Biaqpila |
Aktres Pakistan nafi bogel untuk majalah Posted: 04 Dec 2011 07:56 AM PST LONDON, Britain - Seorang aktres Pakistan terpaksa menafikan dia berbogel untuk majalah FHM edisi India yang turut melihatnya mempamer tatu dengan singkatan ISI pada lengannya, lapor akhbar MailOnline semalam. Aktres berkenaan, Veena Malik yang beragama Islam tampil tanpa seurat benang untuk kulit majalah FHM isu Disember 2011. Dianggap melanggar batas agama, tindakan Veena membangkitkan kemarahan dalam kalangan penduduk Pakistan. Mereka turut berang kerana dia menjadikan Agensi Perisikan Pakistan (ISI) sebagai bahan jenaka. Namun, Veena, 33, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bergambar bogel untuk majalah lelaki itu. Dia sebaliknya mendakwa gambar tersebut palsu dan dihasilkan melalui teknik pertindihan imej. "Saya tidak pernah bergambar bogel. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Pengurus saya dan pasukan peguam saya sedang meneliti isu ini. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka (FHM)," kata Veena dalam wawancara bersama agensi berita PTI. Pengarang FHM India, Kabeer Sharma bagaimanapun menegaskan bahawa gambar itu adalah tulen. Dia turut mendakwa dapat membuktikan perkara tersebut. "Kami memiliki klip video sesi fotografi Veena selain e-mel daripada aktres berkenaan menyatakan dia teruja untuk menjadi penghias muka depan FHM," kata Sharma dalam temu bual dengan media Britain. Imej seksi Veena disiar di laman web FHM India, akaun Facebook dan Twitter majalah berkenaan secara serentak semalam. Gambar telanjang itu menunjukkan Veena menggunakan tangan dan kaki untuk menutup payu dara dan kemaluannya. - Agensi KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 03 Dec 2011 05:00 PM PST Di sebuah kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin... Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter kat belakangnye.. Promoter tu pun tanya la 'boleh saya bantu?' Perempuan tu anggap promoter tu tak dengar la dia kentut jadi dia jawab 'berapa harga cincin ini?' Promoter: 'kalau tengok pun puan bleh terkentut, saya pasti puan akan terberak bila tau harganya'.. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
ISTERI CINCANG SUAMI BUAT LAUK KURMA Posted: 03 Dec 2011 04:10 PM PST Polis Pakistan menangkap seorang wanita kerana disyaki membunuh suaminya sebelum mencincang dan kemudian memasaknya dalam usaha untuk menghapuskan bukti. Zainab Bibi, 42, dilapor memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membunuh suaminya, Ahmad Abbas selepas lelaki itu cuba memperkosa anaknya berusia 17 tahun dari perkahwinan pertamanya.Zainab memberitahu polis, dia mencampurkan pil tidur dalam minuman Ahmad dan kemudian menjerut lelaki itu hingga mati dengan tali sebelum mencincang mayat mangsa. Polis berkata, mereka mula menyiasat kes itu selepas jiran mengadu bau busuk yang datang dari rumah keluarga itu. Anak saudara Zainab berusia 22 tahun, Zaheer Ahmed, juga ditangkap kerana didakwa terbabit mencincang mayat Ahmad. Ketika diwawancara oleh wartawan televisyen ARY di bilik kurungannya, Zainab berkata: "Saya bunuh suami saya sebelum dia menyentuh anak saya." Kejadian mula terbongkar apabila tuan rumah Zainab, Behzad yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu, kecewa dengan bau busuk masakan dari tingkat atas. Dia naik untuk menegur wanita itu. Polis mendakwa Behzad mendapati Zainab di dapur, memasak korma dari daging lengan dan kaki suaminya kerana percaya ia satu-satunya cara untuk menghapuskan mayat suaminya. Akhbar tempatan, The Express Tribune melaporkan, Zainab tinggal di rumah itu bersama-sama anaknya, Sonia dan Ahmad yang dikahwininya lima tahun lalu dan pernah menjadi guru Sonia ketika dia mengajar di sekolah gadis itu. Zainab dipetik sebagai berkata: "Sebaik dia mati, saya merasa ketakutan buat kali pertama. Saya tidak mempunyai keberanian untuk menghampiri mayatnya selama sejam. "Terlintas di fikiran saya untuk memasak mayatnya sebagai cara untuk menghindar bau busuk." Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak berniat untuk memakan masakan itu, sebaliknya mahu membuangnya. "Saya akan memberitahu jiran, korma itu tak sedap," katanya. kl-today KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan