Anak Sungai Derhaka |
- Hassan Ali digugur?.. Jawapan dari TG Hj. Hadi
- Ghapur Pula Gesa Shahrizat Lepaskan Jawatan
- Sembang Rakyat ditaja ole UMNO?
- KANTOI!! Papagomo disahkan MENIPU lagi oleh Zahid Hamidi!!
- Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - Najib
- ISA bagai keris Taming Sari lindungi Melayu - Ibrahim Ali
- Jangan percaya putar belit media BN pasal Kapal Selam
Hassan Ali digugur?.. Jawapan dari TG Hj. Hadi Posted: 11 Dec 2011 06:59 AM PST Dalam memburukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat sendiri, apa yang mula kelihatan kini ialah gerakkerja antara Lidah Rasmi UMNO @ Utusan dan juga Blogger Pro UMNO mula selari. Rasmi UMNO @ Utusan memainkan isu yang sebenarnya belum terdapat sebarang keputusan dari PAS manakala blogger pro UMNO pula mula menipu, Papagomo dengan kisahnya menaiki kapal selam hakikatnya beliau tidak berada diatas kapal selam itu ( baca SINI) yang ada ialah BigDog. BigDog pula menipu dengan menyiarkan satu artikel kononnya Brig. Jeneral (B) Dato' Abdullah Bin Mohamed bersama 50 bekas pegawai dan anggota ATM lain telah menyerahkan borang menyertai PKR dengan membayar yuran RM200 (Keahlian seumur hidup). Pembohongan BigDog telah dibongkar oleh seorang Pegawai Tentera yang telah bersara dengan melabelkan BigDog sebagai A LIAR OF THE HIGHEST ORDER di ( SINI) Apa yang sama ialah Lidah Rasmi UMNO dan Blogger Pro UMNO menyebarkan fitnah.. Dah terdesak katakan… Jawapan dari TG Haji Hadi tentang cerita rekaan Lidah Rasmi UMNO… saksikan! |
Ghapur Pula Gesa Shahrizat Lepaskan Jawatan Posted: 11 Dec 2011 06:00 AM PST Inilah yang membezakan cara pemikiran antara pemimpin-pemimpin UMNO dan juga pecacai-pencacai UMNO. Bagi pemimpin-pemimpin UMNO mereka sedar dan tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dalam Scandal NFC, oleh itu ramai diantara mereka mula mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatan dari kabinet Najib. Bagi mereka lebih baik dikorbankan seorang dari semua turut terkorban.. tak jadi hal.. mereka tidak mahu kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga dan mereka juga tidak sanggup untuk menanggung biawak hidup. Bermula dengan Bung Mokhtar (SINI), Ketua Umno Bahagian Padang Besar (SINI), Ketua UMNO Bahagian Cheras (SINI), Nong Chik juga bersuara (SINI) dan diingatkan oleh Mahathir sebanyak dua kali (SINI dan SINI).. hari ini Ghapur pula mendesak Shahrizat agar berundur.. Kerana baginya Scandal ini cukup memalukan dan beliau tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno Tetapi berbeza pula dengan pencacai-pencacai UMNO, bagi mereka biarpun pemimpin mereka melakukan kesalahan yang jelas, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan pemimpin mereka itu.. tak ke bodoh punya kerja ni? Mereka menyalahkan PKR kononnya isu ini sengaja diperbesarkan untuk menjahanamkan karrier politik Shahrizat biarpun hakikatnya pendedahan dimulakan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit Negara yang lalu.. Pendadahan itu menjadi lebih parah bila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mendedahkan bahawa kesemua wang untuk dana NFC telah dikeluarkan setahun sebelum dilakukan pada 2010.. (SINI) Ghapur Pula Gesa Shahrizat Lepaskan Jawatan TAWAU, 11 Dis (Bernama) -- Seorang lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13. "Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya. Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di sini. Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab". Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab. "Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara," tambah Ghapur. Mengenai wang bantuan persekolahan, Ghapur meminta ibu bapa supaya melaporkan kepadanya sekiranya terdapat pihak sekolah di kawasannya yang memotong wang bantuan itu untuk pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), yuran buku dan sebagainya. -- BERNAMA |
Sembang Rakyat ditaja ole UMNO? Posted: 10 Dec 2011 09:10 PM PST Sekitar Ogos lalu, Satu videoclip dengan tajuk "Sembang Rakyat – Kedai 1 Malaysia" telah dimuat naik ke dalam Youtube. Dalam klip video tersebut DAP didakwa bersekongkol dengan ahli-ahli peniaga Cina untuk menaikkan harga barang di negara ini demi menimbulkan rasa kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional. Berikutan dengan penipuan dan fitnah ke atas DAP ini yang bukan sahaja langsung tidak berasas tetapi berniat jahat serta berunsur hasutan DAP telah mengecam keras sebaran video tersebut. Laporan polis juga telah dibuat pada 8 Ogos dan telah diikuti dengan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Dengan harapan pihak berkuasa akan mengambil tindakan menyiasat dengan segera serta tindakan susulan yang sewajarnya diambil ke atas penerbit dan penyebar klip video tersebut supaya tidak berlaku kekeliruan dan kesalahfahaman antara kaum di negara ini. Malangnya… hari berganti hari dan bulan berganti bulan.. apa yang diharapkan hanya tinggal harapan.. Kenapa agaknya? Jika diperhatikan kualiti dan barisan pelakon yang terlibat serta cara penerbitan drama ini dibuat terbukti bukan sedikit peruntukan dan peruntukan yang digunakan. Sudah tentulah ia memerlukan kos yang tinggi dan tidak mungkin seseorang yang menyokong UMNO akan menyusahkan diri dia dengan menerbitkan drama2 pendek sebegini melainkan ia taja oleh seseorang yang berkepentingan dan berkuasa dalam umno. Ini kerana setiap drama pendek yang dia terbitkan, ia memuji UMNO/BN dan menfitnah Pakatan Rakyat contohnya seperti video dibawah ini.. Apakah memang benar ianya ditaja oleh UMNO? Saksikan pendedahan oleh Hanief dari Malaysianews ini.. Pendedahan lebih terperinci sila lihat di SINI |
KANTOI!! Papagomo disahkan MENIPU lagi oleh Zahid Hamidi!! Posted: 10 Dec 2011 05:58 PM PST Antara yang ditulis oleh si Papagomo dalam artikelnya bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak" mengenai kapal selam yang dinaiki oleh Guan Eng ialah.. Gomo selama 5 jam didalam KD Tun Razak dan Gomo sendiri bertanyakan kepada Kru kapal mengenai apa yang ada dan apa yang tiada dalam Kapal Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia. Malah segala perjalanan, berapa batu nautika, berapa kali selaman dan berapa meter kedalaman semuanya ada pada simpanan pihak TLDM yang mana RAHSIA kepada negara. Ternyata apa yang dikarang olehnya itu adala satu pemboongan semata-mata kerana Menteri Pertahanan sendiri telah mengesahkan bahawa beliau tidak berada didalam kapal selam tersebut dan apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini hanya Blogger BigDogDotCom yang turut serta menaiki kapal selam itu.. Pada awalnya, blogger Papagomo dilaporkan akan turut dibawa bersama, tetapi dibanta oeh Guan Eng. Ini kerana Guan Eng tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang tela membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya yang berusia 15 tahun kononnya tela mencabuli rakan sekelasnya. ZAHID Nafi PAPAGOMO Turut Serta Dalam Lawatan SCORPENE Blogger kontroversi pro-Umno Papagomo turut berada di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak tempoh hari, bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang Timbalan - Mansor Othman dan P Ramasamy. Dalam posting blognya bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo berkata Ketua menteri mengeluarkan kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, apabila dia menaiki di atas jemputan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Beliau menyatakan rasa berbesar hati kononnyal mendakwa dia adalah blogger pertama yang dibenarkan menaiki kapal selam tersebut. Di dalam blognya juga turut memasukkan gambar-gambar persekitaran kapal selam tersebut. Beliau memberi contoh laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Lim sebagai berkata tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam" Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan? Sudah mengakui keupayaan KD Tun Razak namun cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene. Papagomo, si pendedah fitnah pita seks Anwar Papagomo dikenali sebagai blogger yang mengeluarkan posting yang kebanyakannya menghentam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Dia terkenal kerana mendedahkan gambar-gambar mangsa yang kononnya dikatakan menerima gangguan seksual daripada anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun, tetapi akhirnya terbukti ia tidak benar dan menerima kecaman secara terbuka di atas fitnah itu. Papagomo juga telah menyiarkan klip video seks fitnah terhadap Anwar - penasihat PKR - yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur pada awal tahun ini, tetapi kemudian menukar dakwaan-dakwaan tersebut. Baru-baru ini, seorang lagi penulis blog Amin Iskandar, membuat laporan polis terhadap Papagomo kerana postingnya yang mendakwa Amin telah diliwat oleh Anwar. Papgomo berkata semasa pelayaran selama lima jam di dalam kapal selam semalam, beliau telah bertanyakan kepada anak-anak kapal tentang segala-galanya yang berkaitan dengan kraf, butiran-butiran yang disimpan oleh Tentera Laut dan dianggap sebagai "rahsia kerajaan". "Ada beberapa perkara yang Gomo boleh maklumkan dan ada perkara-perkara yang Gomo tidak boleh nyatakan di atas kepentingan tentera laut di negara ini," katanya. "Apa yang pasti Harga Kapal Selam yang dibeli Kerajaan adalah yang terbaik dengan meliputi Skop Skop kepentingan STRATGIK buat negara yang tidak dapat Gomo nyatakan malah TLDM juga menyimpan segala maklumat SULIT berkaitan Kapal Selam Scorpene ini.," katanya. Papagomo juga turut mempersoalkan bagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang telah merasai layanan istimewa Tentera Laut sedangkan ada pemimpin kerajaan yang tidak menikmati pengalaman menaiki kapal selam tersebut seperti mereka rasai. Beliau turut mengkritik DAP kerana agenda mereka yang "jelas" untuk menjejaskan keselamatan negara, dan bertindak sebagai proksi bagi negara asing terhadap Malaysia. Papagomo turut mendedikasi dua posting khas pengembaraan Lim Guan Eng di dalam kapal selam Scorpene semalam, termasuklah posting semalam yang mendakwa Ketua Menteri itu 'mabuk laut'. Beberapa wartawan di atas kapal tersebut mengesahkan kehadiran blogger tersebut, tetapi Lim memaklumkan beliau tidak perasan kehadiran Papagomo. Walau bagaimanapun, Papagomo bukanlah satu-satunya blogger yang ada tempoh hari. Seorang lagi blogger pro-Umno, Zakir Mohammed, yang juga dikenalisebagai "Big Dog" turut dilihat bersama dengan Lim ketika beliau turun dari helikopter yang sama ketika pulang dari kapal selam tersebut ke lapangan terbang Lankawi sekitar 7:00 malam. Menurut saksi-saksi, Zakir turut berada di atas bot yang menuju ke kapal selam dari kapal frigat yang berlabuh jauh di luar pantai Langkawi, bagaimanapun beliau tidak menaiki Scorpene. Zakir juga menghadiri sidang akhbar di Lapangan Terbang Langkawi di mana Lim dan Zahid memberi taklimat kepada wartawan tentang perjalanan kapal selam. Tetapi semasa persidangan itu, apabila Zahid ditanyakan soalan sama ada terdapat mana-mana penulis blog yang turut bersama lawatan kapal selam tersebut, beliau menafikannya. "Jika kita membenarkan mana-mana blogger untuk pergi, orang lain akan minta juga," beliau berkata. Sumber - Pulakdah |
Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - Najib Posted: 10 Dec 2011 05:17 PM PST Berita yang sudah sememangnya dijangkakan... sambutan Guan Eng terhadap cabaran Zahid Hamidi untuk menyelam bersama Kapal Selam Malaysia akan dimanipulasi sebaik mungkin ole media-media tunggangan UMNO. Baca laporan ini dulu.. Jangan percaya putar belit media BN pasal Kapal Selam Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam. "Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan. Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau "komisyen" kepada Perimekar Sdn Bhd. "Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru," katanya. Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru. Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan - sepenuhnya sila baca di ( SINI ) ******************************************* Pembangkang akhirnya akur dengan kemampuan kapal selam TLDM - PM KUALA LUMPUR 10 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang akhirnya terpaksa akur dengan kemampuan kapal selam negara menyelam di dasar laut selepas diberi peluang menaiki KD Tun Razak di Pulau Langkawi, semalam. Perdana Menteri berkata, mereka juga telah menyaksikan kehebatan dan kemampuan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dalam mempertahankan negara. "(Dahulu) mereka kata kapal selam ini tidak boleh menyelam, tetapi mereka akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan bahawa kapal selam ini boleh menyelam. "Malah (mereka juga) menyaksikan betapa hebatnya kemampuan kapal selam ini," katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. Hadir sama Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua Timbalannya, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Datuk Dr. Mansor Othman berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak atas jemputan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011. Selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam itu, Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut amat diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air. Guan Eng pada sidang akhbarnya berkata, kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataannya itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini. Persetujuan mengenai perolehan dua kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak ditandatangani antara Malaysia dan Perancis pada f2002 dengan harga RM2.5 bilion termasuk pakej pemindahan teknologi. Penganalisis pertahanan sebelum ini menyifatkan proses dan harga itu sebagai adil serta berbaloi. Dalam pada itu Najib berkata, semua pihak harus berani menghadapi sebarang kritikan iaitu dengan meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap setiap program dilaksanakan seperti mana program Permata. "Anggaplah kritikan itu sebagai perangsang kepada kita untuk melakukan yang terbaik. Jangan patah semangat. Kuatkan iltizam dan kita buktikan apa yang kita laksanakan ini dibuat secara bersungguh-sungguh terutama program-program berkaitan kesejahteraan rakyat. "Mereka yang mengkritik itu hanya mahu menjadikan program-program yang kita laksanakan sebagai modal politik sahaja," katanya. Selain projek kapal selam katanya, langkah kerajaan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga tidak kurang hebatnya menerima kritikan daripada pakatan pembangkang sedangkan kewujudannya adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah. "Pelbagai tuduhan mereka lemparkan termasuk mengatakan barangan yang dijual di KR1M mutunya rendah," katanya. Lidah Rasmi UMNO |
ISA bagai keris Taming Sari lindungi Melayu - Ibrahim Ali Posted: 10 Dec 2011 11:48 AM PST Datuk Ibrahim Ali menyamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan keris tersohor Taming Sari sambil menegaskan, undang-undang itu penting sebagai "senjata" bagi melindungi hak asasi orang Melayu dari dicabar. "Keris Taming Sari senjata bagi orang Melayu, ia sudah tidak ada sekarang. "Di mana Taming Sari kita jika kita mahu melindungi kepentingan orang Melayu pada masa depan?" kata Presiden Perkasa pada Seminar Najib Razak yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini. Ibrahim (gambar) menekankan bahawa semangat ISA, yang membolehkan penahanan seseorang tanpa dibicarakan, mesti diteruskan dalam undang-undang baru yang akan digubal tahun depan agar pihak polis ada kuasa untuk menangani isu-isu yang mengancam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Sehubungan itu kata beliau, cabaran-cabaran ke atas hegemoni orang Melayu termasuk isu kalimah Allah, perhimpunan Bersih 2.0 dan insiden meletakkan kepala khinzir di surau boleh mencabar sensitiviti agama. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan memansuhkan ISA dan dua akta baru akan diperkenalkan. The Malaysian Insider |
Jangan percaya putar belit media BN pasal Kapal Selam Posted: 10 Dec 2011 10:17 AM PST Menyelam dalam Kapal Selam KD Tun Razak 21 buan selepas cabaran dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahan dan juga sama ada ia berbaloi berdasarkan harga pembeliannya RM3.68 bilion untuk dua kapal selam. "Bagaimanapun, dua fakta penantian 21 bulan dan keperluan pembelian dengan harga yang tinggi tidak diketengahkan oleh media utama dari Utusan Malaysia hingga ke Bernama, sebaliknya, pihak tersebut tidak malu memfokuskan kenyataan saya yang ingin mengesahkan pembelian dua kapal selam yang mahal," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan. Katanya, rakyat Malaysia tidak seharusnya percaya laporan media BN yang mana diputarbelit dan dirosakkan untuk membetulkan fakta penipuan bagi membantu BN berhadapan dengan pilihan raya akan datang. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga ingin mengulangi soalan sebelum ini berhubung pemberian kontrak perkhidmatan atau "komisyen" kepada Perimekar Sdn Bhd. "Zahid telah mencabar saya di Parlimen pada 17 Mac 2010 untuk menyelam di dalam kapal selam tersebut bagi membuktikan bahawa ia (kapal selam) dapat menyelam apabila beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap desakan saya bahawa Kerajaan telah memulangkan kapal selam tersebut kepada pengeluar untuk digantikan dengan yang baru," katanya. Hakikatnya, kata beliau apabila seseorang membeli kereta baru dan mendapati ia terdapat kecacatan, anda akan bawa kereta tersebut ke pusat pembelian dan pohon yang baru. Bagaimanapun, jelasnya Zahid enggan menerima cadangannya dan mencabar untuk menyelam bersama kapal selam berkenaan. Katanya, beliau dengan segera menerima jemputan tersebut tetapi tanpa disedari ia perlu mengambil masa 21 bulan untuk Zahid memenuhi cabarannya. Menurutnya, sama ada kelewatan 21 bulan tersebut adalah disebabkan oleh kecacatan teknikal yang tidak dimaklumkan. Tambahnya, tiada pertikaian profesionalisme, kepakaran dan pengorbanan pasukan tentera laut kita di sini, termasuk pasukan kapal selam Malaysia. "Semua ketidakgembiraan kami adalah mengenai harga, PR dan rakyat Malaysia inginkan yang terbaik untuk pasukan tentera laut kita dan tidak pernah mempersoalkan perkhidmatan cemerlang pasukan terbabit kepada negara," katanya. Beliau berkata, Zahid tidak menyelam bersamanya sebagaimana dijanjikan ekoran beliau menyatakan bahawa terdapat tugas rasmi lain bersama Sultan Johor. Guan Eng dimaklumkan bahawa tiada blogger lain yang dibawa bersama. Pada awalnya, kata beliau blogger Papagomo sepatutnya dibawa bersama, tetapi beliau membantah. Ini, katanya kerana beliau tidak ingin berada di dalam kapal selam sama bersama seorang penipu yang membuli anak-anak muda, yang mana membuat kenyataan palsu seksual terhadap anak lelakinya berusia 15 tahun mencabuli rakan sekelasnya. "Saya tidak pernah berjumpa papagomo dan Zahid telah berjanji bahawa Papagomo akan dikeluarkan. Semasa menyelam, saya ternampak dua krew TV3 dan seorang wartawan Bernama," ujarnya. Tambahnya lagi, Zahid sepatutnya menjelaskan bahawa tidak menipunya dan juga pihak media. Bagaimanapun, katanya ekoran penglibatan wang awam sebanyak RM4.23 bilion di dalam pembelian dan penyelenggaraan 2 kapal selam tersebut, persoalan terus kekal berhubung kos pembelian tinggi dan pemberian kontrak perkhidmatan kepada syarikat yang tidak mempunyai rekod ataupun pengalaman di dalam membaiki dan menyelenggara kapal selam. Katanya, kerajaan BN perlu sedar bahawa ia bukan hanya membabitkan wang awam yang banyak berjumlah RM4.23 bilion, sebaliknya, keselamatan kelasi adalah amat penting bagi memastikan standard tertinggi atau keselamatan dan kawalan adalah diselenggara oleh pakar syarikat perpengalaman dengan trek rekod terbukti. Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan