ALHUSSEYN |
- Zambry terima padah melelong Camry
- Umno/BN Melembukan Samseng - bagi tanah 5 ekar seekor !
- Zambry Marah Bila Perak Jadi Darul Kartun
Zambry terima padah melelong Camry Posted: 20 Dec 2011 08:31 AM PST Tidak perlulah gerombolan samseng Umno/BN nak mengamuk sakan bila Nga Kor Meng mengeluarkan ungkapan 'Zambry hitam metalik'. Puak-puak ini sebenarnya sudah ketandusan modal politik untuk diketengahkan. Saya teringat dengan satu iklan yang ada kat TV dulu - Black is beautiful , begitulah themanya. Apa yang poyonya samseng-samseng Umno bila Nga Kor Meng sebut hitam metalik? Mereka cuba mengaitkan perkara tersebut sebagai rasis. Sedangkan Umno/BN sangat sinonim dengan agenda tersebut. Mereka tuduh DAP sebagai parti chauvinis China waima pengerusinya seorang Singh – Karpal Singh. Malah terdapat ramai orang-orang Melayu yang menganggotai parti tersebut. Bukan calang-calang Melayu yang menyertai DAP kerana antaranya adalah orang yang terhormat dan mempunyai integriti dalam masyarakat. Antaranya ialah Zairil Khir Johari , anak bekas pemimpin Umno, Allahyarham Khir Johari.Sebelum itu DAP menerima kemasukan Tunku Abdul Aziz bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International(TI). Mana rasisnya DAP ? - Baru-baru ini, mahkamah telah mengarahkan Utusan Meloya bayar RM200 ribu kepada LGE kerana memfitnahnya sebagai rasis.Padan muka! Keputusan mahkamah itu jelas menafikan dakwaan Umno/BN yang memfitnah kononnya DAP rasis, anti Islam dan anti Melayu. Kembali kepada isu Zambry – hitam metalik, bahawa semua orang Perak tahu yang Nga Kor Ming merujuk kepada kereta yang Umno/BN protes apabila kerajaan Perak PR membeli Toyota Camry Black Metallic untuk menggantikan Proton Perdana yang bermasalah. Humor 'Black Metallic' suatu ketika dulu begitu popular dan tersebar luas melalui SMS dan juga di ruang forum di internet. Ianya bermula apabila kerajaan negeri Perak dibawah Zambry melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Lelong kereta hasil hasad dengki konon tidak patriotik kerana tidak pakai kereta Nasional! Maka bertebaranlah SMS humor dengan nada frasa yang agak mencuit urat kentut macam nak putus dibuatnya! Saya sendiri pernah terima SMS berikut : lelong-lelong-lelonggg… lelongan awam…. di negeri perak baru pakai 3 bulan cantik berkilat hitam metalik bukan camry… tetapi zambry… Itulah padahnya yang Zambry terpaksa terima kerana melelong kereta Camry dulu.Black Metallic tetap menjadi stigma kepada Zambry untuk selamanya. |
Umno/BN Melembukan Samseng - bagi tanah 5 ekar seekor ! Posted: 20 Dec 2011 01:53 AM PST Sekarang baru kita tahu, kenapa ramai kalangan samseng Umno/BN berebut-rebut nak jadi macam lembu. Rupa-rupanya Umno/BN menawarkan tanah 5 ekar bagi setiap lembu! Ikutilah penjelasan Zuraidah melalui U-tube berikut mengenai projek melembukan samseng-samseng Umno/BN ini. |
Zambry Marah Bila Perak Jadi Darul Kartun Posted: 19 Dec 2011 04:36 PM PST Terlalu banyak babak-babak katun berlaku disepanjang siri rampasan kuasa di Perak. Antara babak katun ini ialah bila pada 7 Mei 2009, sekumpulan polis menyerbu masuk dewan legislatif Perak dan mengheret keluar Sivakumar dari kerusinya lalu dikurung di dalam sebuah bilik, manakala BN melantik Ganesan sebagai Speaker.. Kartun 1 Paling katun apabila Kehakiman boleh masuk campur dalam urusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kartun 2. Tidak hairanlah kartunis Zunar menggelar negeri ini sebagai Perak Darul Kartun! Gelaran Perak Darul Kartun bukan satu penghinaan, tetapi adalah kritikan atas kezaliman Barisan Nasional dalam episod merampas negeri Perak. Kata Saidina Ali: "Berkata benar di hadapan pemimpin zalim itu adalah sifat patriot paling tinggi." Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab kita mengritik Najib dan Barisan Nasional dalam isu Perak ini. Kepada golongan yang mangaku terhina, ingin saya jelaskan tiada sesiapa yang menghina mereka, melainkan mereka menghina diri mereka sendiri.Baca lagi di sini |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan