Rabu, 21 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


DEMONSTRASI MEMAKI PINTU PAGAR UPSI

Posted: 21 Dec 2011 04:00 AM PST



LEBIH KURANG 2 JUTA PENGUSAHA RESTORAN BERDEMO KERANA BENGANG DENGAN VIDEO YOUTUBE PANGLIMA LUDAH YANG TERANG-TERANG MELOYAKAN TEKAK ORANG RAMAI YANG SEDANG MAKAN DI RESTORAN MEREKA.VIDEO TERSEBUT DISIARKAN KE SERATA DUNIA PADA KETIKA ORANG RAMAI SEDANG MAKAN TENGAHARI KELMARIN.APA YANG MEMBANGANGKAN IALAH PUAK-PUAK NI BERDEMO DENGAN CARA YANG TAK TERPIKIR OLEH AKAL MANUSIA NORMAL IAITU BERDEMO MEMAKI PINTU PAGAR UPSI.

PUAK-PUAK INI BERTEMPIK SORAK MACAM SIAL DI DEPAN PINTU PAGAR UPSI.INILAH PERANGAI ORANG YANG TAK BELAJAR.BODOH TAK BOLEH DIAJAR,PANDAI TAK BOLEH DIIKUT.PANDAI-PANDAI NAK TUNJUK PANDAI TAPI AKAL NAMPAK MACAM BAWAH PARAS LUTUT.KAH! KAH! KAH!

LAGU MANA TAK KATA BODOH,DEPA DOK PI MAKI PINTU PAGAQ UPSI BUAT APA?
KAH! KAH! KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

NFC BELI KONDO MEWAH DI SINGAPURA?

Posted: 21 Dec 2011 02:00 AM PST



PKR hari ini mendedahkan satu lagi isu berkaitan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) — kali ini mendakwa sebuah unit kondominium mewah bernilai RM10 juta pula dibeli di Singapura tahun lalu.Ia pendedahan ketiga membeli hartanah menggunakan dana NFC, projek yang dikatakan bermasalah menurut Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.Bulan lalu, PKR mendedahkan unit-unit kondominium dibeli di Bangsar dan sebidang tanah di Putrajaya.

"Memandangkan Umno dan Datuk Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, PKR akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan," kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ismail dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, PKR berkata pihaknya boleh mengesahkan ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah di 7 Anthony Road, Orchard Scotts, Singapore oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Kata mereka, kondominium itu dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

"Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka berbanding dengan pembelian dua kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd," katanya lagi.

kl-today


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PERTANDINGAN MELUDAH KEBANGSAAN

Posted: 20 Dec 2011 08:00 PM PST


Juara bertahan Pertandingan Meludah

TARIKH: 1 JANUARI 2012
TEMPAT: PWTC (PUTRA WORLD TRADE COW)
MASA: 6 PAGI - 12 MALAM

HADIAH UTAMA: SEBUAH KONDOMINIUM DILENGKAPI SEEKOR LEMBU FIDLOT.

HADIAH KEDUA: PAKEJ 3 HARI 4 MALAM TIDUR BERSAMA TUAN KONDO LEMBU.

HADIAH KETIGA: PAKEJ ISTIMEWA MENURUNKAN SEMUA BENDERA-BENDERA DI PWTC.

* SEMUA PEMENANG AKAN SECARA AUTOMATIK DILANTIK MENJADI SENATOR.

SYARAT-SYARAT:

1. Peserta mestilah berketurunan panglima dengan bidang pengkhususan iaitu meludah.
2. Otak peserta mestilah berada di bawah paras lutut dan mestilah bangang macam UmPorno.
3. Badan mestilah gemuk serta gempal bagi menjamin kelajuan dan kualiti ludahan.
4. Peserta sekurang-kurangnya perlu berhati waja tahap 1.
5. Peserta mestilah bersedia untuk meludah di sepanjang Jalan Ipoh pada hari pertandingan.
6. Peserta mestilah menggunakan air liur sendiri.Penggunaan air liur basi adalah digalakkan.
7. Peserta dibenarkan menjilat semula air liur yang telah diludah.
8. Ahli UmPorno adalah diberi keutamaan.
9. Ahli ABU (Asalkan Bukan UmPorno) serta mahasiswa dan ahli keluarga terdekat adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan paling bangang di dunia ini.




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PANGLIMA LUDAH KENA EJEK

Posted: 20 Dec 2011 05:00 PM PST


Aksi menarik ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah terhadap mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak hari ini mengundang reaksi di internet melalui lakonan mengejek sekumpulan pemuda.

Selain mempermainkan-mainkan kenyataan Armand di Youtube yang mengugut mahu meludah dan menampar mahasiswa yang bertanggungjawah dalam insiden Sabtu lalu, mereka juga meniru, menokok tambah dan memperolokkan gayanya.

we are all adam adli facebook fanpageBagaimanapun, dalam video itu, sambil memperkenalkan diri sebagai pengguna laman sosial Myspace, mereka mengkritik tindakan mahasiswa yang menggunakan Facebook sebagai gantinya.

Sambil menyifatkan diri mereka sebagai "panglima perang", Armand semalam membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli.

Sementara itu, 'perang' di Facebook juga berlarutan dengan penciptaan laman sinis "Kami Peminat Setia Bro Gemuk (Kaki Ludah)" dan "We are all Adam Adli" (Kami semua Adam Adli) yang mengumpul peminat lebih 10,000 dalam tempoh 24 jam.

Laman itu meneladai Facebook 'We are all Khaled Said' (Kami semua Khaled Said) yang dicipta Eksekutif Google Wael Ghonim yang mendorong kebangkitan rakyat Mesir awal tahun ini.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: