Rabu, 28 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


Video pembongkaran aset NFC di Singapura

Posted: 28 Dec 2011 02:00 PM PST


JINGGA 13 terus konsisten dengan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat termasuk peringkat nasional apatah lagi apabila ianya melibatkan wang rakyat. Penentangan yang berterusan adalah syarat rakyat telah mula muak dan bosan dengan keadaan semasa. Atas keadaan itu, Jingga 13 mengambil inisiatif menyiasat dan membongkar sendiri kebenaran mengenai dakwaan mengenai wujudnya pembelian aset di Singapura oleh National Feedlot Corporation.

Pada 23 Disember 2011 yang lalu, Jingga 13 telah pergi ke Singapura untuk melihat sendiri kesahihan dakwaan melibatkan pembelian kondominium mewah bernilai RM 10 juta dan pengaliran wang keluar untuk perniagaan MeatWorks, sebuah restoran mewah. Berikutan itu kami merakamkan video eksklusif untuk didedahkan kepada paparan umum.

Jingga 13 ingin menjemput dengan segala hormatnya, tuan-puan rakan media untuk hadir esok bagi melihat sendiri rakaman video eksklusif kondominium mewah Orchrad Scott dan restoran mewah MeatWorks ION Orchrad di Singapura sebagai bukti kewujudan pemilikkan dua aset ini di luar negara, hasil pinjaman mudah NFC dari kerajaan untuk projek integrator fidlot kebangsaan.

Sidang video akan berlangsung di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square pada hari esok 29 Disember 2011 pada pukul 2.00 petang. Turut hadir nanti adalah Ketua Wanita Keadilan, Yb Hajjah Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

MUAFAKAT. PRIHATIN. BERANI

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha Jingga 13

013-3927477

Sumber:milosuam




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BERASMARA DI DALAM BILIK MANDI MASJID

Posted: 28 Dec 2011 04:00 AM PST

KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung. Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut. 

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita. Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu. 

"Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya. "Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap," katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam. Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut. 

"Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut," katanya.Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing. Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid. 

Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid. Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

TERIMA SOGOKAN RM100,000 SEBULAN?

Posted: 27 Dec 2011 11:00 PM PST



DEY MACHA!!!
UMNO NI ADA SAJA SKANDAL
KES LEMBU BERKONDO BELUM SETEL
PECAH PULAK KES BARU
HARI-HARI LOBANG KASI PECAH
BIAQ SEMUA RAKYAT TAHU
UMNO ITU RASUAH
RASUAH ITU UMNO
KAH! KAH! KAH!

DUIT RAKYAT JADI DUIT MAK BAPAK DEPA
TU PUN ADA LAGI RAKYAT YANG DOK UNDI
PASAI TERMAKAN BUDI
DAPAT BERAS SEKAMPIT
DAPAT BAJA SEGUNI
DAPAT KAIN PELIKAT SELAI
TU PUN 4 TAHUN SEKALI
KAH! KAH! KAH!

MACAM JUGAK KES LEMBU
MULA-MULA WAJIB NAFI
LEPAS TU SELAK KAIN
KAH! KAH! KAH!

TPM siasat dakwaan SU sulit disogok

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.

"Saya hanya membacanya di blog. Saya, apa-apa pun akan teliti perkara ini."Kalau apa-apa pun perkara berkaitan dengan sesiapa pun, dengan jabatan saya pun, saya akan kaji," katanya.

Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan (gambar atas) menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.Turut didakwa terlibat setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Husin.Awang bagaimanapun menafikan berlakunya salah laku sebaliknya dana berkenaan untuk menggerakkan program kebajikan.MK
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tawar gaji RM6,000 tonton aksi onani

Posted: 27 Dec 2011 08:00 PM PST


Gambar ini tidak ada kena mengena dengan cerita di bawah.Kah!kah!kah!

KAJANG: Gaji lumayan mencecah RM6,000 sebulan, sebuah kereta dan perbelanjaan harian ditanggung antara taktik penipuan digunakan seorang lelaki untuk memperdaya mangsanya.

Bakal pekerjanya hanya perlu menjadi teman membeli-belah dan paling mengejutkan perlu menonton aksi onaninya.

Penipuan berkenaan didedahkan seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rubi, 21, yang mendakwa didatangi lelaki 'gila' itu pertengahan November lalu sewaktu ingin membuat pembayaran tempat letak kereta di bandar Kajang.

Katanya, dia didatangi seorang lelaki berusia 40-an memperkenalkan dirinya sebagai Riduan, pemilik sebuah syarikat membekal perkhidmatan pekerja asing.

"Lelaki berkenaan memberitahu syarikatnya mencari pekerja dengan menawarkan gaji lumayan selain pelbagai insentif menarik.

"Pada mulanya, dia menawarkan kerja sebagai kerani dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan," katanya. Rubi berkata, dia pada mulanya berminat selain tugas diberikan boleh disiapkan di rumah tanpa perlu ke pejabat.

Menurutnya, melihat dia mula menunjukkan minat, lelaki berkenaan menambah gaji RM6,000 sebulan sebagai pembantu peribadi.

"Saya hanya perlu menemaninya membeli-belah selain menjadi teman untuk dia berbual. Namun, lelaki berkenaan mula bersikap pelik apabila memaklumkan saya perlu menemaninya melakukan onani," katanya.

"Permintaan pelik lelaki berkenaan menyebabkan saya takut jika lelaki berkenaan bertindak lebih jauh dan membahayakan keselamatan," katanya.

Katanya, melihat dari penampilan, lelaki terbabit tidak menampakkan imej sebagai seorang ahli korporat dan mungkin mempunyai agenda tersembunyi terutamanya kepada golongan wanita.

Bimbangkan keselamatan diri dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan, Rubi kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.


HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PANAS!!! AHLI POLITIK DITANGKAP KHALWAT

Posted: 27 Dec 2011 06:00 PM PST



KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat. Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu. 

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun. Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan. "Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya. 

"Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing," katanya di pejabat Jaips di sini, semalam. Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam. "Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya. 

"Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid," katanya. Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.SH
Published with Blogger-droid v1.7.4

RISALAH LUCAH ANWAR-SAIFUDDIN DI UITM

Posted: 27 Dec 2011 05:00 PM PST


Kumpulan Aktivis Mahasiswa (KAMI) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu. Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh.Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!".

Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang.

"Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada media.

Bagaimanapun tidak pasti siapakah Anwar dan Saifudin yang dimaksudkan dalam risalah itu.

Selain itu, menurut KAMI juga, terdapat juga risalah yang mendakwa timbalan presiden mereka Khalid Ismath sebagai "agen Syiah" disebarkan sehari sebelum itu di tempat sama.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai "melampau", KAMI mendakwa ia dilakukan oleh pihak yang kurang senang dengan tindakan mereka menyokong perjuangan menuntut kebebasan akademik.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan aman Pro-Aspirasi di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini bagi mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar atas) meletakkan jawatan kerana memihak kepada Pro–Mahasiswa dalam penganjuran Perhimpunan Kebebasan Akademik di Kuala Lumpur.

"Kami berharap supaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dapat menyiasat kes ini sedalam-dalamnya kerana dilaporkan tiada sebarang tindakan terhadap kes yang berlaku ini.

"Dulu apabila Mahasiswa mengadakan speaker's corner, kecoh satu kampus kerana Mahasiswa dikatakan menghuru-harakan kampus sehingga beberapa Mahasiswa ditahan oleh Polis Bantuan UiTM, tetapi mengapa apabila timbul kes ini pihak pentadbir mengambil pendirian berdiam diri?" katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan terus pertahankan Saifuddin walau apapun terjadi kerana yakin dengan perjuangannya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Pro–Aspirasi yang berdemo sebagai "meludah ke langit" kerana suatu ketika dulu mereka mengatakan bahawa Mahasiswa berdemonstrasi adalah tidak intelektual.

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: