Khamis, 15 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Scandal Fidlot : Utusan mula menyerang Shahrizat?

Posted: 15 Dec 2011 08:30 AM PST



Melalui penulisannya Pengarang kanan Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia , Datuk Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit' pada 14 Jan 2011, telah meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak.


"Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

"Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'.


Photobucket

Nampak macam ikhlas penulisannya tapi sebenarnya tiada bezanya dengan khabar angin yang dibawa oleh para pencacai UMNO diperingkat akar umbi kononnya Shahrizat akan meletak jawatan ekoran dari Scandal NFC.

Shahrizat dikhabarkan oleh mereka akan meletakkan jawatan kerana menurut para pencacai yang membawa khabar angin UMNO tidak memerlukan pemimpin yang sebegitu perangainya.. yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan keluarga kononnya…

Kononnya lagi jika Shahrizat tidak meletakkan jawatan Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi akan mendesak beliau untuk meletakkan jawatan..

Tujuan sebenar hanyalah untuk menipu demi mengembalikan keyakinan Makcik-Makcik dan juga Pakcik-Pakcik di kampung-kampung dan juga di Felda yang mula membuka mata dan meragui pimpinan UMNO ekoran pendedahan Ketua Audit Negara mengenai kepincangan dalam pengurusan NFC.

*******************************************

Pemimpin kontroversi Umno diminta berundur

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno, hari ini meminta pemimpin kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti supaya berundur secara sukarela dan tidak menunggu hingga diarahkan oleh presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

"Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'.

"Sebagai pemimpin yang bernaung di bawah seorang presiden parti, hormatilah dan percayalah beliau. Janganlah buat lagi kenyataan dalam akhbar; 'saya serahkan nasib kepada PM'.

"Keputusan di tangan tuan-tuan YB sekalian. Buatlah sendiri keputusan. Jangan letak tekanan itu kepada Presiden," katanya.

Meskipun Zaini tidak menamakan sebarang pemimpin, mesejnya dilihat menjadikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebagai sasaran. Ini kerana Shahrizat terbabit dengan kontroversi yang menyelubungi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan syarikat milik suaminya.

Pada perhimpunan agung Umno dua minggu lalu, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau akan menyerahkan soal pencalonannya di tangan presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam ruangannya itu yang bertajuk 'PRU13: Menanti siapakah YB-YB sukarela mahu berundur...', Zaini melahirkan kekecewaannya kerana tidak ada wakil rakyat Umno yang mahu memberi laluan kepada muka-muka baru pada pilihan raya umum akan datang.

"Sehingga kini tiada mana-mana YB yang sanggup menyahut seruan presiden mereka supaya berundur diri secara sukarela bagi memudahkan beliau membuat keputusan.

"Masing-masing mengambil langkah tunggu dan lihat. Masing-masing merasa bimbang yang teramat sangat kedudukan mereka yang sudah berakar umbi itu akan terlucut atau tumbang dilanda taufan," tulisnya.

Najib pada hari akhir perhimpunan itu berkata, sebagai orang Umno mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya.


Malaysiakini

Apalah BODOH sangat dua orang ni??

Posted: 15 Dec 2011 04:07 AM PST



Rasulullah S.A.W pernah berpesan dalam satu hadisnya yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama, yang membawa maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali.


Atau dalam lain ayat.. sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama contohnya korang bacalah di bawah..

SU Agung PAS: Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin yang pernah memegang jawatan timbalan presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan PAS Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hasan turut menggambarkan beliau seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai timbalan presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Bagaimanapun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya.

The Malaysian Insider

RBF (Ruang Bicara Faisal) ke ni?.. Sihatnya dia....

Posted: 15 Dec 2011 12:35 AM PST



Tulis seorang sahabat yang kini telah menjadi celebrity, lelaki di dalam gambar di atas adalah Blogger Pro UMNO iaitu pemilik Blog RBF Online, Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi yang kini sedang berhadapan dengan saman dari Husam Musa kerana fitnah.


Untuk pengetahuan, pemilik Blog RBF Online (Ruang Bicara Faisal) telah disaman oleh Husam Musa kerana menulis dan menyiarkan satu artikel berbentuk fitnah terhadap Husam dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 bertajuk bertajuk "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."

Perbicaraan sedang berlangsung kini.

Semalam Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi telah menafikan bahawa beliau adalah pemilik Blog tersebut .. biasalah pencacai UMNO.. dah berak tengah jalan mana nak mengaku punya..

Sahabat atau Celebriti tersebut telah menjawab artikel dari Blog Pro UMNO yang bertajuk "Husam Dayus".

Blog Pro UMNO menyifatkan Datuk Husam Musa yang juga Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan,

Dalam kes berkenaan, Pendakwa (Husam) menggunakan khidmat 2 orang peguam iaitu Hisham Fauzi dan juga Zainal Abidin, jadi tidak timbul isu "Husam mohon untuk menukar peguam" semasa perbicaraan berlangsung seperti yang dilapor portal pro UMNO/BN tersebut menurut celebrity itu - sepenuhnya sila klik di link diakhir entry.

Dalam perbicaraan tersebut juga, pihak Pendakwa tidak ada dan tidak pernah memohon untuk menukar peguam, jauh sekali membuat permohonan untuk menangguhkan kes.

Berbalik kepada gambar di atas.. besar-besar rupa-rupanya Blogger Belaan UMNO ni.. selain dari RBF ini, Ikon Arak 1Malaysia si Parpukari dan BigDog juga besar saiz badannya… kenapa agaknya?

Baca laporan atau jawapan Celebrity tersebut di ( SINI )

Kenapa aku panggil beliau sebagai Celebrity sila lihat di ( SINI )

Inikah sebabnya Lim Boo Chang keluar PKR?

Posted: 14 Dec 2011 10:43 PM PST

Sebelum itu.. ini dari apa yang aku ketahui..

Sebab utama Lim Boo Chang keluar PKR hanyalah demi meneruskan karriernya di dalam politik sahaja, bukan dibeli atau hilang keyakinan terhadap Parti.

Menurut sumber ini kerana apabila mengetahui bahawa namanya tidak tersenarai sebagai calon yang boleh menang pada PRU-13 nanti bagi kerusi PKR beliau telah mengambil tindakan untuk keluar dari PKR.


Pertemuan dengan beberapa pemimpin Gerakan telah dilakukan disebuah hotel 5 Bintang dalam Bandaraya Georgetown sekitar jam 2.30 pagi dua minggu yang lalu..

Sumber tersebut juga mengatakan yang Lim Boo Chang akan di-tawarkan untuk bertanding pada PRU-13 dengan membawa bendera Parti Gerakan.

Mungkin bagi Lim Boo Chang ni.. lompat parti bukan perkara luar biasa pasal dah dia dah biasa… tak perlu kita nak kutuk dia lebih-lebih, itu hak dia.. lagipun Negara kita kan negara demokrasi..

Cuma aku kurang pasti bagaimana PKR mengenalpasti samada ADUN yang ada sekarang 'Calon boleh menang atau tidak' kerana ada seorang ADUN tu.. dikatakan bakal kalah oleh 4 pihak yang mengadakan survey di kawasannya tapi dengar cerita masih akan bertanding.

4 pihak yang dimaksudkan ialah pihak yang berada diluar penguasaan PKR.. he..he..he..

Baca apa alasan yang disediakan oleh Ketua AMK Pulau Pinang di bawah ini.. inilah kelebihan PKR, boleh bercakap tak perlu ikut hiraki dalam Parti, sepatutnya jawapan dari Pengerusi Perhubungan atau Ketua Penerangan bukannya Ketua AMK!

******************************************


PKR 'gembira' Lim Boon Chang keluar parti

PULAU PINANG, 15 Dis: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang mengalu-alukan perletakan jawatan Ketua Cabang KeAdiLan Bukit Gelugor, Lim Boon Chang (gambar) untuk sertai parti lamanya, Gerakan yang kian karam dalam arus politik tanahair.

Ketuanya, Amir Ghazali ketika dihubungi menegaskan, keputusan itu tepat sekali kerana parti tidak mahu wujudnya individu yang mencari kesempatan untuk bertanding di satu-satu kerusi serta seringkali mengungut parti sekiranya permintaanya tidak diterima.

"Sebelum dipecat lebih baik beliau letak jawatan kerana sikap yang ditunjukan mula melampau. Biar dia karam di laut bersama nakhoda Gerakan yang sudah jelas melakukan penyelewengan demi penyelewengan, "ujarnya gembira.

Baginya, tidak elok parti menyimpan individu yang sering mengambil kesempatan sedemikian kerana keputusan siapa yang akan dicalonkan atau di kerusi mana dicalonkan bukan keputusan peribadi sebaliknya adalah keputusan parti.

Penghijrahan kembali beliau ke Parti Gerakan pastinya mengundang padah kepada Gerakan pimpinan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang kini tidak lagi mempunyai kekuatan semaksima dulu selepas berbagai isu dikaitkan denganya ketika bertindak sebagai Ketua Menteri beberapa penggal.

"Biarlah dia belayar bernakhodakan bekas ketuanya dulu yang terkenal dengan suka menyeleweng dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan, " tegas beliau.

Lim Boon Chang pernah menganggotai Gerakan selama 15 tahun mengambil keputusan menganggotai PKR kira-kira tiga tahun lalu dan tengahari tadi mengambil keputusan meletakan semua jawatan dalam parti dan menyertai semula Gerakan dengan alasan PKR sudah tidak releven apabila kebanyakan suara yang hadir dari peringkat bawahan tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan.

Harakahdaily

Tuduhan Liwat : Ke Putrajaya atau Penjara, diketahui 9 Jan

Posted: 14 Dec 2011 08:09 PM PST



Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpanjangan sehingga 2012 apabila keputusan ditetapkan untuk disampaikan pada 9 Januari.


"Saya akan sampaikan penghakiman pada 9 Januari," kata hakim Mohamad Abidin Mohd Diah hari ini selepas penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan itu ditutup selepas 87 hari pendengaran bulan lalu, selepas bermula hampir dua tahun lalu.

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. - Malaysiakini


Sebelum itu Keadilandaily melaporkan..

Peguam bidas hujah pendakwa raya

KUALA LUMPUR 15 Dis: Kes perbicaraan Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki pusingan terakhir apabila peguam hari ini mengemukakan hujah balas terhadap penggulungan akhir pihak pendakwaan, sebelum keputusan diumumkan.

Antara isu yang dijangka ditumpukan pasukan peguam bela Anwar hari ini ialah kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang dipertikaikan ketua pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu.

Pakar berkenaan ialah Dr Thomas Hoogland yang memeriksa kecederaan tulang belakang Anwar pada 2005, dan mengesahkan ketidakupayaan Anwar melakukan aksi fitnah berkenaan.

Manakala dua lagi ialah pakar DNA Dr Brian McDonald dan pakar forensik, Dr David Wells.

Isnin lalu, peguam Anwar, Karpal Singh ketika menggulung hujah turut mendesak mahkamah memanggil semula bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan pengadu,Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi memastikan keputusan perbicaraan dilakukan dengan adil.

Menurut Karpal, hakim perlu meneliti keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh sebagai rujukan terhadap bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan.

Karpal juga menegaskan adalah mustahil Saiful menuruti semua arahan Anwar ketika kejadian itu berlaku, dan mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.

http://www.keadilandaily.com/?p=24362

Najib minta nyawa dari kaum Cina..

Posted: 14 Dec 2011 05:38 PM PST



Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008, berdasarkan laporan tersebut Najib meminta kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak membantu mereka.


Apabila berada di dalam Perhimpunan Agung UMNO, ucapan Najib hanyalah berkisar tentang Melayu, Melayu dan Melayu sahaja seolah-olah tiada kaum lain didalam Malaysia ini apa yang penting baginya ialah Ketuanan Melayu tetapi apabila berada di dalam kelompok masyarakat Cina pula.. Najib terpaksa merayu.. merayu untuk mengekalkan kuasa.

Agenda 1Malaysia yang dibawanya kelihatan sudah mampus dalam Perhimpunan Agung UMNO itu, kini beliau cuba mahu menghidupkannya semula dalam pertemuan dengan masyarakat Tao.

*******************************************

Najib: BN bantu kaum Cina, kaum Cina 'kena sokong kerajaan'

KLANG, Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat khususnya kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak mereka.

Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Berucap pada jamuan makan malam Perpaduan Agama Tao Selangor di Pandamaran di sini malam tadi, Najib (gambar) yang juga Pengerusi BN berkata peluang perniagaan untuk masyarakat Cina tidak pernah disekat dan ini dapat dilihat daripada penguasaan mereka terhadap sebahagian besar perniagaan dalam negara.

"Mereka berjaya kerana kita amalkan dasar ekonomi yang bebas. Kita jamin keamanan dalam negara dan kestabilan dalam negara.

"Kita berlaku adil kepada semua kaum. Orang Cina boleh maju kerana dasar kita. Tidak ada orang Cina yang boleh kata mereka kaya tanpa pertolongan kerajaan," katanya dipetik Bernama Online.

Kata beliau, selain kaum lain, kerajaan juga memberikan penukaran tanah, lesen bank, lesen beras, lesen gula kepada kaum Cina untuk membantu membangunkan ekonomi mereka.

"Oleh itu, rakyat haruslah sokong apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, berbilang agama supaya memberi penekanan kepada titik persamaan dalam nilai agama masing-masing demi membina Malaysia yang lebih bersatu padu.

Beliau berkata walaupun setiap agama berbeza dalam mengajar perkara yang baik tetapi nilainya tetap bersandar kepada nilai-nilai universal seperti bersopan, menghormati orang tua, amanah dan rajin bekerja.

"Kalau kita boleh menekankan nilai-nilai bersama, maka kita ada titik persamaan antara sesama kita. Kita boleh memupuk warganegara yang baik tak kira sama ada Islam, Hindu, Buddha, Kristian, Tao... yang penting warganegara yang baik yang sayang pada negara, setia pada negara hormat undang-undang dan kaum agama yang lain," katanya.

Najib menambah, pengasas Malaysia yang diketuai Tunku Abdul Rahman mempunyai pandangan jauh untuk mentadbir negara yang kompleks seperti Malaysia.

"Justeru, rakyat dan pemimpin-pemimpin perlu mempunyai sikap bertolak ansur. Kalau kita nak semua yang kita tuntut, pastilah kita akan berbalah atau bergaduh antara satu sama lain," katanya.

Selain itu, katanya rakyat Malaysia juga mempunyai sikap saling menghormati antara satu sama lain terhadap aspek agama dan budaya seperti yang ditampilkan oleh penganjur majlis itu, Persekutuan Pertubuhan Agama Tao Selangor, yang menyediakan makanan halal untuk jemputan Islam.

"Saya datang malam ini bersama MIC, MCA, PPP, Gerakan kerana kita menghormati agama Tao sebab itu kami ada bersama-sama dalam majlis ini," katanya sambil berterima kasih dengan sambutan yang diterima pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 15,000 orang daripada pelbagai kaum dan agama.

Najib juga berkata Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan berteraskan dasar-dasar inklusif terutamanya dalam pembasmian kemiskinan yang tidak mengira kaum dalam menghulurkan bantuan.

"Bila kerajaan beri (bantuan sekolah) RM100, kita beri kepada setiap pelajar tidak kira sama ada Sekolah Kebangsaan, Cina, Tamil dan Sekolah Agama dan dalam sedikit masa lagi kita beri (bantuan rakyat 1 Malaysia) RM500 pula kepada mereka berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 (sebulan)," katanya.

Menurutnya kerajaan telah melakukan banyak perkara untuk menjamin Malaysia maju ke hadapan sebagai negara berpendapatan tinggi termasuk mengurangkan kerenah birokrasi.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: