Jumaat, 30 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


Pakatan cat flat RM360 ribu, PM janji RM1.2 juta

Posted: 30 Dec 2011 02:00 PM PST


(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memerhatikan pelancaran kerja-kerja mengecat semula Flat Samudera di Gombak)

GOMBAK, 30 Dis: Kerajaan negeri Selangor berjaya menyelesaikan kerja mengecat semula Flat Samudera dengan kos RM360,000 berbanding janji Perdana Menteri yang memperuntukkan RM1.2 juta untuk projek yang sama.

Sehubungan itu, PAS kawasan Gombak menyelar tindakan Umno Gombak yang masih memanipulasikan isu kerja mengecat semula Flat Samudra.

Salehuddin Mohd Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak berkata, PAS Kawasan Gombak merasa hairan terhadap tindakan Umno Gombak yang terus menerus mempolitikan isu ini.

Menurut beliau, isu ini telah pun selesai apabila kerajaan negeri Selangor telah bersetuju memperuntukan sejumlah RM360 ribu untuk tujuan tersebut dalam Majlis Pelancaraan Program Ceria (fasa kedua) baru-baru ini.

Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah anggaran peruntukan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke Gombak tempoh hari, iaitu sejumlah RM1.2 juta.

"Mungkin cat tersebut diimport daripada luar negara untuk membantu rakyat di situ," kata Salehudin (gambar), yang juga seorang penceramah agama terkenal.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk membiayai 80% daripada jumlah RM360 ribu tersebut, manakala baki 20% (RM72 ribu) juga telah diselesai tanpa perlu ditanggung oleh penduduk setempat.

Hasil permufakatan bersama Baki RM72 ribu tersebut telah berjaya diperolehi daripada pelbagai pihak yang terlibat, iaitu Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia, Persatuan Penduduk, Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon Gombak, katanya.

"Walaubagaimanapun kita tidak akan menolak sebarang bentuk sumbangan yang ingin dihulurkan oleh penduduk Flat Samudera kearah kebaikan bersama," katanya.

PAS Gombak juga mencabar Umno Gombak untuk turut menyumbang kearah kebaikan penduduk Flat Samudera.

"Sumbangan yang diminta pun jauh lebih kecil daripada wang RM1.2 juta yang Perdana Menteri janjikan," kata Salehudin.

PAS Gombak juga bersyukur kerja-kerja mengecat Flat Samudera dapat di selesaikan dibawah pengurursan kerajaan negeri Selangor setelah hampir 20 tahun tidak dicat semula.

Walaupun baru hampir empat tahun Pakatan Rakyat memerintah tetapi ia dapat diselesaikan berbanding dengan kerajaan sebelum ini, ujarnya.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MPAJ TAK TAU ADA TARIAN TIANG YANG GHAIRAH DI PANDAN PERDANA

Posted: 30 Dec 2011 04:00 AM PST

DEY MACHA!!!
MPAJ NI DEPA TAU SAMAN PARKING JE
MANA BOLEH NAK AMBIK TAU BENDA LAIN
YANG DEPA SAMAN PUN KETA RAKYAT MARHAEN
MAMAK BERNIAGA PASEMBOQ
KAT LOT PARKING DEPAN CIMB PANDAN JAYA
PUN DEPA TAK SAMAN
DAH BERPULUH TAHUN PARKING LORI PASEMBOQ
SATU SAMAN PUN TAK DAK
YANG GUA PI PARKING SAT
MASUK CIMB 5 MINIT,KELUAQ DAH KENA SAMAN
LEPAS TU TIAP-TIAP BULAN HANTAQ SURAT MAHKAMAH
MAA'ROK SINTOK BETOI
KAH! KAH! KAH!




MPAJ tak sedar wujud tarian tiang

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini.

"Daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh bahagian penguat kuasa MPAJ sebelum ini, kami tidak pernah menyerbu mana-mana premis pusat hiburan yang menjalankan kegiatan tarian tiang.

"Pihak kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung isu terbabit," katanya.

Oleh itu, menurut Norhayati, pihaknya memberi amaran akan menarik semula lesen mana-mana pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen premis bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

"Pengusaha premis terbabit berhadapan dengan risiko penarikan lesen dan pembatalan akan dilakukan serta- merta jika ia terbukti membenarkan aktiviti tidak bermoral seperti itu," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Malah tegas beliau, MPAJ juga akan menyita pusat hiburan itu jika premis tersebut beroperasi secara tidak sah.

Norhayati berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam yang mendedahkan mengenai sebuah kelab malam di Pandan Perdana yang didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, dengan hanya mengenakan coli serta seluar dalam, penari-penari tiang itu tanpa segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.

kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SHAHRIZAT UGUT DEDAH SKANDAL BN LAIN?

Posted: 29 Dec 2011 11:00 PM PST


Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat. Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

"Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

"Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

"Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

"Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya.

"Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

"'Luah mati emak, telan mati bapak' bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

JAGA 7 SUNNAH RASUL

Posted: 29 Dec 2011 08:00 PM PST



Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

"Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup keNerakamu……..,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ……..Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa……ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga). – Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

By: Mohamad Firdaus

islamituindah

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN

Posted: 29 Dec 2011 05:00 PM PST


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak atas keputusan melupuskan pinjaman pelajaran bagi kes-kes terpilih.

1. DPPNK merasakan keputusan ini sangat bijak dan tepat serta kena kepada sasaran. Ia adalah satu bentuk tawaran tulen kepada golongan yang tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang tidak wajar. Kematian, penyakit kronik, gila dan tiada daya membayar adalah golongan-golongan yang ditimpa musibah. Mereka wajib dibantu.

2. DPPNK merasakan tindakan ini selaras dan merupakan bukti perlaksanaan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS serta komitmen penerusan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

3. Tindakan ini merupakan satu lonjakan positif bersifat jangka panjang dalam menjaga kebajikan rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan kos tinggi sara hidup. Ia bukanlah satu bentuk tindakan 'one off' yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat.

4. DPPNK merasakan dengan keupayaan kewangan terbatas serta hutang tinggalan Barisan Nasional yang bertimbun, penghapusan hutang kepada golongan terpilih adalah wajar sebagai permulaan.

5. Tindakan kerajaan negeri merupakan satu cara perkongsian hasil negeri dengan rakyat yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin lain.

6. DPPNK yakin keputusan ini adalah berita baik kepada seluruh penjamin yang terbeban sejak sekian lama. Keputusan ini sudah pasti melegakan penjamin seterusnya mereka akan memaksimumkan sumbangan untuk pembangunan negeri dalam bentuk yang lebih sesuai.

7. DPPNK juga berpendapat, Kerajaan Pusat yang mengutip hasil yang lebih banyak sepatutnya melaksanakan program ini di peringkat nasional. Adalah memalukan dengan segala hasil mahsul yang dijana daripada rakyat dengan begitu banyak, Kerajaan Pusat tidak berani bertindak seperti dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri.

DPPNK yakin dengan pengumuman serta tindakan Dato' Seri Diraja Menteri Besar dalam menyelesaikan masalah ini akan mendapat sokongan daripada rakyat. Ia adalah satu lagi pencapaian hebat Kerajaan Negeri Kedah. Tahniah!

"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua."


Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK

penerangandppnk

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: