Anak Sungai Derhaka |
- Rosmah kata jangan mudah percaya berita di internet ..
- Shahrizat liabiliti buat UMNO/BN, sila letak jawatan - Bung Mokhtar
- Mamak ini Menggila atau Sudah Gila? (Video Inside)
- Bukan saya yang kawin dengan Syella - Musa Hassan
- Kenyataan Media yang tidak akan disiarkan Utusan Malaysia.
Rosmah kata jangan mudah percaya berita di internet .. Posted: 03 Dec 2011 06:30 AM PST KUALA LUMPUR 3 Dis. — Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dinasihat supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin atau fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di internet. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semasa memberikan nasihat itu berkata sebagai golongan terpelajar mereka tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu berita sebaliknya perlu menggunakan kewarasan akal untuk menilai kesahihannya. "Jangan dengar fitnah...mereka ada peluang untuk belajar di luar negara, gunakan peluang itu dan gunakan akal fikiran untuk nilai sebarang isu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Kelab Umno Luar Negara di sini hari ini. Rosmah berkata, pelajar berkenaan juga perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh semasa di luar negara untuk membantu kerajaan menjayakan segala program yang diatur terutama dalam bidang pelajaran. — Bernama |
Shahrizat liabiliti buat UMNO/BN, sila letak jawatan - Bung Mokhtar Posted: 03 Dec 2011 03:28 AM PST Hari ini Bung Mokhtar sekali lagi mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatannya dan mendakwa Shahrizat sudah menjadi liabiliti kepada UMNO/BN.. Ada pihak yang mengucapkan syabas kepada Bung Mokhtar kerana beliau menunjukkan sikap bijaksana dan berani mendesak Shahrizat untuk meletakkan jawatan berikutan scandal NFC yang melibatkan Keluarganya, adakah benar Bung memang berani dan bersikap telus? Sebenarnya ianya bukanlah menunjukkan ketelusan ataupun keberanian Bung Mokhtar Ahli Parlimen dari BN ini tetapi desakannya ini adalah kerana membalas dendam sahaja.. Ini kerana apabila Bung didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 beliau dibidas oleh Shahrizat.. Jadi inilah peluang bagi Bung untuk membalas dendam… sila baca di SINI dan juga di SINI. ******************************************* Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan. Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu. Katanya: "Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu." "Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu," kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini. Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno. "Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti," katanya. Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik. "Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan. "Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya," kata Bung Moktar lagi. Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu. "Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat," kata beliau lagi. Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan. Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012. "Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab. "Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya. Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan. Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. The Malaysian Insider |
Mamak ini Menggila atau Sudah Gila? (Video Inside) Posted: 02 Dec 2011 09:23 PM PST |
Bukan saya yang kawin dengan Syella - Musa Hassan Posted: 02 Dec 2011 08:46 PM PST KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini. Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah. "Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya. "Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu. Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini. Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih. Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu. Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut. Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet. Lidah Rasmi UMNO |
Kenyataan Media yang tidak akan disiarkan Utusan Malaysia. Posted: 02 Dec 2011 09:52 AM PST Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin Bapok, Pondan, Bangsat dan Barua! Itulah apa yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin kepada PKR dan PAS serta penyokong DAP dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2011 baru-baru ini. Bahasa yang jelas mencerminkan cara pemikiran terkini UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi penuh dengan kebencian, semangat permusuhan, dendam dan juga ketakutan. Siapa Bapok dan pondan sebenarnya? Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang telah mencabar Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk berdebat di Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk "Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran". Ini berikutan tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang sering mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu dan Islam semakin dipinggirkan oleh Pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Bukan sahaja sikap Bapok dan Pondan Pemuda UMNO terserlah disini bilamana mereka takut untuk berhadapan dengan Pemuda Pakatan Rakyat dan ribuan rakyat yang hadir dalam debat ini, malah mereka mempamirkan sikap bapok dan pondan yang bacul. Jika dikatakan DAP menjadikan Melayu sebagai Barua mereka dalam pemerintahan Kerajaan PR Pulau Pinang, tidakkah Shaik sedar Melayu UMNO sendiri memang menjadi barua kepada Gerakan ketika mereka diperkudakan oleh Gerakan semasa BN menguasai Pulau Pinang? Tidakkah UMNO sendiri telah menyerlahkan sikap bapok dan pondan mereka malah sanggup menjadi barua kepada Gerakan kerana takut untuk menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan mereka mempunyai majoriti kerusi yang lebih besar dari Gerakan? Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dalam ucapannya juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang bila menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul. Shaik juga talah melabel penyokong DAP sebagai bangsat kerana menurutnya DAP itu musuh kepada Islam. Jika begitu penyokong UMNO sudah tentu lebih bangsat kerana UMNO telah menjalankan urus niaga dengan Israel, UMNO juga telah membenarkan rakyat Israel memasuki Malaysia, UMNO juga telah menggunakan Firma dari Israel sebagai penasihat malah UMNO juga telah membenarkan warga Israel terlibat dalam pembinaan sistem komunikasi PDRM. Siapa lebih bangsat? Israel dilabel sebagai musuh Islam oleh seluruh dunia Islam tetapi DAP pula hanya dilabel sebagai musuh Islam oleh UMNO.. Agak menghairankan bagaimana seorang yang mengaku tinggal di Pulau Pinang boleh mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul sedangkan perarakan tersebut telah diadakan setiap tahun sejak dari awal tahun Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan Pulau Pinang lagi. Biarpun ada pihak yang cuba untuk sabotaj perarakan itu, ianya tetap dijalankan malah setiap kali perarakan diadakan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang menjadi jemputan. Mungkin beliau masih tidur ketika perarakan tersebut diadakan, oleh itu beliau tidak sedar akan adanya perarakan tersebut lalu beliau tetap mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul. Atau hati beliau terlalu gelap untuk melihat kebenaran? Selain itu Ketua Pemuda UMNO Pulalu Pinang Shaik Hussein Mydin juga berkata Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu. Statistik yang telah lama dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang membuktikan apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu adalah fitnah. Dimana statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu. Statistik dari mana Shaik Hussein Mydin perolehi untuk menyokong fitnahnya itu? Mengakhiri ucapannya Shaik Hussein Mydin menyarankan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang. Jelas Shaik Hussein Mydin tidak faham apa yang dimaksudkan dengan demokrasi. Shaik Hussein Mydin perlu sedar UMNO telah ditolak oleh majoriti rakyat Pulau Pinang kerana rakyat sudah muak dengan sikap ahli-ahli dan juga pemimpin UMNO. Sikap tidak telus dalam pentadbiran, salah guna kuasa yang berleluasa, tidak mempedulikan masaalah rakyat dan mengutamakan kroni dalam setiap pemberian tender projek milik Kerajaan Negeri itulah sikap pemimpin UMNO semasa berkuasa. Dan ahli-ahli UMNO diperingkat Bahagian pula menjadikan harta Kerajaan Negeri sebagai harta mereka ini termasuk dewan-dewan orang ramai yang dijadikan seperti harta UMNO dan juga tanah-tanah yang didirikan gerai-gerai milik mereka seolah-olah harta kerajaan itu harta UMNO dan harta UMNO itu pula harta emak bapak mereka. Samada Melayu mendominasi Pulau Pinang atau tidak itu bukannya terletak di tangan UMNO tetapi ditangan rakyat Pulau Pinang. Sesuai dengan saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. Kami akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan. Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib Pakatan Rakyat berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukannya berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Amir Haji Ghazali Ketua Angkatan Muda KeAdilan Negeri Pulau Pinang |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan