Ahad, 4 Disember 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Parti Komunis turut dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Posted: 04 Dec 2011 07:02 AM PST


Apabila Mat Sabu mengatakan bahawa Mat Indera yang menyerang Bukit Kepong sebagai Hero sebenar, Utusan telah melaporkan Mat Sabu sebagai menghina pejuang negara kerana menganggap komunis sebagai hero sebenar tragedi tersebut.


Berbekalkan fitnah yang disebar oleh Utusan itu berlumba-lumbalah blogger Pro UMNO memainkan isu ini, kononnya Mat Sabu dan PAS menyokong Komunis.

Mulalah mereka menghasut pesara-pesara Tentera dan Polis supaya mengutuk dan membuat laporan Polis terhadap Mat Sabu itu.

Bagi mereka Parti Komunis itu adalah sebuah Pertubuhan yang amat jahat dan tidak boleh dimaafkan..

Tetapi kemanakah pencacai-pencacai UMNO bilamana dalam Perhimpunan Agong UMNO 2011 yang telah berlangsung baru-baru ini, UMNO sendiri telah menjemput dua Parti Komunis menghadiri Perhimpunan mereka itu.

Dua Parti Komunis itu ialah Parti Komunis Cuba dan Parti Komunis China..

Photobucket

Utusan Malaysia

HIPOKRIT atau MUNAFIK puak-puak UMNO ni?

Chua Soi Lek menghina Islam.. lagi....

Posted: 04 Dec 2011 03:01 AM PST



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan 'kemusnahan diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.


Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Dr Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

"Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.

"Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA di sini.

Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.

"Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya," kata beliau lagi.

Pemimpin MCA itu menambah, sementara pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak sempurna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya ada visi yang jelas bagaimana untuk memperbaiki negara.

Ini bercanggah dengan agenda hudud pembangkang, yang boleh membawa Malaysia ke arah "binasa diri", tegas Dr Chua.

The Malaysian Insider

13 Produk Makanan Di Kedai Rakyat 1Malaysia Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985

Posted: 03 Dec 2011 09:57 PM PST



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.

Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.

Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.

Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.

"Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985," ujarnya.

Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.


mStar Online

Perhimpunan Agung UMNO gagal jamin BN undi padu PRU-13

Posted: 03 Dec 2011 09:02 PM PST



SHAH ALAM, 4 Dis - Penganalisis politik Prof Dr Abu Hassan Hasbullah tidak yakin Umno akan memperoleh balik sokongan yang bulat meskipun Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siap siaga menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Dalam ucapan penggulungannya, Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri berkata para perwakilan partinya telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan oleh beliau pada permulaan perhimpunan itu.

"Saya rasa tidak. Sebab Perhimpunan Agung Umno kali ini gagal memberi, tidak meninggalkan satu harapan yang besar dan berkesan (kepada ahli-ahli Umno dan rakyat)... ia gagal membincangkan isu-isu yang besar menyentuh kepentingan rakyat kecuali perkara-perkara tertentu yang menjadi bahan jenaka dan menghentam pihak-pihak, individu tertentu.

"Mana ada perbincangan mengenai isu-isu alam sekitar, pembangunan, prasarana yang menyentuh soal dasar, polisi kerajaan.... tidak ada, jadi saya melihat ia tidak memberi harapan yang diharapkan," kata beliau ketika ditemui selepas Forum "Bersekutu Mendesak Perubahan" anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di sini malam tadi.

Oleh kerana ia tidak berjaya membawa kepada keyakinan dan harapan, Abu Hassan yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menjelaskan, kemungkinan sukar bagi parti berkenaan mendapatkan balik sokongan penuh yang diharapkan oleh Najib sendiri.

Antara lain dalam ucapan penggulungannya Najib berkata bahawa perhimpunan yang berakhir semalam telah mencapai empat objektif iaitu pertamanya, beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan Umno satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa Umno adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.

Objektif kedua, Najib mahukan perhimpunan itu membuktikan Umno sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

"Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional," katanya.

Dalam objektif keempatnya, Najib telah mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa Umno akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Najib juga berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai'ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Dalam ucapan pada forum malam tadi, Abu Hassan juga menggesa pentadbiran Najib agar tidak meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibantah banyak pihak.

"Saya sebagai ahli akademik tidak setuju dengan rang undang-undang ini," kata Abu Hassan dengan lantang sambil menambah, beliau beliau sahaja tidak bersetuju malah ramai lagi.

Katanya, ramai tidak bersetuju kerana kerajaan gagal membawa bersama rakyat yang merupakan pihak utama berkepentingan untuk memberi pandangan.

"Saya berharap kerajaan kembali kepada rakyat semua lapisan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ahli politik cuma satu lapisan dalam membuat keputusan. Dapatkan pandangan ahli akademik, doktor jurutera dan sebagainya.

"Masih ada masa, jangan teruskan pembentangan di Dewan Negara, balik kepada rakyat," katanya sambil mempersoalkan objektif yang tersirat di sebalik penggubalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa.

"Saya mengesyaki sesuatu, ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa perlu digubal dengan tergesa-gesa, tiada keperluan yang terdesak untuk bawa undang-undang ini sekarang, penggubalan ini boleh dibawa tahun depan," katanya lagi.


The Malaysian Insider

World’s 500 Most Influential Muslims 2011.. dimana Najib?

Posted: 03 Dec 2011 08:56 AM PST



Cuba korang lihat dimanakah kedudukan Najib didalam senarai 'World's 500 Most Influential Muslims 2011 yang diusahakan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre, Amman ini setelah puluhan juta RM duit rakyat dihabiskan oleh beliau semata-mata untuk membina imejnya..


Adakah beliau berjaya mengatasi populariti Anwar Ibrahim dan juga TG Nik Aziz di dalam carta di dunia mahupun di Malaysia? Atau masih dibelakang mereka berdua lagi.

Di bahagian 'Honorable Mentions' ada nama Anwar Ibrahim sahaja..

Photobucket

Photobucket


Political
These leaders possess high positions of power over substantial groups of people
and exert influence from their status, reputation, or political clout.

Photobucket

Berapa puluh juta RM lagikah yang akan dileburkan oleh Najib bagi membolehkan namanya disenaraikan mengatasi nama Anwar Ibrahim dimata dunia?


Senarai seluruhnya sila Download di SINI

Tiada ulasan: