Blog-list Malaysia |
- Pas Tahu Apa Yang Hasan Ali Buat Puasa Lepas
- Tok Guru Nafi Sokong Pendirian Hasan Ali
- Cuepacs: PM setuju tangguh pelaksanaan SBPA
- SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC
- Khairy Anak Bapak Yang Sudah Tidak Kebal Lagi..
- Mahasiswa Pro Aspirasi Pengecut Dan Hanya Berani Berselindung Di Sebalik Umno
- Hasan Ali tidak kisah digugurkan sebagai Exco, ADUN
- Selepas Malam Ini Pas Patut Bertindak Terhadap Pengkhianatan Hasan Ali
- Penggunaan Wang Zakat dalam Kes Anwar Ibrahim
- Aku Bukan Gengster Umno..
- Permohonan Untuk Pinjaman Bank Dunia Dibuat Oleh NEAC Yang Dipengerusikan Tun Mahathir
Pas Tahu Apa Yang Hasan Ali Buat Puasa Lepas Posted: 21 Dec 2011 11:17 PM PST Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali berkata dakwaannya bahawa Datuk Dr Hasan Ali telah terjatuh ke dalam perangkap Umno, disokong oleh "satu mesyuarat" pada bulan puasa Ogos. Katanya, beliau ingin bertanya kepada Hasan, apa yang beliau buat selepas solat terawih di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur, yang turut dihadiri bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan tiga orang lagi. "Saya mahu tahu apa yang telah dibincangkan? Projek ekonomi atau projek politik," soal Mustafa. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut walaupun berulang kali ditanya oleh pemberita. Sebaliknya Mustafa secara berseloroh berkata beliau bersedia tarik ballik soalan mengenai perkara itu jika "ia akan menyebabkan lebih banyak masalah". Ini, katanya, adalah untuk menjawab tuntutan Hasan supaya Mustafa membuktikan bahawa yang mereka kedua (Hasan dan Nasharuddin) telah jatuh ke dalam perangkap Umno kerana terus menerus menyerang parti Islam itu. |
Tok Guru Nafi Sokong Pendirian Hasan Ali Posted: 21 Dec 2011 09:35 PM PST KOTA BHARU, 22 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menafikan beliau menyokong Datuk Dr Hasan Ali. "Sukalah dinyatakan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Datuk Dr Hasan Ali. "Kenyataan terakhir YAB Tuan Guru dalam isu Datuk Dr Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat. "Justeru, tidak timbul isu YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS menyokong pendirian terkini Datuk Dr Hasan Ali," kata kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan itu. Beliau mengulas laporan muka hadapan The Star semalam yang memetik bahawa pendirian Datuk Dr Hasan Ali disokong oleh YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am. Ulasan ini dibuat ketika beliau sedang berehat di wad hospital. "Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS masih berehat di dalam wad selepas dimasukkan ke sana pada hari Isnin, 19 Disember 2011. "Keadaan beliau stabil dan insya Allah akan dibenarkan keluar sedikit masa lagi," kata kenyataan itu. |
Cuepacs: PM setuju tangguh pelaksanaan SBPA Posted: 21 Dec 2011 09:25 PM PST Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam. Utusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari. Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. |
SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC Posted: 21 Dec 2011 07:41 PM PST Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru berkaitan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC). Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan khas itu yang diketuai oleh pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, akan memberikan penumpuan kepada keseluruhan kes ini. "SPRM ingin mengesahkan bahawa suruhanjaya ini telah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan. "Suruhanjaya ini memandang serius semua aduan rasuah yang dibuat dan mengambil tindakan tegas without fear or favour," tegasnya. Menurut SPRM lagi, tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010. Suruhanjaya itu berkata, sebahagian besar dari isu yang dibangkitkan dalam aduan terbaru ini telahpun diambil tindakan sewajarnya. Bagaimanapun, tambahnya, SPRM tidak boleh mendedahkan butiran siasatan yang sedang dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 29[4] Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. "Semua pihak diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan tidak mempolitikkan isu ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga boleh menjejaskan tindakan SPRM," tambahnya. Semalam, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution membuat laporan kepada SPRM supaya badan itu menyiasat penglibatan menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal NFC. Saifuddin dilaporkan berkata, asas utama dakwaan beliau hari ini adalah "adakah pada ketika kerajaan luluskan pinjaman RM250 juta itu menteri terlibat dan hadir mesyuarat (kabinet)." Katanya lagi, SPRM perlu menyiasat sama ada Shahrizat mengetahui mengenai pembabitan keluarganya dalam projek berkenan ketika mesyuarat jemaah menteri itu berlangsung. Tambahnya, beliau tidak mahu SPRM memberi alasan sama seperti yang diberikan selepas satu laporan berkenaan dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah One Menerung daripada dana NFC. |
Khairy Anak Bapak Yang Sudah Tidak Kebal Lagi.. Posted: 21 Dec 2011 06:18 PM PST Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya. Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata hakim menolak permohonan Khairy atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan. Beliau berkata hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar. Katanya dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh. Pada 21 Feb tahun ini, Khairy memfailkan permohonan itu menyatakan saman itu adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah. Pada 7 Mac, 2008, Anwar, 64, memfailkan saman terhadap Khairy, mendakwa Khairy ketika menjadi Naib Ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ''Anwar and kin no threat'' dimuat naik di laman-laman web termasuk Malaysiakini.com. Anwar mendakwa klip video yang dimuat naik di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy ketika berceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Feb, 2008. Beliau berkata perkataan memfitnah itu antara lain bermaksud dirinya terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak bermoral dan tidak layak untuk memegang jawatan politik dan jawatan lain. Anwar memohon ganti rugi teruk dan teladan RM100 juta serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Okt tahun lepas berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat. Katanya sebagai Naib Ketua Pemuda Umno, beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam dan masyarakat Melayu dan orang awam mempunyai hak yang setara dengan penerimaan maklumat mengenai perkara-perkara yang mempunyai impak ke atas kebajikan sosial, ekonomi dan politik. |
Mahasiswa Pro Aspirasi Pengecut Dan Hanya Berani Berselindung Di Sebalik Umno Posted: 21 Dec 2011 05:40 PM PST KUALA LUMPUR, 22 Dis: Pro Mahasiswa Nasional bersedia untuk membuka lapangan debat bersama pimpinan mahasiswa Pro Aspirasi bagi mencari solusi terbaik mengenai konsep kebebasan akademik yang diinginkan oleh mahasiswa. Pengerusinya, Mohd Taufiq Abdul berkata, hal itu diusulkan sebagai respons pihaknya terhadap tindakan mahasiswa Pro Aspirasi pimpinan Mohd Shahar Abdullah yang melancarkan demonstrasi di Kementerian Pengajian Tinggi semalam bagi membalas himpunan kebebasan akademik yang digerakkan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik pada 17 disember lalu. "Biarpun telah beberapa kali gagal untuk mempertemukan pimpinan mahasiswa Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi di meja debat, namun Pro Mahasiswa Nasional merasakan inilah masanya Pro Aspirasi perlu berani menyahut cabaran untuk berdebat," ujarnya. Katanya, yang terkini ialah pada 9 Disember yang lalu apabila tidak ada seorang pun pimpinan Pro Aspirasi ingin tampil untuk menyahut jemputan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) untuk berdepan dengan pimpinan Pro Mahasiswa. Namun begitu, ujarnya Pro Mahasiswa mengucapkan tahniah kepada Pro Aspirasi kerana setelah sekian lama akhirnya mahasiswa Pro Aspirasi menerima demonstrasi sebagai saluran yang sah dalam sistem demokrasi Malaysia. Menurutnya, jika sebelum ini Pro Aspirasi sering melabelkan demonstrasi sebagai tindakan tidak bertamadun, namun perkembangan hari ini menunjukkan kumpulan mahasiswa Pro Umno itu sudah semakin matang. Oleh itu, katanya keberanian untuk turun berhimpun di hadapan KPT perlu diterjemahkan secara ilmiah di meja debat. Tambah beliau, Pro Mahasiswa merasakan selaku mahasiswa yang matang, Pro Aspirasi perlu berani tampil ke medan hujah dengan memberi tumpuan kepada isu kebebasan akademik sebagai fokus yang perlu dicanai secara ilmiah. Katanya, Pro Aspirasi tidak seharusnya berdiri atas sentimen simpati kepada Perdana Menteri semata-mata tanpa ada hujah yang mendokong sentimen tersebut. Beliau berkata, bantahan Pro Aspirasi kepada Datuk Saifuddin Abdullah juga rasanya mereka lakukan tanpa pertimbangan yang jelas kerana individu yang dibantah tersebut selama ini banyak memikul beban kegagalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam menangani isu autonomi universiti. Jika ingin disenaraikan, ujarnya Tun Mahathir Mohamed, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Khaled Nodin merupakan pihak yang perlu bertanggungjawab dalam krisis autonomi universiti. Namun, katanya individu-individu tersebut selesa berlindung di sebalik keterbukaan Saifuddin Abdullah. Menurutnya lagi, Pro Aspirasi juga perlu faham sekiranya isu autonomi universiti dan kebebasan akademik diselesaikan segera, segala pertikaian yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak akan terjadi. Oleh itu, ujarnya Pro Aspirasi seharusnya turut memberi fokus kepada isu autonomi universiti bagi mencari penyelesaian yang komprehensif. "Oleh itu, Pro Mahasiswa mengulangi pelawaan untuk menjemput pimpinan Pro Aspirasi khususnya saudara Mohd Shahar Abdullah ke meja debat bagi mencari solusi yang terbaik terhadap konflik autonomi universiti yang sedang berlaku," katanya. |
Hasan Ali tidak kisah digugurkan sebagai Exco, ADUN Posted: 21 Dec 2011 04:15 PM PST KUALA LUMPUR 22 Dis. – Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: "Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja." "Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang," katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi. Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus. Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti. Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya. Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: "Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. - BERNAMA |
Selepas Malam Ini Pas Patut Bertindak Terhadap Pengkhianatan Hasan Ali Posted: 21 Dec 2011 07:55 AM PST Kecaman Terbuka Hasan Ali, Tunggu Apa Lagi Baru Nak Bertindak? MALAM ini, hari ini, waktu ini PAS terpaksa 'membayar' harga yang mahal kerana lambat mengambil tindakan ke atas Datuk Dr. Hasan Ali berhubung pelbagai tindakannya yang berlawanan dengan dasar parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara amnya. Tidak cukup dengan beberapa kenyataan terbuka kepada media sebelum ini yang mengkritik dasar dan kepimpinan PAS, Hasan Ali petang tadi mengadakan satu lagi sidang media di kediamannya dan membacakan kenyataan 3 mukasuratnya yang penuh dengan kecaman terhadap dasar PAS dan beberapa orang pemimpin kanannya. Peluang terhidang ini terbukti tidak mungkin dilepaskan media-media pro UMNO seperti TV3 dan Utusan Malaysia. Malah, penulis dimaklumkan Utusan Malaysia telah menyediakan ruang penuh muka depan semata-mata bercakap tentang sidang media Hasan Ali petang tadi. Penulis kurang peduli kalau Hasan Ali menggunakan kesempatan dalam sidang media tersebut untuk mempertahankan diri dari pelbagai tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini, antaranya menjadi talam dua muka kepada parti UMNO. Tapi penulis tidak boleh menerima bila Hasan Ali secara bersendirian mengisytiharkan PAS sudah tergelincir dari perjuangan asalnya kerana memperjuangkan Negara Berkebajikan daripada Negara Islam. Setakat mana yang penulis difahamkan, Negara Kebajikan adalah tahap perjuangan baru PAS yang telah diputus dan dipersetujui di peringkat Muktamar parti Jun lepas. Justeru kenapa pula sekarang Hasan Ali berkata itu (Negara Kebajikan) adalah satu kesilapan dan kerananya PAS sudah tergelincir dari perjuangan asas? Siapa Hasan Ali untuk mengatasi ketetapan muktamar dan jauh lebih penting, siapa Hasan Ali dibanding Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am untuk mengatakan PAS tergelincir dari perjuangan? Hasan Ali tidak layak untuk berkata demikian kerana dia bukan sebahagian daripada Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi PAS selepas Mursyidul Am dan Muktamar parti. Hanya Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama pimpinannya yang mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada perjuangan PAS sudah tergelincir atau tidak dan mengambil tindakan yang sewajarnya, bukan Hasan Ali. Ini dijelaskan dalam fasal 7 dan 9 Perlembagaan PAS Memperjuangkan negara Kebajikan, tidak langsung bermaksud menolak Islam. Melainkan hudud dan perkataan negara Islam itu sendiri, PAS bebas untuk memperjuangkan apa jua amalan Islam yang difikirkanya tidak wujud dalam sistem sekarang, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan nanti. PKR dan DAP sebagai sebahagian dari komponen Pakatan Rakyat tidak akan menghalang dan kalau tidak salah penulis, perkara ini sudah berulang kali dijelaskan. Itulah penulis katakan, bila laman ini mengambil ketetapan untuk mencadangkan penyingkiran Hasan Ali, ramai yang menganggap kami sebagai mengapi-apikan kedua pihak yang terlibat. Ini bukan masalah mengapikan sesiapa tapi penulis melihat sudut pandang yang lebih besar dan terbukti apa yang berlaku hari ini adalah kebimbangan yang penulis cuba elakkan sejak mula bercakap tentang hal ini. Penulis pasti satu perkara, para pendukung UMNO sedang bersorak gembira melihat Hasan Ali sebagai seorang tokoh dalam PAS diberi ruang yang seluas-luasnya oleh media pro UMNO untuk memburukkan parti tersebut. Jasa PAS meletakkan Hasan Ali ke kedudukkannya sekarang sejak 11 tahun lepas, ibarat debu hama yang tidak memberi apa-apa makna. Malam esok jam 11, sorakan mereka akan tambah bergema kerana Hasan Ali diperuntukkan slot khas oleh TV3 untuk 'membongkarkan' segala keburukan PAS kepada dunia dalam satu rancangan bual bicara. Dengan 'menjaja' keburukan PAS kepada media pro UMNO ini, penulis tidak melihat maksud lain, selain Hasan Ali bersedia malah sudah pun mula membakar jambatan dengan PAS. Menurut sumber penulis di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut, kepimpinan PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk membincangkan masalah Hasan Ali. Walaupun kelihatan agak terlewat tapi itu lebih baik dari tidak ada langsung, bak kata pepatah "Better Than Never". Walaupun menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS untuk menentukan kedudukkan Hasan Ali tapi demi kelangsungan PAS dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya, penulis mengharapkan satu keputusan dan satu keputusan sahaja – Hasan Ali disingkirkan terus dari PAS. Period!! -suarapakatanrakyat |
Penggunaan Wang Zakat dalam Kes Anwar Ibrahim Posted: 21 Dec 2011 06:34 AM PST |
Posted: 21 Dec 2011 03:51 AM PST |
Permohonan Untuk Pinjaman Bank Dunia Dibuat Oleh NEAC Yang Dipengerusikan Tun Mahathir Posted: 21 Dec 2011 03:21 AM PST Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia. Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut. Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri: 1) Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut: "In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past.The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project" Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir. 2) NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu. 3) Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad. 4) Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalamLaporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut: Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998 Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998 Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999 5) Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan. Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu). Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya. Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak. Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 20 DISEMBER 2011 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan