Isnin, 19 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


Ajal dalam van jenazah

Posted: 19 Dec 2011 02:00 PM PST


RAUB – Van jenazah milik Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang terbabas selepas pemandu dipercayai hilang kawalan di kilometer 333 Jalan Raub, mengakibatkan dua lelaki maut dan dua lagi cedera parah.

Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 11.30 pagi melibatkan mangsa yang dalam perjalanan pulang ke Kampung Melayu Subang, Selangor, selepas selesai menghantar jenazah ke Kuala Krai, Kelantan.

"Mangsa solat subuh di Kuala Krai terlebih dahulu sebelum bertolak pulang selepas urusan penghantaran jenazah selamat disempurnakan.

"Pemandu van itu, Zaini Tamsir, 42, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian dan seorang penumpang kerusi belakang, Saffii Sajat, 61, juga meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Mohd Nazlan berkata, dua lagi mangsa cedera parah termasuk anak Zaini iaitu Zulhilmie, 15, yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan dan penumpang kerusi belakang, Amran Sewa, 40-an, yang patah tangan kanan.

Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera mendapat rawatan di hospital dan dua mayat mangsa juga dihantar ke Hospital Daerah Raub untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

"Ketika kejadian cuaca cerah dan kemalangan mengakibatkan laluan trafik menjadi sesak untuk beberapa ketika sebelum berjaya dipulihkan pegawai keselamatan bertugas," kata Mohd Nazlan.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Skandal NFC: Dua Lot Tanah di Putrajaya Belum Tukar Nama

Posted: 19 Dec 2011 04:00 AM PST



PUTRAJAYA 18 DIS: Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13 atau dikenali sebagai Gerakan MARAH menggesa pihak Polis segera membuat siasatan berhubung dua lot tanah yang di dakwa dibeli oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil masih di atas nama Putrajaya Holding.

Ketua Koodinator Jingga 13, Fariz Musa berkata berdasarkan pendedahan sebelum ini mendapati Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) oleh NFC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887.

Manakala NMLC juga merupakan syarikat milik keluarga Shahrizat.



"Hasil siasatan kami mendapati dua tapak tanah tersebut masih di atas nama Putrajaya Holding," kata Fariz ketika mengadakan lawatan di tanah tersebut bersama Cabang PKR Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, transaksi pembelian tanah tersebut bukan sahaja menyalahi peruntukan wang rakyat kepada NFC malah menimbulkan persoalan lain.

"Ini juga menimbulkan persoalan kenapa tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui NMLC membeli dua bidang tanah tersebut?

"Adakah ianya benar-benar wujud pembelian atau hanyalah langkah bertujuan mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut?" soal beliau.

Sehubungan itu beliau mengesa pihak polis segera mengadakan siasatan berhubung empat kegiatan oleh NFC iaitu;

1. Pada 9 Disember 2010 telah menggunakan wang pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622

2. Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10 , Putrajaya iaitu PT 1886 dan PT 1887

3. Semakan bayaran melalui cek dari akuan 14160000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC di antara Januari sehingga Julai 2010 sejumlah 15 cek berjumlah RM455,423 kepada Impian Globe Network Sevices , sebuah syarikat pelancongan ke luar negara.

4. Pada 21 Julai 2010 NFC telah memindahkan sejumlah RM 588,585 ke akaun Meatworks (Singapura ) Pte Ltd milik keluarga Shahrizat tersebut dan ianya bertentangan dengan fungsi NFC.

Menurut Fariz lagi, beberapa laporan polis telah dibuat sebelum ini namun siasatan polis masih kabur.

"Siasatan Timbalan Ketua Polis Negara amat pantas, yang melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah jenayah .

Berdasarkan keseluruhan laporan polis yang dibuat Jingga 13 menurut beliau sejumlah RM18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot .

Katanya, JINGGA 13 mendesak pihak polis agar bertindak telus, adil dan profesional terhadap siasatan yang dilakukan bukan nya bertujuan untuk 'membersihkan' mereka yang terlibat dengan skandal NFC .

"Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ianya adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah," ujar Fariz lagi.

Turut hadir ketika mengadakan lawatan di dua tapak tanah tersebut ialah Ketua Cabang Putrajaya, Onn Abu Bakar, berserta ahli-ahli parti tersebut.

TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pembongkaran Mahathir Fitnah Anwar Tentang IMF

Posted: 19 Dec 2011 02:00 AM PST

SELAPUT DARA TIRUAN

Posted: 18 Dec 2011 11:00 PM PST

Macam-macam hal sekarang ni akibat kecanggihan teknologi.Yang untuk kebaikan dan memudahkan manusia tu memang bagus.Tapi ada juga teknologi yang menjahanamkan manusia seperti produk seks dari China ni iaitu selaput dara palsu.Produk ni diusahakan oleh Syarikat Gigimo di China yang diberi nama,”Artificial Virginity Hymen”.Ianya boleh didapati dengan harga sekitar AS$50.Ada negara yang mengharamkan penggunaan selaput dara palsu ni terutama di Mesir.

borakkosong

CHINA NI MACAM2 DEPA REKA.
SAMPAI DARA PUN DEPA NAK TIPU...
BOLEH MAMPUIH KALU LAGU NI...
KAH! KAH! KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

VIDEO OF THE YEAR GENG LEMBU

Posted: 18 Dec 2011 08:00 PM PST





DEY MACHA!!!
SILA BUAT UNDIAN VIDEO KAT ATAS TU
YANG MANA PALING LAWAK SEKALI
KAH! KAH! KAH!

VIDEO PANGLIMA TAIK KUCING
BOLEH KASI PECAH PERUT
KALAH FILEM TAMIL BEB
KAH! KAH! KAH!


Bantah Auku: Mahasiswa turunkan 'bendera Najib' di PWTC

INI VERSI SEBELUM DIREMIX
TAPI GUA RASA LAGI LAWAK
ORIGINAL PUNYA LAWAK
KAH! KAH! KAH!




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Umno joli duit KWSP

Posted: 18 Dec 2011 05:00 PM PST


Oleh DATO' HUSAM MUSA

SAYA tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Awang Adek di Dewan Rakyat (The Star, m s 20 30 November 2011).

RM79.4 bilion – adalah jumlah pinjaman KWSP kepada Kerajaan Persekutuan seperti disebut oleh Dr Awang. Adakah angka ini tidak mengambil kira pembelian kertas sekuriti dan bon Kerajaan Persekutuan oleh KWSP yang lain?


Setakat pengetahuan saya, kedua-dua pinjaman dan kertas sekuriti jika dijumlahkan sekali, jumlah besar pendedahan KWSP sebagai hutang Kerajaan adalah RM240 bilion! Jumlah itu tidak mengambil kira pinjaman KWSP kepada GLC milik kerajaan.
Berdasarkan jumlah RM240 bilion, ia adalah 52.6 peratus dari jumlah hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM456 bilion pada tahun 2011, seperti dibentangkan Ketua Audit Negara dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

Dalam keadaan Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dan sepatutnya, tanpa manipulasi statistik, telah melebihi paras 55 peratus yang diizinkan oleh Undang-Undang Negara, kese- lamatan pinjaman ini memerlukan penelitian yang serius.

RM456 bilion jumlah hutang pada tahun 2011, dari segi peratus KDNK, adalah 54.3 peratus.

Hanya tinggal 0.7 peratus untuk mencapai tahap 55 peratus! Melalui Belanjawan defisit tahun ke-15 berturut-turut dengan jumlah RM45 bilion, sepatutnya tahap 55 peratus tadi telah dilanggar.

Bagi mengelakkan pelanggaran itu, manipulasi statistik telah dibuat dalam dua cara:

a. Meletakkan kadar pertumbuhan setinggi 6 peratus supaya dengan itu jumlah agregat KDNK menjadi besar dan dengan sendirinya peratus hutang berbanding KDNK menjadi rendah.

Soalnya, semua penganalisis ragu Malaysia mampu mencapai pertumbuhan 6 peratus sepanjang tahun hadapan.

Jika ini tidak dicapai, dengan sendirinya tahap yang dihadkan pertama kali akan dilanggari dan ini memberi kesan terhadap keselamatan hutang KWSP.

b. Meninggikan jumlah KDNK 2012 dengan memasukkan kadar inflasi. Oleh kerana itu, ada perbezaan ketara antara jumlah KDNK yang dicatatkan dalam Buku Belanjawan berbanding tercatat dalam Laporan Statistik.

Jumlah RM918.322 KDNK bolehlah dianggap memasukkan peratusan tertentu kadar inflasi, menjadikan angkanya lebih besar dan peratusan hutang menjadi kecil Namun begitu, sekalipun disebabkan oleh dua manipulasi statistik ini peratusan hutang negara belum mencecah tahap 55 peratus, ia akan mencecah tahap 55 peratus ini pada bila-bila masa dari sekarang.

Tidak ada tanda-tanda ekonomi negara akan tumbuh sebanyak 6 peratus pada tahun hadapan. Sebarang kekurangan dalam peratus pertumbuhan ekonomi negara dengan sendirinya menjadikan angka KDNK lebih kecil dan peratusan hutang lebih besar.

Selain itu, dengan trend berbelanja yang langsung tidak memperdulikan kedudukan kewangan semasa yang ada, dijangka jumlah hutang baru negara akan melebihi dari jumlah awal yang dinyatakan dalam Buku Belanjawan.

Jika ini berlaku, rakyat Malaysia, selepas PRU13 yang mungkin akan diadakan pada Mac 2012 akan menyaksikan jumlah hutang negara kita melebihi paras yang dibenarkan oleh undang-undang buat kali pertama di bawah teraju Dato' Seri Najib Razak!

Itu belum mengambil kira jumlah hutang GLC yang tidak digambarkan dalam Akaun Hutang Awam Negara yang jumlahnya adalah juga besar iaitu RM184 bilion.

Sebagian pinjaman ini telah dikelaskan sebagai CC minus.

Jika jumlah ini diambil kira, kita telah lama melepasi tahap 55 peratus dan dengan itu, keadaan adalah amat membimbangkan.

Tujuan saya menulis kenyataan akhbar ini ialah supaya Kementerian Kewangan mengubah habit berbelanja Kerajaan Persekutuan sekarang.

Termasuk berbelanja besar melebihi kos sebenar, dari sekecil-kecil bil api tinggi menggila untuk kediaman PM sampailah pembelian kapal peronda dan lain-lain, seperti dalam kes-kes dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Kedua, terus berbelanja atas perkara-perkara yang tidak produktif seperti pembelian vesel dan kereta perisai baru dengan begitu mahal melebihi harga pasaran dan dibeli melalui pihak ketiga yang mendapat untung melangit.

Semua perbelanjaan joli ini bersandarkan pinjaman KWSP yang merupakan wang amanah rakyat negara ini.

Perbelanjaan pruden boleh membantu hutang dikurangkan dan dengan sendirinya nilai wang KWSP yang dipinjamkan kepada kerajaan menjadi lebih berharga.

Jika tidak, KWSP hanya dijadikan tabung berharga murah untuk membantu Kerajaan Pusat berjoli atas wang rakyat!

DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: