Biaqpila |
- Berita Terkini: Adam Adli Ditahan Di Lokap IPD Tanjung Malim
- PESTA KONDOM TAHUN BARU 2012
- “Reezal Merican ugut saya, keluarga…” – Adam Adli
- Berita Pelik: Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Lembu NFC
Berita Terkini: Adam Adli Ditahan Di Lokap IPD Tanjung Malim Posted: 31 Dec 2011 11:04 AM PST Gambar Terkini Adam Adli Di Dalam Lokap IPD Tanjung Malim Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU. Khabarnya tangkapan telah dibuat. Berita yang baru diterima. Ramai Mahasiswa yang tercedera termasuk cedera di muka.Seorang Mahasiswa (Safwan Anang) diberitakan dalam keadaan nazak. Muhammad Safwan Anang Talib yang dilaporkan sedang nazak akibat pergelutan dengan FRU dipintu masuk UPSI tengah malam tadi. Sama-samalah doakan kesejahteraan beliau dan moga beliau selamat. Turunkan bendera najib kena tahan. Hantar FRU utk melawan.. Yang hina hudud Tuhan bebas berkeliaran.. Bukalah mata wahai anak watan... Anak muda kemabukan todi dan ectasy Umno biar.tapi anak muda tuntut peningkatan kualiti universiti dibelasah ditangkap-Selamat Tahun Baru 2012 Kami Boikot Buletin Utama TV3 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 31 Dec 2011 07:24 AM PST DEY MACHA!!! DIAM TAK DIAM DAH MASUK TAHUN 2012 BELA LEMBU PUN TAK DAN NAK BESAQ TAU-TAU DEPA DAH DUDUK KAT KONDO KAH! KAH! KAH! SEMPENA TAHUN BARU NI GUA NAK UCAP SELAMAT KEPADA TOKEY LEMBU TOKEY KONDO TOKEY KONDOM TOKEY ZAKAT TOKEY PENYAPU TOKEY KAPAL SELAM TOKEY CINCIN PERMATA TOKEY EJIN JET MOGA KEHADIRAN TAHUN BARU NI DAPATLAH HANGPA PERTINGKATKAN PRESTASI SUPAYA DAPAT SONGLAP DUIT RAKYAT DENGAN LEBIH BANYAK LAGI TAHUN 2011 HANGPA MEMANG BRAVO!!! KEPADA SEMJUA PENGUNJUNG BLOG BIAQPILA GUA UCAPKAN TERIMA KASIH BEB KECIK-BESAQ TUA DAN MUDA PAS,UMNO,PKR,DAP DAN APA SAJA YANG TERUS-MENERUS BERKUNJUNG KE SINI TAK KENAL ERTI PENAT DAN LELAH HUJAN PANAS TETAP DIREDAH GUA TABIK SPRING BEB!!! *PESANAN GUA JANGAN SERTAI PESTA KONDOM DALAM MENYAMBUT TAHUN BARU. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
“Reezal Merican ugut saya, keluarga…” – Adam Adli Posted: 30 Dec 2011 11:00 PM PST Eksklusif | Anak kelahiran Pulau Pinang bernama Adam Adli Abdul Halim (kanan) mengecam tindakan Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican kerana mengugut ibu bapanya demi memperbaiki imej Umno BN yang kian dipersoal oleh rakyat belakangan ini. Ugutan itu, menurut mahasiswa tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkenaan gara-gara beliau menurunkan bendera muka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan PWTC pada 17 Disember lepas. Beliau berkata Reezal bertindak demikian selepas gagal memujuk keluarganya untuk memberi tekanan psikologi kepadanya. "Selepas saya menerima banyak ugutan daripada samseng-samseng Umno, tidak mungkin ibu bapa saya menerima ugutan Reezal Merican (supaya) saya minta maaf secara terbuka kepada Umno. "Saya tak buat salah, buat apa saya minta maaf. Saya bukannya buat salah. Kalau nak anggap ini (turun bendera) biadap, mereka lebih biadap (kerana) fitnah saya guna (akhbar) Utusan (kononnya) saya koyak bendera (muka Najib) dan dedah (gambar) gay mirip muka saya di internet lebih biadap," ujarnya semalam di Komtar, George Town. Beliau berkata, polis sendiri menyaksikan aksi beliau menurunkan bendera muka Najib tetapi tidak menangkapnya kerana perbuatannya itu bukanlah suatu jenayah. "Tanya pada polis kerana saya tidak dihalang sebab saya tidak melakukan jenayah ketika itu," tegasnya, Beliau yang juga anak kelahiran Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi kecewa kerana Reezal (atas) yang juga pemimpin Umno tempatan, di sini, sanggup mengugut beliau sekeluarga. Pendedahan terbaru itu disuarakan selepas Solidariti Mahasiswa Untuk Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan Memorandum 6 Tuntutan Mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam perkembangan yang sama, beliau mengecam tindakan gerombolan samseng yang dikaitkan dengan Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida Malaysia) dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) menyerbu van yang dinaiki mereka sehingga menggagalkan rapat umum mahasiswa di 'Sudut Pidato' dekat Padang Kota Lama, George Town tengah hari semalam. "Ini (Umno) bukan parti politik, ini parti samseng. Kami mahasiswa, kami bukan samseng. Mahasiswa dan rakyat elok tolak budaya samseng parti ini," tegas beliau. Tuntas dari itu, Adam Adli menyeru seluruh rakyat khususnya mahasiswa yang benci dengan politik samseng supaya menolak Umno BN di pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan paling awal pada awal tahun depan. notamerah KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Berita Pelik: Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Lembu NFC Posted: 30 Dec 2011 05:00 PM PST DEY MACHA!!! ORANG DOK SIBUK CERITA DEPA SONGLAP DUIT RAKYAT DEPA PULAK DOK NAK MAIN TIPU LAGI SANA TIPU SINI TIPU HARI TU KATA MAMAT NI NAK SOGOK POLIS HARI TU KATA MAMAT NI MEMANG KAKI TIPU HARI NI DITUDUH MENIPU LEMBU PULAK SAPA NAK TIPU SAPA NI KAKI TIPU BOLEH DOK SENGIH-SENGIH DEPAN KAMERA KAH! KAH! KAH! DEPA INGAT RAKYAT LEMBU KA? LEMBU PUN BENGANG KENA TIPU BEB ADA KA PATUT JANJI DOK DI LADANG TUP-TUP SURUH LEMBU DOK DI KONDO KAH! KAH! KAH! Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Pengarah NFC KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Shamsulbahrin Ismail, 45, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan berasingan menipu Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat sehingga mangsa menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta, antara November dan Disember tahun lalu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan berkenaan. Bagi setiap tuduhan, Shamsulbahrin didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Hakim, Ahmad Zamzani Mohd Zin menetapkan tertuduh dijamin mahkamah dengan RM300,000.00 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 31 Januari 2012. SH KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan