pulau Temasik itu adalah hak Malaysia. Ia adalah sebahagian negara kita. Tetapi kerana untuk menyelesaikan tuntutan (permasalahan) politik ia diserahkan sepenuhnya kepada Lee Kuan Yew yang menjadi Ketua Menteri pada masa itu. Dalam diri saya bertanya sendiri; apakah kalau Tunku Abdul Rahman tidak bertindak menyerahkan pulau itu ianya akan terus berada dalam Malaysia, menjadi sebahagian Malaysia? Saya pernah bertanya kepada Tunku mengenai penyerahan Temasuk kepada Lee Kuan Yew semasa menginterviunya pada tahun 1985. Apa kata Tunku bila saya timbulkan itu itu; tak payah sebutlah... biarlah apa yang berlaku itu. Masih terngia nada dan kata-kata Tunku di telinga saya. Ia kendur dan menghiba. Saya mengagak Tunku juga kesal dengan apa yang diputuskan pada waktu itu kerana harapan yang diharap dari tindakan sungguh memalukan bangsa itu tidak menjadi. Tetapi apa boleh hendak dikatakan lagi. Apa yang terjadi sudah terjadi dan tidak mungkin Temasik akan menjadi sebahagian Malaysia lagi. Temasik sudah berdaulat sebagai sebuah negara dan diikhtraf oleh PBB. Melihat akan pemergian Temasik saya sifatkan ia adalah kecerdikan pemimpin pulau itu yang hanya menumpang kemerdekaan dari Malaysia saja. Seharusnya begitulah. Cuma apa yang boleh diambil iktibar dengan apa yang berlaku, orang Melayu terutamanya penguasa politik Melayu Malaysia perlu berhati-hati dan selalunya mengingati sejarah. Perlu bijak dan pastikan apa yang berlaku itu tidak akan berulang lagi. Malaysia tidak akan kehilangan wilayah atau sebutir pasir pun kalau pemimpinnya bijak mencaturkan masa depan bangsa dan negara. Tetapi kerana kurang prihatin, tidak mengambil peduli dan terlalu lebih kepada politiking sesama sendiri, enggan berunding dengan anak beranak menyebabkan apa yang kita kendong hilang begitu saja. Tenguk pulau Batu Putih dulu hak kita mutlak tetapi akhirnya berpindah tangan kepada Temasik. Kenapa, kerana kita leka dan merasa compleasent. Makanya dari atas feri saya bernasyid dan bermadah sendiri; orang Melayu harus bijak, orang Melayu kena bersatu untuk mengukuhkan ikataan rantai keselamatan negara. Orang Meayu tidak boleh berpecah dan hidup terpisah. Orang Melayu boleh berbalah tetapi tidak boleh berkerat rotan berpatah arang. Kalau orang Melayu masih berdegil mengajar kuasa hingga sanggup memaling muka, tidak mustahil bukan saja wilayah yang sudah pergi itu tidak akan kembali, tetapi wilayah yang kini kita genggam dan kita suburkan juga akan hilang dan diambil orang. Ingatlah, sebelum terkenal, bila sudah kena semua kita akan merana. Menyesal dahulu adalah pendapatan....[wm.kl.4:00 02/11/11] |
Posted: 01 Dec 2011 07:23 PM PST Tengku Razaleigh Kalau Pun Benci Tetapi Jangan Dilupakan SEMASA menyampaikan ucapaan dasarnya Haji Najib Razak memberi pujian dan sanjungan khas kepada para pejuang Umno terdahu baik yang masih hidup atau yang sudah mati. Beliau telah meminta para perwakilan bangkit untuk memberi penghormatan (standing owation) itu dengan tepukan bergemuruh. Tentunya tindakan Najib itu satu tindakan terpuji kerana mengenang jasa dan juga bakti para perjuang Umno terdahulu. Satu persatu nama-nama tokoh disebut dengan iringin tepukan bergemuruh perwakilan sambil berdiri. Nama utama yang tersemak dalam barisan ucapan Najib ialah Mahathir Mohahmad kemudian Abdullah Badawi dan diikuti Musa Hitam serta tidak terlupa Sakaran Dandai. Mereka semua Najib gelarkan sebagai kesastria dan negarawan. (Tidak pula saya pastikan apakah Taib Mahmud hadir di perhimpunan itu tetapi jelas namanya tidak termasuk dalam hulubang balang negara. Kenapa?). Selepas itu Najib juga membilang nama-nama lain yang sudah tidak ada - kembali ke ramlatullah bermula dengan Onn Jaaffar, Tunku Abdul Rahman, ayahnya Razak Hussein, bapa saudaranya Hussein Onn, Dr Ismail dan Tun Ghafar Baba. Saya yakin seramai 2,500 perwakilan Umno berderau darah mereka dan dan meriding bulu mereka apabila nama-nama agung itu disebut. Tentu juga ada yang menitiskan air mata dan sebab dada. Begitulah yang kita mahu dari setiap orang pengikut kepada satu perjuangan, tidak mudah melupai dan tetap mengenangkan jasa pemimpin terdahulu dan orang yang berjasa kepada parti. Cuma jahil sedikit bagi Najib para pejuang yang telah pergi itu hanya diberikan kalungan sanjungan dan tepukan tetapi tidak dihadiahkan al Fatihah. Walahl saat sesetengah pemimpin yang sudah pergi dan kini bersemadi di alam barzakh itu mereka perlu diberikan al Fatihah dan bukannya tepukan bergemuruh atau sanjungan melangit. Namun dalam ketinggian daya kehormatan Najib itu saya merasakan ada sesuatu yang kurang lengkap dan mencatatkan standing owation yang dilakukan itu apabila nama seorang lagi yang sepatutnya juga dimasukan dalam barisan senarai orang berjasa dan bersifat negarawan tetapi tidak disebut sama. Orang yang saya maksudkan itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Kenapa Najib mencicirkan Tengku Razaleigh? Kalaupun benci tetapi Najib tidak seharusnya melupai nama anak raja berjiwa rakyat itu yang jasa dan budinya kepada Umno lebih tinggi dari sesetengah nama yang disanjung itu. Sekali lagi kenapa Najib lupa? Apakah Najib jahil mengenai jasa dan budi serta pengorbanan besar Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Umno. Atau pun Najib sengaja tidak mahu menyebut kerana beliau dikejar bayang-bayang sendiri, bimbang takut Tengku Razaleigh akan mencabarnya tahun depan. Begitukah? Sebenarnya gelanggang perang belum bermula Najib tidak perlu mematahkan senjata lawan. Apakah sejarah boleh menolak jasa dan pengorbanan Razaleigh kepada Umno. Siapa yang berusaha membina bangunan Umno tempat Najib dan sekalian orang berhimpun hari ini. Bukankah bangunan itu, jawatankuasa pembinaannya diketuai leh Tengku Razaleigh. Apakah ada orang tidak tahu bahawa sebahagian tanah tapak bangunan itu diberikan oleh Tengku Razaleigh. Dan apakah jasa dan budi memberi tanah dan membangun bangunan itu tidak wajar dikenang? Begitu juga dengan syarikat GLC Petronas bukankah pengerusi eksekutifnya yang pertama dan bertindak sebagai pengasas bersama Tun Razak, Tengku Razaleigh. Entah sudah berapa banyak wang Petronas digunakan oleh Tengku Razaleigh untuk membangunkan negara dan tentu juga membangun dan mengukuhkan kedudukan Umno sehingga mampu beridir sampai ke hujung hayat seperti hari ini. Banyak kalau hendak disebut pengorban dan jasa-jasa Tengku Razaleig kepada Umno. Pengorbanan paling besar dan dramatik, beliau ialah melawan pentadbiran kuku besi yang diamalkan oleh Mahathir Mohamad. Sejarah penentangan beliau terhadap Mahathir untuk jawatan presiden tahun 1987 menceritakan segala-galanya. Siapakah orang pertama yang berani melawan atau menghalang niat Mahathir untuk menguasai Umno selamanya. Menguasai kekayaan menerusi Umno, kalau bukan Tengku Razaleigh. Beliau menegur dan mengkritik Mahathir atas satu nawaitu untuk menyelamatkan negara dan menjaga maruah Melayu. Tindakan Tengku Razaleigh semasa itu disokong lebih separuh pemimpin dan menteri ketika itu. Ia termasuk bekas PM Abdullah Badawi dan juga menteri radio tv sekarang ini Rais Yatim. Bagaimana pun sokongan kedua orang itu sekerat jalan saja mereka kembali kepada Umno apabila diberikan sedikit umpan bermatakan joran dan kekal hingga ke hari ini. Saya tidak mahu menamakan atau mengolongkan golongan apa mereka yang mula bersama tetapi berundur di sekerat jalan dalam perjuangan. Kalau bukan kerana tindakan berani dan insaf Tengku Razaleigh mungkin institusi raja-raja yang menjadi payung dan tunggak Melayu di negara ini sudah lebur disebabkan sikap liberalisme dan anti feudal Mahathir. Sekali lagi peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi PM menceritakan segala-galanya tetapi ada yang meupai kerana ralik mendengar retorik Mahathir atau kerana mendapat sekeping roti. Selain itu kesetiaan dan pengorbanan besar Tengku Razaleigh ialah sanggup membubarkan Parti Semangat 45. Demi Melayu dan demi surival Umno beliau rela mematikan anaknya sendiri kerana sayang kepada Umno. Apakah jasa, pengorbanan dan budi Tengku Razaleigh itu tidak layak untuk dikenang? Tidak layak untuk disanjung. Sepanjang sejarah perjuangan dan keberadaanya dalam Umno Tengku Razaeigh tidak pernah menggunakan sejanta haram untuk mencari kemenangan. Beliau tidak menggunakan polis, tentera ataupun melantik mana-mana konsultan dari luar negara menguruskan perlawanannya. Tengku Razaleigh adalah seorang yang hormat dan mengikut lunas undang-undang. Beliau juga tidak korup dan pernah dibabitkan dalam sebarang skandal. Beliau lebih rela kecewa kerana gagal dalam sesuatu perebutan yang tidak dibantu dengan senjata-senjata haram dan agensi kerajaan. Sikap Tengku Razaleigh juga beliau sedia kecewa daripada melihat rakyat dan Umno itu sendiri kecewa. Itulah seorang yang mengorbankan dirinya untuk sebuah perjuangan dan bangsa. Pada saya Najib kurang bijak dan kurang cermat apabila beliau tidak membariskan nama Tengku Razaeigh dalam senarai tokoh-tokoh yang perlu diberikan tepokan gemuruh. Najib tidak bijak dalam hal ini dan nampak dia sengaja mencicirkan nama Tengku Razaleigh. Kalau Najib tidak alpa pasti markahnya lebih tinggi di mata para penyokong dan pengkagum Tengku Razaleigh. Saya rasa Tengku Razaleigh tidak pun kecewa dengan keadaan itu, air matanya tidak pun menitis barang setengah titik. Tetapi Najib harus ingat bahawa dalam dewan itu masih ada orang yang setia dengan Tengku Razaleigh. Dari 2,500 orang perwakilan itu masih ada para penyokong Tengku Razaleigh. Juga mereka yang mendengar ucapan itu disiarkan secara langsung termasuk juga orang dewasa golongan veteran yang menjadi pengkagum Tengku Razaleigh. Apabila mereka menanti nama hero mereka tidak dinobatkan, tentu mereka akan kecewa. Dan kekecewaan atau keterkilan orang lama menjadi doa yang boleh menyeksakan Najib. Hendaknya didalam ucapan penggulungan nanti Najib akan meralat kealpaan beliau terhadap Tengku Razaleigh ini. Bukan untuk Tengku Razaleigh tetapi demi mengaman hati dan perasaan bekas Menteri Kewangan itu baik di dalam dewan Merdeka PWTC dan juga puluhan ribuan yang berada di luar termasuk juga anak-anak muda yang sudah mulai mengenali siapa Tengku Razaleigh dan mengkagumi integaritinya. [wm.kl.12:01 t/hari 02/11/11] |
Posted: 01 Dec 2011 08:20 AM PST Ucapan Dasar Ha Najib Tiada Pembaharuan Dan Tidak Menyelerakan Rakyat SEPULANG dari menghadiri kenduri di rumah sdr Sobree Shafii malam tadi saya sempat menyelak beberapa laman blog, portal berita dan sebagainya untuk mengetahui apakah butiran atau intipati dan aspirasi yang dibawa oleh Haji Najib Razak dalam ucapan dasar pada perhimpunan agung Umno kali ke 62 yang rata-rata disifat sebagai perhimpunan terakhir itu? Kenapa perhimpunan terakhir, apakah Umno mengira selepas ini parti itu tidak akan berhimpun lagi kerana sudah mengetahui ajal mereka akan sampai pada pilihan raya ke 13 kelak? Begitukah? Saya yakin kalau Umno kalah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti parti itu akan ranap sama sekali, rebah tidak akan bangun-bangun... pergi tidak akan kembali. Umno belum pernah merasakan kesakitan dan kepedihan serta erti azabnya sebuah kekalahan. Maka kalau ia kalah ia akan membawa khiamat kepada parti berkenaan. Kekalahan menyebabkan Umno akan lumpuh. Mungkin kalau Umno berniat hendak mengadakan perhimpunan, jumlah perwakilan selepas kekalahan itu tidak akan sampai sesuku. Kalaupun yang hadir adalah golongan veteran yang selama ini setia dan berkali-kali menegur kepimpinan semasa Umno melakukan perubahan agar mengembalikan Umno kepada lanadasan dan pendekatan asalnya. Sudah lenguh pemimpin veteran supaya ahli Umno perlu insaf dan ikhlas dalam perjuangan. Mereka yang menyertai Umno kerana projek saya kira tidak akan sedia untuk menunjuk bulu lagi kepada Umno apabila parti itu tidak lagi ada taring dan kuku. Justeru firasat itu sudah ada dalam minda pemimpin Umno, maka mereka perlu memastikan Umno tidak kalah teruk demi survival parti itu. Untuk itu maka semua tenaga dan kekuatan perlu dikaul bagi memastikan Umno tidak menghadapi khiamat. Sebab itu pemimpin Umno bersumpah akan menghadapi pilihan raya ini ke titisan darah terakhir. Keadaan Umno kini bolehlah dianggap seperti penghidap kanser tangga empat di mana mereka sudah tahu bila tarikh kematian mereka. Maka segala urusan kematian dibereskan sebelum ajal datang menjemput. Surat wasiat atau pun pertukaran nama ke atas harta dan aset perlu dilakukan sebelum terlewat. Persiapan keranda hendak pakai kayu apa dan paku apa perlu disiapkan. Dan lubang lahad juga perlu dibincang berapa luas untuk dibina. Kerana tanda-tanda ini maka pemimpin Umno terpaksa bertindak diluar normal dan batas-batas adat dan agama demi mempertahankan kuasa atau pun bagi memastikan nyawa mereka tidak terlepas. Tatacara demokrasi usahlah dikira sudah lama ianya dirogol dan diliwat oleh Umno sebelum timbul isu Anwar dituduh liwat. Bukan itu saja Umno terpaksa menggubal undang-undang dan akta baru bukan untuk menjaga keselamatan negara dan rakyat tetapi demi memastikan Umno selamat. Penggubalan undang-undang Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh Parlimen adalah untuk tujuan itu, menjaga dan mengawal kuasa Umno. Kerana keadaan sudah terdesak dan kesuntukan sebab itu ada pemimpin Umno mengulangi Umno harus berjuang ketitisan darah terakhir. Perlu mempertahankan dengan apa juga senjata yang ada. Selain itu terkeluarlah berbagai propaganda dari mulut Umno walaupun propangada itu tidak masuk akal dan dangkal sekali untuk mrengharu biru pembangkang dan mengelirukan orang ramai. Misalnya Ahmad Maslan tanpa malu dan meletakkan minda politiknya ke tahap kepala lutut apabila mengatakan kuasa Melayu akan hilang bila mana Umno kalah. Hakikatnya kuasa Umno akan lenyap tetapi kuasa Melayu akan kekal. Mungkin orang yang tidak membaca perlembagaan dan tahu menghuraikannya akan menerima mitos yang dibawa oleh Ahmad Maslan itu. Dalam pada itu untuk mendapatkan sokongan Melayu seberapa ramai yang mampu Umno mengambil pendekatan menyerang dan memburukkan DAP khussysnya. Mereka tahu kini DAP menjadi parti alternatif kepada orang Cina. Secara diam ahli MCA dan Gerakan kini sudah berhimpun dalam DAP. Lantaran itu Umno sasan memburuk dan cuba damage DAP dengan tuduhan yang jelas rasis dengan harapan undi Melayu akan bertompok kepada Umno. Namun begitu semua senjata yang dikira ampuh dan sakti itu rupa-rupa teramat rapuh dan tumpul untuk menikan dada dan minda rakyat bagi menilai siapa yang baik dan siapa yang buruk antara UBN dengan Pakatan Rakyat. Ketiga parti komponen Pakatan Rakyat itu pula sedikit pun tidak termakan racun sebaliknya semakin merapatkan barisan mereka untuk berdepan dan merempuh kemaraan Umno. Semaikin Umno asak dan membuat fitnah mereka kian mengukuhkan jabatan tangan dan menegakkan langkah untuk mara menuju Puterajaya. Serangan bertali arus ini berlaku sejak Najib mengambil alih kepimpinan Umno. Ia dibantu secara bersepadu oleh Mahathir Mohamad yang terus meladumkan dendam kepada Anwar Ibrahim. Walaupun keletihan dan kadang-kadang terpaksa bercakap perkara yang sama, tetapi Mahathir gagahkan juga untuk memastikan Umno berkuasa. Kesungguhan Mahathir ini ianya sudah tidak menjadi rahsia lagi iaitu untuk anaknya, Mukhriz. Mahathir menjadi syok sendiri merasakan pandangan dan ideanya masih dinamik dan relevan. Bila ada tepukan dan pujian dari kalangan penganggup menyebabkan Mahathir menjadi semakin galak bersuara walaupun suaranya hanya didengar bukan diikuti. Beliau tidak faham orang memuji dan menepuk tangan ialah kerana menghormati beliau sebagai orang tua dan bukan bermakna bersetuju dengan pandangannya. Dalam keadaan Umno terdesak dan nyawa berada di hujung tanduk, ramai orang mengharap Najib akan mengemukakan sesuatu yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu sebagai tulang belakang kerajaan. Orang ramai ingin mendengar satu tindakan tegas dalam beberapa aspek yang sebnelum ini sudah lumpuh oleh Najib. Paling diharap ialah kesediaan Umno untuk memberi tahu kerajaan supaya melakukan beberapa transformasi untuk membetulkan sistem yang diamalkan oleh Umno hari ini yang menyebabkan negara jadi porak peranda. Orang tidak mahu dengar janji retorik yang berupa slogan atau tagline. Perkara itu sudah lama berlaku dan sudah beratus tagline dan slogan yang diciptakan. Hari ini apa yang orang ingin tahu ialah kenyataan atau hasil dari itu. Misalnya mengenai pembelaan kepada orang miskin, penganggur, nelayan, pemandu teksi, boroh kilang dan sebagainya. Persediaan rumah untuk para setinggan atau mereka yang tidak ada rumah juga orang bukan saja ingin dengar janji tetapi mahu melihat berapa angkanya. Pengumuman berbillion peruntukan untuk membantu rakyat yang dilakukan dalam beberapa frasa tidak memberi jawaban tuntas. Semua itu hanya pengumuman di atas kertas yang tidak pun boleh mengubah keadaan. Segala peruntukan diumumkan Najib itu sebagai peruntukan menggunakan wang palsu sahaja. Pentadbiran Najib masih lagi bersifat retorik dan mengumpankan rakyat dengan gula-gula sumping yang sudah dihurungi semut. Banyak contoh kalau hendak disebut dan semuanya sudah ada dalam minda rakyat. Rakyat sudah cukup faham akan kebobroan dan tindakan babarian Umno. Masalah sosial masih belum selesai dan tidak berkurangan sedikit pun, bahkan bertambah. Masalah jenayah ia kurang hanya atas kertas sahaja, tetapi angka sebenar berlipat kali ganda bertambah. Sistem-sistem atau tektik menipu kerajaan ataupun budaya kronisme, nepotisme masih lagi berleluasa. Menaikan kos sesuatu projek untuk dibayar kepada kroni masih berterusan ini menyebabkan banyak projek tergendala disebabkan kehabisan wang ditengah jalan. Ada pula projek yang terpaksa ditambah peruntukan lebih dari dua kali, contoh klasiknya ialah pembinaan laluan sisi untuk jambatan Sultan Yahya Petra di Kelantan. Sebenarnya isu-isu sebeginilah yang rakyat ingin dengar apakan formula dan tindakan Najib menyelesaikannya. Elook juga kalau pihak JKR atau EPU menyenaraikan segala projek yang tergendala atau terbangkalai kerana ketidakcukupan wang disebabkan boros atau salah guna itu. Saya rasa projek seperti ini melambak. Kalau pihak kerajaan tidak sanggup meneydiakannya, bolehlah orang ramai yang mengetahui projek-projek yang jadi hutan rimba atau pun tempat para penangih berlindung itu laporkan kepada media massa. Ada ambil gambar dengan hand phone dan tagkan dalam wall Facebook PM. Sebenarnya penyelesaian dan tindakan ke atas gelaja buruk itulah yang ditunggu rakyat dari Najib. Orang mengharap Najib tegas di dalam perkara itu. Tetapi apabila Najib tidak menjawab dan membisu terhadap beberapa kes yang menjadi sebutan rakyat maka orang boleh menilai sejauh mana kesungguhan dan wibawa Najib. Orang akan mengetahui bahawa stail dan pendekatan Najib menjadi PM sama saja dengan PM-PM sebelum ini. Dua kali lima sahaja yang menghasilkan jawaban difahami ramai iaitu 10. Contohnya isu projek lembu gemuk yang dibabitkan dengan Sharizat Jalil menelan belanja RM250 juta ditunggu-tunggu oleh para perwakilan dan rakyat. Isu komisyen pembelian kapal selam bernilai RM500 juta yang ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya ditunggu oleh rakyat. Walaupun isu itu sudah dijawab tetapi jawabannya tidak konkrit dan rakyat berada dalam keadaan misteri dan suspen mengenai isu-isu ini. Selain itu segugus isu atau kes-kes yang disepakkan sahaja di bawah karpet. Selagi semua isu-isu atau pun perkara itu tidak ditangani secara terbuka dan konprehensif oleh Najib maka orang akan menyifatkan apa yang Najib ucapan itu hanya retorik semata-mata dan gula-gula sumping untuk rakyat. Rakyat sudah muak dan mual dengan janji yang hanya tinggal janji saja ataupun disyahadatkan semula pada setiap kali perhimpunan agung Umno. Cara Umno atau Najib layan rakyat seolah-olah rakyat menghidap penyakit nyanyuk, pelupa. Pada saya tidak ada komitmen tegas dan bernas Najib dalam ucapan dasar untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. Iya lebih kepada seruan untuk mempertingkatkan usaha bagi memastikan Umno menang sahaja. Dalam konteks politik hari ini, rakyat sudah jeluak dengan seruan untuk memenangkan Umno. Apa yang rakyat inginkan ialah perubahan yang dilakukan Umno untuk mereka. Dan yang dimimpikan rakyat ialah pertukaran kerajaan dari UBN kepada Pakatan Rakyat. Beberapa perkara yang dibangkitkan Najib dalam ucapan dasarnya, mudah dijawab atau dipertikaikan oleh rakyat. Najib menyebut kepimpinan Umno yang ada kini adalah game changer, pasukan perubahan dalam parti itu. Katanya dalam game itu orang Umno perlu mengetahui realiti dan landskap politik. Apakah setelah 60 tahun orang Umno belum tahu dan berpijak du bimi nyata dalam politik. Beliau juga menyebut fasal media baru yang perlu dikuasai oleh Umno. Tampaknya Najib obses kepada media baru dan meletakkan harapan untuk Umno menang kepada peranan media baru. Saya nak sebut sedikit di sini untuk menjadi perhatian Najib. Tidak dinafikan Umno menguasai media baru kerana parti itu tahu mencuri wang untuk membayar para pemain media baru, bloger, tukang-tukang sibuk dan tukang timbuk di dalam alam maya. Tetapi Najib juga perlu membuat penilaian sejauh mana keberkesanan media baru yang diharapkan itu. Sesetengah pengisian dalam media baru ciptaan Najib dan sokongan Umno itu melampau sehinggakan menjadi back fire kepada Umno sendiri. Misalnya pengisian gambar super inpose yang berlebih-lebihan dan tidak bermoral menyebabkan akan menyumpah dan kesan buruknya kepada Umno. Media baru tajaan Umno bukan menarik sokongan dan simpati tetapi menambah kebencian buat Umno dan menambahkan kegeraman untuk menukar kerajaan. Keberkesanan media baru yang diharapkan Najib itu tidak memberi impak besar kepada rayat khasnya golongan yang celik IT dan generasi muda. Mereka melihat pengisian media baru Umno itu bukan memberi sesutau kesedaran dan keinsafan sebaliknya kebencian. Perkara lain disebut Najib memberi ingatan supaya ahli Umno tidak sombong dan angkuh. Iya.. setelah Umno kini sudah mahu rapat ke dinding, sudah diambang maut baru pemimpinya tahu yang Umno angkuh dan sombong. Kalau Umno tidak memiliki sifat mazmumah itu Najib tidak akan berpesan demikian. Kalau bukan kerana ego Umno tidak akan kalah teruk dalam pilihan raya lalu. Soalnya apakah pesanan dan peringatan Najib itu membawa hasil? Seperti dikatakan tadi Umno kini sudah berada di tangga empat menghidap kanser. Saat ini pesan dan berilah apa-apa peringatan apa pun ia tidak berguna lagi. Sudah terlewat. Seperti penghidap kanser tangga empat itu, berilah apa-apa makanan kegemarannya dia tidak ada selera lagi untuk menelannya. Usahkan untuk memamah menyentuh pun tidak terliur. Kesimpulannya ucapan Najib mungkin boleh memberi kesedaran lambat kepada ahlinya tetapi ia tidak akan membuka nafsu selera rakyat untuk menyakininnya lagi. Dan kalau rakyat sudah tidak sudi memandang kita maka bersiap sedialah untuk kita melalui jalan lain yang jauh agar kita tidak akan dijuah dan dicemuhi rakyat. [wm.kl.9:06 am 02/12/11] |
Posted: 01 Dec 2011 04:14 AM PST Kita Akan Sorot Ucapan Dasar Presiden Malam Ini InsyaAllah malam ini saya akan cuba menyorotkan serba ringkas mengenai perhimpunan agung Umno khasnya ucapan dasar Presiden yang disampaikan Haji Najib Razak. Dalam petikan oleh satu setesen tv tadi saya terdengar kekokokan (telor) Najib untuk menyebut perkataan Arab "Lahawlawalaquwwataillabillah..." berbunyi macam "ular ular" sahaja. Sebutan juga tidak sampai akhir. Mungkin Jamil Khir belum sempat untuk mengajar sebutan yang betul. Kalau kita tidak berapa fasih menyebut perkataan asing, usahlah sebut nanti diketawakan budak-budak Taski Pas sahaja. Rasanya dalam menyebut perkataan itu budak Tadika Kemas lagi sempurna dari apa disebutkan Najib. Bila mendengar Najib sebut perkataan itu teringat saya kepada apa yang pernah terjadi kepada bekas PM satu masa dulu. PM berkenaan menyebut Allah s.a.w. bukannya Allah s.w.t. Saya dentar tadi Udin anak Yassin kata, ucapan Presiden adalah terbaik berbanding dengan ucapan presiden sebelum ini. Dari sudut mana saya tidak tahu sebab belum kaji keseluruahan ucapan selama 65 minit itu. Tetapi kalau mendengar sedutan disiarkan oleh setesen tv tadi ia sama sahaja dengan ucapan-ucapan dasar sebelum ini. Menjerit, memaki hamun parti lawan adalah menu dalam ucapan dasar Umno sejak zaman Mahathir Mohamad lagi. Pengodaman dan maki hamun kepada pembangkang terhenti di zaman Abdullah Badawi menjadi Presiden. Presiden Umno dalam mengharap tepokan tidak dapat elak dari mengutuk dan mencerca dan memperlekehkan pemimpin pembankang. Satu transformasi yang saya kira tidak begitu menyakinkan dan mengubah pendekatan lama Umno yang masih merasakan ia berkuasa dan akan terus berkuasa. Walaupun ada tepukan tetapi tepukan itu jelas daripada perwakilan yang mendapat upah atau pun untuk membodek Najib. Sesiapa yang kuat bertepuk akan dinilai untuk diangkat menjadin calon dalam pilihan raya akan datang. Saya difahamkan ada petugas khas yang diarahkan menilai siapa yang kuat tepok dan puji Najib dan Rosmah dalam perhimpunan ini. Mereka yang kebanyakan pemimpin peringkat kawasan yang berpeluang untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Jangan diharap sepatah arang pun akan ada kritikan dan teguran untuk Najib dan Rosmah. Inilah yang dimaksudkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah bahawa apa yang disuarakan dalam perhimpunan agung Umno itu ianya sudah disetkan lebih awal. Jauh malam nanti selepas menghadiri satu majlis kenduri saya akan cuba menganalisa ucapan Ha Najib. [wm.kl.8:21 pm 01/12/11] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
She aсquireԁ the thought fгom cooking pioneer Barbaга Kerr.
Handmadе bread is not only straightforwаrd to maκе, but it's significantly better for you. As a make any difference of fact it is this kind of a seriously-concentrated meal that, unless taken in genuinely smallish quantities, it is liable to upset weak digestions.
my web page: how to use a pizza stone on a grill
Catat Ulasan