Rabu, 23 November 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Janji ditransformasi menjadi penipuan yang keji

Posted: 23 Nov 2011 04:34 PM PST


Ng Eng Kiat

Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008. Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah - melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.

Demokrasi jalanan turut menjadi faktor besar. Himpunan raksasa "BERSIH" yang menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008.

Tidak dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan. BN tidak lagi mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui "BN kalah perang siber".

Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media. Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC. Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia.

Kempen "branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi agenda terpenting. Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan" dilihat menjadi suatu fenomena global. Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang. Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan".

Namun, perkataan "perubahan" dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan parti-parti yang anti-BN. Oleh itu, "transformasi" menjadi slogan Najib. Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood. Namun, cukup sempoikah pakej "transformasi" yang dihadiahkan Najib? Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana beliau sempoi?

Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan. Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja. Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?

Cakap pasal helah, naik darah aku. Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji sekali. Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia. ISA akan dimansuhkan. Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan. Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka. Sempoi gila.

Tapi, ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara. Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA. Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan. Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000. Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000. Sempoi tak? Inilah dia transformasi Najib. Sempoi sekali.

Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga. Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi.

Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN? Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat. Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya.

*Ng Eng Kiat, aktivis sosial dan hak asasi manusia, kini berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Akta baru sekat ‘hak’ protes di kawasan masjid, kata Pemuda PAS

Posted: 23 Nov 2011 04:17 PM PST

November 24, 2011

Sebenarnya larangan berhimpun ini juga dilakukan oleh regim Husni Mubarak..sehinggakan semua aktiviti rakyat dilarang.Akhirnya tumbang juga regim mubarak....Kita perlu yakin akta yang cuba di perkenalkan ini adalah akta yang mahu menyekat kebangkitan rakyat.Sebab jika berlakunya perhimpunan BERSIH 3.0...maka ini yang merisaukan Najib dan regimnya.

Perhimpunan bersih 1.0 dahulunya menyebabkan 5 negeri jatuh..dan perhimpunan 3.0 jika dianjurkan,kita percaya akan juga menjadi siri kebangkitan rakyat yang besar dan akan menyebabkan regim Najib bimbang akan memperngaruhi pilihanraya umum akan datang dan besar kemungkinan, walau dengan menggunakan pendatang , dengan memberi kad pengenalan,kita percaya pendatang indonesia yang telah menjadi pengundi , telah melalui proses demokrasi di negara mereka sejak lama dahulu.






KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pemuda PAS mempersoalkan peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang melarang perhimpunan diadakan di pekarangan rumah ibadat khususnya masjid berbanding amalan selama ini.

Ketuanya Nasrudin Hasan (gambar) berkata, selama ini isu-isu melibatkan Islam, perhimpunan atau protes diadakan di kawasan masjid.

"Sebagai contoh, jika timbul isu yang melibatkan kepentingan agama Islam seperti penghinaan terhadap agama, isu akidah dan seumpamanya, sudah tentu bermula dari mimbar khutbah sehinggalah pekarangan masjid menjadi lokasi himpunan yang paling starategik dan berkesan, justeru tujuan himpunan aman dianjurkan adalah untuk memberi maklumat, mencetuskan kesedaran, menyatukan suara dan tindakan.

"Demikian juga himpunan aman yang memerlukan perarakan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain untuk menarik perhatian umum terhadap mesej yang dibawa oleh penganjur jelas memerlukan jalan raya," kata beliau dalam satu kenyataan.

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua hari ini dan dibahaskan.

Katanya, ada isu yang berlaku terkadang perlu ditangani segera dan oleh itu, apa rasionalnya apabila terpaksa menunggu 30 hari selepas notis, barulah himpunan aman itu boleh dilangsungkan kerana disyaratkan notis himpunan tersebut mestilah 30 hari sebelum. "Peraturan ini tidak menepati aspirasi penganjuran himpunan aman.

"Kita bukan berhimpun untuk konsert hiburan yang membolehkan kita bersiap awal. Penganjuran konsert, usahkan 30 hari, tiga bulan sebelum pun tidak mengapa," kata beliau lagi.

Sebaliknya menurut beliau, ini adalah himpunan aman yang banyak keadaannya bersifat respons balas terhadap sesuatu isu semasa yang timbul dan perlu tindakan pantas.

"Contoh mudah, hari ini orang hina agama anda, apakah anda perlu menunggu 30 hari untuk menyatakan bantahan terhadap penghinaan tersebut?

"Jika sifat himpunan itu aman, maka apa yang diperlukan ialah kawalan keselamatan oleh pihak polis pada hari peristiwa atau himpunan itu dianjurkan tanpa perlu pihak polis melancarkan sebarang provokasi seperti menggunakan gas pemedih mata dan 'water cannon'," tambah Nasrudin dengan merujuk kepada hhimpunan aman Citra Warna, perarakan Maulidur Rasul, Hari Kebangsaan atau sambutan Hari Kemerdekaan negara serta lainnya.

"Semua himpunan besar itu memerlukan lokasi seperti pekarangan masjid dan jalan raya.

"Saya melihat, di sebalik tabir slogan transformasi yang diledakkan oleh Umno dan BN, mereka secara strategik sedang merangka satu tindakan untuk lebih mencengkam kuasa ke atas rakyat sekali gus membohongi rakyat dengan pelbagai komitmen kononnya ke arah perubahan tetapi perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan yang lebih mengukuhkan cengkaman, menyempitkan ruang demokrasi, mengeraskan hukuman ke atas rakyat," kata beliau lagi.

BEKAS TENTERA DIGESA MENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 22 Nov 2011 11:44 PM PST


BAYAN BARU - Adun Pantai Jerejak, YB Sim Tze Tzin telah menganjurkan program Hi-tea ramah mesra bersama dengan 250 orang bekas Perwira Angkatan Tentera Malaysia dari Bayan Baru dan Balik Pulau. Program ini dijalankan di Restoran Ikan Bakar Sri Idaman Teluk Tempoyak, Batu Maung. Menurut YB Sim ini adalah program pertama yang dianjur oleh beliau khas untuk bekas-bekas tentera. Program ini bertujuan untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka demi Negara.

Timbalan Ketua Menteri YB Dato Mansor bin Othman menjadi Tetamu Khas kepada program ini. Dalam ucapan beliau, Dato Mansor berkata, "Anggota Tentera mengorbankan diri demi keamanan Negara, tanpa mereka, Negara tidak mungkin mencapai kemakmuran ekonomi. Akan tetapi, segelintir pemimpin Negara mula lupa tentang pengorbanan mereka. Ramai bekas anggota sekarang menghadapi pelbagai masalah seperti kebajikan dan perumahan. Tanah yang dijanjikan juga tidak ditunaikan."

Beliau juga mencadangkan kepada bekas-bekas tentera untuk menyertai NGO bekas tentera seperti KERABAT dan kerajaan negeri Pulau Pinang akan menolong menubuhkan Koperasi Bekas Tentera. Koperasi ini akan memberi peluang kepada bekas tentera untuk menjalankan perniagaan dan mendapat perhatian yang sepenuhnya dari Kerajaan Negeri.

Dalam ucapan YB Sim Tze Tzin pula, beliau berkata "Sekarang pemimpin Negara hanya mementingkan diri sendiri. Kita dapat lihat bahawa keluarga Menteri dapat projek National Feedlot yang berjumlah RM250 juta, tetapi kebajikan askar diabaikan. Baru-baru ini pula timbul laporan bahawa nyawa askar dipertaruh kerana rasuah dalam Mindef (http://malaysiakini.com/news/181858). Ini menunjukkan suatu perubahan perlu dilakukan dalam pentadbiran Negara."

Menurut beliau, semua orang perlu memandang berat mengenai pengorbanan bekas tentera kerana tanpa mereka hari ini Negara tidak mungkin akan maju. Oleh itu beliau juga menggesa kepada kerajaan Pusat untuk menjaga kebajikan tentera dan memberi pengiktirafan yang setandingnya kepada pengorbanan mereka terhadap Negara ini. YB Sim Tze Tzin juga bekas Lt Muda Askar Wataniah.

Presiden NGO Bekas Tentera KERABAT Lt Col (B) Nazari yang turut hadir, pula menggesa bekas anggota tentera untuk menyokong Pakatan Rakyat demi masa depan yang lebih baik. Beliau berkata "Jelaslah bahawa pemimpin Kerajaan Barisan Nasional hanya mementing diri sendiri, maka perubahan pada PRU13 perlu dilakukan demi kebajikan tentera yang lebih baik." Beliau memberi banyak contoh dari luar Negara seperti Canada, Bangladesh, India yang menjaga kebajikan tentera dengan cukup baik, tetapi kesal Malaysia gagal berbuat demikian.

Majlis juga memberi sumbangan kepada bekas anggota tentera yang cedera ketika bertempur, uzur dan balu. Turut hadir adalah Speaker DUN YB Dato Halim bin Hussin, ADUN Batu Uban YB Raveentharan, ADUN Batu Maung YB Malik Kassim, Pengerusi NGO Bekas Tentera KERABAT Lt Col (B) Nazari, dan Pengarah Program En. Azizan.

Program dimulakan dan diakhiri dengan nyanian Negaraku dan "Inilah Barisan Kita" dengan penuh semangat dan emosi. Kelihatan beberapa bekas tentera menangis.

--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
www.facebook.com/simtzetzin
twitter: @simtzetzin

KETUA PERKATAK MINTA KEM ASKAR DI PARLIMENNYA

Posted: 22 Nov 2011 11:06 PM PST

Oleh kerana takut kalah atau apa sebenarnya ibrahim ali meminta agar kerajaan membina kem tentera di kawasan parlimen beliau.Inilah dia betapa otak geliga untuk nak kekal berkuasa....

Tiada ulasan: