Selasa, 6 Disember 2011

Biaqpila

Biaqpila


Soi Lek dituntut minta maaf

Posted: 06 Dec 2011 04:00 AM PST


KUALA LUMPUR, 5 Dis: PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar), yang memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam.

Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim juga melahirkan rasa "kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau."

Ini bukanlah kali pertama presiden MCA yang pernah tertangkap dalam video seksnya itu menghina Islam bahkan telah beberapa kali.

Kali ini di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam.

Kenyataan Soi Lek ini dibuat ketika rakan karib MCA itu, Umno, terus-terusan mendakwa kononnya DAP cuba mengkristiankan umat Islam padahal kebanyakan pemimpin DAP sendiri bukan beragama Kristian.

Abim menilai kenyataan biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri, kata Mohamad Raimi dalam kenyataannya.

Di samping itu, katanya, Abim berpandangan kenyataan tersebut yang itu berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini.

Ini memandangkan hukum Hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia.

Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek tersebut juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia yang berkembang pesat di seluruh dunia, tambah beliau.

Abim, katanya, merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau.

Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), Abim menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Abim juga, katanya, menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali.

Umno sekongkol dengan MCA

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah.

Tindakan terbaru Presiden MCA, Dr chua Soi Lek mengkritik hukum hudud bukan perkara baru, walaupun kenyataan ini dikritik oleh pelbagai pihak.

"PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi.

"Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu UMNO terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, Ketakutan Umno untuk menegur tindakan biadap Chua Soi Lek ini membuktikan kepada umum siapa jadi kuda tungangan sebenar.

Kebiadaban MCA ini tentunya lahir dari rasa besar kepala akibat tiadanya teguran atau bantahan oleh mana-mana perwakilan sewaktu PAU lalu.

Bahkan apa yang diluah ialah kritikan terhadap enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan, yang kononnya bertentangan dengan hudud sebenar.

"PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, UMNO seharusnya membentang hudud yangh sebenar dan PAS. Akan pasti meyokongnya.

"Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya.



HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Jogging sambil curi coli

Posted: 05 Dec 2011 08:06 PM PST



SHAH ALAM – "Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

"Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya," katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.-SH



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sebarkan kejayaan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan ke seluruh negara

Posted: 05 Dec 2011 05:00 PM PST


SHAH ALAM, 5 DIS – Mencerca para UMNO-Barisan Nasional sahaja tidak akan membawa kemenangan dan ia tidak patut menjadi amalan politik Pakatan Rakyat, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menjelaskan, apa yang perlu ditingkatkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat ialah menunjukkan dan memperjelaskankan lagi perkara-pekara baik yang telah dan bakal dilaksanakan oleh Pakatan demi kepentingan rakyat.

"Inilah reformasi, bukan sahaja reformasi politik tetapi juga reformasi ekonomi. Kita buat kerja kerana rakyat, kerana hendak bangunkan ekonomi rakyat.

"Di Selangor, kita mulakan dengan program merakyatkan ekonomi negeri, dan ini bermakna rakyat yang tentukan pengurusan ekonomi, saya cuma pengurus sahaja.

"Kalau rakyat tidak suka seseorang pengurus itu, rakyat berhak menukarnya kerana itulah kuasa rakyat," katanya menjelaskan budaya politik baru yang perlu menjadi amalan semua pihak.

Menurutnya, kritikan terhadap kerajaan berbeza dengan mencerca pemimpin kerana cercaan tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Berucap di hadapan 10,000 hadirin dalam satu perhimpunan rakyat di sini malam tadi, Khalid yang juga Adun Ijok berkata bahawa pada zaman pemerintahan UMNO-BN di Selangor, tidak pernah ada program untuk merakyatkan ekonomi.

"Sebagai sedikit contoh, sebelum 2008, Selangor kelam kabut kerana tiada sistem teratur bagi khairat kematian, malah kebanyakan rakyat pun tidak tahu akan skim itu.

"Tetapi dengan skim Pakatan, kita terus keluarkan duit dari belanjawan negeri dan masukkan ke dalam bank warga emas," katanya.

Di majlis yang sama, Exco Kanan kerajaan Selangor Teresa Kok berkata, sewaktu Pakatan mengambil alih Selangor selepas menerima mandat rakyat yang menolak UMNO-BN pada 2008, simpanan tunai kerajaan negeri cuma berjumlah RM637 juta.

"Sekarang selepas tiga tahun, hasil usaha pendtabiran bersih dan cekap Pakatan, simpanan kita sudah mencecah RM1.5 bilion.

"Inilah bukti kita pandai menjaga wang rakyat. Sebab itu UMNO takut dan jadikan DAP sasaran kerana mereka hendak goncang perpaduan Pakatan yang telah terbukti berjaya membantu rakyat," katanya.

Jelas Teresa yang Pengerusi DAP Selangor, beliau agak malu kerana sebagai seorang pemimpin yang lantang menuntut hak wanita, masih ada pemimpin wanita yang korup.

"Saya selalu sebut, pilih calon wanita kerana lebih telus, jujur… Tetapi selepas skandal salah guna wang ternak lembu NFC yang melibat seorang Menteri Wanita, saya rasa sangat malu," kata Adun Kinrara itu.

Beliau menjelaskan, segala kutukan pemimpin dan perwakilan UMNO dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini terhadap DAP hanya bertujuan menutup pekung dan masalah fidlot NFC keluarga menteri berkenaan. – Roketkini.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: