SharpShooter |
- Dulu lain kini lain...bukan dulu kini dan selamanya...
- Kami tak sabar tunggu BERSIH 3.0
- Siannyer perkasam...otak dah masam....
Dulu lain kini lain...bukan dulu kini dan selamanya... Posted: 12 Nov 2011 11:17 PM PST 1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer 2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh' 3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB 4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan' 5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa' 6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut 7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E 8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze' 9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings' Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Kami tak sabar tunggu BERSIH 3.0 Posted: 12 Nov 2011 07:00 PM PST PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan. Ketuanya, Nasrudin Hassan menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut. "Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS," katanya. Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini. Nasrudin turut menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, kerajaan dilihat masih berteka-teki berkenaan tarikh sebenar pilihan raya dan DPMM khuatir kerajaan mempunyai muslihat sendiri untuk tujuan tersebut. "Dewan Pemuda PAS masih lagi tidak pasti tarikh sebenar pilihan raya, tetapi kami berharap kerajaan akan memastikan pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya (PSC) selesai melaksanakan tanggungjawab mereka dan menunaikan kesemua tuntutan kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap pemuda berkenaan. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Siannyer perkasam...otak dah masam.... Posted: 12 Nov 2011 04:12 PM PST GEORGE TOWN - Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Melayu Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan haram membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma, 'CAT Free Shuttle' kepada rakyat dari Weld Quay (jeti) ke Komtar. Naib Ketua Wira Perkasa, Moh.d Rizuad Mohd. Azudin (bawah) mendakwa langkah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng itu menindas rezeki kaum penarik beca. "Guan Eng terlalu banyak berpolitik, bukan buat kerja. Dia penipu. Dia menindas orang-orang Melayu. Dia mengabaikan kebajikan penarik beca," ujarnya dalam nada yang setengah gila di perkarangan Komtar, di sini. Selain konvoi kira-kira 10 beca, kumpulan berkenaan memakai baju serba kuning yang tertulis "Selamatkan Pulau Pinang, LGE anti Melayu". Mereka turut membawa beberapa kain rentang menuduh Guan Eng anti Melayu. Mereka melaungkan "Lim Guan Eng pondan", "Lim Guan Eng anti Melayu", "Lim Guan Eng penipu" menggunakan pembesar suara mini secara liar walaupun Komtar dikawal sederhana oleh polis serta pihak keselamatan berwajib. Dalam sidang media lain kemudiannya, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak (kanan) berkata kumpulan liar tersebut sepatutnya lebih profesional membawa proposal penyelesaian masalah Melayu kepada Kerajaan Negeri. "Kalau mereka benar-benar menunjangi sosial Melayu, mereka tidak sekadar berdemontrasi secara liar pada hari Jumaat sahaja. "Kerajaan Negeri bukan tidak membantu Melayu seperti yang didakwa mereka. Malah ada juga perkara yang yang menjadi kesalahan pemimpin Melayu dulu, ditegur oleh Kerajaan Negeri sekarang," ujarnya pada satu sidang media di perkarangan Komtar. Beliau turut mempersoal kejujuran Perkasa kerana tidak lantang menegur pemimpin Melayu di peringkat negara sendiri di sebalik kehilangan RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang dibangkitkan sebelum ini. Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri, khususnya sektor perlancongan seharusnya peka dengan masalah kebajikan penarik beca di negeri ini. Sistem bas percuma Central Area Transit (CAT) dari Jeti Georgetown ke Komtar diperkenalkan pada Februari 2009. Kemudiannya, kerajaan negeri memperkenalkan Sistem Bas Ekpress Transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST dari "Seberang" ke "Pulau" pada 1 Mac lepas. Menurut Guan Eng, dua sistem bas percuma ini diperkenalkan demi mengurangkan kos hidup pekerja sektor awam dan swasta selain menangani masalah kesesakan trafik pada hari bekerja. Buletin Mutiara PERTUBUHAN super rasist yang diketuai oleh "bapak katak" ni memang suka buat benda-benda pelik. Suka buat isu bukan-bukan dan tak masuk akal. Bila tak ada isu, mereka akan cuba cari isu asalkan dapat menunjukkan mereka seolah-olah sebagai pejuang Bangsa Melayu yang hebat. Budak-budak yang masih mentah dibasuh otaknya dengan sentimen perkauman supaya menjadi "super Melayu". Tujuannya mudah, supaya Umno terus berkuasa, supaya mereka bersatu di dalam United Malays No Otak. Terbaru, lantaran dah tak tahu isu apa nak dimainkan supaya mereka dilihat seolah-olah "pejuang Melayu sejati", mereka berdemo beramai-ramai (ramai ke?) untuk membantah perkhidmatan bas percuma di Pulau Pinang. Carilah isu yang logik dan masuk akal kalau ye pun nak berlagak membela orang Melayu. Beca tu pergerakannya terhad, dekat-dekat bolehla, bas pulak bergerak lebih jauh. Berbeza peranannya. Kalau betul nak bela Melayu, nak jadi "Pejuang Melayu" pergilah bantah pasaraya-pasaraya besar yang mengaut untung sambil membuatkan ramai peniaga-peniaga kecil Melayu gulung tikar tu. Bas percuma bukan mengaut keuntungan pun, ini kemudahan untuk rakyat dan juga strategi menarik pelancong datang ke Pulau Pinang. Malu betul jadi Melayu gila macam ni! Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan