Anak Sungai Derhaka |
- Tujuh Fitnah Utusan terhadap kerajaan PR Pulau Pinang.
- UMNO buka ‘pintu’ untuk Hasan Ali, Nasha
- Sebab sebenar mengapa Lim Boo Chang keluar PKR.
- Kerajaan BOHONG tentang negara pendapatan tinggi – Anwar
- Shahrizat bukan ‘biawak hidup’ - Syed Ali Alhabshee
- PANAS!! Penyokong Shahrizat serang UMNO Cheras (Gambar)
Tujuh Fitnah Utusan terhadap kerajaan PR Pulau Pinang. Posted: 16 Dec 2011 03:44 AM PST Sebenarnya bukan saja Utusan @ Lidah Rasmi UMNO yang memainkan ketujuh-tujuh perkara yang disenaraikan di bawah, tetapi ianya juga dimainkan oleh Blogger UMNO dan juga pencacai UMNO untuk menipu rakyat Pulau Pinang! Ini adalah tujuh dakwaan Utusan yang telah disifatkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai fitnah terhadap Guan Eng, ianya bukan saja tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan "half-truths" atau "kenyataan separuh benar". Menurut Mahkamah Tinggi, Varghese George Varughese "half-truths" atau "kenyataan separuh benar" itu sebenarnya "tidak benar sama sekali". Beliau berpendapat bahawa ketujuh-tujuh dakwaan di bawah ini berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia. 1-Menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang; 2-Membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan); 3-Tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan; 4-Merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu; 5-Menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas; 6-Merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan 7-Mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala, Hakim Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan "selective vendetta" atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil. ******************************************* Kenyataan Akhbar Keputusan Mahkamah Tinggi Terhadap Penerbit Utusan Malaysia Menunjukkan Bahawa Liputan Utusan Malaysia Adalah Berniat Jahat Dan Bertujuan Menipu Pembaca, Serta Membuktikan Bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Bukan Anti-Melayu atau Anti-Islam Semalam, penerbit Utusan Malaysia telah didapati bersalah oleh YA Hakim Tuan Varghese George Varughese kerana memfitnahkan YAB Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk "Kebiadaban Lim Guan Eng" yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan supaya membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan sebanyak RM200,000 serta kos sebanyak RM25,000 kepada YAB Ketua Menteri. Utusan Malaysia sebelum ini telah mengamok dengan pembohongan dan ketidakbenaran yang bertujuan untuk menyifatkan DAP dan Ketua Menteri sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, maka YAB Ketua Menteri tiada pilihan lain melainkan mengeluarkan saman fitnah untuk membela nama baiknya. YAB Ketua Menteri selepas itu telah mengumumkan bahawa RM200,000 tersebut akan didermakan kepada badan-badan amal. Penghakiman ini sekaligus membuktikan bahawa polisi-polisi YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 2008 memang bertujuan untuk membela semua Rakyat Pulau Pinang dengan sebaik mungkin, tanpa mengira kaum atau agama. Penghakiman ini menunjukkan secara konklusif bahawa YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bukan anti-Melayu atau anti-Islam, seperti yang didakwa secara palsu dan berniat jahat oleh Utusan Malaysia. Dalam penghakimannya, YA Hakim Tuan Varghese telah memutuskan bahawa dakwaan "terburu-buru dan tidak bertanggungjawab" oleh Utusan Malaysia yang menyifatkan YAB Ketua Menteri sebagai rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, adalah tidak berasas sama sekali. YA Hakim juga memutuskan bahawa dakwaan YAB Ketua Menteri telah membuat suatu ucapan yang rasis, menentang Melayu dan institusi-institusi Melayu, adalah sesuatu yang amat sukar dipercayai, apabila tidak ada sebarang bukti bahawa para pendengar ucapan itu, yang majoritinya Melayu, telah merasa tersinggung. Tambahan pula, YA memutuskan bahawa ketujuh-tujuh dakwaan Utusan, iaitu bahawa YAB Ketua Menteri telah: 1-menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang; 2-membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan); 3-tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan; 4-merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu; 5-menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas; 6-merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan 7-mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala, semuanya tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan "half-truths" atau "kenyataan separuh benar". YA Hakim telah berkata bahawa "half-truths" atau "kenyataan separuh benar" itu sebenarnya "tidak benar sama sekali", dan setelah mengkaji dakwaan-dakwaan tersebut, berpendapat bahawa dakwaan-dakwaan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia. YA juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan "selective vendetta" atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menerima dan menyokong sepenuh-penuhnya keputusan YA Hakim dalam perkara ini. Jelas bahawa YAB Ketua Menteri telah didapati tidak bersalah dalam ketujuh-tujuh dakwaan oleh Utusan Malaysia di atas, dan juga bahawa YAB dan Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil apa-apa tindakan yang bersifat anti-Melayu atau anti-Islam seperti yang didakwa. Kami berasa amat kesal dan kecewa melihat keadaan media massa arus perdana pada hari ini, yang dikuasai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan sering dipergunakan untuk memecahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia. Kami berharap bahawa Utusan Malaysia dan media massa arus perdana yang lain akan mengambil iktibar daripada keputusan YA Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada sistem demokratik di Malaysia. MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG |
UMNO buka ‘pintu’ untuk Hasan Ali, Nasha Posted: 16 Dec 2011 01:51 AM PST PETALING JAYA: Umno tiada halangan menerima exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyertai parti itu, malah mengalu-alukan penyertaan mereka. Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata, keputusan untuk menyertai parti itu disifatkan tepat kerana PAS kini sudah tidak lagi memperjuangkan Islam yang sebenar. Abdul Shukor menegaskan, baik Hasan mahupun Nasharudin kedua-dua pemimpin PAS itu dianggap bijak untuk membuat keputusan dan masih belum terlambat untuk berbuat demikian. "Hasan Ali adalah seorang yang bijak untuk melihat sendiri siapa yang memperjuangkan Islam. Umno memimpin parti berbilang kaum dan meningkatkan martabat Islam jauh dari parti-parti lain. "Hanya orang buta tidak nampak perjuangan Umno dan Islam. Jika boleh Hasan Ali dan Nasharudin menilai perkara ini. `Hanya topeng' "Malah pilihan menyertai Umno adalah tepat kerana Umno yang memperjuangkan Islam. PAS hari ini bukan perjuangkan Islam tetapi hanya mahu kekal berkuasa dengan bersekongkol dengan DAP. Perjuangan Islam oleh PAS hanya topeng," katanya ketika dihubungi FMT hari ini. Katanya jika kedua-dua pemimpin tersebut berminat menyertai Umno, prosedur biasa perlu dilalui dengan mengisi borang yang akan diproses oleh Majlis Tertinggi parti itu. "Umno terbuka kepada orang Melayu tidak kira nama atau rakyat biasa.Tiada halangan untuk sesiapa sahaja. Kami harap baik Hasan Ali mahupun Nasharudin boleh isi borang tersebut. Abdul Syukor membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam, sambil menegaskan Umno itu telah membawa kesejahteraan dan berada landasan benar. Mustafa dilaporkan berkata dua pemimpin parti itu sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS. Track record "Jerat Umno bawa kesejahteraan dan kita berada dilandasan benar. Ini terbukti dengan 'track record' kami untuk memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu. "PAS sanggup gugurkan agenda dari negara Islam kepada negara kebajikan," kata Abdul Syukor. Isu itu tercetus apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib dilaporkan berkata, Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia. Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man menafikannya dan berkata, perkara itu belum muktamad. Hasan turut membuat pendirian bahawa akan tetap kekal bersama parti, malah PAS Selangor juga yakin beliau akan kekal menjadi ahli. Free Malaysia Today |
Sebab sebenar mengapa Lim Boo Chang keluar PKR. Posted: 15 Dec 2011 11:12 PM PST Jawapan dari Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Pulau Pinang yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dato Mansor Othman tentang sebab mengapa Lim Boo Chang keluar PKR.. Semalam Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dato Mansor Othman tampil menjelaskan mengapa bekas Ketua cabang PKR Bukit Gelugor, Lim Boo Chang keluar dari parti itu. Dato Mansor mengesahkan walaupun belum ada sebarang keputusan senarai akhir nama-nama calon-calon untuk bertanding dalam PRU13 nanti, nama Lim Boo Chang tidak tersenarai didalam senarai yang ada sekarang. Oleh itu Lim Boo Chang telah mengambil keputusan untuk keluar dari PKR apabila mengetahui namanya tidak disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon PRU13 ini.. "Beliau lebih berminat untuk menjadi calon, bila dapat tahu tiada kerusi untuknya, beliau keluar parti" kata TKM1. Beberapa jam selepas TKM1 menjelaskan kepada Boo Chang tentang perkara tersebut, tindakan Boo Chang keluar parti mendapat liputan meluas di hampir kesemua media cetak dan elektronik. Alasan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP bersikap autokratik dan terlalu mengongkong hanyalah alasan lemah Boo Chang untuk menjustifikasikan tindakannya kerana lebih tiga tahun dilantik sebagai ahli majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), dia langsung tidak merungut DAP tidak boleh bekerjasama! Hmmm.. sama tak dengan laporan ini? lihat di ( SINI ) ***************************************** No seat, so, Boo Chang left PKR GEORGE TOWN: Bukit Gelugor PKR division chief Lim Boo Chang decided to quit PKR when he found out that he will not be considered for the next general election. Although the party has not finalised the list of candidates, PKR state chairman Mansor Othman confirmed that Lim will not be given a seat to contest in coming polls. "He was more interested in becoming a candidate.When he knew he would not get a seat , he left," Mansor, who also the state Deputy Chief Minister 1, told a press conference in his office in Komtar here yesterday. Lim has the unenviable reputation of being a party-hopper. He was a Gerakan member for 15 years holding various top positions, including national vice-president and youth wing chairman. He then quit Gerakan just after the 1999 general election to join MCA. He left MCA after the last general election to join PKR. Now, he wants to go back to Gerakan. State PKR vice-chairman Abdul Malik Kassim confirmed Mansor's statement, saying that it was the real reason for Lim's departure. "He took the (quit) action because of the seat," said the state executive councillor and Batu Maung assemblyman. He also chided Lim for breaking the party convention by going to the media to indicate why he should be chosen as a candidate. Lim had asked through the media to PKR leadership to give him either the Nibong Tebal federal or Datuk Keramat state constituencies to contest. Lim is former Datuk Keramat two-term assemblyman (1995 – 2004) Not a loss for the party Yesterday Lim announced his decision to quit PKR and all party positions citing loss of confidence on PKR to fulfill its reform agenda. Lim cited the Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) mega project as among reasons for his resignation. Lim was among the two councillors to openly object to the project when debating the council Budget 2012 in October. Mansor said Lim's departure was not surprising because the state PKR knew it was coming. Lim has been critical against the state government and party for few months and he also did not bring his division team to attend the party congress in Johor Baru and did not hold divisional meetings as well for past few months. Mansor said the party would not be affected by Lim's exit, instead he claimed that it would become stronger, united and motivated to face Barisan Nasional. "Individuals can come and go, but the party stays. PKR has many capable leaders who always put party interests above themselves," he said. For time being, he added that the state liaison committee would take over the management of Bukit Gelugor division. Free Malaysia Today.. |
Kerajaan BOHONG tentang negara pendapatan tinggi – Anwar Posted: 15 Dec 2011 10:33 PM PST KUALA LUMPUR 16 Dis : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kerajaan Umno-BN memanipulasi data bagi mengelirukan rakyat serta memberikan gambaran yang salah tentang unjuran ekonomi Malaysia. Anwar berkata demikian pada majlis makan malam ucaptama "Debunking ETP: Widening Income Gap" di Hotel Westin malam tadi. Majlis itu dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada wakil-wakil kedutaan, pakar ekonomi, pengurus dana, ahli Parlimen dan wartawan. Menurut Anwar, janji kerajaan bahawa Malaysia akan menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 adalah satu pembohongan, berdasarkan unjuran Program Transformasi Ekonomi (ETP). "ETP mendakwa 'ia berupaya mengurangkan pekerja berpendapatan rendah dan meningkatkan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi pada tahun 2020′. "Saya persoalkan premis yang gaji pekerja akan berkembang pada kadar 3.6 peratus antara tahun 2010 dan 2020. "Sumber di dalam dan luar kerajaan menunjukkan corak pertumbuhan perlahan dalam gaji sebenar," kata Anwar. Anwar berkata, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia, "kadar pertumbuhan gaji di Malaysia menyaksikan peningkatan 2.6 peratus sejak 10 tahun lalu dan kos hidup juga meningkat melebihi kadar kenaikan gaji". "Maka jelas, kadar pertumbuhan yang digunakan ETP pada kadar 3.6 peratus amat meragukan," kata Anwar. Pembohongan kedua kerajaan BN dalam ETP adalah unjuran inflasi sebanyak 2.8 peratus sehingga tahun 2020. "Inflasi purata di antara tahun 2001 dan 2005 adalah 4.8 peratus, mencerminkan kejutan harga tenaga pada tahun 2003 yang menyaksikan harga minyak mentah melonjak melebihi USD30 setong. "Inflasi purata di antara tahun 2005 dan 2009 pula adalah lebih tinggi pada kadar 6.6 peratus. "Jadi kita perlu persoalkan kebijaksanaan dan keikhlasan mereka menggunakan unjuran inflasi yang terlebih optimistik iaitu pada 2.8 peratus untuk 10 tahun akan datang apabila tiada sebarang petunjuk ekonomi, sosial atau politik yang memberikan petanda kita menuju ke arah itu," kata Anwar. Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah inisiatif kerajaan BN untuk kononnya menukar Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menjelang akhir tahun 2020. Ia diuruskan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu). Dilancarkan pada September 2011, ETP menyasarkan pembiayaan sektor swasta sehingga 60 peratus. Namun, sehingga Ogos 2011, sebanyak 77 peratus daripada RM173 bilion pelaburan datangnya daripada syarikat berkaitan kerajaan. http://www.keadilandaily.com/?p=24437 |
Shahrizat bukan ‘biawak hidup’ - Syed Ali Alhabshee Posted: 15 Dec 2011 07:33 PM PST KUALA LUMPUR, 16 Dis — Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menjelaskan maksud kenyataan "memikul biawak hidup" ditujukan ke atas Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum, bukannya merujuk kepada anggota Kabinet dari parti itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menurut Syed Ali, kenyataan beliau kelmarin berkaitan isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat (gambar) yang mana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFC. Projek NFC, yang menggunakan dana awam RM250 juta, dikendalikan oleh keluarga Shahrizat. "Maka, sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya. Kenyataan keras Syed Ali sebelum ini didakwa dituju ke atas Mohamad Salleh supaya memberikan penjelasan secara jelas dan terperinci berhubung isu tersebut supaya tidak menjadi beban kepada Umno dan kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 sepertimana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. "Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi," tegasnya. Sebelum ini kata Syed Ali, beliau bersama beberapa pemimpin Umno telah menegur Shahrizat berhubung isu NFC dan mendesak beliau melepaskan jawatan dalam Kabinet tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno. Shahrizat, yang tewas dalam pilihan raya umum 2008, merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Ini bermakna saya menghormati Shahrizat sebagai wanita dan pemimpin sayap kanan parti tetapi beliau harus mengakui bahawa isu NFC ini menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet," jelasnya. Beliau juga berkata, penjelasan Mohamad Salleh mungkin boleh membersihkan imej Shahrizat yang turut terpalit dalam isu tersebut. Semalam, sekitar 80 orang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan "membanjiri" pejabat Syed Ali di Jalan Peel di sini berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Shahrizat dan keluarganya "biawak hidup". Antara mereka hadir ialah wakil Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (Nawem) dan Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara - gambar sila lihat di ( SINI ) Pertubuhan-pertubuhan berkenaan mendakwa Syed Ali tidak menghormati status wanita. "Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia," tegasnya. "Saya ingin jelaskan ini kerana ada yang tersinggung dengan kenyataan saya, tetapi niat saya hanya ingin mempertahankan institusi Umno, bukannya kepentingan peribadi individu tertentu," tegasnya. "Individu tidak penting pada saya, parti dan kerajaan yang lebih penting," ujarnya. The Malaysian Insider |
PANAS!! Penyokong Shahrizat serang UMNO Cheras (Gambar) Posted: 15 Dec 2011 04:08 PM PST Kasihan mereka.. kerana mahu mempertahankan Isteri kepada penternak lembu paling berjaya dalam Malaysia, mereka berfikir dan bersifat seperti lembu milik suami kepada pemimpin mereka.. Lantaran dari desakan kali kedua yang dibuat oleh Ketua Umno Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang telah menggesa suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengetuai projek ternakan lembu kontroversi, Pusat Fidlot Nasional (NFC) supaya tidak lagi membebabankan UMNO. Dalam desakan untuk kali kedua itu Syed Ali Alhabshee menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno. Dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya, Syed Ali berkata "Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC. "Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat , apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" kata beliau lagi. Justeru kata Syed Ali, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu. "Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat," ujarnya - sepenuhnya di ( SINI ) Hasilnya.… akibat dari desakan itu.. semalam Pejabat UMNO Bahagian Cheras diserang oleh sekumpulan penyokong Shahrizat… Dalam pada itu..Syed Ali yang merasakan serangan itu dibuat ekoran daripada kenyataan beliau yang mengatakan UMNO "memikul biawak hidup" dalam isu NFC ini menjelaskan bahawa... Maksud 'memikul biawak hidup' adalah ditujukan kepada isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat Abdul Jalil... Beliau membuat penjelasan tersebut mungkin kerana bimbang diserang lagi oleh penyokong Sharizat ataupun takut ahli UMNO yang lain membenci beliau... Beliau menambah "isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Dr. Mohamad Salleh adalah Pengerusi Eksekutif NFC.." "Maka,sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat," jelasnya lagi.. Menurut beliau lagi.."Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi," tegasnya. Dalam satu komen yang dilihat sebagai mahu mengambil hati Sharizat dan juga penyokong-penyokong Lembu Fidlot,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan.. "Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia," tegasnya. Budaya UMNO.. kalah berdebat maki hamun yang keluar.. Kasihan mereka.. kerana mahu mempertahankan Isteri kepada penternak lembu paling berjaya dalam Malaysia, mereka berfikir dan bersifat seperti lembu milik suami kepada pemimpin mereka.. Macam LEMBU.. tak boleh berdebat.. berlaga.. Apa-apa pun PRU13 ini.. undilah siapa sahaja.. Asal Bukan UMNO!!! Sumber gambar : Terengganu Kini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan