Khamis, 29 Disember 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Saya lebih yakin kata-kata Tuan Guru daripada Hasan Ali

Posted: 29 Dec 2011 03:09 AM PST

Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. "Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," -Hasan Ali

Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.



Lihatlah betapa bongkaknya si Hasan Ali menafikan tujuan pertemuan bersama Tuan Guru Nik Aziz di Kota Baru kelmarin. Bandingkan pula dengan kata-tutur Tuan Guru yang memuji sikap Hasan Ali. Saya lebih percaya apa yang TGNA katakan.

Walau apa pun ada baiknya dua lagi pemimpin PAS yang eskot Hasan Ali dalam perjumpaan tersebut, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din memberi sedikit penjelasan mengenai perkara sebenar.

Kenduri Hasan Ali Tak Jadi !

Posted: 28 Dec 2011 10:53 PM PST


Nampaknya kenduri besar-besaran untuk meraikan laporan mengenai permohonan maaf Hasan Ali terpaksa ditunda ke suatu masa yang tidak dapat ditentukan lagi. Ini disahkan sendiri oleh Hasan Ali di sini

Bahawa dengan itu, segala dakwaan Hasan Ali berkenaan PAS yang sudah 'tergelincir' dari landasan perjuangannya masih dipertahankan olehnya.

Apa tindakan PAS seterusnya? Kenduri tak jadi. Orang kampong semua dah dijemput hadir hanya untuk melihat pesta baling taik babi kat PAS masih lagi berterusan.

Sebaliknya, Utusan dan TV3 tentu seronok boleh dapat buat kenduri besar ....

Tiada ulasan: