Anwar Ibrahim membayangkan kejutan mungkin akan berlaku di Johor, pada pilihan raya umum akan datang.
Ini berikutan usaha bersungguh-sungguh pakatan pembangkang, terutama Keadilan untuk menawan negeri itu termasuk menjadikan Johor tuan rumah kongres kelapan parti itu,
"Kita percaya, rakyat akan beri sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat untuk tawan Johor, sekali gus membuat kejutan besar pada pilihan raya akan datang. Ianya akan dimulakan di sini, untuk menjadikan Johor kubu kuat kita," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Keadilan Cabang Batu Pahat di sini, kelmarin.
Kongres Kelapan Keadilan akan berlangsung di Pulai Springs Resort, Johor Bahru bermula 25 hingga 27 November ini.
Selain Johor, Anwar berkata, pembangkang turut meletakkan matlamat menawan Negeri Sembilan dan Melaka, selain mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.
"Kita yakin dengan sokongan rakyat Johor yang semakin meningkat. Paling tidak pun, kita akan dapat tambah kerusi di negeri dianggap kubu kuat Umno ini," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Keadilan Johor, Chua Jui Meng dan Ketua Keadilan Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.
Selain itu, Anwar juga berjanji, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah, jawatan Perdana Menteri hanya akan disandang oleh pemimpin yang sama untuk tempoh dua penggal sahaja.
"Menteri pula tidak akan dilantik daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan," katanya.
Sementara itu, pada sidang media berasingan di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution ada sebab tertentu mengapa kongres kelapan parti itu diadakan di Johor.
"Kita tidak buat di Melaka, Perlis, Sabah atau Sarawak yang juga belum pernah jadi tuan rumah. Daripada rekod kita, trend di negeri di mana tujuh kongres diadakan sebelum ini, kemudiannya menjadi medan yang subur untuk parti dan Pakatan Rakyat. Lihatlah kejayaan kita di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan," katanya.
Untuk kongres kali ini yang bertema 'Demi Rakyat', seramai 2,534 perwakilan yang mewakili 218 cabang seluruh negara dan 1,055 pemerhati berdaftar dijangka akan hadir.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan