Khamis, 8 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Surat terbuka kepada Melayu

Posted: 08 Dec 2011 08:30 AM PST

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.




Oleh : TG Hj Abdul Hadi Awang

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian UMNO sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilihanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada di tengah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa Arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung Arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom.

Persoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W?

Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu di atas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri bersamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } <الأعراف: 158 158.

Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat!, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam, macam slogan UMNO: "Hidup Melayu!".

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah).

Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab.

Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan. Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, di antaranya Allah memberi amaran

: وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا
أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد 38.

Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad) Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan. Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:

(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat di bawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu di rantau ini.

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri melainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak di hadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

UMNO adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara UMNO. Islam cara UMNO tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah di tanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada di tanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat.

Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir di kawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama di antara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar.

Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh di belakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh UMNO yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

Malangnya UMNO menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama UMNO sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. UMNO meletakkan Islam di samping atau di belakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis.

Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi di bumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik.

Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad.

Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pemimpin utama UMNO sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti UMNO. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama UMNO.

Ketinggalan orang Melayu dalam politik Singapura di tahun lima puluhan dan enam puluhan adalah di bawah pimpinan UMNO. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah di bawah UMNO juga. UMNO menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah di kawasan mereka.

Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada UMNO. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah.

Ini adalah contoh nyata UMNO menindas negeri Melayu. UMNO juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka.

Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh UMNO untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.

Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

PAS berulangkali mengajak UMNO bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh UMNO.

Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan di antara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu.

PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.

Sidang Media Pelancaran Kempen ABU Serentak di Seluruh Negara!!

Posted: 08 Dec 2011 06:41 AM PST



Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)

Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN
Dijemput menghadiri sidang media pelancaran gerakan Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)
Sidang Media diadakan serentak di seluruh negara ;




Tarikh: 9 Disember 2011

Lokasi, masa dan contact person:

1. Kuala Lumpur / Selangor - 3.30pm
KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur
Jafree(PRM) 019-3596769, Nazrin(PSM) 017-2599050, Edyes(SAMM) 010-2675872

2. Johor - 2.30pm
Kelab Persatuan Wartwan, 11,
Jalan Cermat 1, Taman Maju Jaya
Johor Bahru
Anuar (SAMM) 017-6849693, Salleh Ahmad (PRM) 013-7313825

3. Melaka - 3.30pm
Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka
Zuraidi (SAMM) 012-2478016

4. Negeri Sembilan - 3.30pm
Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1,
Restoran Bidara Corner, Seremban
Saufi (SAMM) 013-6777507, Sani (SAMM) 0129781707

5. Perak - 3.30pm
Pejabat Biro Masyarakat Keadilan,Ipoh
MatSamanKati(SAMM) 012-4381418, Mat Noh(MCLM) 019-5671477

6. Pulau Pinang - 11.00am
George Town Coffee House,
KOMTAR Walk, P.Pinang
Aidil(SAMM) 017-4760274, ZainulFaqar (SAMM) 019-4241583

7. Kedah - 3.30pm
345A Air Mendideh, Sg Petani.
(Berhampiran Hospital LamaS.Petani)
Tok Gondang (PRM) 0132946741, Viveg (MCLM) 0125426133

8. Perlis - 3.30pm
Kelab Media Perlis, Jalan Sekolah Derma,
Kangar, Perlis
Asrul (SAMM) 019-4342244

9. Pahang - 3.30pm
Pusat Khidmat PKR ADUN Semambu. A73,
1st Floor, Jalan Hj Ahmad, Kuantan Pahang
Clement (SMSL)0129883210, Suresh (PSM) 0195696964

10. Terengganu - 5.00pm
Muara Tomyam, Jalan Sultan Sulaiman,
K.Terengganu (Sebelah Wisma Tenang)
Rafzi Ramli (SAMM) 0199809974

11. Kelantan - 3.30pm
Hotel Raudhah, Jalan Maju, Kota Bharu
Fauzi (SAMM) 0175959755, Zaidi(PSM) 0123840415


Esok sejarah bakal mencatatkan penyatuan penggerak-penggerak rakyat bergabung melawan regim warisan penjajah Umno/BN.

Kumpulan yang terdiri dari organisasi massa termasuk individu-individu aktivis masyarakat bergabung buat pertama kalinya berikrar menggerakkan kempen kesedaran rakyat.

Semua media dijemput membuat liputan sidang media serentak seluruh seperti yang dinyatakan di atas.


'TAHI' untuk Guan Eng sempena harijadinya..

Posted: 08 Dec 2011 01:46 AM PST



Demi perasaan dendam yang tak kunjung padam, hari ini seorang lelaki yang amat sinonim dengan tujuk perasaan di Pulau Pinang iaitu Mohamed Ghani Abd Jiman telah mengetuai satu delegasi yang dilaporkan dari UMNO Pulau Pinang telah menghantar hadiah hari jadi buat Guan Eng.


Hadiah tersebut berupa kek yang menyerupai 'Tahi Manusia' dihantar hanya untuk menghina Guan Eng..

Bukan saja Guan Eng yang dihina dengan penghantaran itu malah Kakitangan Kerajaan Negeri yang dipaksa menerimanya bagi pihak Guan Eng juga terhina dengan pemberian itu.

Tidak cukup dengna penghinaan buat Kakitangan Kerajaan Negeri, Pegawai Keselamatan yang menasihatkan Abdul Ghani untuk menghentikan provokasi juga menerima penghinaan.

Dibawah ini laporan dari Nota Merah

LembUMNO hadiah 'tahi manusia' hina kakitangan kerajaan P.Pinang

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Jurucakapnya Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, replika kek seakan 'tahi manusia' tersebut layak dihadiahkan kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang, pada hari ini.

"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya di G

Beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai 'pondan' kerana tidak bersemuka dengannya walaupun diberitahu bahawa Guan Eng masih dalam lawatan rasmi di Taiwan.

Tidak cukup dengan itu katanya, 'tahi manusia' berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya menentang Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Empat ('tahi manusia') ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis," sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam reaksi spontan menganggap tindakan pembangkang itu menghina kakitangan kerajaan serta kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

"Jika berdendam dengan Ketua Menteri sekalipun, tidak perlulah sampai menghina kakitangan kerajaan sama ada Melayu atau bukan Melayu dengan memberi hadiah ('tahi manusia') sebegitu.

"Menerima hadiah bersifat peribadi pun bukan menjadi amalan Ketua Menteri Pulau Pinang, hadiah sebegitu ('tahi manusia') dia (Guan Eng) tak terima," ujar beliau.


Nota Merah

Guan Eng sambut cabaran Zahid Hamidi untuk menyelam bersama KD Tun Razak..

Posted: 08 Dec 2011 12:05 AM PST



Dalam satu kenyataan Media, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata beliau terima cabaran Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Haidi untuk menyelam dalam Kapal Selam Kelas Scorpene KD Tun Razak biarpun cabaran tersebut telah dibuat 21 bulan yang lalu.


Dalam sidang Parlimen 17 Mac 2010 Zahid telah mencabar Guan Eng untuk menyelam bersama Kapal Selam tersebut dan Guan Eng dengan serta merta menyambut cabaran tersebut malangnya ianya hanya direalisasikan 21 bulan setelah cabaran dibuat..

21 Bulan baru menjadi reality…

Aku yakin ramai tak tidak membaca laporan dari The Malay Mail ini (baca di SINI)

Dimana Zahid sendiri telah mengelak dari turut serta dalam cubaan menyelam setelah kapal selam Malaysia yang pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman ataupun dikenali juga sebagai KD Altantuya I telah dibaiki dan boleh beroperasi sepenuhnya pada sekitar Februari 2010 lalu.

Beliau ketika ditanya wartawan adakah dia turut serta dalam percubaan kapal selam itu untuk menyelam, Zahid berkata di telah dinasihati agar tidak bersama cubaan itu tetapi beliau yakin dengan pegawai – pegawai TLDM..


*******************************************

Jemputan Datuk Seri Zahid Hamidi Untuk Menyelam Dalam Kapal Selam KD Tun Razak.


Jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Haidi kepada saya untuk menyelam dalam kapal selam kelas Scorpene KD Tun Razak 21 bulan selepas saya menerima cabarannya tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada TLDM dan juga tidak menjawab soalan-soalan tentang kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau "komisyen" sebanyak RM534 juta.

Untuk membuktikan bahawa kapal selam yang dibeli itu berupaya menyelam, Zahid telah mencabar saya dalam sidang Parlimen 17 Mac 2010 untuk menyelam dalam kapal tersebut. Walaupun Zahid meyakinkan saya bahawa kecacatan mekanikal dalam kapal selam pertama negara kita telah pun dibetulkan, saya tetap berkeras meminta agar Kerajaan menukarkan kapal selam itu dengan sebuah lagi yang baru. Walau bagaimanapun, Zahid menolak cadangan saya dan mencabar saya untuk menyelam dalam kapal selam tersebut.

Saya telah menerima cabaran itu dengan serta merta tetapi tidak menyangka bahawa saya terpaksa menunggu 21 bulan untuk merealisasikannya. Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama? Ini menimbulkan semula soalan-soalan mengenai kos pembelian kapal selam yang begitu mahal serta keraguan tentang kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang tidak ada sebarang rekod atau pengalaman dalam penyenggaraan kapal selam.

Kerajaan BN mesti sedar bahawa isu ini melibatkan bukan sahaja wang awam sebanyak RM4.214 bilion, tetapi juga keselamatan para pelayar TLDM. Kerajaan hendaklah memastikan bahawa semua sudut keselamatan dan penyenggaraan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti.

Saya akan hadir ke LIMA di Langkawi untuk memenuhi cabaran yang dibuat oleh Zahid 21 bulan lalu. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing.


LIM GUAN ENG


Press Statement By
Penang Chief Minister
Lim Guan Eng In Penang
In Komtar, George Town
On 8.12.2011

Jawapan CheguBard buat Papa Gomo

Posted: 07 Dec 2011 08:21 PM PST



Sebelum itu.. Ayat dari artikel Papa Gomo dibawah ini membuatkan aku terpanggil untuk mengulas..


Tulis Papa Gomo "Bukan main hebat lah juak pakatan menyerang Papa Gomo yang mana mereka sebenarnya nak menjatuhkan moral Gomo dalam dunia media baru ini. Hebat modus operandi mereka dan boleh Gomo katakana modus operandi mereka sebenarnya berjaya jika orang lain yang menjadi mangsa."

Menjatuhkan Moral? Aku kurang pasti apakah yang dikatakan sebagai menjatuhkan moral oleh si Papa Gomo ini.. sedangkan setahu aku manusia yang bermoral apatah lagi sebagai seorang Islam tidak akan menyebarkan fitnah apatah lagi menayangkan video lucah untuk dijadikan tontonan ramai..

Manusia yang bermoral juga tidak akan melanggar etika perkhidmatan hingga membolehkan mereka dibuang dari Pasukan Beruniform kerana mabuk akibat minum arak ketika menjalankan tugas..

Pendedahan Tun Faisal EXCO Pemuda UMNO yang juga merupakan Pengerusi Unit Media Baru UMNO mengenai siapa Papa Gomo sila baca di SINI




******************************************



Umno terus tenggelam dengan politik lucah ; Pihak berkuasa pula terus diperalat melindungi

Kenyataan Terbuka
8 Disember 2011

1. Sejak semalam che'GuBard dihubungi beberapa pihak memohon penjelasan mengenai artikel di Malaysiakini (klik sini untuk baca lanjut) Portal berita itu melaporkan kononya che'GuBard cuba membayar seorang blogger upahan Umno dari menyiarkan video mengenai che'GuBard.

2. Nampaknya ini strategi murahan Umno melalui blogger-blogger upahan mereka. Fitnah dan penipuan menjadi strategi utama mereka. Serangan peribadi politik lucah menjadi kebiasaan mereka. Apa perlunya che'GuBard melayan sabuah blog yang penuh dengan tulisan penuh maki hamun dan lucah tersebut. Jika benar sila sebut siapa yang kononya dihantar oleh che'GuBard untuk kononya membeli blogger tersebut ?

3. Kebanyakan blogger Umno ini melindungi identiti, kerana itu mereka berani menulis perbagai bahan fitnah. Blogger upahan Umno ini panik selepas satu laporan polis dibuat beberapa hari lalu oleh Amin Iskandar kerana fitnah yang jelas dalam penulisan blogger upahan Umno tersebut yang jelas menuduh Amin Iskandar diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dalam laporan polis tersebut Amin telah mendedahkan identiti blogger upahan Umno tersebut.

4. Namun yakin mereka dilindungi Polis dan pimpinan utama negara maka mereka tidak segan-segan terus membuat fitnah.

5. Menyentuh mengenai ugutan kononya akan mendedahkan video rakaman ketika che'GuBard menonton video lucah bersama Rahim Thamby Chik dan sekutunya. che'GuBard mempersilakan tayangan tersebut. Tidak ada apa yang perlu diselindungkan. Semuanya telah che'GuBard perjelaskan dalam kenyataan media mengenai video tersebut. (klik sini untuk membaca lanjut).

6. Sejak 24 Mac 2011 (dalam kenyataan media termasuk dalam ceramah - ceramah kemudianya lagi) dipertegaskan,betapa che'GuBard telah berusaha berpura-pura percaya terhadap video tersebut untuk mendapatkan satu set salinan asal rakaman penuh video tersebut kerana berkeyakinan jika salinan asal rakaman penuh itu diperolehi terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam video tersebut dapat dibongkarkan. Eskay yang pada peringkat awal bersetuju untuk menyerahkan video tersebut jika che'GuBard berjaya menyakinkan Dr. Wan Azizah untuk menonton video tersebut. Namun setelah che'GuBard nyatakan esoknya konon Dr. Wan Azizah setuju (walaupun saya tidak bertanyakan pun mengenainya pun kepada Dr. Wan Azizah) tiba - tiba Eskay panik dan tetap tidak memberikan salinan tersebut. Ternyata dia takut untuk set salinan rakaman penuh tidak terkeluar pada ketika itu kerana banyak benda mahu diselindungkan dan ingin bermain dengan politik persepsi.

7. Tidak apa yang perlu diselindungkan, malah sebelum pergi menonton che'Gubard telah memaklumkan kepada Anwar Ibrahim mengenainya dan sebaik sahaja selesai menonton telah pergi terus ke rumah Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai apa berlaku di depan Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah sendiri termasuklah usaha menyakinkan Eskay untuk cuba mendapatkan salinan rakaman tersebut.

8. Persoalan kenapa che'Gubard dipanggil ketika itu mungkin kerana ada pertembungan beberapa isu yang dibangkitkan dengan parti pada ketika itu dan mereka mengharapkan che'GuBard dapat diyakinkan untuk bersama menyerang Anwar secara peribadi. Namun ditegaskan jika ini harapanya pasti mereka kecewa kerana apa yang dibangkitkan pada ketika itu ialah isu prinsip ke arah lebih memperkasakan parti dan bukan kerana ketidakpuasan hati secara peribadi.

9. Video yang kononya akan disiarkan itu hanyalah video yang merakamkan bagaimana che'GuBard cuba menyakinkan Eskay dan Rahim untuk menyerahkan salinan video fitnah lucah tersebut dan che'GuBard juga berharap rakaman penuh dikeluarkan dimana ada komen Rahim mengenai kes sensasi melibatkan Najib dan penipuan beliau kononnya beliau tidak pernah menonton dan tidak tahu menahu mengenai video itu.

10. Akhirnya semuanya saya telah rakam dan perjelaskan sepenuhnya dalam buku FITNAH terbitan SAMM. Buku ini selain dari 'buku rujukan' lengkap menjelaskan semua fitnah sejak 1998 (fitnah 50 Dalil-fitnah liwat 1-fitnah liwat 2 hinggalah fitnah video seks). Buku ini berjaya memberikan penjelasan mudah dan ringkas menjawab siri fitnah Bn ini. Buku ini telah masuk cetakan kedua dan boleh diperolehi secara pos (klik sini) atau di lokasi program melibatkan SAMM atau che'GuBard (klik sini)

11. Penting juga perlu diperhatikan, selepas dari Eskay gagal melaksanakan misi mempergunakan orang - orang dalam bagi menyerang Anwar Ibrahim. Maka dia telah ke Bukit Aman menyerahkan salinan rakaman penuh video tersebut. Eskay tegaskan di depan media bahawa video tersebut hanya diserahkan kepada polis sahaja.

12. Selepas pihak polis mendapat video tersebutlah maka video tersebut juga tersebar juga di internet. Adakah polis terlibat ? Ini ada kemungkinan kerana selepas itu banyak blogger pro Umno turut bebas menyiarkan video lucah tanpa tindakan serius polis atau mana - mana agensi terbabit. Mereka seolah dilindungi sepenuhnya. Ini tidak pelik jika merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengakui bahawa sememangnya polis dan tentera terlibat dalam kerja politik Umno. (klik sini untuk baca lanjut).

13. che'GuBard telah tegaskan selepas kenyataan media 7 April 2011 mengenai perlunya anjakan paradigma politik tempatan dengan menghentikan politik lucah yang tidak mendidik (klik sini) namun nampaknya Umno tidak boleh lari dari hakikat ini. (klik sini). Ketika rakyat bergelut dengan perbagai masalah kehidupan seharian Umno terus membayar blogger seperti ini untuk bermain cerita fitnah dan lucah.

14. Umno nampaknya, menilai rendah pemikiran rakyat Malaysia dengan terus bermain politik lucah dengan caci maki dengan menaja blogger-blogger tertentu. Ada blogger dilaporkan dibayar sehingga RM80,000 sebulan (klik sini). Mereka sanggup membayar blogger untuk mencaci maki dan menyebar fitnah termasuk lucah dari menggunakan dana tersebut dari membantu rakyat susah di kawasan masing - masing.


Sekian

che'GuBard

http://chegubard.blogspot.com/2011/12/umno-terus-tenggelam-dengan-politik.html

Majlis Fatwa : PRU-13 boleh guna dakwat kekal

Posted: 07 Dec 2011 07:09 PM PST

Apa pula alasan yang akan diberikan oleh SPR selepas ini..



KUALA LUMPUR, 8 Dis — Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat dakwat kekal yang pernah diuji dan diluluskan bagi pilihan raya umum 2008 boleh digunakan ketika pilihan raya umum ke-13 jika kandungan bahannya masih sama.


Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam melakukan ibadat.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Wan Ahmad berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.

"Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (pilihan raya umum ke-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji sebelum ini (pilihan raya umum ke-12), maka ia perlu dianalisis terlebih dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang," katan Abdul Shukor dipetik Berita Harian hari ini.

Keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen minggu lalu.

Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan.

Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam.

Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.

Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda.

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian.

The Malaysian Insider

Hanya satu masjid?.. bunyi pulok...

Posted: 07 Dec 2011 05:35 PM PST



Berbunyi pulak cerita ni.. Setelah isu air gagal memburukkan Kerajaan PAS Kelantan, Utusan memainkan semula Isu jumlah Masjid yang dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan..


Dulu.. Najib telah dibidas oleh TG Nik Aziz dengan menyifatkan beliau sebagai jahil kerana menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina dan TG Nik Aziz bersimpati dengan kejahilan Najib itu..

Najib disifatkan sebagai jahil, begitulah juga apa yang boleh disifatkan atau dilabelkan terhadap editor Utusan yang membenarkan penyiaran artikel sebegini dengan tajuk yang jelas mahu merendahkan kewibawaan Kerajaan Negeri PAS Kelantan.

Jika PAS dilaporkan hanya membina satu Masjid dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat berapa puluh buah masjidkah yang telah berjaya dibina oleh kerajaan negei-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO?

Jika Kerajaan UMNO/BN mendakwa merekalah yang telah membina seluruh Masjid yang ada di dalam Malaysia ini.. fikirkan dari manakah datangnya sumber untuk membina Masjid-masjid tersebut? Tidakkah ianya datang dari cukai yang dikutip dari rakyat?

Kalau dibina beratus ribu buah Masjid dan Masjid tersebut hanya menjadi simbol negara Islam tapi bila tiba waktu solat, ianya kosong tak ada faedah juga tu..

Tapi.. tak pernah pulak aku dengar ada Masjid UMNO.

*******************************************

Hanya satu masjid

RANTAU PANJANG 7 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat.

"Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat," katanya hari ini.

Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, Pas tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.

Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.

Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. – BERNAMA

*******************************************

Masjid: Apa Najib kata jika hidup sezaman Rasulullah?
1 March 2011

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat simpati dengan kejahilan pemikiran perdana menteri yang hanya menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina.

Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman facebook merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun' yang memetik kenyataan Datuk Seri Najib sewaktu berucap di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau semalam.


Najib didakwa mempersoal adakah PAS memperjuangkan agama kerana hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan.

Dalam responsnya itu, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS membayangkan adakah Najib akan mengeluarkan kenyataan sama jika hidup di zaman Rasulullah s.a.w. di Madinah dahulu.

Ini kerana, pada zaman tersebut, baginda hanya membina sebuah masjid sepanjang 10 tahun memerintah Madinah.

"Saya membaca kenyataan Perdana Menteri Malaysia di dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

"Terdetik di hati saya, jika beliau (Najib) berada di zaman Rasulullah s.a.w., adakah kenyataan ini juga akan dikeluarkan bila melihat Rasulullah s.a.w. hanya membina sebuah sahaja masjid sepanjang 10 tahun mentabdir Madinah?"soalnya.

Tambahnya, penilaian sebegitu juga telah mencerminkan pemikiran Najib yang diracuni fahaman sekular mirip pemikiran bekas Perdana Menteri Turki, Mustafa Kamal Antartuk.

"Wallahu'alam. Pemikiran ala Kamal Atarturk sukar dijangka…," tambahnya.

Dalam laporan akhbar pro Umno itu juga, Najib berkata rakyat tidak seharusnya melihat hanya PAS memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Tambahnya lagi, umat Islam juga tidak boleh mengukur keislaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah.

Tiada ulasan: